» Apabila menulis hanya sekadar mengisi masa lapang maka terjadilah aku dan dunia blogger ~
Thursday, 10 September 2015
iLalliqo' Malaysia~
السَّلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُاللّهِ وَبَرَكَاتُهُ ...
Pertama-tama sekali aku nak lah meminta maaf zahir dan batin kot ada tersalah silap di mana-mana sama ada sengaja atau pun tak sengaja sepanjang perkenalan di antara saya dan kalian.
(ceh,sedangkan baru posting ke empat!)
Oh! Aku nak beritahu bahawa bilwakti,aku sedang menghitung hari dan masa. Bukan habis exam,bukan nak kena operate,bukan juga nak naik pelamin.eh? :3 hak hak
Tapi aku nak meninggalkan bumi Malaysia sekali lagi buat kali yang ke berapa entah.Nanti aku kira.( Ermm,nak sedih ke tak eh? )
Yang pasti ini adalah kali kedua aku pergi meninggalkan Malaysia menuju ke Mekah di Saudi Arabia.Sebuah negara arab yang di dalamnya ada orang yang berbangsa arab dan berkalam atau berkomunikasi berbahasa arab (اللغة العربية).Haha.
Dalam tahun 2015 ini saja, aku seolah tak banyak stay di Malaysia.Tak sampai 2 bulan aku balik Malaysia seminggu nak masuk bulan Syawal
yang lalu,dah nak pergi jauh semula. (Huh,dah macam bisnesswoman je!) Pada bulan Zulhijjah atau September ni aku dapat lagi rezki pergi sana.ان شـــــاء الله kalau ada rezki,dapatlah aku menunaikan haji.Kiranya nanti aku dapat gelaran "Hajjah" lah?
Eheh bakal hajjah muda berhuhu..
Pemergian aku ke sana adalah atas visa ziarah keluarga yang melayakkan seseorang atau satu keluarga tu boleh berada di negara itu selama 3 bulan hingga 6 bulan (boleh tambah 3 bulan lagi selepas tamat tempoh 3 bulan pertama).Kawan aku kata bukan Saudi je yang bersistem macam tu,Australia pun sama juga.Tapi kalau kat Malaysia ni aku tak tahu lah bagaimana sebab aku bukan warga asing kan.Kalau bernasib baik boleh mohon sampai 9 bulan! Tapi biasanya tak dapat sebab dah ramai orang Malaysia kita cuba mohon tambah lagi 3 bulan selepas dah stay 6 bulan.
Pening tak baca apa aku tulis ni? X pe ..baca slow-slow la. Pointnye,setiap tempoh tu mestilah tambah 3 bulan kalau nak stay lama.Tapi dengan syarat orang yang kita pergi atas nama nak ziarah tu, kenalah ada permit setahun.
Visa tu apa?Senang nak bagi faham, lebih macam permit kebenaran tinggal di sesebuah negaralah.
Contoh senang,ayah aku kerja di sana.Jadi,dia dapatlah permit stay sana setahun.Ikutlah permohonon permit atas apa.Permit pekerja ke cef ke nurse ke whatever la situ.Ayah aku permit apa aku lupa la. Hehe. Tapi Saudi ni renyah sikit urusan dia.Oh,bukan sikit tapi banyak renyahnya!Aku nak citer pun takut korang bertambah tak faham,aku yang pening lalat nak menge'explain'kan.
Ayah aku tu merupakan salah seorang chairman bagi Immarah Travel,sebuah syarikat yang di amanahkan menguruskan travel dan segala macam perkhidmatan di Mekah dan Madinah.Senang kata groud handling bermula pengurusan dari Malaysia lagi.Juga merupakan salah satu anak syarikat bagi sebuah syarikat besar di Malaysia.Selain itu,ayah aku juga merupakan seorang mutawif iaitu pembimbing haji atau umrah.Alhamdulillah rezeki keluarga.
Bukan nak bagi korang jeles,tapi just nak share pengalaman.Kawan aq la yang suruh aku citer sikit pengalaman-pengalaman yang aku dapat sepanjang aku ke luar negara dalam blog ni.Tu juga la antara sebab kuat kenapa aku menulis dalam ni. Ikutkan hati takde lah rajin mana pun nak mengadap henpon ni (kite tulis dalm fone je).ان شـــــاء الله aku akan cuba cerita serba sedikit apa yang aku dapat di dalam pengalaman.
Berhuhu bila sedar dari lekanya menulis, tak sangka dah meleret!
Yesterday is a history , tomorrow is a mystery kan. Tapi esok juga la hari penerbangan aku dari airport Senai,JB.Bermula waktu pagi untuk check in sampailah jam 12 tengah hari kapal terbang berlepas.Kemudian transit KLIA selama 3 jam dan seterusnya menujulah ke airport Jeddah nanti.
Begitu la jadual seperti yang tertera di atas kertas bernama tiket.
. ان شـــــاء الله
Maka aku akhiri dengan nukilan yang berbunyi begini:
Aku menghitug masa untuk ke sana
Ke sebuah negara jauh dari Malysia
Belum pasti bila kembali semula
Aku hanya pergi saja
Hati ni berat sebenarnya
Tapi untuk aku tagih berkat walau perkhidmatanku taklah smart mana
Ku gagahkan jua (eceh)
Moga aku dapat menjadi org Rasa.. :(
Maaf zahir dan batin ku pinta
Bersama harapan doakn aku ye semua
** Moga cakap-cakap ku ini tak lah serupa bikin... T_T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment