Sunday, 20 December 2015

Susu Kambing + Teh = Dupati


Salam indah sume..rindu aku tak? Haha mencelah 2 saat jap.
Orait abaikan!

Pernah dengar dupati tak? Or pernah rasa tak benda alah tu bagaimana? Rupa warna dia,tahu? Haa..DUPATI ye ( baca betul² ) bukan Ducatti yang si berjenama mahal² tuh.

Sebelum ni aku ada citer pasal makanan kan? Now aku nak citer pasal minuman pulak.Minuman yang aku kira sangatlah asing dan first time kot aku dengar.Pointnye dupati sejenis minuman yang  memang serius sedappp! Air gabungan antara susu kambing dengan teh.Trylah minum..Nanti aku tuliskan cecara buat dia cam mane.

Teruja!

Suatu hari tu, aku dengan family datanglah melawat  ke Wadi Ikhwan di Mekah.Banyak kali dah sebenarnya datang.Wadi Ikhwan ni merupakan suatu pusat riadah dan juga ladang ternakan haiwan-haiwan kesayangan Rasulullah milik syarikat bumiputra Malaysia iaitu GISB Holdings Sdn.Bhd di sini.Gempak tak syarikat depa? Perjalanan menuju antara Arafah dan Thaif menjadikan tempat ni sangat strategi untuk dilawati  atau menjadi pilihan pakej ziarah persinggahan jemaah umrah travel-travel yang nak ke thaif .Takpun ada kebanyakannya turun dari thaif je mesti akan singgah di Wadi Ikhwan ni untuk bermain dan tak nak lepaskan peluang berselfie-selfie peaceee dengan unta² ,kuda² dan kambing² kat situ.

Senyum...

Kat situ kami dihidangkanlah oleh adik-adik aku di situ dengan minuman special.Katanya dari susu kambing fresh, baru perah kau! Oh,aku memang excited kot! Nak pula dapat minum susu fresh .Ini yang baru terbaik dari ladang! Kah.Pulak tu selama aku datang,tak pernah minum pun air ni.Biasanye dihidangkan air teh o panas atau kopi o panas.Tetiba haritu,adik aku  ni offer kat aku..akak nak rasa tak air dupati?

Blurr giler aku time tu! Haha.

Siapa sangka susu kambing yang telah di masak bersama serbuk teh memiliki rasa yang seakan -akan air teh yang bersusu atau istilah order kt kedai makan, teh panas la takpun teh ais.Orang yang konon-konon alergi dengan kambing dan seangkatannya pun boleh tertipu tau! Haha.

Bukan nak aniaya orang yang anti kambing tapi aku cuma nak promote kesukaan baginda Nabi kita je.Sempena bulan Maulid Nabi ni,niatlah nak ambil berkat.InsyaAllah segala yang korang dah set kan dalam kepala akan keburukan kambing ni tak berlaku langsung pun.Masakan kesukaan Nabi kita memberi mudarat kan?Yahudi saja je autakan fakta. Sampai hati betul !

Ok! Nak tanya.Ada teh serbuk tak?Susu kambing ada?
Kalau ada semua tu,korang dah boleh dah cuba buat sendiri.Lagi best kalau susu kambing tu fresh..dan hanya teh serbuk je boleh.

Cara-caranya:

1- rebus teh serbuk pekat² atas api .
2- setelah mendidih tapiskannya.
3- masukkan susu kambing ke dalam air teh yang telah di tapis tadi.
Note: pastikan warna teh tu pekat sikit daripada air teh panas biasa yang order di kedai makan tau.
4- masukkan gula bagi melengkapkan rasa air.
5- gaul sentiasa bagi elakkan susu pecah macam pecah santan tu.
6- setelah air mendidih terus padamkan api cepat² .
7- dah siap ,tapiskannya dahulu sebelum menghidang.
8- kipaskan air yang berasap tu dulu sebelum minum untuk elakkan lidah melecur. Ok ni aku reka!  

>,<

Korang rasa susah ke senang? Alah dia mudah je mcm nak buat air teh panas biasa tu cuma yang berbeza pakai susu kambing dan kene jaga supaya airnya tak pecah susu macam masak makanan yang bersantan bagai dan wajib ditapis dulu sblm menghidng dalam jug air.

Daa selamat mencuba! Maassalamahhh




inilah rupa air dupati tu..setelah syoknya berminum, baru nak teringat ambik gambar !
antara family kambing yang baru dapat baby kat wadi ikhwan tu...tapi sayang,baru2 ni  adik aku bgtw anak kambing yg kecik tu dah mati..

Thursday, 3 December 2015

Alkisah..Tomyam!


Ni cerita pada hari Ahad yang lalu.Aku nak beritahu satu dunia bahawa lauk tengahari hari itu, umi aku masak tomyam! Haha.Biar,blog aku.

Eceh sedangkan sebelum ni pernah la sangat masak lauk tu tapi aku tak pasti la bila.Pointnya, tomyam biasa umi adalah makanan paling special aku! (Mata bersinar-sinar).Tomyam ni bukanlah termasuk dalam list favourite aku pun sebenarnya tapi dia special sangat bagi aku la.Kenapa eh?

Oh,umi dan abi suka tomyam!

Baiklah.Memandangkan cerita yang aku nak tulis dalam entry kali ni sebenarnya adalah untuk menyambung back to memories part 2,maka tomyam berjaya menjadi isi penting utama!

Ok,aku tipu! >,<

Sebenarnya lari topiklah sangat dengan cerita dalam entry sebelum ni.Berhuhu penat  aku perah otak ni nak sambung yang bagaimana? Hasilnya,aku tak tahu pun nak mulakan ayat yang bagaimana setelah aku blur memikirkan bagaimana pulak untuk buat ending story nanti?  Moga aku ada lah kekuatan untuk sambung part 2 di hari lain...yosh!

Nampak sangat suka bercerita tak habis.. =,=
Krik kriknya marie!!!

Heh,take note this! :
Warna pelangi kehidupan yang berlaku di sekeliling kita menjadikan ia sebagai suatu kenangan terindah apabila di kenang  walaupun di celahnya ada sedih dan penyesalan.Kompem akan membuat kita tersenyum di akhirnya, sekalipun bila sedar-sedar je nanti...
Eh,airmata..mana datang?!

(Jangan kecam saya bila fakta x betul ye :p )

Haha.Shooting! (drama je lebih).Mudah sangat nak touching sebab tu aku tak suka sad ending bila baca cerita atau tengok cerita ni.Nanti laju je airmata ni nak keluar secara tiba-tiba! Kadang perkara yang menyentuh perasaan pun boleh cepat tersentuh.Contohnya,masakan tomyam umi! Eh? >,<

Tomyam umi bukanlah menggunakan bahan-bahan gempak yang meriah.Meriah yang aku maksudkan di sini ialah dengan memasukkan segala macam seafood yang udangnya bersaiz galah,sotong ber adik-beradikkan sotong kurita gergasi dan dicampur pula dengan potongan ayam kampung atau bandar bagai.Itu belum lagi campur dengan asas bahan sayur- mayur . Mahu tak meriah atau istilah paling rare aku bagi lah.. sampah~

Hatta,masak maggie tomyam sekalipun aku tak suka letak macam-macam bahan yang beriya dan terover dos.Tak nikmat kot.

Umi masak tomyam biasa je dengan bahan utamanya ayam.Tiada penambah seafood bagai pun.Rencah aji naik moto memang idak le.Hoho..paling utama mesti ada kiub maggie tomyam tu! Kemudian,ditambahlah nanti dalam masakannya ada serai,bawang,carrot,tomato dan sebagainya.Pointnya,sesimple mungkin.Tapi ya! Yang pastinya enak lorh dan punya rasa tomyam gitu!

Tapi ketika itu adalah di zaman umi masih mengajar lagi lah.Sebagai seorang guru yang mengajar sekolah menengah ditambah pula dengan jarak sekolah dan rumah memakan 1 jam perjalanan, memaksa umi selalu keluar rumah seawal suboh.Kebiasaannya,aku yang ketika itu darjah 5 membawa ke darjah 6 terkadang masih lagi di buai mimpi indah dalam keadaan berbaju sekolah dah! Nampak sangat tidur balik lepas mandi. Maklumlah,aku ni pergi sekolah naik basikal je, jadi takde masalah pergi kol 7 pagi walaupun loceng sekolah start bunyi 7.15 pagi.Paling sadis,aku boleh je salam tangan umi ketika dalam keadaan mata still terpejam.Mana tidak mamai? Langit pun masih gelap kelabu lagi woo.

Walaupun terkejar,sebelum suboh lagi umi sempat siapkan masakan lauk tengahari dan kadang sempat lagi buatkan kami bekal,roti bersama daging burger! So,lauk paling simple umi boleh siapkan dalam situasi bangun terlambat adalah tomyam. Kadang pernah,esoknya pun lauk tomyam lagi! Sampai aku terasa bosan la juga.Tapi,okey je lah daripada takde lauk langsung.Sebab pulang dari sekolah,nak kena bersiap pergi sekolah agama pulak.Jadi,perut kenalah di isi supaya ada energy kayuh basikal lagi dan lagi.

Kalau umi tak masak,nanti aku yang kena reka nak masak apa. >_<

Abang beca,abang beca di tengah jalan
Cari muatan untuk mencari makan
Putar putar putar putar kaki mengayuh
Pergi jauh keringat lalu jatuh
Lalalala~

Ehem! Ternyanyi la pulak.

Mengenangkan lauk tomyam umi ketika aku dilanda rindu akan family di Malaysia sewaktu di Mesir dulu bahkan sekarang pun, kalau umi masak tomyam kompem tersenyum sendiri. Haha kalau umi perasan,nanti dia akan tanyalah..

Kenapa?

Takde,teringat tomyam zaman sekolah rendah! Sampai bosan-bosan lah makan sebab lauk sama je bila balik dari sekolah.

Respon umi gelak je.Tapi,aku faham.Bahkan,aku bersyukur kerana dengan lauk tomyam yang berkala itu lah akan mengenyangkan perut kami ketika kelaparan balik dari sekolah.

Selalu sangat umi balik lambat.Kalau ada aktiviti tambahan kat sekolah,lagi lambatlah umi balik.Maklumlah sekolah menengah kan? Paling-paling pun tamat sekolah sesi pagi sehingga jam 2 petang.Itu belum lagi termasuk kelas tambahan untuk pelajar yang amik PMR dan SPM bagai. Bagi umi yang memiliki jawatan sebagai Guru Panitia untuk 2 subjek iaitu Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam, sangatlah menuntut emosi dan ketahanan mental dan fizikal.Kadang umi sampai terbawa-bawa tension kat sekolah dengan murid-murid ke rumah.Itu adalah perkara yang paling aku pantang dan cukup tak suka.

Hinggakan,aku penah terlepas cakap suroh umi berhenti keje je kalau nak sambung marah kat rumah.Opps!huhuhu

Masa sehari bersama umi kebanyakkannya adalah pada waktu malam dan pada hujung minggu .Waktu itu lah,aku akan minta umi masak special sikit lain dari kebiasaan! hehe.Eleh,cuti sekolah pun tak aku ada homework,umi menanda buku pelajar.Nama je cuti sekolah.Tapi berlambak kau cikgu bagi homework! Selalunya subjek yang aku minat,aku akn buat last minutes...haha.

Melihatkan umi sentiasa dihadapkan dengan kerja yang banyak membuatkan aku buka mata bahawa tugas guru rupa-rupanya selain mengajar,dia juga perlu buat kerja-kerja sampingan seperti menaip komputer untuk memasukkan segala data markah,buat kertas soklan,bentangkan sebab musabab kenapa markah pelajar merundum dan sebagainya.Pointnya,cerewet jugak!

Sebab tu aku sangat marah dan tidak setuju terhadap ibu bapa sekarang yang sangat excited failkan saman dan jakun nak masuk mahkamah,paper dan televisyen bagai.Konon nak membela anak tapi hanya salahkan sebelah pihak iaitu memandang salah pihak sekolah semata-mata.Tapi tak nampak entah-entah anak sendiri yang macam monyet kat sekolah.Paling annoying bila ada sesetengah parents...

- Eh kami hantar anak ke sekolah untuk dididik.So,salah cikgulah anak saya tak pandai.

- Berani cikgu rotan anak saya? Saya ni tak pernah pun sentuh dia apalagi nak cubit . Saya nak saman cikgu!

- Saya hantar anak ke sekolah bayar yuran tau! Bukan free.Cikgu2 buat apa kat sekolah?

- Cikgu kata anak saya apa? Nakal?! Buli orang?!  Dia kat rumah tu..baik je,penyayang je.

dan sebagainya lah bla bla bla..

Haih.. kan dah terpesong topik.Pointnya,tomyam umi aku sedap apabila cukup rasa, tiada slek rasa tawar.Haha =D

Daa..Illalliqo'!
 
** biskut di  jam 2.00 pagi buta yang segar otw mengantuk pada 29/11~

Psst: Akhirnya aku jumpe jugak pic  rupa tomyam mak aku masak! Menyampah je tengok banyak  pic dlm google difokuskn sudut yang ada tambahan udang bersaiz galah...eh!? >,< haha


Monday, 23 November 2015

Back to Memories - part 1


Hai!

Malam ni aku tetibe rasa nak menulis.Banyak dan macam-macam story yang ada dan sedang berlegar-legar kat kepala otak aku ni,tau.Tinggal nak tulis je.Cehh! Tapi kena perahkan mood dulu la.

Kuang kuang kuang!

Ingat senang nak menulis? Macam aku lebih kepada ikut mood.Tapi bak kata Jumbo,( siap rename nombor aku dalam phone dia! ) Kak Marie always problem~ =,=

Haha tapi aku tak marah sebab aku rename nombor dia dengan nama Jumbo senget.Ada pulak yang aku 'rename'kan  dengan nama Kngah Sakai,Gendut dan macam-macamlah mengikut watak orang tu.Tapi tu dah semestinya golongan kenalan rapat kita,kan! Orang yang tak rapat tu, aku rename lah dengan skemanya nama sebenar orang tu.

Tapi paling tak kenal,biasanya akan rename such as like Sesat,Tak Kenal,Donno,Sewel,Rimas,Gelabah.Kebiasaannya mereka ialah Pegawai Bank yang call mak aku berkali-kali mengingatkan hutang, Tuan Rumah yang rajin follow up " bila mau bayar itu sewa rumah? Asal kol mak tada angkat ma? Mak peli mana? " atau pun tetibe ada orang menegur kita buat-buat nak menyamar bagai.Macam kawan aku Sofwah! Padan muka dia aku letak nama dia dalam contact aku 'Sofwah giler'. Kah! Tak pun pelanggan yang menyakitkan hati,yang cerewet,yang suka nak tegang. =,=

Oh,ya! Cerita pasal pelanggan ni kan,membuatkan aku rasa nak menulis sesuatu di masa lalu la pulak. Lebih kurang back to memories la.Bila teringatkan balik,boleh ada banyak feelings! Kadang boleh tersenyum,boleh rasa kelakar,nak sedih,nak marah dan kecewa bagai. Huhu..

First aku mula di dedahkan dengan yang bernama pelaggan @ customer @ zabun ni sewaktu belajar di Mesir 6 tahun lalu.Aku pergi sana ketika umur 15 tahun pada pertengahan bulan 10, tahun ..... lupe!
(Ingat je sebenarnya >,<) .

Ha! Itu jugalah first time aku naik kapal terbang tau.Eheh Muda tak? Cane aku boleh pergi sana waktu muda? Rezki,alhamdulillah.. ^_^

Pointnya di sini, cerita aku bermula dari sini.Aku bukanlah anak orang kaya yang berada.Ayah aku biasa je.Tapi dia ada buka sekolah tahfiz.Nak tulis panjang nama sekolah tu aku malas,jadi aku singkatkan Al-Manar.Aku menuntut dan start masuk alam persekolahan menengah aku sebagai pelajar asrama di situ since form one sehinggalah form three. Ceh, nak juga bajet speaking tu! Ahak.

Sistem pakaian kami bukan seperti madrasah atau maahad kebanyakkan.Yang lelaki pakai serban dan yang pompuan pakai jubah atau baju kurung batik,bertudung labuh sampai ke pinggang bagai. Pakaian resmi sekolah kami sepertilah pakaian pengawas sekolah luar yang warna biru.

Yang lelaki pakai songkok hitam atau kopiah putih,kasut hitam,seluar hitam dan kemeja biru.Yang perempuan kalau di sekolah luar warna putih dan kasut pun warna putih kan bagi pelajar biasa? Tapi kami bezanya warna hitam,kasut hitam,baju biru dan kain hitam.Tak hitam,biru black pun boleh.Jadi,nampaklah di situ ada keselarasannya.

Kenapa kasut sekolah mesti hitam dan lelaki tidak berserban? Senang! Supaya tak nampak kotor,comot ,selebet dan selekeh. ^_^
Budak-budak bukan tau nak pakai serban smart-smart pun. =,=

Kalau untuk program atau jemputan luar seperti yasinan,tahlil ataupun persembahan nasyid lengkap dengan alat percussion seperti drum,kompang,drabuka,congga dan sebagainya pakailah baju asrama seperti yang lelaki jubah putih atau kemeja asrama yang seragam dan yang perempuan pula baju kurung bebas atau baju asrama yang seragam.

Walaupun atas nama madrasah tahfiz, tak semestinya perlu ngadap hafalan Quran memanjang. Korang ingat,asal sebut tahfiz je macam sekolah pondok-pondok? Oh,tidak semestinya! Ada la juga belajar akademik dan fardhu ain. Ada sistem kelas lengkap meja,kerusi,papan tulis,meja guru,dan maktabah (library) sekali.Bestnya,ada aktiviti kokorikulum yang istimewanya pastilah tersendiri.Dah namanya sekolah jenis swasta kan? Kui kui kui.

Aku perasan rata-rata masyarakat, mesti akan respect dengan nama Sekolah Menengah Agama daripada Madrasah Tahfiz atau Sekolah Menengah Tahfiz, kan? Lagilah budak yang bajet anak moden metropolitan ni yang belajar kat sekolah menengah biasa tu, mudah nak cop budak yang belajar madrasah tahfiz ni bajet alim dan bajet baik bagai.Ceh,Poyoss!

Aku nak tanya,kenapa eh?

Sebab nnati tak boleh direct masuk kolej?masuk U?Takut takde result macam PMR,SPM atau STPM yang boleh nak dibanggakan atau bekalan sijil untuk mohon kerja yang bagus?

Nampak sangat manusia sekarang mudah tak percaya Tuhan tu Maha Kaya,Pemberi Rezki dan segalanya.. T_T

Sedangkan pendapat aku,itu terpulang kepada pengetua atau mudir yang handle lah.Di samping sebagai tambahannya mengikut beberapa silibus pembelajaran dan panduan dari jabatan agama negeri.

Haha .Penyataan aku macam nak cari gaduh.Seolah macam trauma nak mengaku aku sekolah tahfiz dan dalam masa yang sama anti dengan orang yang memandang serong.

Eheh.Walaupun sebenarnya aku memang tidak suka pun sebenarnya nak masuk madrasah tahfiz bagai ni.Lagilah nak kena dok asrama walaupun ayah sendiri pengetuanya.Dahlah jauh kat daerah lain (3 jam perjalanan je).Awal nak masuk,jenuh juga mak aku pujuk sebab aku dah semangat isi borang sekolah menengah mana yang aku suka nak masuk nanti.Kompemlah nak sekolah sama-sama dengan kawan.Pastu sekolah tu pun femes gak la.Sesuailah kalo aku nak masuk pun sebab result UPSR pun 4A 1B.Takde lah bengap sangat. Kira okeylah,kan.

Aku pulak bukan suka sangat pun nak menghafal bagai. Tak macam ayah aku sampai dapat  Al-Hafiz! Memang tabik springlah boleh dan rajin nak hafal-hafal. Hehe . Akhirnya aku pun masuklah sekolah tu dikeranakan ayah aku.Kalau tak mengenangkan dia,tak ingin kot!

Pendek cerita,'happy ending'lah aku di situ bersama kenkawan baru yang sakai-sakai,pahit,masam dan indah sumenya.Haha. Sistem sekolah yang seimbang dengan aktiviti kemahiran hidup seperti di dedahkan dengan kebudayaan nasyid,berniaga pisang goreng, pergiliran kumpulan memasak untuk dapur asrama,aktiviti cari dana dengan menjual kismis dan poster doa, buat projek cup cake chocolate, membantu kerja dan sambil tu belajar pengurusan di cafe dan butik membuatkan aku teruja nak belajar sesuatu yang baru selain pembelajaran di kelas semata yang semestinya memberatkan otak sebab kata penghantar buku teks yang kami gunakan adalah dalam Bahasa Arab! Huhu~

Madrasah aku ada,sekolah korang ada ke?  Kah!

Eleh, sakai je nak poyo dengan sekolah dia.. =,=

Biarlah blog aku..Lagipun aku cerita pasal sekolah aku bukan sekolah orang lain pun. Haha

Tapi apa pun,aku percaya setiap pelajar menyukai dan menyayangi sekolah masing-masing.Kerana di situ lah tempat kita menimba ilmu dan pengalaman.

Senyum.

**Oh! Saje nak bagitau,pagi tadi kami kat sini cucuk sate sebab ada tempahan dari nurse Malaysia yang kerja kat sini.Sate Mekah giler tak power?! Orang yang merinduinya akan terasa la nikmatnya tu seolah macam nampak syurga! Hoho ~ ok bersambung....


Saturday, 21 November 2015

Jadual Badan Manusia


Assalamualaikum dan salam ceria. ;)

Pernah tak kita terpikir kenapa sunnah Nabi, baginda amalkan bangun tahajud,tak naum (tidur) selepas suboh,amalkan Qailullah selain tidur lepas suboh mewarisi kepapaan,tidur waktu asar mewarisi kegilaan? Dan perasan tak kenapa orang mukmin itu bukan golongan orang yang kuat tidur?

Korang mesti selama ni menganggap waktu tidur 8 jam sehari adalah dengan start tido awal fil lail (pada waktu malam) supaya mudah bangun suboh,kan?Aku pun macam tu lah juga lagi-lagi era sekolah rendah dulu.

Berikut adalah jadual sistem badan manusia yang selama ini kita buat tak peduli.Ikut suka hati je nak tidur bila,nak makan bila dan sebagainya.

Fokus-fokuskan lah mata tu dan bacalah dengan tenang-tenang.Eheh.

#WaktuPagi

3:00 am – 5:00 am : bersiap mandi.wktu bangun Tahajjud dan
Qiamulail.
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Paru-paru :
Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

** Amalkan meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

( Patutlah Nabi amalkan bangun malam! Selain bagus untuk kesihatan diri, waktu begini juga adalah paling aman untuk kita berduaan dgn Tuhan kita Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.Jadi  bangunlah munajat dengan menyucikan diri terlebih dahulu. )


5:00 am – 7:00 am :  bersedia utk solat Subuh.
» Effect atau kebaikan  kepada organ
• Usus Besar :
Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.Jika membuang air besar dan mandi
dengan air sejuk di selesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

** Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

( Bagi yang dok asrama,bagus mandi sebelum suboh kan?supaya tak berlaku perebutan masuk bilik air dan menyusahkan orang lain sehingga membuatkan orang lambat nk suboh!)


7:00 am – 9:00 am : sarapan dan buat kerja rutin harian @ gi sekolah.
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Perut :
Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.Pendapat aku  untuk mengelakkn terkena gastrik dan kelaparan yang dasyat.

** Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman juga mengelakkan hempedu batu karang.


9:00 am – 11:00 am
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Limpa :
Pastikan tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah kepada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.
________________________________________________________
#WaktuTengahari

11:00 am – 1:00 pm : waktu sunnah utk tidur Qailullah (agar mudah bangun Qiamullail)
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Jantung :
Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat ketika ini. Jika tidak,lebihan karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

P/s: Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada waktu lain.

( Antara kebaikan sunnah Nabi tidur Qailullah ini selain ianya membantu mudah bangun malam ia juga boleh mengekalkan awet muda .)
_____________________________________________________
#Petang

1:00 pm – 3:00 pm : solat zohor dan makan tengahari
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Usus kecil :
Hendaklah makan tengahari pada waktu ini.
Elakkan dari tertidur.

** Amalkan meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.Bagi penggemar kopi,jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.Juga,kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

( Kalau korang tertidurlah time ni,nanti tidur korang tu dikhuatiri boleh terlajak sehingga terlepas waktu asar.Dan tidur selepas asar boleh mewarisi kegilaan.Tak silap aku hukumnya pun makruh. Tak silaplah. Tapi macam betul sebabnya aku dah lupa.hoho.Tapi kalo korang perasan,effectnya nanti akan mengalami sakit kepala yang pening.Lagilah kalo cuaca tengah terik.pergh! Kalo ditegur,mau bole melenting.)

3:00 pm – 5:00 pm : solat asar dan minum petang yang ringan dan berkhasiat
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Pundi Kencing :
Aku tak tahulah pe kaitannya dengan pundi kencing tu huhu, tapi waktu ini adalah sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

** Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

5:00 pm – 7:00 pm :  bersiap mandi dan solat maghrib
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Buah Pinggang :
Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak,akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

** Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

_________________________________________________________
#WaktuMalam

7:00 pm – 9:00 pm : makan malam
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Dinding Jantung :
Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

** Jangan lupa! Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

9:00 pm –11:00 pm : buang segala hadas dan bersiap utk tidur
» Effect atau kebaikan kepada organ :
• Jantung :
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur.
P/s:  Elakkan daripada membaca buku, menonton tv atau bekerja.
Pastikan tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

** Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

11:00 pm – 1:00 am : ideal tidur
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Hempedu :
Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
_________________________________________________________
#WaktuTengahMalam

1:00 am – 3:00 am : tidur dengan aman
» Effect atau kebaikan kepada organ
• Hati :
 Waktu tidur lena ditambah dgn bonus mimpi indah :p . Jika tidak, akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.


Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia yang aku copy paste dari group whatsapp sebelah .( wassap-wassap yo! )

Seperti yang kita maklum, air sangat penting kepada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik. Setidaknya minumlah 10 gelas air sehari kerana ianya membantu  untuk mencegah kanser pundi kencing.

Tapi,minumlah air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.Pendapat aku untuk elakkan korang ngompol (terkencing dalam seluar ketika tidur malam). Hahaa.

Nota penting ! Korang jangan amalkan minum air selepas makan.Tunggulah 30 minit selepas makan barulah minum air.Kerana ia akan melambatkan penghadaman dan juga petua perut tak buncit! ;)

Nak perut cepat buncit,rajinlah amalkan minum air terus selepas makan,ye! Haha (gelak jahat)

Sekadar perkongsian info jer.Korang janganlah nak abaikan sangat.Sekurangnya ambillah peduli.Sebab dalam fakta sains pun ada menyenaraikan effect pada organ dalaman kita yang terpaksa ditanggung.Dan dari situlah juga kita akan tahu..oh,ada hikmah rupanya di sebalik amalan Nabi kita itu! Sesungguhnya Rasulullah itu kan contoh ikutan buat  umat manusia dan semuanya sangatlah memberi manfaat bagi kita yang tak tahu apa-apa.Senyum.

Pakai celak sunnah kan?

Eh. Yang kau mencelah ke situ dah kenape?  :3

Sajer :p

Jap! Tapi kalau dah tak boleh nak di elakkan seperti waktu kerja shift,datang mengantuk yang parah,datang lapar yang teruk sebab tak sempat sarap dan sebagainya tu, itu tak boleh nak buat apa la.Hanya berhuhu je  aku di sini. =D

Harap kepada pakar yang lebih arif soal kesihatan ni bolehlah perbetulkan mana-mana yang salah info dan tambahkan yang terkurang info. Eheh!

Daa Laweeh!!.. 

** Apabila Biskut Marie bajet2 jadi doktor =D

Thursday, 19 November 2015

Cartoon Hero VS Cartoon Pahlawan Islam


السَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُاللّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam ceria and senyum selalu.  =)
Cerita malam ni..Aku on laptop.Tujuannya nak tengok cerita kartun untuk adik aku.Eheh.

Òöȍoº°˚ ˚°ºoȍOó pastu?

Okey! Aku pun taiplah saluran youtube.Kat situ je la yang aku tahu.Yang lain bagi aku macam renyah sebab tak biasa kot! Apa tunggu lagi, aku pun taiplah..

' Kartun Islamik '   search!

Ikutkan hati ni nak aje taip cerita 'Boboi Boy' tak pun 'Avatar the Legend of Airbender'.Ni semua sebab adik aku si Putra tu suka Boboi Boy lah .Hem,tapi aku  suka lagi layan yang Avatar tuh.Haha..

Kerana terkenangkan yang ayah aku pernah marah si Putra tu,

"kalau malas belajar ,malas mengaji ..abi hukum  tak boleh ambil laptop abi dengan tengok citer kartun dah lepas ni!"

Huhu sebab suatu hari budak tu pernah mengamuk dengan ayah aku nak beli mainan tak dapat, sampai terkencing dalam seluarlah kat luar pintu kereta tu! Syukur tak masuk kereta lagi.Kalau tidak,jenuh jugak kot nak menyucikannya nanti! Ok,dah jauh tersasar bercerita.

Ehem.

Memula kami tengok cerita 'Saidina Umar al-Khattab dengan Gadis Pemerah Susu'. Kemudian kisah Nabi Sulaiman as menyelesaikan masalah 2 orang ibu berebut seorang bayi dan saling mengaku anak dia ketika beliau masih muda di bawah pemerintahan ayahandanya,Nabi Daud as.(Psst..kartun Nabi Sulaiman dalam tu hensem tau! Hoho :p )
Seterusnya kami sambung pula tengok kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis dari Kerajaan Saba'.Ratu Balqis dalam tu cantik!Tapi sedih sikit, kartun Nabi Sulaimannya dah tak sama macam yang tadi...

krik krik..Н̣̣̣̝̇̇̇є̲̣̣̣̥h "̮ н̲̣̣̣̥є̲̣̥h

Nak dipendekkan cerita,adik aku dah mula boring sebab citer kartun yang diinginkan takde.Sebabnya,aku sengaja tak buka.Kartun yang dia
nak..lawan-lawan. Itu bukan ada manfaat pun untuk ada cita-cita dan
berjiwa islam.Aku kalau boleh, naklah serapkan dalam diri dia tu jiwa yang minat sejarah islam.

Ermm budak zaman sekarag..tak boboi boy, spiderman, upin ipin.Setidaknya pun Ultraman atau Power Rangers.Pointnye,macam-macamlah tajaan dan ciptaan Yahudi ni yang depa dok excited dan praktikkan masa bermain nanti.Nanti mulalah segala power , hero penyelamat, raksasa pemusnah dan robot jahat vs robot baik akan keluar semua lah dalam khayalan dia. Sekalipun alat imaginasi tu just 2 sudu plastik, pembaris atau straw minuman!

Kadang sampai terpikir takde ke cerita kartun fighting yang islamik, yang bole nak mempengaruhi minda kanak-kanak islam khususnya sehingga kalau mereka berangan main lawan-lawan tu, mereka membayangkan ..' Aq pahlawan islam sedang bertarung dengan tentera musuh ..jeng jeng! ' ??

=,= berhuhu

Alahai,si kakak ni pun! Bukan main lagi eh, kau konon nak 'brainwash' adik yang baru nak masuk 5 tahun tu. Budak memang tahu main je lah..Lagilah budak laki ni sedia maklum, majoritinya jarang nak minat belajar sangat. Tapi nak buat cane,aku tak nak jadi kakak yang
 manjakan dia begitulah juga kepada adik-adik yang lain.Dia pun ada ramai kakak yang atas dia.Takpelah aku dapat title 'kakak garang' pun,aku tak kisah.

Aku kan kakak. Yang sulong pulak tu.Ecewwah! =,=

( Sedangkan layan Avatar.. Eheh! )

Bagi budak, garanglah namanya. Sampaikan si Putra tu tak nak sembahyg dan mengaji dengan aku sebab aku ajar strict,takde nak senyum tetibe, akan lama sampai lenguh lepas tu, kena ngaji banyak.Sedangkan,2 muka surat je pun aku nak suruh.Bukan dia mengaji pun kalau dia kata taknak.Huh!

(takde pegang rotan,jangan risau..)

Tapi bagi aku, tegas.Aku tahulah masa bila nak tegas,masa bila nak berlembut.Walaupun hakikatnya,sedih sebenarnya bila adik-adik cop kita ni kakak yang garang.Ting! Paling suka sakat pun macam sesuai gak!

Ok dah start bebel =D

Tapi kan,bila melihat adik-adik yang lain sedang membesar dengan cantik,comel and also strongly man,cewah! Bahkan, semakin meninggi daripada aku yang kecik molek ni menjadikan aku rasa so touching nak menulis! Haha.

Hinggakan,aku nampak lebih kurang je dengan mereka apabila sesi bergambar.Yang lelaki palinglah ketara nampak berbezanya... oh,ketinggian! Balik kampung pulak,makcik dan pakcik mengusik,

'asal kau nampak macam makin kecik ni? ' =,=

Haih nak aje aku cakap,"Pakcik makcik ku sekalian yang budiman,adik-adik dah mula membesar..So,terlihatlah yang kami ni sama-sama cute and adorable bak kata kawan aku." Perasan! =D

Eh, kenapalah tak terkeluar nak bersore masa tu?! Kah!

Pape pun,terhiburlah juga masing-masing ngam dengan aku bila dah besar-besar panjang ni.Sedangkan,waktu kecil-kecil dulu aku rasa macam nak tercabut anak tekak ni memekak kat rumah ( tak pakai
 microphone tu dah kompem! ) bila bersepah yang melampau.Dah macam mak nenek.Kalah mak aku bebel.

 =D

Ehhhh cukuplah kot sampai di sini sahaja. Ting! Aku sebenarnya nak tulis cerita lain,tapi tertulis aku sebagai kakak lah pulak.heh

Ok,dah mengantuk.Selamat pagi untuk orang Malaysia ye. Sini,lagi beberapa minit nak ke jam 3 pagi.Ho~(‾▿‾~)ho(~‾▿‾)~ho.

** biskut marie nak  zZzZ

- 1 November 2015 -

Note: Lame sungguh aq 'publish'kan nya kan? Hehe biar!

Sunday, 25 October 2015

Eid Milad Saied untukmu!


Bismillahirrahmanirrahim...

Abi,
26 Oktober 1965 ..
Dirimu dilahirkan ke bumi oleh ibu yang tercinta setelah dikandungkn selama 9 bulan di dalam rahimnya.Lahir sebagai seorang bayi yang belum mengenal erti dunia lalu diberi nama Salleh bin Saliyan.

Pada tanggal 26 Oktober 2015 hari Isnin..
Genaplah usiamu, 50 tahun sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi.Seorang ayah yang memiliki cita-cita ingin terus dan terus membela Islam juga Allah dan Rasul tanpa ada kepentingan diri padanya.

Pesanmu padaku..
Sentiasalah kekalkan takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Nabi akan ku semat dalam jiwa untuk ku menjadi orang RASA dan terus bela islam.InsyaAllah!

Eid Milad Saied untuk mu..
Moga dengan berkat di hari kelahiranmu nnti,aku dan adik2 semua diberi tambahan kekuatan untuk meniru hati sepertimu!!! Kerna kami tidak mahu menjadi anak yang memberi beban dan menyusahkn...

Wahai Allah,
Kau berkatilah dan rahmatilah ke atas dia yang membela-Mu atas nama islam di sepanjang umurnya..Tingkatkanlah keimanan,tambahknlah ketaqwaannya serta jaminkanlah keselamatan dia di dunia dn di akhirat.
Mudahkan segala urusannya,wahai Tuhan... (cry!)

______________________
25 Oktober 2015, 11.00 mlm
di Mekah.


**biskut testing buat ucapan milad untuk ayah sendiri. Heh!


Saturday, 17 October 2015

Cerpen: Kecundang


Di tepi katil dalam asrama,keadaan bola mata Zaid kejap ke kiri,kejap ke kanan.Sesekali dia mengangkat-angkat kening.Diselang-seli dengan membuat gaya ala-ala perasan main janggut.Penat begitu,sesekali dia menongkat dagu pulak.Sehingga dia sendiri yang pening!

" Eh, Nafi'! Kau ni dah kenapa? Pening dah mata aku ni tengok kau ke hulu ke hilir.Mende yang kau dok pikir serabut sangat tu? "

" Aku takutlah wei.Jantung aku ni ha..cuba kau rasa?Meh tangan kau! "

Sambil mengangkat kening,Zaid merasa," hem..apa? Biasa je aku rasa? " ,tanya Zaid pelik.

" Ish,cuba kau dengar pulak? "

" Hem..apa? Dub dab,dub dab je aku dengar.Sama je bunyinya macam jantung aku.Cuma kencang sikit la ", jawab Zaid blurr.
" Eh,kau ingat aku ni pakar jantung ke apa nak suruh rasa, siap dengar bagai? Erm..tetiba masa ni la aku takde stetethskop.Boleh la aku berangan jadi doktor jap! Haha.." Zaid dah mula berangan.

Di bayangan Nafi' hanya dengar bunyi krik-krik bila Zaid dah start berangan.

'Ceh,sempat pulak dia berangan..',bisik hati Nafi'.

" Eh? Ok, Heheh sorry2! Terberangan pulak.Ter! Oh,Jadi kenapa jantung kau? Pe kaitan dengan kau takut? Kau..kau ada sakit jantung ke beb? ",tanya Zaid melulu dengan cemas.

" Eh,bukan!bukan,bukan! Hemm.. aku takutlah nak bersyarahan bagai masa program Maal Hijrah sekolah kita nanti.Aku tengah nervous ni,Zaid! Sebab tu aku suruh kau rasa jantung aku ni, naklah bagi kau rasa betapa lajunya dia berdub dab bila aku teringat program tu nak dekat dah. " Luah Nafi' penuh cemas.

Ternganga Zaid 3 saat!

" Hahaha La yeke.. Apo la kau ni,Nafi'.Rileks la..Program tu kan minggu depan. So,pertandingan tu kira lama lagi kot.Kau tengok aku? Cool and steady je kan?Bukan kau je yang ambil bahagian. Aku pun masuk gak syarahan tu.Aku nak tengok, aku punya bakat terpendam ni boleh pergi mana dia punya jauh.Wooo! Alah,bab bercakap ni kacang je bagi aku.Meh aku ajar kau tips.Kau berdiri je atas pentas tu,kau takyah pikir orang dah.Dewan tu,kau anggap je macam takde orang.Lepas tu, kau bersyarah lah mende yang kau dah hafal, yang dah ada kat kepala kau tu.Ha..Simple,kan? Pointnye kalau kau hayati mende yang kau tulis tu untuk di syarahkan nanti,lagi mudah beb nak persembahkan.Paling-paling kalau kau lupa pun,kau boleh bantai ayat apa yang sesuai nak cakap nanti." kata Zaid bangga panjang lebar penuh action .

" Hemm, thanks la bagi aku tips. Kau boleh la nak cakap kacang bagai sebab kau ada pengalaman. Aku ni baru first time.Itu pun ambil berkat nak taat cikgu aku je sebab kelas aku takde yang ambil bahagian. " kata Nafi' lemah semangat.

" Takpe,takpe.Kau mesti boleh punya." kata Zaid duduk menyandar di kepala katil, makan keropok sambil goyang-goyangkan kaki.

Nafi' tahu Cikgu Nasir amat berharap dia dapat jadi wakil bagi kelas tingkatan 3 Permata Hati.Bahkan,siap buatkan teks! Walaupun dia tahu bentuk dan gaya syarahan tu tapi dia tiada pengalaman.Teks syarahan yang bertajuk,'Hijrah dan Pengorbanan' telah pun diberikan oleh Cikgu Nasir kepadanya minggu lepas.Dan, dia telah pun menghafalnya sehingga dia dapatlah memahami sebahagian daripada teks tersebut walaupun tidak menyeluruh.

Jadi,dia mesti berlatih bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakan cikgu dan kawan sekelasnya yang lain.Hari-hari tanpa jemu dia berlatih bercakap.Kadangkala di depan cikgu,kawan-kawan,abang-abang senior dan banyaknya di hadapan cermin.Sehingga terbawa-bawa dalam mimpi!

" Weh, Zaid! Kau memang dah ready betul eh nak bersyarah esok? Tak nampak kau berlatih pun? Selesanya aku tengok kau ni. Tak habis-habis tengok cerita.Nanti handfone tu kena rampas,padan muka kau.", soal Nafi' risau.

" Alah,kau ni.. janganlah bagi kantoi.Aku okey je la. Don't worry,aku yakin boleh.Bukan susah sangat pun nak bercakap tu.Lagipun, aku dah hafal sampai nk termuntahlah aku tengok teks tu.Ha! dulu zaman aku sekolah rendah,aku pernah je wakil peringkat daerah. Boleh punya lah. " jawab Zaid sambil mata tidak lepas dari melihat cerita.Khusyuk betul!

Hari yang ditunggu pun tiba.

Debaran dada Nafi' hanya Tuhan saja yang tahu betapa gementarnya dia apabila namanya dipanggil oleh Pengerusi Majlis.Dengan lafaz bismillah dalam hati serta doa bantuan yang tidak putus dari Tuhan agar diberi ketenangan hati dan dipermudahkan kelancaran lidah berbicara, membuahkan hasil apabila dengan mudah dia menyampaikan syarahan penuh semangat dan suaranya jelas tidak terketar-ketar.

'Alhamdulillah! Turun pentas jugak aku akhirnya.huh! ',bisik hati Nafi' sambil menarik nafas lega kesyukuran.

Kemudian,tiba pula giliran Zaid..

Dengan penuh yakin dan semangat yang membara,Zaid naik atas pentas dan terus menyampaikan syarahan.
' Aduh, asal aku boleh lupa pulak ni? Pagi tadi aku ingat je semua! Spoiled betul la ingatan aku. '
Tiba di pertengahan,Zaid terlupa ayat syarahannya.Dia langsung tak ingat apa point seterusnya yang masuk di kepalanya.Dek kerana lupa,dia tergagap dan penyampaiannya tidak lancar. Kesudahannya,untuk meng'cover' gelabah dia terus skip dan menamatkan ucapan syarahannya dengan ucapan sekian,terima kasih.

Akhirnya,keputusan juri menjadikan Zaid tidak mendapat sebarang kemenangan sekalipun hadiah saguhati! Rezeki Nafi' mendapat tempat ketiga.

Zaid berasa sedih dan kecewa.Dia malu dengan Nafi' kerana terlalu yakin boleh, dia tidak rajin membuat latihan.Dia merasa bangga dan sombong dengan Nafi' selama ini lebih lagi, ketika dia di minta untuk melihat dan menolong memperbaiki latihan Nafi'.Zaid buat acuh tak acuh.Bahkan Zaid memberi alasan yang bermacam-macam apabila Nafi' mengajak berlatih bersama-sama.Zaid merasa tiada masalah baginya untuk bercakap di atas pentas.Kerana dia memang seorang yang pandai bercakap. Sekadar boleh,maka dia merasa dia mampu.Rupanya,Tuhan lebih mengetahui.

-tamat-

                   * * * * * * *

Take Note:  Jangan sombong dan mendabik dada dengan kemampuan diri kita pada orang.Kerana belum tentu dapat menjamin keselesaan yang sempurna.Lebih malang lagi, jika jadi manusia yang sombong terhadap Tuhan.Sentiasalah merasa diri tu hamba yang hina dan lemah.
Rendahkanlah dirimu.Orang yang mengangkat diri,dia akan dihina Allah.


** ingatan untuk biskut marie sendiri

Thursday, 8 October 2015

Cerpen: Hati itu...

Terkebil-kebil Emma melihat Fathiyah,rakan serumahnya itu.Dari atas sampai ke bawah dengan pandangan kejap berkerut, kejap geleng kepala.

"Iyah! Kau ni nk gi mana sebenarnya? Pergh! Dengan minyak wanginya,celak lah,bedak lah,siap gosok gigi bagai apa kes, beb? Saratnya.." -_-'

" Aku nak siap-siap sembahyang lah.Kan lagi 30 minit nak masuk waktu? "

" Hah?! Awal giler kot! Pastu nanti kau nak sembahyang Suboh kat mana pulak tu ?Ermm,aku malas ar nak gi masjid or surau bagai ni.Renyah la
 wei."

Melihatkan Fathiyah beriya-iya bersiap, Emma mula merangka nanti,dia just sarung telekung.Simple!Kain pun dah siap sarung bergetah.Beli siap je pun.Dah bersepah jual kat kedai-kedai tu!

" Tak,tak,tak...Siapa kata nak gi sembahyang kat sana? Kita sembahyang kt rumah je lah. Dua orang je pun dah boleh berjemaah",senyum Fathiyyah tenang sambil mengikat kain pelikat warna hitamnya jenama 'Gajah Duduk' dan bertelekungkan kain putih.

Tanpa membuang masa,Fathiyah membentangkan kain putih kosong untuk alas sembahyangnya.Dia tidak suka menggunakan sejadah yang bercorak itu semua walaupun ianya berlukisan gambar kaabah atau kubah masjid.Boleh mengganggu kosentrasi nak khuyuk je.Biar putih kosong.Bolehlah ingat mati nanti sebab dengan kain putih kosong tu lah yang akan menjadi warna kain kafan kita sewaktu jadi jenazah,kan?

Setelah itu, Fathiyah duduk dengan sopan mengadap kiblat.30 minit penantian masuk waktu,dimanfaatkan dengan alunan bacaan selawat
badawi berulang-ulang kali sambil mengalirkan air mata.Rindunya kepada Rasulullah tak tertahan.Kekasih Allah yang sangat agung.Moga-moga dengan itu,Fathiyah berharap agar Tuhan sudi memandangnya dan kerinduannya pada baginda Rasul berbalas.

" اللهم صلى وسلم على نور الانوار،
 وسرالاسرار وتريق الاغيار،
ومفتاح باب اليسار،
سيدنا ومولانا محمدن المختار واله الاطهار،
واصحابه الاخيار،
عدد نعم الله وافضاله.
Ya Allah sampaikanlah salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Dialah yang kami sangat rindu
Nabi Muhammad yang terpilih,keluarganya yang suci
Serta para Sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatMu dan kemuliaanMu,Ya Allah... "

Emma yang leka melihat segala kelakuan Fathiyyah terpegun melihat air mata yang mengalir dengan wajah penuh mengharap.Seolah-olah kawannya itu sedang masuk di alam lain.Suatu alam rasa atau roh yang Emma tak boleh nak fikirkan di mana.

Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!

"Dah azan!"

Emma tersedar dan mula menapak masuk ke bilik air lalu terus bersiap-siap sembahyang.Sempat Emma menjeling kawannya itu sedang memperbetulkan diri dari duduk tadi.

"Sembahyang sunat kot Iyah tu.Sempat la aku nak siap-siap jap."bisik hati kecil Emma.

Mereka pun melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama berimamkan Fathiyah.Di kala Fathiyah mengangkat takbir lagi,suaranya sudah tersekat-sekat.Sayu je mendengarnya sehinggalah memberi salam.

"Mudahnya nak menangis dalam sembahyang..tapi aku?",bisik Emma lagi dalam hati yang dalam.
 * * * * * *

" Iyah! Apa yng kau rasa ketika sembahyang tu sehingga kau boleh menangis? Aku banyak kali tengok setiap kali kau sembahyang,kau mesti nak menangis." tanya Emma terus terang suatu malam.

" Aku tak tahu la Emma.Aku merasakan sesuatu yang sangat aku tak mampu nak ceritakan.Ia tentang suatu perasaan yang dalam yang sepertinya tiada ungkapan nak di jelaskan.Sebab ia tentang hati.Soal hati yang melibatkan perasaan dalam berasa-rasa.Rasa yang bagaimana terhadap Tuhan yang bagi aku sesuatu yang ..yang..yang berat."

" Apa kau cakap ni Iyah? Aku tak faham.Terlalu saratlah nak aku fikirka bayangan di sebalik kata-kata kau tu." Emma menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal untuk memahami di sebalik maksud kata Fathiyah.

" Soal hati tu bukan sesuatu yang boleh di akal-akalkan,Emma.Dia tak boleh dipandang,dilihat atau di nilaikan dengan logik fikiran semata-mata.Ia tentang perasaan.Contohlah begini.Kalau kau tetiba suka kat seseorang lelaki.Mesti ada yang istimewa pada si dia tu sehingga kau boleh suka dia, kan?"

" Eh,of course la!Kalau tak,tak bermaknalah aku nak suka.Pandang pun mungkin tak ingin.Merepek je tiada sebab. Haha"

"So,bila kau dah suka, mesti kau nak dipandang perfect supaya mendapat perhatian dari si dia,kan?Kau akan nak sentiasa cantik,kemas,wangi dan taknak lah busuk masam.Kau akan buat bermacam cara supaya si dia tu kenal siapa kau.Bahkan,kau mestilah akan rasa cemas,takut dan risau kalau si dia tu tak pandang pun kau.Lebih sedih bila perasaan kau tak berbalas.Hanya syok sendiri.Jiwa kau akan jadi sakit,kecewa dan kau akan rasa kau manusia yang gagal.Betul tak?" duga Fathiyah bertalu-talu.

"Err, I think you're  right.Because,dulu aku sampai frust menonggeng waktu putus dengan ex boyfriend aku! Meroyan sakan aku time tu.Ish,geram betul la bila tau dia curang!Dasar playboy!Buaya darat! "getus Emma penuh perasaan.

Fathiyah hanya senyum dengn respon yang diberikan oleh kawannya itu bersama harapan, moga nanti kawannya itu faham akan maksud di sebalik perumpamaan yang cuba diberikan.

               * * * * * *

"Emma! Awak tenung siling tu sampai nak tembus ke langit ketujuh dah saya tengok.Cepat jawab dan selesaikan soalan saya tu di depan!" Sergah Prof Nadia dengan mengetuk kuat meja Emma.

" Hah?! Ok!ok! Hehe."

Emma hanya tersengeh kambing bila menyedari dia dah jauh termenung.Perbualannya bersama Fathiyah malam kelmarin membuatkan dia tersedar akan sesuatu bahawa bukan senang rupanya untuk bermain dengan hati  dalam memiliki rasa-rasa  pada setiap hal,terutama sekali ketika sembahyang.Nak dapatkan khusyuk lebih lagilah perlu untuk bermain dengan hati agar boleh mendapat rasa-rasa yang sepatutnya ada ketika sembahyang.

Setiap hari Emma berdoa dengan doa yang diajarkan oleh kawannya itu..

"Ku pohon ajarkan aku tentang hati.
Hati yang ia bercakap tanpa mulut.
Bahkan bernafas tanpa hidung.
Juga sangat mendengar tanpa telinga
dan melihat tanpa mata."

               * * * * * *
  -Tamat-

**apabila biskut marie menulis cerpen!eh

Monday, 28 September 2015

Cinta - Part 3 (akhir)


 Effa masuk ke dalam bilik itu dan merenung setiap sudut di dalam bilik itu.
  Kini sudah tiga bulan Aisyah pergi menghadap Sang Pencintanya. Segala memori dan nasihat yang Aisyah berikan akan dia sematkan di dalam jiwanya. Kerana Aisyah telah menyedarkan dirinya tentang sesuatu yang sangat berharga.
  Kakinya melangkah menuju ke arah meja belajar milik Aisyah. Buku-buku milik Aisyah masih tersusun rapi.
   Effa mencapai mp4 dan earphone yang terletak di atas meja itu.
  Dia membelek-belek mp4 itu. Mp4 inilah yang sering digunakan oleh Aisyah ketika belajar.
  Dia duduk di atas katil milik Aisyah dan menge'on'kan mp tersebut. Dia ingin tahu lagu apa yang sering didengari oleh Aisyah sehingga kadang-kadang dia melihat Aisyah mengalirkan air mata.


Wahai Tuhan
ampunkan aku Tuhan
Kasihanilah aku
Tampungi kekuranganku
Tinggikan darjat ku oh Tuhan..
  Wahai Tuhan yang ada
  di siang malam ku
  Yang temani ku tiap waktu ku
  Kala naik dan turun ku
  Tika ria dan sendu
Adakah yang bisa lebih
setia dari Mu
Wujudkah yang cintai ku
lebih cinta Mu
Oh...ku ragu tentang itu
Ku ragu tentang itu ya Allah
  Janji ku mungkiri
  Dia tetap ampuni
  Taubat ku palsu
  Dia masih mengasihi
Dengan apa harus ku balasi semua
Bagaimana harus ku menadah muka
Bilakah cinta itu dapat sepenuhnya
Ku serah pada Dia
Sang pencinta....
  Dapatkah ku balasi cinta mu
  Wahai Sang Pencinta...


Effa menggenggam erat mp4 itu sambil memejamkan matanya. Air mata yang mengalir dibiarkan.
"Effa janji Effa akan berusaha mencari Cinta itu sampai ke akhir hayat Effa", kata Effa seolah-olah dia sedang berjanji dengan Aisyah.


***
-tamat-


*story by adikbiskutmarie: Qairah's
*editor by biskutmarie



Saturday, 26 September 2015

Cinta - Part 2


 "Akak! Akak!" Aisyah terus memberhentikan langkahnya apabila terdengar jeritan itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat seorang gadis sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.
  "Ada apa ni?" soal Aisyah apabila gadis itu sudah berada di hadapannya.
  "Jap kak. Bagi saya tarik nafas dulu" kata gadis itu dalam keadaan mengah. Aisyah hanya tersenyum dan mengangguk.
  "Pertama kalinya saya nak minta maaf terlebih dahulu" kata gadis itu memulakn bicara setelah puas mengambil nafas.
   "Kenapa nak minta maaf tiba-tiba ni?" soal Aisyah hairan.
  "Saya rasa akak mesti dah tahu apa tujuan saya datang jumpa akak ni kan" Aisyah terdiam mendengar kata-kata gadis itu.
  "Saya minta maaf banyak-banyak kak. Tapi abang long dah tanya,bulan ni akak tak bayar lagi hutang tu."
  "Dik, akak pun minta maaf sangat-sangat tapi sekarang ni akak betul-betul tak de duit. Insya allah akak akan usahakan secepat mungkin"
  "Akak, akak, saya bukannya apa, saya kesian tengok akak. Ayah akak yang berhutang akak yang kena bersusah payah melangsaikannya. Ni nasib baik abang long hantar saya yang jumpa akak kalau dia hantar budak-budak dia memang nayalah akak. Oklah kak saya balik dulu la ye, nanti saya sampaikan apa yang akak cakap tadi"
  "Baiklah. Terima kasih banyak-banyak ye" balas Aisyah sambil melambai tangan ke arah gadis itu yang sudah pun berlalu pergi.
  Terhenti langkah Effa apabila melihat Aisyah bersama seorang gadis yang tidak dikenalinya. Dengan tidak sengaja Effa telah pun mendengar segala perbualan mereka.
***
  Aisyah masuk ke dalam bilik dengan muka yang ceria.
  "Eh, Effa dah balik. Jom, makan karipap ni sama-sama!Aisyah beli tadi kat gerai Mak Tam. Sedap ni."
  Effa hanya merenung tajam ke arah Aisyah tanpa mempedulikan apa yang di bicarakan oleh Aisyah.
  Aisyah duduk di atas katilnya dan duduk berhadapan dengan Effa. Kemudian dia menghulurkan sebiji karipap kepada Effa.
   "Kau ada hutang ke?" dengan nada serius Effa bertanya tanpa mengambil karipap yang dihulurkan kepadanya.
  "Hutang? Hutang apa? Dengan Effa ke?" soalan dibalas soalan dengan keadaan muka Aisyah yang blurr dan mulut sedang mengunyah karipap.
  "Aku dengar semuanya tadi" terus terhenti kunyahan Aisyah apabila mendengar soalan Effa.
  "Apasal bapak kau tak settlekan sendiri?"
  "Ayah dah meninggal setahun lepas" Aisyah menjawab dalam nada bersahaja dan menyambung kembali memakan karipapnya yang masih berbaki.
  "Eh, boleh tak kalau kau ada masalah, jangan nak happy selalu. Meluatlah aku tengok" Aisyah kaget mendengar kata-kata Effa.
   "Aik, Effa ok?"
   "Tak! Aku tak ok! Aku geram tengok kau yang macam tak de apa-apa masalah. Hari tu kau gagal ujian, hari ini aku dapat tahu kau kena langsaikan hutang bapak kau. Tapi aku tengok kau happy je" kata Effa geram melihat sikap Aisyah. Sungguh dia tidak faham dengan sikap Aisyah yang sentiasa ceria seolah-olah tiada masalah sedangkan ada masalah yang menimpa dirinya.
  Aisyah mencapai tisu yang terdapt di atas meja di sebelah katilnya dan mengelap mulutnya yang agak berminyak. Kemudian dengan tenang dia memulakan bicara.
  "Effa nak tahu apa rahsia Aisyah boleh tenang dengan semua ni?" dengan perlahan-lahan Effa mengangguk.
  "Dekatkanlah diri kita dengan Tuhan. Bila kita ada masalah mengadulah segala-galanya pada-Nya. Bila kita rasa dekat dengan Tuhan segala masalah kita dah tak jadi masalah. Kita rasa ringan dan tenang je. Sebab kita yakin Tuhan bersama kita. Senang cerita, bercintalah dengan Tuhan, Insya allah dan Aisyah yakin hidup kita pasti bahagia." nasihat Aisyah lembut.
   "Bercinta dengan Tuhan?" soal Effa hairan. Bagi dia apa yang best dan apa yang akan dapat kalau bercinta dengan Tuhan tu?
  "Effa pernah bercinta tak? Malah Effa sekarang ni sedang dilamun cinta kan?" duga Aisyah. Effa hanya mengangguk perlahan mengiyakan.
  "Apa perasaan Effa ketika bercinta? Ketika bersama si dia?"
  "Urm... rasa happy.. rasa selamat...rasa disayangi... rasa macam-macamlah" katanya lambat-lambat.
  "Kalau Effa ada masalah Effa cerita tak kat dia?"
Effa hanya menjawab dengan anggukkan.
  "Apa perasaan Effa selepas luahkan semua masalah Effa kat dia?" soal Aisyah lagi.
  Effa mengurut dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu, "Effa rasa hilang segala beban, rasa lega.."
  "Haa... tu baru cinta manusia. Cinta yang tak hakiki tu pun kita dah rasa happylah apalah. Apalagi kalau kita mendapat cinta yang hakiki. Pastilah hidup kita lagi sentiasa happy!Bercinta dengan Tuhan tiada penghujung. Bila kita bercinta dengan Tuhan, kita tak perlu risau Tuhan tak setialah, curanglah sebab Tuhan sentiasa bersama kita. Dia tak pernah meninggalkan kita walaupun sedetik cuma kita je yang sentiasa melupakannya. Bercinta dengan manusia ni ada penghujung, kita tak tau smpai bile setia dia tu." Terang Aisyah panjang lebar.
  "Tapi saya yakin cinta saya setia" Effa cuba mempertahankan pendapatnya.
  Baru sahaja Aisyah mahu menjawab tiba-tiba iPhone 6s milik Effa berbunyi tanda mesej masuk.
  "Oklah Aisyah, saya nak jumpa my hubby. Sorrylah saya tak retilah nak bercinta dengan Tuhan bagai ni." kata Effa slumber dan terus berlalu pergi meninggalkan Aisyah yang tercengang mendengar kata-kata Effa itu.
  ***
  "Sepanjang perkenalan aku dengan dia, aku tidak pernah melihat wajahnya suram atau sedih. Yang aku selalu lihat wajahnya sentiasa berseri dan bercahaya. Tapi Pada malam itu buat pertama kalinya aku mendengar dan melihat dia menangis"

  Effa tersedar apabila dia mendengar tangisan halus. Dia memandang ke arah katil di sebelahnya, kosong.
 Ke mana Aisyah? Kemudian matanya dihalakan ke bawah lantai, dia melihat sesusuk tubuh yang memakai telekung sedang bersujud.
   Effa mengerling ke arah jam loceng di sisinya, pukul 3 pagi.
  Dia merebahkan semula kepalanya di atas bantal sambil matanya masih terkebil-kebil. Entah mengapa hatinya seperti terusik apabila melihat Aisyah yang sedang bersujud penuh tawadhuk.
***
   "Effa, saya tak mampu nak membantu awak kali ni. Keputusan awak kali ni terlalu teruk. Awak gagal Effa, awak gagal!"
  "Papa tak sangka Effa sanggup malukan papa. Anak Tan Sri Hamid gagal graduasi! Mulai hari ni papa akan sekat semua kewangan Effa!"
  "Kita putus jelah. I nak you selama ni pun sebab you pandai, famous dan kaya. Sekarang ni you dah tak de apa. So kita break jelah"

 "Aaaaa!!!!!" Effa menjerit di atas bangunan itu dengan sekuat hati sambil menutup telinga dan mengeleng-gelengkan kepalanya apabila kata-kata yang merobek jiwanya itu sentiasa berlegar-legar di pendengarannya. Air matanya laju menuruni pipinya.
  Dia tak sanggup, dia tak sanggup menghadapi semua ini. Dia rasa di kala ini lebih baik dia mati dan tidak wujud di dunia ini.
  "Effa! Tenang Effa! Tenang. Ingat Allah Effa! Ingat Allah" kata Aisyah dengan nafas yang termengah- mengah.
  Sebaik sahaja dia menyedari Effa berada di atas bangunan dan seperti cuba untuk membunuh diri, tanpa melengahkan masa dia terus berlari naik ke atas bangunan itu sebelum terlambat.
  "Aku dah tak de sape.. orang semua bencikan aku.. tak nakkan aku.." kata Effa dalam nada yang kendur seperti sudah pasrah. Sambil kakinya mula melangkah ke hujung bangunan.
  Aisyah mula panik melihat keadaan Effa.
  "Kau silap Effa. Kau masih ada Allah. Dia masih sayangkan kau." nasihat Aisyah sambil kakinya melangkah perlahan-lahan menuju ke arah Effa.
  "Kau tipu!! Kau tipu!!! Tipu!!!" jeritnya lagi sambil menutup telinga tanpa menyedari Aisyah sudah hampir dengannya.
  Di kala Aisyah ingin mencapai Effa, tanpa sengaja Effa telah menolak Aisyah sehingga jatuh ke bawah bangunan setinggi 20 tingkat itu.
  Effa tergamam dan terduduk apabila melihat susuk tubuh Aisyah sudah pun di lumuri darah dan dikerumuni orang ramai.
  "Aisyah!!!!!!!" air matanya bertambah laju mengalir.
***
#adikbiskutmarie: Qairah's

Cerpen: Cinta - Part 1


 " Seorang sahabat yang aku tidak pernah menghargainya sebagai seorang sahabat. Tuhan datangkan dirinya untuk menyedarkan aku tentang sesuatu yang sangat berharga. Tetapi aku tidak pernah menyedarinya selama ini. Kini Tuhan telah mengambilnya kembali pada-Nya buat selama-lamanya"
***
   Effa meraup wajahnya setelah selesai membaca doa. Dia merenung sayu perkuburan di hadapannya itu. Tangan bergerak mengusap batu nisan sambil mutiara jernih mula mengalir perlahan-perlahan menuruni pipi mulusnya.
***
   Aisyah merenung pintu bilik di hadapannya dan kertas yang dipegangnya silih berganti. Setelah yakin itu bilik yang ingin ditujuinya dia pun mula mengetuk pintu bilik itu.
"Assalammualaikum" Aisyah mengerutkan dahinya, masuk kali ni sudah 3 kali dia memberi salam tapi tiada sahutan. Mungkin tiada orang di dalam kot, fikirnya positif. Dia pun menyeluk kocek baju kurung yang dipakainya dan tersenyum. "Mujur ada kunci yang pihak kolej bagi".
    Mata Effa terus menuju ke arah muka pintu apabila pintu biliknya terbuka dengan tiba-tiba. Seorang gadis muncul di muka pintu dengan bersusah-payah membawa bagasinya masuk bersama. Effa hanya memerhati tanpa rasa ingin membantu. Dia sudah mengagak pasti 'roommate' barunya yang memberi salam tadi, tapi dia malas mahu menyahutnya.
    Aisyah menarik nafas lega setelah bersusah-payah mengangkat bagasinya, kemudian dia pun menutup pintu bilik itu. Langkah kakinya terhenti apabila dia terlihat ada seorang gadis sedang duduk di atas katil smbil bermain alat gajet.
   "Err.... Assalammualaikum. Maaflah saya ingat takde orang tadi" kata Aisyah dengan nada serba salah.
  Effa hanya kaku tidak memberi respon. Dia terus ralit bermain gajetnya.
  Aisyah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 'dia ni pekak ke?' detik Aisyah. Haa aku kena jerit sikit kot. Fikirnya lagi.
  "Assalammualaikum!!!" dengan penuh semangat Aisyah memberi salam buat kali kedua hingga membuatkan Effa terlepas iphonenya akibat terkejut.
   Mata Effa terus merenung tajam ke arah Aisyah. Aisyah hanya tersengih seperti kerang busuk, mungkin puas hati sebab Effa memberi respon.
  "Hai, saya Siti Aisyah bt Muhammad Ayob" Aisyah memperkenalkan diri tanpa mempedulikan muka tegang yang diberikan oleh Effa.
  Effa hanya menjeling dan menyambung kembali bermain iphone 6s nya.
  "Saya harap kita akan jadi sahabat baik" kata Aisyah sambil tersenyum.
***
   Aisyah duduk bersila di atas katil miliknya sambil kedua tangannya memegang kaki dan menggoyang- goyangkan badannya sambil matanya asyik memerhatikan Effa dan sesekali melirik ke arah jam tangannya.
   Dia naik hairan, sudah hampir 1 jam dia melihat Effa bersiap.
  "Effa nak ke mana cantik-cantik ni?"Effa yang sedang memakai 'eye shadow' di matanya terhenti seketika apabila mendengar soalan Effa.
  "Kau sibuk kenapa?" balas Effa dengan nada dingin.
  Dengan tidak mempedulikan respon yang diberikan oleh Effa, dia membalas "takdelah Aisyah tanya je janganlah marah"
  "Err... tapikan dah nak masuk waktu Asar, apa kata kita solat sama-sama dulu?" ajak Aisyah berhati-hati.
  Tiba-tiba iPhone 6s milik Effa berbunyi. "Apa? You dah tunggu kat bawah? Sekejap lagi I turun ye", dengan nada penuh manja Effa berkata-kata berlainan sekali dengan nada yang selalu digunakan pada Aisyah.
  Tanpa mempedulikan ajakan Aisyah, Effa terus berlalu pergi.
***
 "Saya tak tahu apa masalah awak ni" keluh Prof. Hanan.
  Effa hanya menundukkan kepalanya sedari tadi. Dia tidak mampu bertentangan mata dengan Prof. Hanan.
  "Dulu awak seorang pelajar cemerlang. Keputusan awak sentiasa yang terbaik. Prestasi awak terlalu merudum sekarang ni. Keputusan peperiksaan awak kali ni cukup2 makan je. Awak kena ingat tahun ni adalah tahun akhir awak. Peperiksaan akhir pun sudah semakin hampir. Saya harap awak akan berusaha keras selepas ini. Saya takut awak akan gagal." Nasihat Prof. Hanan panjang lebar. Effa hanya mengangguk mendengar nasihat itu.
***
  'bam!' Effa menghempas pintu dengan sekuat hati. "Argh!!!!" Effa mengamuk sakan sambil membuang kesemua buku yang berada di atas meja ke bawah lantai. Tidak cukup dengan itu dia membaling segala bantal selimut yang berada di atas katilnya.
   "Masya Allah! Tsunami!" Aisyah yang baru pulang terkejut melihat keadaan di dalam bilik itu.
  Effa yang baru hendak membaling bantal yang berada di tangannya terhenti apabila mendengar suara Aisyah.
  "Effa kenapa ni?" soal Aisyah lembut. Effa terus menghempas bantal yang dipegangnya."Lepas ni boleh lah kau gelakkan aku jugak kan? Satu kolej gelakkan aku! Pelajar cemerlang dapat markah cukup-cukup makan je".
  Terkejut Aisyah mendengar luahan Effa sehingga membuatkan dia tertawa kecil.
 "Ketawa! Ketawalah puas-puas! Ketawa!!! Ketawa!!!" jerit Effa yang sudah semakin panas apabila melihat Aisyah juga seperti mentertawakan dirinya.
  Aisyah hanya menggeleng melihat sikap panas baran Effa.
 "Apalah Effa ni, mana ada Aisyah gelakkan Effa. Masih oklah tu dapat markah cukup-cukup makan daripada Aisyah tak cukup makan langsung,, tak lulus dapat gred E lagi",dengan nada bersahaja dan ceria tanpa sedih sedikit pun Aisyah memberitahu.
  Effa memandang Aisyah pelik. Tapi tidak lama, dia kemudiannya terus mengeluarkan iphonenya dan mendail seseorang.
 "You jom kite keluar.. I nak release tensionlah" ajaknya manja.
  "Sorry, I busylah. Lagipun I tengah tak de money" balas lelaki itu.
  "Alaaa, soal money you tak yah risau.Biar I yang belanja. You cuma temankan I je. Ok?"
  "Oklah kalau macam tu. You tunggu I datang ambil."
   Effa terus berlalu dan melanggar bahu Aisyah yang masih berdiri berhampiran dengan pintu.
***
   Hampir tengah malam baru Effa pulang ke biliknya. Dia agak terkejut apabila melihat keadaan katil dan meja belajarnya sudah tersusun kemas. Dia terus memandang ke arah Aisyah yang sudah pun lena di buai mimpi. Rasa bersalah mula terbit sedikit demi sedikit.
***
# adikbiskutmarie: Qairah's

Sunday, 20 September 2015

Cuaca panas di Mekah


Assalamualaikum kepada para pembaca yang penyabar..

 Korang tau tak rupa keadaan  aku sekarang ni macam mana?Aku ni dah rasa macam dok dalam oven! Sedangkan malamm..(apsal over sangat ni? =,=)

Sambil-sambil lepak kat dapur menunggu adik-adik laki tu bawa naik segala pinggan mangkuk hidangan tetamu yang ramai untuk di basuh,aku pun ambil phone, buka dan tengok berapa  takat suhu cuaca malam ni.. eh?!

37 darjah celciusnya.. :3

Lebih kurang je dengan cuaca Malaysia!Tapi kebahangan dan hot dia tu bila tak berada dalam aircond,Masya Allah! Rasa nak marah je memanjang.Mudah nak rasa badmood,mudah nak sudho' (sakit kepala).Peluh-peluh mengalir tak payah cakaplah.Seolah-olah mandi je sentiasa. Ni baru malam eh.Belum siang lagi.Mekah pernah mengalami panas sehingga 48 darjah celcius. Korang rasa panas ke tak? Ke biasa-biasa je tu?

Yang cakap," alah biasa je tu.." mohon dok dalam oven eh!

Sebelum ni, air condition dapur kami dalam rumah ni sangatlah berfungsi.Bahkan tahap sejuk dia tu membuatkan kadang kami  tak mampulah nak buat kerja atas lantai. Tapi entah sejak bila dan bagaimanalah Allah nak buat, ianya dah tak berfungsi lagi.Tak berfungsi ketika musim panas sedang melanda kota Mekah pula tu.Allahu Akbar!
Teruji bila datangnya tak selesanya nak masak-masak jumlah yang banyak.Rimas,renyah dan sakai.

Terpikir bagaimanalah nanti agaknya bakal para jemaah haji nanti meredah kota Mekah dalam nak memunaikan rukun Islam yang kelima iaitu rukun Haji tu? Allah hadiahkan ujiannya bagi mereka tu  dalam nak pertahankan kekuatan fizikal dan kesihatan diri!Bagi orang muda yang masih kuat tenaganya mungkinlah mampu dan tahan lasak.Tapi bagaimanalah dengan orang yang bukan muda kan?

Aku melihat ketika di musim umrah lagi,gagahnyalah orang yang tua dan dah terbongkok-bongkok,muka dah pun berkedut-kedut,jalan pun slow bahkan ada yang menggigil-gigil.Aku yang masih muda remaja ni pun kadang rasa sakit kepala la,pening kepala la,tiada selera nak makan la ape la, itu la, ini lah.Macam-macamnya! Berhuhu apabila kemuncak rasa panas tu sampai nak muntah.Tekak rasa loya dan mulalah rasa nak demam bagai pastu nak lonyeh sentiasa  (lembik yang melepek).  -_-

Berendam memanjang dalam tab pun tak best sebab air rasa panas.Cuaca yang panas telah menyumbangkan takat suhu air sehingga berapa takat didih, aku pun tak tahu.

Alahai,takde pula termometer kt rumah ni!

Maka,timbullah di benak hati ini terasa beruntungnya menjadi aku. Seawal usia 20 tahun ni lagi aku dah direzekikan menjejakkan kaki di bumi Haramain! Bahkan berpeluang menunaikan umrah walaupun baru sekali.Melihat kaabah boleh bila-bila masa sahaja bila ada kelapangan.Contohnya takde kena masak-masak untuk katering atau kenderaan tak penuh atau tetiba ada driver yang boleh bawa.

Aku ni pun belum tentu dapat rezeki ke tak buat haji tahun ni.Kalau dapat pun janganlah ia menjadi sia-sia.Malang dan sedihnya lah kalau hanya mendapat panas, penat dan letih je tapi hati tak terhubung pun dengan Allah dan Rasul!

Hermmm...

** pinggan dah memanggil-memanggil minta di cuci. Laweeh!!.. !


- 20 Sept 2015 malam -

Thursday, 17 September 2015

Selamat tiba di Jeddah..


Alhamdulillah wa syukurillah..aku dan rombongan telah pun selamat mendarat di airport Jeddah sekaligus selesai urusan imegresen dalam jam 9.45 malam waktu Saudi (dalam 3 pagi lebih waktu Malaysia ) pada 14.9.2015.

Berlepas dari airport KLIA jam 4 petang pada 13.9.2015.

Senyum.

Mengimbau kembali tentang masalah tiket yang di lalui hari tu yang telah pun aku ceritakan di dalam blog sebelum ini,berkat pertolongan Busu (adik ummi aku) yang bekerja di airport walaupun sebagai supervisor bahagian tiket bagi penerbangan Lufthansa German Airlines telah pun dipermudahkan dengan izin Allah melalui usaha kawan sekerja Busu bahagian tiket Saudi Airlines (tak ingat nama pakcik tu).

Harga tiket yang pada mulanya mendapat seorang dalam  RM700 x 5 orang = RM3500 telah ditukarkan menjadi RM700 untuk 5 orang.Dalam anggaran seorang hanya RM 100 lebih.MasyaAllah!Manakala,urusan luggage kami pula telah di uruskan selamat sampai di Jeddah tiada tersangkut di mana-mana bersama tibanya penerbangan kami nanti.

Rupa-rupanya masalah tiket yang bermula ketiadaan bording pass kedua berlaku dari airport Senai lagi.Dalam kekalutan itu juga,barulah kami tahu entah bagaimana pihak sana tidak memberi sekaligus 2 keping bording pass setiap seorang seperti kebiasaan di mana-mana airport yang memerlukan transit setelah Busu mempersoalkan kenapa di airport Senai
lagi tak dapat bording pass kedua kalau ada transit?

Ber'eh' bila ummi dan aku perasan akan hal itu. Huhu

Entahlah aku pun tak faham dan not very sure atas segala excident yang berlaku.Sebab selain itu,ia ada kaitan dengan catitan rekod Malaysia Airlines juga.Ok cukup.Tak nak citer lebih-lebih.

Sampai di sini sahaja kisahnya.Jumpa lagi di masa yang lain ya.

;)

Saturday, 12 September 2015

Transit di KLIA sesuatu yang mencabar jiwa.

Tajuk tak boleh bla.. haha


Aku nak menulis ni pun mengambil masa yang lama untuk tenangkan diri,stabilkan emosi yang tengah hot di KLIA ni.
So,daripada aku rasa nak telan tengok muka-muka pegawai yang bertugas di kaunter K bagi urusan tiket dan bording pass untuk Saudi Airlines ni baik lah aku menulis.

Slow-slow  aku 'cool'kan diri,sumbat earphone pasang volume kuat-kuat.Sekurang-sekurangnya  dapat lah aku luahkan perasaan kesal, sebal bagai yang sangat dalam sehinggakan wajah ni tak mampulah nak senyum!Tapi, tetiba air mata pula yang menjadi pengganti kerana terlalu emosi dilanda sakit hati yang parah.Eheh.

Ummi siap suruh aku dok jauh-jauh.Bersabar. T_T Bab-bab yang menyentap ni memang aku lemah.Lebih lagi bab urusan duit- muit bagai yang memerlukan kos sampai beribu!

Tarik nafas.Hembus!

Tarik nafas.Hembus!

Wallah aku rasa tertipu sangat dengan tiket yang murah pergi negara Saudi melalui airport Senai kemudian mesti transit 3 jam di KLIA daripada terus pergi direct je dari KLIA ke Saudi.Rasa macam tertindas di negara sendiri je.Terasa bagus aku dok luar negara daripada dok negara sendiri.Eceh sedangkan negara tempat aku membesar je pun bukannya tempat lahir tanah tumpah darah bagai.

Krik-kriknya.Nampak tak aku dah mula merapu di situ?hoho.

Cerita pasal harga tiket ni yang sedang aku hadapi,SEDANG hadapi eh. Kami yang seramai 4 dewasa dan seorang baby umur 6 bulan bookinglah tiket untuk penerbangan ke Saudi telah mengambil flight dari airport Senai dan transit di KLIA dengan harga RM1555 berbanding dari KLIA terus direct ke Saudi harga mencecah sehingga RM 2000 lebih.

Pakcik aku yang sebenarnya uruskan hal tiket miket ni.. kehkeh

Lepas Suboh bertolak dari kampungku di Labis,Johor ke airport Senai perjalanan kami alhamdulillah tiada masalah.Bahkan kami mendapat kejutan dalam jumlah berat luggage yang boleh di bawa masuk yang pada asalnya mengikut jumlah yang tertera pada tiket online seorang boleh bawa 2 luggage dengan setiapnya 23kg.Tapi bila proses di lakukan pihak airport memberi kilo lebih dengan setiap luggage dapat 30 kg!Ertinya, seorang penumpang boleh membawa 2 luggage dengan setiap 30kg.

Tetapi,ujian berlaku bila tiba transit di KLIA pada waktu zohor dari airport Senai yang memakan masa perjalanan setengah jam tak silap aku.Sebab dari Senai tu berlepas dalam jam 12 tengahari.

Di keranakan tiba transit tu dah azan zohor dan mengikut waktu penerbangan seterusnya iaitu menuju ke Jeddah ialah pada jam 3 petang,maka kami pun solat lah dulu.Kebetulan pula adik aku yang baby tu pampersnya dah penuh dengan najis.Jadi,kenalah tukarkan.

Hikhok sana hikhok sini,kami pun terus la nak pergi ambil  bording pass sebab kami kan pakai tiket online.Tengok-tengok jam, sempat la ada setengah jam  lagi sebab belom jam 3 petang kan.Tempat pun kami tak tahu kat mana dan nak pergi mana.Jadi,bertanyalah sana sini kepada petugas KLIA sampai tersalah-salah naik lif kot,sebab ni pengalaman first time transit di KLIA.Akhirnya sampai-sampai saja kaunter K iaitu bahagian penerbangan Saudi Airlines...

Eh,tak fahamnya sistemmm!

Penat tau datang,dengan bawa barang kecik-kecik yang tidak boleh masuk kargo lagi.Aku je dah pikul beg galas walidah aku yang dia kata beg tu tak boleh masuk kargo atas alasan apa, aku pun tak tahu.Beg galas tu takde la berat mana pun tapi kalau dah lama membahu adalah rasa macam nak tercabut.Lepas tu beg sandang aku lagi,beg camera dan beg susu adik.Umi pula dah dukung adik sambil galas beg tangan dia lah.Walidah pula bawa beg  berisi kuetiau mentah 3 kilo dan pampers adik (umi gagah nak bawa pampers dari Malaysia! ).Nenek aku pulak galas beg telekung dia.

Ter'detail'nya! Pointnya,masing-masing ada membawa sesuatu la. :3

"Ni dah lambat ni kak(sambil tengok jam tangan).Kaunter check in tutup setengah jam sebelum berlepas.Kalau nak juga,cancelkan tiket kena  ambil yang baru.Penerbangan ke Saudi yang kedua, jam 6 petang nanti."
( No say sorry pulak tu -_- Poyo nak mati)

Tergamam mak aku dan kami semua.

"Eh kenapa nak tutup? Kami transit je bukan baru nak datang.Nak bording pass je.Kenapa nak kene check in bagai macam orang yang baru nak ambil flight?"

Sedapnya dia cakap begitu! Kami tengok jam lewat 5 minit je kot! Itupun sebab mencari jalan tau.Bukan berfoya-foya atau melengah-lengahkan masa.Makan pun tak cari apalagi nak menjengah. Lagipun pada tiket tertulis berlepas jam 3 petang. Ada masa lagi.Kalau mengikut pengalaman tempat aku transit di negara lain seperti di Qatar dan Dohha sebelum ni just ambil bording pass ,cop-cop imigresen semua pastu terus je lah dah boleh naik flight.Boleh je ikut ngam-ngam masa.Tak perlu pun nak buat sistem check in tutup kena ada had masa bagai?

Eh!penumpang negara lain manalah yang agaknya tahu, kaunter check in di sesetiap negara tu tutup had masa takat bila? Aku dah tegang.Dah la tengah datang bulan. Memang mendidih woo gua punya organ dalaman.

Rasa sedih kecil kenapalah  tak boleh nak bertolak ansur betul dengan orang Malaysia sendiri? Paling-paling pun kesian la sikit kat mak aku yang dok kendung adik 6 bulan tu.

Aku tak pasti samada itu salah kami yang tak tau menahu kaunter check in itu rupa-rupanya akan di tutup setengah jam sebelum waktu flight berlepas atau waktu itu mereka sedang mengalami gangguan teknikal yang rumit dan kebetulan kami menjadi mangsa?

Hemm terpikir-terpikir..

Maka,terkandaslah kami berejam lamanya di depan kaunter tu. Menunggu pakcik kaunter tu uruskan booking tiket bagai.Bukan kami je yang dah di anggap miss flight tapi ramai, adalah dalam 10 orang gitu.Itu pun kalau kerusi  tak penuh untuk penerbangan jam 6 petang nanti.Nak tukar tiket baru ingat senang-senang ke macam beli topup henpon? Renyah kot! Nak booking,nak tambah duit lagi.

** di tulis pada 12/9/2015 dalam anggaran jam 2 petang sehingga 5 petang cenggitu.

Kemudian..
Tunggu punya tunggu punya lama sehingga aku sempatlah juga me'round' satu KLIA.Mana kawasan yang tiada tanda zon larangan,aku bantai jalan sampailah flight kedua ke Saudi jam 6 petang dah pun berlepas sebab tiket kami tak dapat di comfirmkan lagi walaupun kami dah dapat harga bagi tiket yang baru iaitu seorang RM 700 lebih.

Dan akhirnya malam ni kami masih la berada di bumi Malaysia, menumpang tidurlah di rumah busu (adik ummi) di Nilai.Kan aku dah kata susah beli tiket baru ni. Di tambah lagi tempoh had masa tutup kaunter sehingga jam 5 atau 5.30 petang.

Lama tak? Sesungguhnya menunggu itu satu yang menyeksakan.Tau tak menunggu tu apa?Menunggu ialah penat.

Ummi cerita pengalaman dia sewaktu transit di Singapura pun samalah kes yang berlaku ni.Singapura punya airport tegas dan sangatlah sharp time.Tapi ketika pertukaran tiket berlaku,mereka tidak mengenakan bayaran tiket yang baru.Tapi Malaysia kena tambah bayar harga tiket yang baru tu.Adakah kerana Malaysia banyak hutang sehingga terdesak sangat buat sistem yang begitu? Err krik krik je aku mampu.

Aku kira Rm700 tu kira ok sikit la (sikit je okeynya).Berbanding nasib yang menimpa seorang uncle dari negara China.Aku berbual la dengan dia.Haha memula tu bajet-bajet la speaking omputih.Nak cakap arab walaupun aku ni bukanlah mesyi pun,dia macam tahu guna ayat             ان شـــــاء الله atau pun alhamdulillah je jadi aku pun ber'speaking'lah dengan ayat yang simple je pun.

"Where are you come from?"

Sekali dia beritahu,"tak payah la speaking sebab saya tak pandai dan tak berapa faham sangat.Cakap melayu saja.Saya faham sikit-sikit la"

Tapi cakap melayu ngan dia versi cakap dengan budak tadika la.Cakap satu persatu dan lambat-lambat.Daripada cerita uncle itu,dia datang dari negara dia, China nak pergi buat haji kemudian transitlah KLIA untuk ke Saudi.Ditakdirkan dia pun tertinggal flight.Kemudian,harga tiket baru yang dia dapat RM6500, weh!Kenapa jadi begitu ye? Dia pun terkejut bila aku beritahu yang kami dapat dalam RM700 lebih.

Nasihat aku,kepada sesiapa yang ingin pergi ke mana-mana negara hatta dalam negeri sendiri sekalipun  yang memerlukan transit di KLIA baik tak payah! Janganlah ambil tiket itu.Korang akan di uji dengan sistem dia yang sangatlah pelik di dunia bila korang dah dianggap tertinggal flight.

Jadi ambil lah pengajaran dari kisah aku ni,lepas ni pastikan korang yang tiba je transit di KLIA hendaklah terus ke kaunter check in di aras 5 sebelum kaunter di tutup setengah jam sebelum waktu perlepasan flight seterusnya.Sekian harap maklum.

Sebenarnya itu lah yang di namakan ujian dan dugaan.Tak perlu pun nak kecoh sebab kita tak tahu apa yang Allah nak susun,kan?
Mencuba untuk berfikiran positif dan jadikan ia satu pengalaman yang berharga.Eheh.

** sehingga saat ni masih belum menerima apa-apa berita pasal tiket dari pihak airport.Apa cerita barang-barang kami tu,katanya sedang diuruskan.Uruskan yang bagaimana? Wallahualam.


Thursday, 10 September 2015

iLalliqo' Malaysia~


السَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُاللّهِ وَبَرَكَاتُهُ ...

Pertama-tama sekali aku nak lah meminta maaf zahir dan batin kot ada tersalah silap di mana-mana sama ada sengaja atau pun tak sengaja sepanjang perkenalan di antara saya dan kalian.

(ceh,sedangkan baru posting ke empat!)
 
Oh! Aku nak beritahu bahawa bilwakti,aku sedang menghitung hari dan masa. Bukan habis exam,bukan nak kena operate,bukan juga nak naik pelamin.eh? :3  hak hak

Tapi aku nak meninggalkan bumi Malaysia sekali lagi buat kali yang ke berapa entah.Nanti aku kira.( Ermm,nak sedih ke tak eh? )
Yang pasti ini adalah kali kedua aku pergi meninggalkan Malaysia menuju ke Mekah di Saudi Arabia.Sebuah negara arab yang di dalamnya ada orang yang berbangsa arab dan berkalam atau berkomunikasi berbahasa arab (اللغة العربية).Haha.

Dalam tahun 2015 ini saja, aku seolah tak banyak stay di Malaysia.Tak sampai 2 bulan aku balik Malaysia seminggu nak masuk bulan Syawal
yang lalu,dah nak pergi jauh semula. (Huh,dah macam bisnesswoman je!) Pada bulan Zulhijjah atau September ni aku  dapat lagi rezki  pergi sana.ان شـــــاء الله  kalau ada rezki,dapatlah aku menunaikan haji.Kiranya nanti aku dapat gelaran "Hajjah" lah?

Eheh bakal hajjah muda berhuhu..

Pemergian aku ke sana adalah atas visa ziarah keluarga yang melayakkan seseorang atau satu keluarga tu boleh berada di negara itu selama 3 bulan hingga 6 bulan (boleh tambah 3 bulan lagi selepas tamat tempoh 3 bulan pertama).Kawan aku kata bukan Saudi je yang bersistem macam tu,Australia pun sama juga.Tapi kalau kat Malaysia ni aku tak tahu lah bagaimana sebab aku bukan warga asing kan.Kalau bernasib baik boleh mohon sampai 9 bulan! Tapi biasanya tak dapat sebab dah ramai orang Malaysia kita cuba mohon tambah lagi 3 bulan selepas dah stay 6 bulan.

Pening tak baca apa aku tulis ni? X pe ..baca slow-slow la. Pointnye,setiap tempoh tu mestilah tambah 3 bulan kalau nak stay lama.Tapi dengan syarat orang yang kita pergi atas nama nak ziarah tu, kenalah ada permit setahun.

Visa tu apa?Senang nak bagi faham, lebih macam permit kebenaran tinggal di sesebuah negaralah.

Contoh senang,ayah aku kerja di sana.Jadi,dia dapatlah permit stay sana setahun.Ikutlah permohonon permit atas apa.Permit pekerja ke cef ke nurse ke whatever la situ.Ayah aku permit apa aku lupa la. Hehe. Tapi Saudi ni renyah sikit urusan dia.Oh,bukan sikit tapi banyak renyahnya!Aku nak citer pun takut korang bertambah tak faham,aku yang pening lalat nak menge'explain'kan.

Ayah aku tu merupakan salah seorang chairman bagi Immarah Travel,sebuah syarikat  yang di amanahkan menguruskan travel dan segala macam perkhidmatan di Mekah dan Madinah.Senang kata groud handling bermula pengurusan dari Malaysia lagi.Juga merupakan salah satu anak syarikat bagi sebuah syarikat besar di Malaysia.Selain itu,ayah aku juga merupakan seorang mutawif iaitu pembimbing haji atau umrah.Alhamdulillah rezeki keluarga.

Bukan nak bagi korang jeles,tapi just nak share pengalaman.Kawan aq la yang suruh aku citer sikit pengalaman-pengalaman yang aku dapat sepanjang aku ke luar negara dalam blog ni.Tu juga la antara sebab kuat kenapa aku menulis dalam ni. Ikutkan hati takde lah rajin mana pun nak mengadap henpon ni (kite tulis dalm fone je).ان شـــــاء الله aku akan cuba cerita serba sedikit apa yang aku dapat di dalam pengalaman.

Berhuhu bila sedar dari lekanya menulis, tak sangka dah meleret!
Yesterday is a history , tomorrow is a mystery kan. Tapi esok juga la hari penerbangan aku dari airport Senai,JB.Bermula waktu pagi untuk check in sampailah jam 12 tengah hari kapal terbang berlepas.Kemudian transit KLIA selama 3 jam dan seterusnya menujulah ke airport Jeddah nanti.
Begitu la jadual seperti yang tertera di atas kertas bernama tiket.
. ان شـــــاء الله
Maka aku akhiri dengan nukilan yang berbunyi begini:

Aku menghitug masa untuk ke sana
Ke sebuah negara jauh dari Malysia
Belum pasti bila kembali semula
Aku hanya pergi saja
Hati ni berat sebenarnya
Tapi untuk aku tagih berkat walau perkhidmatanku taklah smart mana
Ku gagahkan jua (eceh)
Moga aku dapat menjadi org Rasa.. :(
Maaf zahir dan batin ku pinta
Bersama harapan doakn aku ye semua

** Moga cakap-cakap ku ini tak lah serupa bikin... T_T

Saturday, 29 August 2015

Couple Islamic.. ada ke??


Couple Islamik ?

Kisahnya mengenai 3 orang. Aidil, Qaira dan Mubarak.

Aidil dan Qaira  sama-sama belajar di sebuah
Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh.
Beberapa lama kemudian, Aidil  pun terjatuh hati lah  pada
keayuannya si Qaira.Konon cinta pandang pertamalah tu. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh! Cantik sangatlah jika nak diceritakan tu. Tetapi,Aidil  cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan jiwang bagai  dia kepada Qaira  sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun pun berlalu. Akhirnya, apabila Aidil berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan.Konon dah bergetar tulang rusuk bagai. (Kah!) Dia pun mengatur langkah dan akhirnya, Qaira yang femes dengan gelaran "malu-malu kucing"  ni pun tewaslah pada pujuk rayunya.Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam itu kan tidak membenarkan umatnya ber’couple’ bagai. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.Senang kata  "COUPLE ISLAMIC" . (Ehhh??)

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Qaira kena pakai tudung labuh. Aidil pula pakai serban dan jubah. ( Eh? haha lantak la situ )
Selepas itu mereka keluar bukan membuang-buang masa,takde nye nk bazirkan! Keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi.Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aidil ditakdirkan bertemu dengan Mubarak.
Ketika itu Aidil  dan Qaira  sedang bertadarrus di RFC.
(Rajinnye =_= )

Mubarak  tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk,Mubarak pun bertanyalah,meramahkan diri..

"Have you married?"
"Not yet." jawab Qaira.
"So, why you sit together with this ajnabi alone
here."tanya Mubarak  pelik yang abadi.
Gila tak pelik?Yang perempuan pakai tudung labuh bagai pastu yang lelaki pula berserban.

"Kami couple, tapi Islamic way lah ." jawab Aidil selamber.
Mubarak  hanya tersenyum mendengar jawapan itu lalu mula bercerita tentang dirinya.

"Aku ni muallaf.Dulu aku Kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan,pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi,aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku ni untuk terima hidayah-Nya. Pendek cerita bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku dibuatnya. Macam mana aku nak buat ni?

Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.
Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku pun berfikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu! Aku pun belilah seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat.Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku
bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas
tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak, aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun lamanya.

Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba.
Tibalah masa untuk aku sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni
takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2
tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh.
Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun dengan murah hatinya ajak la dia makan.

" Ustaz! Jom makan. Babi Islam nih.”

Tercengang  Ustaz tu lalu terus berlalu sambil Istighfar. Esoknya aku berjumpa Ustaz berkenaan dan tanyakan kepadanya kenapa tidak singgah makan bersama. Lalu Ustaz tu cakaplah kat aku. Yang haram tetap haram dan tiada pemudahcara bagi menghalalkan yang haram.

Bila terdengar kisah itu, Aidil dan Qaira pun sedar.
Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu
jelas dan yang haram itu jelas.

TERASA? Maknanya masih ada kesedaran pada diri
kita. Bukan nak menghina sesiapa. Tapi, sedarlah akan hakikat sebenar. Tiada istilah cinta Islamik sebelum nikah ya.

Sekadar kongsi .... Minta Maaf kalau terasa .... :(
#peringatanbersama

Hah!
Seronok tak baca kisah tu? Aku ambil dalam group wassep je.La arif siapalah penulisnya.Tak rajin pulak aku nak tanya.Mungkin dah berviral-viral agaknya. Tapi aku ada letak sikit perasa maggi,tambah sikit aji kat jalan ceritanya bagi kena dengan selera pembacaan aku. Ini kan blog aku.hak hak.

Tujuan aku share dalam ni ialah contoh yang diberikan menarik dan ada pengajarannya yang kita boleh ambil sebagai ingatan bersama.
Bilwakti,aku cuma nak kata,just nak berkata semata-mata.Kalau korang rasa nak mengulas,ya terserah lorh! Sama-sama beri pendapat.

Dewasa kini,memang tidak dinafikan pergaulan bebas sesama lelaki dan perempuan semakin kronik dan parah kot.Mafi gharib dah.Lagilah anak muda yang hidup di dalam bersuasana kota metropolitan ni  yang serba bergaya,serba moden,serba kemudahan,serba sosial,serba manja dan serba serbi lah senang tulis.Baik di kalangan pelajar sekolah atau IPT,remaja mahupun orang dewasa di tempat kerja.

 Aktiviti perbincangan pula sangat banyak ada keterlibatan sesama laki dan perempuan.Yang side effectnya bermula daripada perhubungan itu contoh hanya sekadar kawan baik,teman tapi mesra,teman sepermainan,teman sekerja itu semua SEBENARNYA boleh menyuburkan bibit-bibit cinta di hati dan jantung masing-masing kalau kita leka dan semakin seronok secara TAK SEDAR dan kalau kita tak menjaganya boleh mendatangkn ZINA HATI.Tanyalah pak ustaz masing-masing dan rajinkan diri tu bertanya apa jenis-jenis zina kalau nak akidkan.Sekian harap maklum.

Bahkan,rata-rata eh pasangan kapel zaman sekarang sangatlah berbangga dengan perhubungan tu.Siap boleh perkenalkan dan tayang kat orang kot! Samada di Mukabuku dan Twitter.Instagram paling lah nak dok tayang-tayang.Agaknya kalau yang takde bf @ gf,tak leh teruskan hidup?Eheh.

Contoh paling best la artis-artis.Tak payah tengok artis bollywood dan hollywood sangatlah.Artis Malaysia pun dah cukup.Kadang aku sampai kompius, ni Islam ke bukan? Oh,maybe diaorang tak belajar kot dulu-dulu? Ni kompem time kelas Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam ,tido! -_-" Tapi kadang yang bertudung tu cane pulak eh? Tak kiralah artis ke orang awam sama je.

Huh!

Tak payah nak salahkan cikgu kt sekolah sangat! Budak sekarang kan baik-baik.Kena rotan,piat telinga,ketuk ketampi sikit dah jakun nak mengadu kat mak ayah, nak masuk paper,nak masuk mahkamah,nak masuk balai polis,nak buat status kt Mukabuku,Twitter,Wechat bagai.Walaupun sekarang aku dah umur 20 tahun,aku tak pernah nak citer kena marah bagai kat sekolah atau asrama dulu-dulu tau.Citer pun sia-sia sekalipun dengan wajah yang dibuat-buat sedih sebab tak akan di layan.Padan muka ada.

Bukan nak kata aku seolah  dok bawah tempurung kelapa macam katak yang tak bergaul dengan masyarakat.Tapi berdasarkan pengalaman aku yang melihat dan lalui sendiri,banyak sekali pasangan berkapel ni menganggap ianya remeh-temeh kot! Yang menjadikan aku tak ingin berkapel sama sekali.Contohnya:

**Situasi 1-
Soalan: Daripada korang kapel baik nikoh je la teruih!kan?
Jwpn: Eh,kenalah berkapel.Kalau tak nanti cane nak kenal hati budi pasangan bila dah nikoh nanti?

» Apa kau ingat lepas nikoh tak leh kenai-kenai? Bukankah lagi indah kapel dalam keadaan yang halal.

**Situasi 2-
Soalan: Korang! Best ke  kapel-kapel ni?
Jwpn: Best kot? Boleh jenjalan ngan bf/gf,pegang-pegang tangan,rasa sangat ada orang caring kt kita,nanti valentine's day ke bezday ke akan dapat special gift dari orang yang kita suka.Pastu hari-hari rasa macam birthday bla bla bla.

» Eh,best ke dapat dosa kering? =_= typical budak fikir nak seronok je lebih.

**Situasi 3-
Soalan: Korang ni kenapa study campur jantina?
Jwpn: Supaya terbangun sikit otak ni nak discuss,study.Fikiran dan kepandaian laki dengan  pompuan kan tak sama level..so,apa salahnya saling bagi pendapat,kan?

» Alasan!Aku tengok banyak bergelak, senyum-senyum bagai adalah.Pastu nak cover ayu,nak cover hensem,buat-buat bodoh untuk tarik perhatian si dia.Alahai terserlah!Pastu tak lulus exam sebab kau sakan bercinta.Berhaha je la aku nanti.

**Situasi 4-
Boy : Awak..jom kita kapel nak
Girl : Aku  malas ar, takde pengalaman lagipun
Boy : Ok,kita slow-slowlah.Mula-mula panggil awak,saya k?Dari  
          beraku,kau macam tak best la
Girl : Biarlah aku nak panggil aku,kau  -_-"
Boy : Kalo abang,sayang camne?
Girl : Tu macam sesuai untuk somi isteri je? Baiklah kau guna gelaran tu
         untuk bakal bini nanti :3
Boy :  Ala..tu dah nikah nanti lain citerlah.Ni untuk suka-suka jer hehe
Girl : Ceh!

» Ni cerita kawan aku yang si girl tu.Ada mamat tu mintak kapel ngan dia.Kenal pun dalam Mukabuku je.Pastu mamat tu mula rasa suka dengan kawan aku tuh sedangkan kawan aku tu just anggap kawan mukabuku jer pun..Nampak sangat sekadar nak mengisi masa lapang!


**Situasi 5-
- Assalamualaikum akak,abag!Saya ada jual kismis.Ini sebagai latihan praktikal kemahiran hidup sekolah kami di samping nak lah cari dana untuk tabung asrama sendiri.Sekotak yg kecik ni singgit je bang!Dalam dia siap ada koleksi doa-doa harian yang mudah nak amalkan.So,
akak ngn abang nanti kalo makan,mana la tau bole dapt anak yang cerdik nanti, kan?hehe
(Ni bukan mintak derma senang-senang je ya, macam sekolah tahfiz-tahfiz kebanyakkan tu buat)

» Ni cerita 6 tahun lalu.Sebenarnya nak sergah pasangan kapel  ni daripada buat benda tak senonoh.Muka terkejut nampaklah sangat ketara tapi bro tu cover cool and steady.Tempat depa macam tersorok sikit di sebalik pokok di satu taman rekrasi kt Tanjung Emas,Muar.Duduk atas bangku panjang sambil tu secara tak sengaja aku ternampak tangan laki tu laju je merayap,main-main rambut bagai.Si girl tu pulak termalu-malu kucing.Apa ke bengap watak macam tu? Tak tahan usyahid free show,aku pun juallah kismis kat depa.Berhaha. Eh,depa ada beli tau! Kih kih kih.

Bagi aku tiada pekdah and also terasa ada belut berjalan-jalan kat tengkuk,lebih lagi bila baca status yang keluar kat Mukabuku aku pelbagai watak yang sedang hangit berchinta la,frust menonggeng la,putus la dan sebagainya lah. Paling tak boleh bla,artis-artis siap masuk paper,majalah bagai.Ini bagi aku je laa.Seorang yang sangat anti untuk berkapel  :3 Korang yang rasa suka dengan cara begitu dan selesa,terserah.

Ba'den, aku nak beritahu la bahawa suatu hari aku ada  terbaca satu entri berkaitan chenta chintun ni hasil penulisan blogger Inche Gabbana di dalam blog si beliau (Angelwearsgucci.blogspot.com).Title mana satu ntah,aku tak ingat.Panjang dan lebar beliau mengulas definasi tentang chinta woo.Dari situ lah aku tetiba dapat idea nak masukkan title bab kapel mapel bagai ni.Berhuhu ~

The moral is lebih baik menghindar daripada terkena.Kepada pasangan yang sedang syok berkapel bagai ni...aku just nak ingatkan jangan sampai korang ter'mengandung'kan anak luar nikah.Kerajaan dah tak larat tau nak kutip bayi-bayi yang bersepah terbuang sana sini,nak tanggung kos Rumah-rumah perlindungan dan kebajikan.Sewaktu berkapel aku rasa semuanya indah lah kot.

Entah lah tak pernah pulak aku lalui.Eheh.

Tapi tolong sedar sebelum dapat mimpi ngeri.Ha,masa tu tak payahlah nak saling tunding jari. Janganlah mudah-mudah nak pikir taubat tu senang dan senang juga Tuhan nak terima walaupun Dia itu Maha Penyayang lagi Mengasihani tapi Dia itu juga Maha Garang tau!Neraka ciptaanNya sangatlah gerun!

Akhir kalam,takutilah Allah itu di sepanjang hidupmu,wahai diri...................

Risau.

#biskutmarie