» Apabila menulis hanya sekadar mengisi masa lapang maka terjadilah aku dan dunia blogger ~
Sunday, 17 April 2016
Corat coret si biskut!
Setiap manusia itu Allah datangkan ujian kepadanya berbeza-beza.Kerana hati yang merasai ujian itu juga berlaku terhadapnya berbeza-beza.Ikutlah kemampuan masing-masing menghadapinya.
Ada orang diuji ,dia rasa beratnya!besarnya! Sedangkan pada orang lain mereka merasa eleh kecil je ujian orang tu nak dibandingkan dgn aq.eh?
Pastu,mulalah nak membanding-bandingkan nilai besarnya sesuatu ujian itu.Kalau dengan itu semakin menebal rasa hamba pada Tuhan tu takpe lagi.Ini dah salah dalam berperasaan.Malang dan rugilah dia itu pabila merasa pulak mampu dengan ujian yang dihadapinya kerana merasakan orang lain yang sama dapat ujian sepertinya,tidak mampu. Maka di situ,mazmumah pun membesar.. dosa pulak semakin bertambah.
Nauzubillahminzalik..
Iyelah.Mazmumahnya di situ dia merasa sombong dan bangga bila dia rasa mampu handle dengan ujiannya itu.Maka,disitu akan dapatlah markah dosa.Sebab apa dapat dosa? Kerana tidak berhalus dalam perasaan seolah mencabar Tuhan.
Betul ke eh aku tulis ni? Huh! Huh!
Ujian tu tanda kasih sayang Tuhan.Dia nak kita kembali mengadu,bermanja dan mengingati padaNya.Menjadikan Tuhan tempat bergantung dan meminta. Kalau Tuhan tidak buat begitu kepada si hamba dengan tak memberinya ujian..agak-agak si hamba tu nak ingat balik ke Tuhannya setelah dia mendapat limpahan nikmat yang banyak? Mahunya bagai kacang lupakan kulit!
Kita di landa rindu seseorang...itu pun di kira ujian.
Tuhan nak lihat kita merindui seseorg itu,adakah melebihi dari merinduiNya?
Adakah kita mampu melepasinya dengan menerimanya sebagai suatu perasaan yang redho menanggung serabutnya jiwa dengan tidak menyalahkan Tuhan?
Bila kita rindu orang..perasaan kita mestilah tersiksa kan? Lagilah isteri rindukan suami,suami pun rindukan isteri.Anak rindukan mak,mak rindukan anak.Kawan rindukan kawan lamanya.Anak Murid rindukan guru dan sebagainyalah.
Jadi nanti mestilah timbul soalan kenapa dan kenapa sehingga membawa kepada hati yang konon nak merajuk bagai kerana sampainyalah hati orang tu! Dia tak tahu ke yang kita ni tengah rindukannya?! Macam encik mimpi...rindu rindukanlah diriku~ lalala
Hahaa
Aku pun sedang belajar kawal hati dan perasaan untuk tidak merindui orang over semangat meroyan bagai.Eh? =,=
Ok cukup.Aku tak tahu nak tulis point mende sebenarnya.inilah yang dikatakan main tekan-tekan keypad maka tertulislah huruf-huruf yang sangat banyak!Korang rasa ada faedah di sebalik ini amiklah sebagai panduan.
Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan ia sempadan dan tinggalkan terus.
:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment