» Apabila menulis hanya sekadar mengisi masa lapang maka terjadilah aku dan dunia blogger ~
Saturday, 21 November 2015
Jadual Badan Manusia
Assalamualaikum dan salam ceria. ;)
Pernah tak kita terpikir kenapa sunnah Nabi, baginda amalkan bangun tahajud,tak naum (tidur) selepas suboh,amalkan Qailullah selain tidur lepas suboh mewarisi kepapaan,tidur waktu asar mewarisi kegilaan? Dan perasan tak kenapa orang mukmin itu bukan golongan orang yang kuat tidur?
Korang mesti selama ni menganggap waktu tidur 8 jam sehari adalah dengan start tido awal fil lail (pada waktu malam) supaya mudah bangun suboh,kan?Aku pun macam tu lah juga lagi-lagi era sekolah rendah dulu.
Berikut adalah jadual sistem badan manusia yang selama ini kita buat tak peduli.Ikut suka hati je nak tidur bila,nak makan bila dan sebagainya.
Fokus-fokuskan lah mata tu dan bacalah dengan tenang-tenang.Eheh.
#WaktuPagi
3:00 am – 5:00 am : bersiap mandi.wktu bangun Tahajjud dan
Qiamulail.
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Paru-paru :
Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
** Amalkan meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
( Patutlah Nabi amalkan bangun malam! Selain bagus untuk kesihatan diri, waktu begini juga adalah paling aman untuk kita berduaan dgn Tuhan kita Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.Jadi bangunlah munajat dengan menyucikan diri terlebih dahulu. )
5:00 am – 7:00 am : bersedia utk solat Subuh.
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Usus Besar :
Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.Jika membuang air besar dan mandi
dengan air sejuk di selesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
** Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
( Bagi yang dok asrama,bagus mandi sebelum suboh kan?supaya tak berlaku perebutan masuk bilik air dan menyusahkan orang lain sehingga membuatkan orang lambat nk suboh!)
7:00 am – 9:00 am : sarapan dan buat kerja rutin harian @ gi sekolah.
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Perut :
Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.Pendapat aku untuk mengelakkn terkena gastrik dan kelaparan yang dasyat.
** Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman juga mengelakkan hempedu batu karang.
9:00 am – 11:00 am
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Limpa :
Pastikan tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah kepada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.
________________________________________________________
#WaktuTengahari
11:00 am – 1:00 pm : waktu sunnah utk tidur Qailullah (agar mudah bangun Qiamullail)
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Jantung :
Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat ketika ini. Jika tidak,lebihan karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.
P/s: Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada waktu lain.
( Antara kebaikan sunnah Nabi tidur Qailullah ini selain ianya membantu mudah bangun malam ia juga boleh mengekalkan awet muda .)
_____________________________________________________
#Petang
1:00 pm – 3:00 pm : solat zohor dan makan tengahari
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Usus kecil :
Hendaklah makan tengahari pada waktu ini.
Elakkan dari tertidur.
** Amalkan meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.Bagi penggemar kopi,jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.Juga,kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.
( Kalau korang tertidurlah time ni,nanti tidur korang tu dikhuatiri boleh terlajak sehingga terlepas waktu asar.Dan tidur selepas asar boleh mewarisi kegilaan.Tak silap aku hukumnya pun makruh. Tak silaplah. Tapi macam betul sebabnya aku dah lupa.hoho.Tapi kalo korang perasan,effectnya nanti akan mengalami sakit kepala yang pening.Lagilah kalo cuaca tengah terik.pergh! Kalo ditegur,mau bole melenting.)
3:00 pm – 5:00 pm : solat asar dan minum petang yang ringan dan berkhasiat
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Pundi Kencing :
Aku tak tahulah pe kaitannya dengan pundi kencing tu huhu, tapi waktu ini adalah sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
** Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.
5:00 pm – 7:00 pm : bersiap mandi dan solat maghrib
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Buah Pinggang :
Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak,akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
** Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
_________________________________________________________
#WaktuMalam
7:00 pm – 9:00 pm : makan malam
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Dinding Jantung :
Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
** Jangan lupa! Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
9:00 pm –11:00 pm : buang segala hadas dan bersiap utk tidur
» Effect atau kebaikan kepada organ :
• Jantung :
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur.
P/s: Elakkan daripada membaca buku, menonton tv atau bekerja.
Pastikan tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut
** Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
11:00 pm – 1:00 am : ideal tidur
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Hempedu :
Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
_________________________________________________________
#WaktuTengahMalam
1:00 am – 3:00 am : tidur dengan aman
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Hati :
Waktu tidur lena ditambah dgn bonus mimpi indah :p . Jika tidak, akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia yang aku copy paste dari group whatsapp sebelah .( wassap-wassap yo! )
Seperti yang kita maklum, air sangat penting kepada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik. Setidaknya minumlah 10 gelas air sehari kerana ianya membantu untuk mencegah kanser pundi kencing.
Tapi,minumlah air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.Pendapat aku untuk elakkan korang ngompol (terkencing dalam seluar ketika tidur malam). Hahaa.
Nota penting ! Korang jangan amalkan minum air selepas makan.Tunggulah 30 minit selepas makan barulah minum air.Kerana ia akan melambatkan penghadaman dan juga petua perut tak buncit! ;)
Nak perut cepat buncit,rajinlah amalkan minum air terus selepas makan,ye! Haha (gelak jahat)
Sekadar perkongsian info jer.Korang janganlah nak abaikan sangat.Sekurangnya ambillah peduli.Sebab dalam fakta sains pun ada menyenaraikan effect pada organ dalaman kita yang terpaksa ditanggung.Dan dari situlah juga kita akan tahu..oh,ada hikmah rupanya di sebalik amalan Nabi kita itu! Sesungguhnya Rasulullah itu kan contoh ikutan buat umat manusia dan semuanya sangatlah memberi manfaat bagi kita yang tak tahu apa-apa.Senyum.
Pakai celak sunnah kan?
Eh. Yang kau mencelah ke situ dah kenape? :3
Sajer :p
Jap! Tapi kalau dah tak boleh nak di elakkan seperti waktu kerja shift,datang mengantuk yang parah,datang lapar yang teruk sebab tak sempat sarap dan sebagainya tu, itu tak boleh nak buat apa la.Hanya berhuhu je aku di sini. =D
Harap kepada pakar yang lebih arif soal kesihatan ni bolehlah perbetulkan mana-mana yang salah info dan tambahkan yang terkurang info. Eheh!
Daa Laweeh!!..
** Apabila Biskut Marie bajet2 jadi doktor =D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komennya! :D Terharu 2 saat jap huhu
ReplyDelete