» Apabila menulis hanya sekadar mengisi masa lapang maka terjadilah aku dan dunia blogger ~
Friday, 21 August 2015
Secoret Rasa Sebingkis Tinta~
Bismillah wa assalamualaikum sume...
Aku nak beritahu kt korang,akhirnya aku ada juga blog sendiri.Berhuhu.Dah lama kot nak buat bende alah ni tapi banyak halangannya yang akhirnya aku renyah dan malas fikir.Ni pun atas pertolongan seorang hamba Allah yang sudi dan rajin nak buatkan! Siap bagi dorongan,"apa kata teringin tu jadikan kenyataan?" Haha terharu 5 saat aku! Syukran tau.. :)
Apabila Biskut menulis hanya sekadar mengisi lapang,maka terjadilah aku dan dunia blogger - menjadi tema pilihan sebab aku memang akan menulis bila aku ada free jer. Bahkan dah banyak koleksi penulisan yang aku buat yang dah bermacam topik.Bersepah la jugak tempat aku menulis.Ada dalam buku,ada dalam laptop ayah aku.Dalam fone aku pun ada juga.
Bak kata kawan cik adik perempuan aku," Jika kau rasa apa yang kau rasa,kau akan rasalah apa yang kau rasa tu."
Pointnye,apa yang aku rasa dan berkata-kata dalam hati banyak yang aku nk tuliskan.Tapi tak tertulis sebab perasaan yang bicara,kan?
Muntah. Haha~
Bila dah lama tak menulis ikut format BM waktu zaman sekolah rendah dulu,pergh! aku chek balik jenuh jugalah nak perbetulkan segala tatabahasa dan ejaan untuk dimasukkan dalam blog! Walaupun dulu markah penulisan aku era sekolah rendah selalu win dengan markah 90,95 ke atas,bukan lah modal aku untuk tak perbetulkan dan tak rujuk pakar.Kalau cikgu BM aku baca 'karangan' aku ni,geleng kepala agaknya.Banyak sangat short hand!Dah terbiasa la katakan dengan ayat sms dan lughah ammiyah (ayat pasar)...haha.Lolls~
Ye lah,walaupun blog ni sebenarnya macam diary kita yang boleh di'private'kan atau diumumkan,kenalah juga amik kisah.Blog ni salah satu cabang penulisan yang ada kelebihan dan kekuatannya tersendiri.Sambil korang nak kongsikan event life sendiri,boleh jugak praktikkan bakat menulis yang terpendam.Ikut kreativiti dan style masing-masinglah.Eheh.
Macam aku lebih suka ke arah bercerita dan tak suka nama sebenar di ketengahkan.La arif, limaza? Mybe,aku lebih selesa dikenali sebagai "Biskut Marie" di alam sosial atau maya ini.
Oklah, sampai sini sahaja muqaddimah blog aku yang baru nak bertatih masuk alam blogger ni.Newbie la kot?Walaupun sebenarnya terlalu kerdil nak di bandingkan dengan blogger-blogger lain yang dah pro!
Korang mesti fikir,aku ada nak buat intro diri kan? Berhaha.Silalah korang baca semula aku bagi tajuk apa, okey?
Yang mana?
Alah,yang atas sekali tu la!
Ish,malaslah biskut marie... :3
Kisah apa aku muahahaha~
Dah scroll? Bagus anak mak ni..Kah! Akhir tinta,moga-moga setiap isi yang bakal ada dalam blog ini ada manfaatnya buat para pembacaku sekalian.Aku ni kan sukalah nak bercerita dan share kat
orang.Kalau ada yang melalut dan tiada isi penting,boleh je nak tegur
aku.Yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikanlah sempadan.
Sekianlah sudah posting," Secoret Rasa,Sebingkis Tinta" =D
** Biskut Marie di suatu petang~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment