» Apabila menulis hanya sekadar mengisi masa lapang maka terjadilah aku dan dunia blogger ~
Sunday, 20 September 2015
Cuaca panas di Mekah
Assalamualaikum kepada para pembaca yang penyabar..
Korang tau tak rupa keadaan aku sekarang ni macam mana?Aku ni dah rasa macam dok dalam oven! Sedangkan malamm..(apsal over sangat ni? =,=)
Sambil-sambil lepak kat dapur menunggu adik-adik laki tu bawa naik segala pinggan mangkuk hidangan tetamu yang ramai untuk di basuh,aku pun ambil phone, buka dan tengok berapa takat suhu cuaca malam ni.. eh?!
37 darjah celciusnya.. :3
Lebih kurang je dengan cuaca Malaysia!Tapi kebahangan dan hot dia tu bila tak berada dalam aircond,Masya Allah! Rasa nak marah je memanjang.Mudah nak rasa badmood,mudah nak sudho' (sakit kepala).Peluh-peluh mengalir tak payah cakaplah.Seolah-olah mandi je sentiasa. Ni baru malam eh.Belum siang lagi.Mekah pernah mengalami panas sehingga 48 darjah celcius. Korang rasa panas ke tak? Ke biasa-biasa je tu?
Yang cakap," alah biasa je tu.." mohon dok dalam oven eh!
Sebelum ni, air condition dapur kami dalam rumah ni sangatlah berfungsi.Bahkan tahap sejuk dia tu membuatkan kadang kami tak mampulah nak buat kerja atas lantai. Tapi entah sejak bila dan bagaimanalah Allah nak buat, ianya dah tak berfungsi lagi.Tak berfungsi ketika musim panas sedang melanda kota Mekah pula tu.Allahu Akbar!
Teruji bila datangnya tak selesanya nak masak-masak jumlah yang banyak.Rimas,renyah dan sakai.
Terpikir bagaimanalah nanti agaknya bakal para jemaah haji nanti meredah kota Mekah dalam nak memunaikan rukun Islam yang kelima iaitu rukun Haji tu? Allah hadiahkan ujiannya bagi mereka tu dalam nak pertahankan kekuatan fizikal dan kesihatan diri!Bagi orang muda yang masih kuat tenaganya mungkinlah mampu dan tahan lasak.Tapi bagaimanalah dengan orang yang bukan muda kan?
Aku melihat ketika di musim umrah lagi,gagahnyalah orang yang tua dan dah terbongkok-bongkok,muka dah pun berkedut-kedut,jalan pun slow bahkan ada yang menggigil-gigil.Aku yang masih muda remaja ni pun kadang rasa sakit kepala la,pening kepala la,tiada selera nak makan la ape la, itu la, ini lah.Macam-macamnya! Berhuhu apabila kemuncak rasa panas tu sampai nak muntah.Tekak rasa loya dan mulalah rasa nak demam bagai pastu nak lonyeh sentiasa (lembik yang melepek). -_-
Berendam memanjang dalam tab pun tak best sebab air rasa panas.Cuaca yang panas telah menyumbangkan takat suhu air sehingga berapa takat didih, aku pun tak tahu.
Alahai,takde pula termometer kt rumah ni!
Maka,timbullah di benak hati ini terasa beruntungnya menjadi aku. Seawal usia 20 tahun ni lagi aku dah direzekikan menjejakkan kaki di bumi Haramain! Bahkan berpeluang menunaikan umrah walaupun baru sekali.Melihat kaabah boleh bila-bila masa sahaja bila ada kelapangan.Contohnya takde kena masak-masak untuk katering atau kenderaan tak penuh atau tetiba ada driver yang boleh bawa.
Aku ni pun belum tentu dapat rezeki ke tak buat haji tahun ni.Kalau dapat pun janganlah ia menjadi sia-sia.Malang dan sedihnya lah kalau hanya mendapat panas, penat dan letih je tapi hati tak terhubung pun dengan Allah dan Rasul!
Hermmm...
** pinggan dah memanggil-memanggil minta di cuci. Laweeh!!.. !
- 20 Sept 2015 malam -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment