Salam indah sume..rindu aku tak? Haha mencelah 2 saat jap.
Orait abaikan!
Pernah dengar dupati tak? Or pernah rasa tak benda alah tu bagaimana? Rupa warna dia,tahu? Haa..DUPATI ye ( baca betul² ) bukan Ducatti yang si berjenama mahal² tuh.
Sebelum ni aku ada citer pasal makanan kan? Now aku nak citer pasal minuman pulak.Minuman yang aku kira sangatlah asing dan first time kot aku dengar.Pointnye dupati sejenis minuman yang memang serius sedappp! Air gabungan antara susu kambing dengan teh.Trylah minum..Nanti aku tuliskan cecara buat dia cam mane.
Teruja!
Suatu hari tu, aku dengan family datanglah melawat ke Wadi Ikhwan di Mekah.Banyak kali dah sebenarnya datang.Wadi Ikhwan ni merupakan suatu pusat riadah dan juga ladang ternakan haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah milik syarikat bumiputra Malaysia iaitu GISB Holdings Sdn.Bhd di sini.Gempak tak syarikat depa? Perjalanan menuju antara Arafah dan Thaif menjadikan tempat ni sangat strategi untuk dilawati atau menjadi pilihan pakej ziarah persinggahan jemaah umrah travel-travel yang nak ke thaif .Takpun ada kebanyakannya turun dari thaif je mesti akan singgah di Wadi Ikhwan ni untuk bermain dan tak nak lepaskan peluang berselfie-selfie peaceee dengan unta² ,kuda² dan kambing² kat situ.
Senyum...
Kat situ kami dihidangkanlah oleh adik-adik aku di situ dengan minuman special.Katanya dari susu kambing fresh, baru perah kau! Oh,aku memang excited kot! Nak pula dapat minum susu fresh .Ini yang baru terbaik dari ladang! Kah.Pulak tu selama aku datang,tak pernah minum pun air ni.Biasanye dihidangkan air teh o panas atau kopi o panas.Tetiba haritu,adik aku ni offer kat aku..akak nak rasa tak air dupati?
Blurr giler aku time tu! Haha.
Siapa sangka susu kambing yang telah di masak bersama serbuk teh memiliki rasa yang seakan -akan air teh yang bersusu atau istilah order kt kedai makan, teh panas la takpun teh ais.Orang yang konon-konon alergi dengan kambing dan seangkatannya pun boleh tertipu tau! Haha.
Bukan nak aniaya orang yang anti kambing tapi aku cuma nak promote kesukaan baginda Nabi kita je.Sempena bulan Maulid Nabi ni,niatlah nak ambil berkat.InsyaAllah segala yang korang dah set kan dalam kepala akan keburukan kambing ni tak berlaku langsung pun.Masakan kesukaan Nabi kita memberi mudarat kan?Yahudi saja je autakan fakta. Sampai hati betul !
Ok! Nak tanya.Ada teh serbuk tak?Susu kambing ada?
Kalau ada semua tu,korang dah boleh dah cuba buat sendiri.Lagi best kalau susu kambing tu fresh..dan hanya teh serbuk je boleh.
Cara-caranya:
1- rebus teh serbuk pekat² atas api .
2- setelah mendidih tapiskannya.
3- masukkan susu kambing ke dalam air teh yang telah di tapis tadi.
Note: pastikan warna teh tu pekat sikit daripada air teh panas biasa yang order di kedai makan tau.
4- masukkan gula bagi melengkapkan rasa air.
5- gaul sentiasa bagi elakkan susu pecah macam pecah santan tu.
6- setelah air mendidih terus padamkan api cepat² .
7- dah siap ,tapiskannya dahulu sebelum menghidang.
8- kipaskan air yang berasap tu dulu sebelum minum untuk elakkan lidah melecur. Ok ni aku reka!
>,<
Korang rasa susah ke senang? Alah dia mudah je mcm nak buat air teh panas biasa tu cuma yang berbeza pakai susu kambing dan kene jaga supaya airnya tak pecah susu macam masak makanan yang bersantan bagai dan wajib ditapis dulu sblm menghidng dalam jug air.
Daa selamat mencuba! Maassalamahhh
![]() |
inilah rupa air dupati tu..setelah syoknya berminum, baru nak teringat ambik gambar ! |
![]() |
antara family kambing yang baru dapat baby kat wadi ikhwan tu...tapi sayang,baru2 ni adik aku bgtw anak kambing yg kecik tu dah mati.. |