Friday, 24 June 2016

FEQAH - Bab Fidyah


๐Ÿš *Fidyah*
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

๐Ÿš *Hukum Fidyah*
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

๐Ÿ“ƒ *Prosedur Membayar Fidyah*
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

๐Ÿ“‹ *Sebab-sebab dikenakan fidyah*

✔*Uzur menunaikan puasa wajib* – Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

✔*Perempuan hamil* – Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

✔ *Ibu yang menyusukan Anak* – Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

✔ *Orang yang telah meninggal dunia* – Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

✔ *Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)* – Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

๐Ÿ”ฃ *Taksiran fidyah*

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = Fidyah

*Kadar bayaran fidyah*
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad). Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

๐Ÿ‘‰Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah seperti berikut:

*RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM16.20*

Untuk makluman anda, jumlah hari puasa yang wajib di qada tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kadar fidyah mengikut negeri.

๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐ŸŒบ
Semoga perkongsian mengenai cara mengira Fidyah ini memberi manfaat pada semua.

Monday, 6 June 2016

Fakta: Rumusan Fisiologi Puasa



• Fasa 1
( Hari 1-2 )
Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

•Fasa 2
( Hari 3-7 )
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

•Fasa 3
( Hari 8-15 )
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

• Fasa 4
( Hari 16-30 )
Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.


#biskutacah2saintis

Sunday, 5 June 2016

Lirik Pemimpin Hati -GH


Bersamamu hatiku sayu
Kau bayangan mursyidku
Ingin aku mengenalmu
Kaulah kekasih dari kekasih

Disaatmu duka,Disaatmu gembira
Senyum,ketawa,sedih,menangis hiba

Aku menjadi saksimu
Kau serahkan seluruh hidupmu
Sakit letih kau tetap berjuang
Sedikitpun tidak menghalang

Marah islam terhina
Sedih islam tidak di bela
Maka kau habiskan harta
Kau korbankan semua,segalanya

Engkau mengajarku erti keberkatan
Engkau mengajarku erti rasa
Engkau ingatkanku takut Tuhan
Tentang sembhyg setiap masa
Engkau selalu berkata
Allah blh buat apa saja

Kesabaranmu,ketabahanmu luar biasa
Kau pemalu,tawadhuk orgnya
sedihkan dosa nampak di wajahnya
Rindukan kematian setiap masa
Takut Allah sang pencinta
Rindu nabi kekasihNya
Rindu...takut...cinta.. harap....



Saturday, 4 June 2016

Tekn2 Keypad: Khadam Haramain


Tajuk : Khadam


Whai khadam Haramain yg diberkati
Bangunkan jiwa mari berjuang
Bsama kita belajar dn hyati prjuangn   Rasulullah dan Sahabat
Menggenggam bara islam utk kemenangan yg syumul
Agar  Allah ditakuti Nabi dirindui

Oh khadam
Berkhidmatlah utk mencari berkat
Hentak nafsu bermujahadahlah
Baiki diri melalui smbhyg adalah syarat utama
Fahami makna dan betulkan bacaan
Kecundang solat tiada nilai apa-apa

Buru berkatlah dgn serendah hati
Rohkan hati dan perjuanganmu
Jiwailah watak khadam dari hati
Ringankan tulang membahulah brsma
Cuai santai dan lalai tidak akan membawa ke mana



Merujuklah jangan kita memandai
Buang ego,rasa berbuat dn mampu diri
Jangan sangka dan menyangka kita individu yg sgt diperlukan
Jujur dan teluslah depan belakang


Kita kan khadam..
Mengapa ada kepentingan dan culas?
Mengapa berwatak tuan?
Kita dicemburui oleh ramai manusia
Kerana berada di Haramain
2 tanah haram yg berkat lg diberkati
Menjdi saksi perjuangan Nabi
Juga kampung Nabi
Rugilah kita dlm kering keberkatan

Duhai khadam perindu Nabi
Iringilah hati dgn penuh rasa hamba
Taat cinta dan rindulah memenuhi hati
Sayangi dn kenalilah YM Tuan kita
Tak kenal maka tak cinta
Akhir sekali janganlah lupa utk mendoakan selalu
Kerana dia sumber keberkatan

______________
Istana,pgi 1/6/16
 @biskut




Wednesday, 1 June 2016

Kisah Tauladan: Rasulullah SAW dan kucing Mueeza


Rasulullah dan muezza

Mueeza ~ Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW

‎ุจِุณูۡ€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ูฑู„ู„ู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญูۡ€ู…َู€ٰู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูŠู…ِ
‎ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ูˆَุณَู„ِّู…ْ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ

.
Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ๏ทบ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah

Setiap kali Rasulullah ๏ทบ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ๏ทบ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ๏ทบ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ๏ทบ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ๏ทบ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
.
.
Kucing Tidak Najis

Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ๏ทบ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ๏ทบ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ๏ทบ menuju ke arah bekas tersebut.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ๏ทบ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.

Rasulullah ๏ทบ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah ๏ทบ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ๏ทบ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ๏ทบ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ๏ทบ terhadap haiwan.

Rasulullah ๏ทบ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ๏ทบ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ๏ทบ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)



Gelagat anak2 kucinng di wadi ikhwan.


Now,inilah rumah baru utk anak2 kucing hasil tukangan penjaga2 wadi ikhwan.

ade lubang pintu, tingkap dgn tangga utk bermain2!

Classs kau! siap ada karpet lgi dlm tuu .wohoho

Mcm best je anak2 kucing ni punye rumah kan? Haha
*selingan*

Kucing2 di wadi ikhwan ni semua sekali  ada 40 ekor (trmksuk mak2 dan anak2) yg sihat2 semuanya.Tapi baru2 ni depe trpaksa kurgkan jumlahnya dengan buang jauh2  kucing dewasa sbb susah nak jaga thoharah solat sume.Tu lah nakal sangat!

#sisibiskut_saya bkn peminat kucing. =_=    
ok bye

Friday, 27 May 2016

Study Bab Puasa




* Ulangkaji Bab Puasa ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

• Niat Puasa :- ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

"Sahaja aku berpuasa pada esok hari kerana,menunaikan fardhu bulan Ramadhan, pada tahun ini kerana Allah Taala"

• Syarat Wajib Puasa :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

• Syarat Sah Puasa :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

• Rukun-Rukun Puasa :-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

• Perkara Yg Membatalkan Puasa :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

• Perkara Sunat Ketika Puasa :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

• Makruh Ketika Puasa :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

• Golongan Yg Wajib Qada' Puasa :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

• Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa 
* Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..

* Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya 
*Perlu Mengqada' Puasa dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya 

*Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

• Kifarah Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari pd Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu) atau..
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya) atau..
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin.
*Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

• Tingkatan Puasa:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

• Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

» Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..

* bukak posa dgn buah kurma + minum ayaq suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais



#biskutkongsilmu_
#ramadhan yg akan dtg..adakah kita akan berjumpa?


Wednesday, 18 May 2016

Tazkirah Sentap



Ngumpat byk2...rancak
Dakwah byk2...muak!

Hal mengarut...di respond
Hal islamik...di postponed!

SALE dunia...hiruk pikuk
SALE akhirat...owh sibuk!

Majlis hu-ha...eh mestilah
Majlis ilmu...ermm tengoklah!

Beautifulnara...hari2 khatam
Buku agama...arghh susah nak paham!

Ubatan Barat...a must buy
Ubatan Sunnah...err tak sesuai!

Jurnal Oxford...terima melulu
Quran & Hadis...kena kaji dulu!

Jualan murah...beli cepat kang tarikh tamat
Sedekah amal jariah...esok2 pun sempat!

Shopping...biar mahal asal kualiti
Sedekah...biar sikit asal ikhlas hati!

Masa lapang...tgk TV
Serabut pikiran...baru nak ngaji?

Hidup...hanya sekali
Abih mati...ada byk kali?

Tak sedar2 jugak ๐Ÿ˜ž....

 Oleh YDB Tuan Nik Hazani


*gambar semata2!*
selingan: hensem x sye?? hahaa

Friday, 13 May 2016

Hadiah Kelahiran: lirik cahaya mata


Cahaya Mata

Munsyid : Diwani
Lirik: En Abdullah Ariffin

* syukran kpd sy Lah atas perkongsian lagu dan lirik yg diberi.Terharu atas kegagahan tuan mencarinya semula yg selama ini saya cari. *



Segalanya bermula
Semenjak azali lagi
Kelahiran cahaya mata
Ketentuan Ilahi
Tiada diduga kini
Menambah berkat subur rezzeki

Lahirmu bersama suratan Allah
Telah tertulis rezekimu
Jodohmu dan ajalmu
Moga membawa bahagia
Keluarga yang tercinta

Engkau ibarat kain putih
Akan dicorak diwarnai
Iman dan Islam sebagai pewarna
Tarbiah Islam corak bentuknya
Moga tercetus peribadi mulia

Doa juga harapan
Moga engkau selamat
Dunia penuh pancaroba
Nafsu syaitan menggoda
Datanglah pada Tuhan
Engkau dibantu engkau dibimbing

Untuk berjaya menempuh hidup
Berbaktilah pada Tuhan
Juga sesama kita manusia
Muda dan tua miskin dan kaya
Ganjaran Allah di akhirat sana


Aku sewaktu kecil yg comey2..hoho (perasan nk mampus)

Nostalgik!
Lagu yg sgt bermakna krn ia dibuat sempena kelahiran aq di mesir ..cewah! Hoho

 lirik asalnya adalah sebuah nukilan sajak yg ditulis oleh Sy Lah sndiri yg beliau itu merupakn antara guru dn pemimpin ayah aq suatu ketika di mesir dahulu.

Memintanya semula bukanlah ats dasar utk diberi kpd bakal cahaya mata dari rahimku (hemm terpikir2 ..mgkin? Hehe >_< ) atau utk diberi kpd suamiku ..

Tapi lebih kpd  kerinduanku kpd ayahku.Mengenangkan kegembiraannya mendapat aq sbg cahaya mata pertamanya dan juga segala harapannya utkku.Takutilah Allah dan Rindukanlah Nabi yg tidak putus di sepanjang hidupmu wahai anakku..

#biskutmood_i'm so touching!

Monday, 9 May 2016

Rahsia Ketuk Ketampi


Sape ingat lagi alkisah Labu Labi arahan Tan Sri P.Ramlee part Haji Bakhil suroh ketuk ketampi?Siap pakej muziknye skali!





Ok aq dah terbayg jalan citer tu..haha

Pastu,teringatlah zaman denda2 di sekolah oleh cikgu2! Lenguh kot sampai rasa nak tercabut segala urat2 kaki .Mulalah nak merepek..oh,lemah urat sendiku!

Who knows,sebenarnya denda ketuk ketampi yang kita semua pernah merasa ketika zaman persekolahan dulu terbukti terapi yang memberi faedah kepada otak.

Talking about the logic behind this punishment, it is very interesting to know that this particular posture increases the blood flow to the memory cells in brain.

Ketuk ketampi meningkatkan mind set, menyegarkan ingatan, keupayaan tumpuan, ubat mengantuk dan banyak lagi. Kajian di makmal sains membuktikan ketuk ketampi memberi tenaga serta mengimbangi hemisfera kiri dan kanan otak.

Kajian beberapa orang doktor dari New Jersey, USA terhadap kanak-kanak yang mengalami kecacatan otak berumur 5 ke 9 tahun membuktikan yang mereka menjadi lebih fokus, tenang, memori dan tingkah laku diperbaiki.

Juga,seorang tua yang nyanyuk,melakukan ketuk ketampi 7 kali sehari boleh menyegarkan ingatan.

InsyaAllah..

Pernah la ustaz aq cerita,ada seorang saintis dari barat cuba lah nak men'komersial'kan di Malaysia setelah dia mengetahui faedah ketuk ketampi merupakn satu terapi dan senaman minda yang bagus...kena gelak!

Yelah dah lama femes kot dari zaman tok nenek kite lagi.Bahkan bebudak pun dah terbiasa kena denda macam tu.

Kuikuikui iklan jer..

Berikut adalah cara yang betul:

1) Ia harus dilakukan dengan bilangn  ganjil iaitu 7,9,11,13,15,17,19 atau ke 21 kali.Lebih dari itu tidak betul.
2) Dilakukan sekali atau dua kali sehari.
3) Sentuh lidah pada langit-langit.
Tangan kiri di sebelah dalam dan tangan kanan di sebelah luar.
4) Ibu jari tangan di atas cuping telinga dan jari telunjuk di belakang cuping telinga.
5)Tarik nafas ketika turun dan hembus ketika naik.






Saturday, 30 April 2016

Sejarah : Kenali 3 Tokoh Panglima Perang Islam yg Hebat dalam Lipatan Sejarah Dunia

Mari kita kaji dan kita contohi sejarah islam di zaman silam.Zaman Rasulullah dan para Sahabat juga liku-liku hidup pahit manis dirasai.

Di sini aku letakkan 3 tokoh Panglima Perang Islam.Mereka adalah antara tokoh yang telah memberi sumbangan yang besar kepada penyebaran Islam ke seluruh dunia juga hebat dan bijak dalam mengatur strategi peperangan berkat berbekalkan taqwa dan keimanan yang tinggi kepada Allah.Hati mereka itu sangatlah memberi  penyerahan total kepada Allah dalam urusan kemenangan Islam setelah berusaha dengan merancang pelbagai strategi.

1. SAIYIDINA KHALID ibn AL-WALID " Pedang Allah Yang Terhunus "




Beliau ialah sahabat nabi yang sangat arif dalam ilmu peperangan.
Khalid ibn Al-Walid yang suatu ketika dahulu telah berjaya menyebabkan kekalahan tentera Islam di Uhud sebelum beliau memeluk agama Islam.


Selepas pengislaman beliau,Saiyidina Khalid bin AI-Waleed adalah jaguh kemenangan dalam pelbagai siri pertempuran yang memihak kepada Islam, seperti peperangan menentang Musailamah Si Penyamar dan peperangan Yarmauk terhadap tentera Empayar Rom di Syria.

Beliau adalah seorang ahli strategi tentera yang sangat pakar sehingga mampu mengubah dari ambang kekalahan kepada kemenangan.
     
Pertempuran pertama mendapat kemenangan di mana penglibatan Saiyidina Khalid dalam Islam adalah pertempuran pertama umat Islam dengan tentera Byzantine yang dikenali sebagai Pertempuran Mu’tah di sempadan utara Semenanjung Arab.

Beliau sangat ditakuti musuh sewaktu di medan perang sehingga diberi julukan sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang islam terhebat yang tidak pernah dikalahkan oleh musuh.


2. SULTAN SALAHUDDIN AL-AYUBI





Salahuddin Al- Ayyubi, yang lebih dikenali di Barat sebagai Saladin, adalah seorang pemimpin Islam yang berani dan cemerlang pada abad ke-12. asas yang kukuh beliau dalam agama dan nilai-nilai utamanya, yang membawa kepada komitmen beliau kepada perjuangan Islam, membolehkan beliau untuk mencapai perkara-perkara yang besar.

Empayarnya dikenali sebagai Ayyubid yang menyatukan Mesir dan Syria di bawah pemerintahanya. Perkara yang paling penting adalah beliau memainkan peranan penting dalam mengubah arus terhadap tentera Salib dengan berjaya menuntut kembali Jerusalem dan namanya juga turut tercatat didalam sejarah Islam dan sejarah barat.

Salahuddin dilahirkan di 1137 Masihi di Tikrit, Iraq, dan mempelajari al-Quran dan theologi bersama-sama dengan subjek astronomi, matematik, dan undang-undang. Beliau menyertai tentera sebagai seorang lelaki muda dan dilatih oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Asad-al-Din Shirkoh, seorang komander Empayar Zengid. prestasi mengagumkan Salahuddin dalam pertempuran awal membolehkan beliau untuk memikul tanggungjawab utama semasa kempen ketenteraan.

Beliau bermula sebagai seorang tentera kepada Raja Mesir dan Syria. Hasil pengalaman daripada kedua-dua taktik negara tersebut menyebabkan beliau menjadi semakin bijak dalam mengatur strategi peperangan. Beliau memegang jawatan penting di Mesir, membolehkan beliau menyatukan kuasa dan menggulingkan kerajaan Fatimiyah.

Syria, pada masa itu diperintah oleh Zengids; apabila pemerintah Zengids yang tidak disangka-sangka meninggal dunia, takhta yang ditinggalkan kepada penggantinya yang masih di bawah umur, akhirnya membuka jalan kepada Salahuddin untuk menawan Syria.

Semasa pemerintahannya, Salahuddin membina banyak sekolah, hospital dan institusi dalam usaha beliau untuk pencapaian intelektual dan sivik. Beliau juga bertekad untuk membawa keadilan, keamanan, dan kemakmuran kepada mereka yang berada dalam kekuasaannya.

Walaupun kita jangka Salahuddin untuk membenci antara bangsa-bangsa Salib, beliau menjadi salah seorang tokoh Islam paling dihormati di dunia Islam zaman pertengahan kerana kemurahan hati beliau dipaparkan terhadap orang-orang Kristian walaupun kekejaman terhadap umat Islam oleh tangan-tangan tentera Salib.

Apabila orang-orang Kristian telah menawan Jerusalem semasa Perang Salib yang pertama, mereka melakukan kekejaman dan pembunuhan, mewujudkan pertumpahan darah di mana penduduk Islam adalah sasaran yang paling utama.

Apabila Salahuddin menawan semula Jerusalem, orang-orang Kristian menunggu serangan yang sama bakal mereka terima. Walau bagaimanapun, Salahuddin bukan sahaja membiarkan orang-orang Kristian tetapi melayan mereka dengan penuh hormat sekali.

Disamping itu juga, beliau membolehkan mereka yang ingin meninggalkan Jerusalem dalam keadaan aman, dan bagi mereka yang ingin terus tinggal di Jerusalem, mereka akan terus hidup dalam suasana yang harmoni. Sesungguhnya beliau adalah contoh dalam sejarah peradaban manusia yang mempunyai iman yang tinggi, bertoleransi, progresif dan inklusif yang begitu kuat didalam hatinya.

Dengan menerapkan sistem pemerintahan yang berhemah dan turut menitikberatkan keamanan adalah suatu perkara yang harus dicontohi oleh semua pemimpin dunia masa kini, Salahuddin telah menegakkan syariat Islam seperti kebebasan beragama dan perlindungan terhadap orang bukan Islam.


3. SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH " Penakluk Kota Konstantinopel "




Nabi Muhammad ๏ทบ telah berjanji kepada pengikutnya di Gurun Arab bahawa mereka pada suatu hari nanti akan menakluk bandar yang paling hebat dan terkuat iaitu Constantinople. Berabad-abad lamanya, ia seolah-olah kelihatan seperti tugas yang mustahil untuk tercapai.

Ternyata janji Rasulullah itu terbukti selepas 800 tahun kemudian di tangan Sultan Muhammad Al-Fateh dari Empayar Uthmaniyyah. Dengan jatuhnya Constantinople maka jatuhlah seluruh wilayah kekuasaan Rom Timur ke tangan Islam.

Sultan Muhammad Al-Fateh, juga dikenali sebagai “Mehmed Sang Penakluk ” adalah salah seorang Sultan yang terkenal dengan kebijaksanaanya dalam menerajui Empayar Uthmaniyyah. Selepas kemangkatan Sultan Murad II, Takhta diturunkan kepada Mehmed II untuk menyambung pememerintahan Empayar Uthmaniyyah dari 1451 ke 1481.

Mehmet II adalah seorang negarawan genius dan juga pemimpin tentera yang hebat. Baginada juga berminat dalam sastera, seni lukis dan seni bina monumental. Beliau telah dididik oleh ulama terkenal Aksemseddin dan menurut ahli sejarah Uthmaniyyah, baginda mampu berbicara dalam tujuh bahasa dengan lancar.

Kejayaannya dalam penaklukkan Constantinople menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik dan; strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya.

Ok nak ceritakan mengenai baginda sultan yang satu ini memang panjang. Jadi,silalah korang mencarinya yang lebih detail di tempat lain.Tak pun baca je dalam buku novel islam karangan Pakcik Abdul Latip Talib tu.Tajuk dia ala2 camni bunyinye,"AL-FATEH Penakluk Konstantinopel "

Ek? Ye kot..huhu

#Notabiskut_
Sesungguhnya kekuatan roh mereka itulah dari kekuatan yang bertunjangkan Iman, Islam dan Ihsan. Kekuatan yang terbit dari hati yang takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Rasulullah saw. Maka,terhasillah islam itu mendapat kemenangan demi kemenangan.

di umur muda dalam lingkungan 18 tahun sudah menjadi sultan dan panglima perang yag hebat dan berwibawa!


  
Info asal:
3 Jeneral Perang Islam Hebat Dalam Lipatan Sejarah Dunia Yang Anda Patut Tahu
http://www.thevocket.com/jeneral-perang-islam-hebat/


Monday, 25 April 2016

Rukun dan Bacaan dalam Solat serta Makna Terjemahannya

Dengan berkat guru2 ku yang telah mengajarkanku sebahagian daripd  ilmu asas feqah,aku nak share sedikit bab sembahyang..moga ianya bermanfaat!

;)

** Rukun Sembahyang ada13 perkara:
1) Niat.
2) Berdiri tegak dengan mengadap kiblat.
3) Lafaz takbiratul ihram.
*kenapa aq tambahkn perkataan 'lafaz' itu.. tidak seperti kebykkn orang menulis,takbiratul ikhram saje? Sbb lafaz "Allahu Akbar" ketika mengangkat tangan pada takbiratul ikhram itu la yang rukun! Bermkna yg wajib disebut.Jadi,kalau masbuk..jangan angkat2 saja tangan takbiratul ikhram terus rukuk.Tak sah solat itu tanpa disertakan sekali dgn lafaznya iaitu Allahu Akbar! Ok sambung.

4) Membaca Alfatehah.
5) Ruku' berserta toma'ninah (bertenang2).
6) Iktidal berserta toma'ninah.
7) Sujud berserta toma'ninah.
8) Duduk antara 2 sujud berserta toma'ninah.
9) Duduk tahiyat akhir.
10) Membaca bacaan tahiyat akhir.
11) Membaca bacaan selawat ke atas Nabi dalam tahiyat akhir.
12) Lafaz memberi salam pertama.
* same jgk penjelasan yang aq berikan pada rukun yg ke-3 tadi.Iaitu lafaz 'assalamualaikum warahmatullah' pada salam pertama jika tidak menyebutnya maka tidak sah lah solat seseorang itu kerana ia termasuk dalam rukun solat.

13) Tertib.


Untuk terjemahan sila klik link di bawah ini :

https://drive.google.com/file/d/0B3eB1FDDLQ3yOURGd3BKT0c1N1E/view?usp=sharing


#nasihatbiskut_
 Aku galakkan korang untuk menghafal makna bacaan sembahyang tu supaya kita faham setiap bacaan yang kita baca dalam sembahyang.Untuk mendapatkan penghayatan dalam bersembahyang.Takde lah kita sembahyang dalam keadaan yang sia2 tnpa memahami ape2.

Wednesday, 20 April 2016

stress jiwa!

Stressnye jiwa bila menanggung perasaan yg bercampur2! Perasaan yg bermacam2 jadi satu kemudian di blender menjadi muntah hijau yang keluar dari mulut hulk. Ok merapu.

First,Inna al-asywaq tsaqiiiiillllllll jiddan! Jiddan!

Ye..aku akui sakitnya rindu tu.Rasa menyucuk2 bila tetiba teringat...bahkan akan tercari-cari kenangan or something yg boleh megubat rindu sikit.huh! Bukan mengubat...tapi semakin parah!
Tapi keliru dgn perasaan sendiri.Ada ego dalam diri yang cuba nak pertahankan.Apakah? Heh macam orang tak betul~

 =,=

Second,dalam masa yg sama perasaan sedih menyelubungi bila memikirkan gagalnya menjadi seseorang yg diharapkn dalam keluarga di akhir2 ni sehingga bagi aku ia cukup menguji dan sentiasa bermain dengan perasaan yang membawa kpd negatif di setiap hal ku.Yang membuatkan aku nak menangis bila termenung sorang2.

Aku seorang anak bahkan seorang kakak yang sulong kepada adik2 yang ramai.Tapi aku sangat mengecewakan.Apakah? Tak de masalah cari masalah ke,namanya ni?

Third, aku nak bercerita dan meluahkan sesuatu.Tapi tak tahu dengan sape..Maka,aku luahkan dengan menulis berbentuk yang puitis2 bagai tapi sekadar diri je yang membaca.Terkadang rasa yang terpendam sukar nak ditafsirkan dengan penulisan sebab bercerita pada yang 'bisu' seolah tidak terpadam pun apa yang terpendam.hemm..Apakah?

Lastly,apa yang dah aku tuliskan dalam entry kali ni  takde pengisian yang bermanfaat pun utk pembaca.Lari terus dari Tujuan asal aku menulis blog! Ini dah macam buku diari yang sengal lagi sakai.

Hohoho (mood gelak mati)










#biskutmariehancur

Sunday, 17 April 2016

Corat coret si biskut!


Setiap manusia itu Allah datangkan ujian kepadanya berbeza-beza.Kerana hati yang merasai ujian itu juga berlaku terhadapnya berbeza-beza.Ikutlah kemampuan masing-masing menghadapinya.

Ada orang diuji ,dia rasa beratnya!besarnya! Sedangkan pada orang lain mereka merasa eleh kecil je  ujian orang tu nak dibandingkan dgn aq.eh?

Pastu,mulalah nak membanding-bandingkan nilai besarnya sesuatu ujian itu.Kalau dengan itu semakin menebal rasa hamba pada Tuhan tu takpe lagi.Ini dah salah dalam berperasaan.Malang dan rugilah dia itu pabila merasa pulak mampu dengan ujian yang dihadapinya kerana merasakan orang lain yang sama dapat ujian sepertinya,tidak mampu. Maka di situ,mazmumah pun membesar.. dosa pulak semakin bertambah.

Nauzubillahminzalik..

Iyelah.Mazmumahnya di situ dia merasa sombong dan bangga bila dia rasa mampu handle dengan ujiannya itu.Maka,disitu akan dapatlah markah dosa.Sebab apa dapat dosa? Kerana tidak berhalus dalam perasaan seolah mencabar Tuhan.

Betul ke eh aku tulis ni? Huh! Huh!

Ujian tu tanda kasih sayang Tuhan.Dia nak kita kembali mengadu,bermanja dan mengingati padaNya.Menjadikan Tuhan tempat bergantung dan meminta. Kalau Tuhan tidak buat begitu kepada si hamba dengan tak memberinya ujian..agak-agak si hamba tu nak ingat balik ke Tuhannya setelah dia mendapat limpahan nikmat yang banyak? Mahunya bagai kacang lupakan kulit!

Kita di landa rindu seseorang...itu pun di kira ujian.

Tuhan nak lihat kita merindui seseorg itu,adakah melebihi dari merinduiNya?
Adakah kita mampu melepasinya dengan menerimanya sebagai suatu perasaan yang redho menanggung serabutnya jiwa dengan tidak menyalahkan Tuhan?

Bila kita rindu orang..perasaan kita mestilah tersiksa kan? Lagilah isteri rindukan suami,suami pun rindukan isteri.Anak rindukan mak,mak rindukan anak.Kawan rindukan kawan lamanya.Anak Murid rindukan guru dan sebagainyalah.

Jadi nanti mestilah timbul soalan kenapa dan kenapa sehingga membawa kepada hati yang konon nak merajuk bagai kerana sampainyalah hati orang tu! Dia tak tahu ke yang kita ni tengah  rindukannya?! Macam encik mimpi...rindu rindukanlah diriku~ lalala

Hahaa

Aku pun sedang belajar kawal hati dan perasaan untuk tidak merindui orang over semangat meroyan bagai.Eh? =,=

Ok cukup.Aku tak tahu nak tulis point mende sebenarnya.inilah yang dikatakan main tekan-tekan keypad maka tertulislah huruf-huruf yang sangat banyak!Korang rasa ada faedah di sebalik ini amiklah sebagai panduan.

Yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan ia sempadan dan tinggalkan terus.

:D


Milad mamat

Hrini 17 April 2016 bezday adik aku sorg ni yg ke 15!

Namanya Muhammad Fathul Islam bin Salleh.Kmi pggil mamat. Dia tu ank sulong kpd mak kedua aku.

Tpi kalau campur bilangn sume adik beradik..dia anak yg ke 5.

Dia minat dgn sukan berkuda.Dan skrg bila start kenal kuda dan dah tahu menunggang haiwan tu,dia dah bole cerita pasal kuda serba sedikit la.Hasil bljr dgn Cdep dan Abg Dam di Mekah dan abg2 jerash di Jordan,dia bolehlah nak ajar perkara2 asas nak tunggang kuda kt org senget mcm aku .Bhkan siap pakej bg 'kuliah' cne nak kawal kuda.

Kuda ni kena byk main kt hati.Jadi,kita mestilah  byk contct dengan dia.Cakap2 dgn kuda tu dan sebagainyalah..haha

Kelakar tengok perubahan dia.Dulu kecik lain skrg bila dah membesar.. jdi matang terus! ^_^

Ok la.Semoga kau mendapat kejayaan yg kau nak utk Allah dan Rasul dalam membela islam.




ada gaya panglima perang tak? heheh

Wednesday, 6 April 2016

Tekan2 Keypad: Rindu Takut



Apa yg dilihat mereka pdku?
Bagaimana pula kata hati mereka pdku?
Cemasnya hatiku ini Tuhn yg tahu
Gelisah di hati pun tiada org yg tahu

Tapi aq ingin sekali menatap mereka
Curi-curi pun jadilah
Kerna aq kan rindu bila tidak melihat
Sdgkan hati berdebar takutnya

Pndgn mereka umpama belati tajam
Membuat hati dipagut rasa yg mencegkam
Sesak pabila diriku tetap sukar nak faham
Seolah tiada bahasa untuk faham

Hati melaung menjerit
Hendak melepskn kesempitan hati
Sedih mengengkn hati blom lg terkait
Kebrktan ditagih dlm sepinya hati

@hati biskut

-ptg 4/4/16,mekah



Friday, 25 March 2016

Tekan2 Keypad: Dia Keberkatanku








» Dia keberkatanku

Dia menangis setiap malam
Untuk diriku yang tak pernah faham
Bagaimana hendak bela islam
Hati tidak berwatak khadam

Ku tanya pada hati
Mengapa tidak memahami
Lidah pastilah membisu sepi
Cemasnya! Matikah hati ini

Islam tiada kala genting
Apatah lagi menangis ia dari hati
Aku bahkan tidak merasa penting
Berkat di ambil tidak sepenuh hati

Rangkaikan hati dengan keberkatan
Burulah berkat tuk kekuatan
Buanglah ego jangan di manjakan
Baru kita akn faham buru keberkatan

Kan Tuhan itu modal kekuatan
Nabi pula model kehidupan
Ujian menguji kesabaran
Tanda sayangnya Tuhan
Sangatlah perlu brhalus dlm perasaan
Nanti menyesal kerugian

Buru berkatlah dengan serendah hati
Menangisi islam sepenuh hati
Membela Allah dan Nabi hayati
Demi mencipta keajaiban di hati

_____________
Mekah, 1 pagi
 8/3/2016





*sebenarnya aku terpikir2 nak post kan ke tidak eh? Tapi jari aku tetibe gatal nak masukkan pulak! Hehe dari berpantun jadilah sajak.Oh,bukan! Bukan sajak tapi sekadar tekan-tekan keypad hendpon je..kerna aku masih la jauh untuk berhalus dan berseni-seni dalam nak mengindahkan bahasa tulisanku..

#psst..sajak ni dah jdi lagu tau.tpi utk dikongsikan bersama tuggu je la nanti2.sbb xde muzik pun lgi haha kbai.

Thursday, 24 March 2016

Oh my BlackBerry!

Dah 2 hari aku terpaksa buat-buat tak tahu pergi mana henpon aku..

Memiliki nya suatu benda yang penting dalam hidup aku
Padanya aku menyimpan memory
Padanya aku meluah rasa melalui tulisan yg aku coretkan
Padanya juga aku menulis isi blog iniii laa

Huaaa..

BlackBerry aku walaupun tak canggeh yg konon kata kawan2 aku versi lama zaman purba pyramid itu tapi tetaplah menjdi kesayangan aku sehingga beratla jugak nk tukar beli baru kerana suka sangat buat hal! Masalah paling suka menguji aku,BB tu suka sangat heng dan bateri kong.Menyebabkan untuk berlama dengannya terpaksa melekat kat tempat charge! Bak kata kawan aku,dimana ada plug,di situ ada aku.

BB Bold 3 itulah jenis dan jenamanya.Dia bukan touch screen.Apatah lagi full touch memang tak la.Hanya keypad je..versi lama la katakan.Tapi aku selesa berfunction dengannya...cewah!
Antara sebab aku sayangkannya, ianya pemberian dari adik aku sendiri.Beri secara percuma kau! Itupun hasil daripada aku bodek dia. Dia ada beli phone baru,besar lagi tu! BB tu pulak hanya dibuat utk calling2. So,aku yg kebetulan tgh tiada henpon..dgn muka tembok dan berani mati memintanya untuk bagi je la aku pakai.

Aku bukan jenis gila gadget.Bagi aku,selagi masih elok, pakailah sampai jahanam pun.

Now,BB aku tuu akhirnya...dah pun rosak.Bahkan tak boleh nak berfungsi hasil daripada mak aku terjatuhkan dari tempat yang agak tinggi walaupun sebelum ni pernah je jatuh banyk kali.Maka,Pap! Jatuhlah ia di atas lantai dengan penuh bergaya...sehingga mengalamii luka yang dalam.Ada retak kecil bahagian dalam screen.Jadilah  screen tu keluar warna putihhh je memanjang tak boleh di baca.

Akhir sekali,tamatlah riwayat aku sebagai sebuah BlackBerry Bold 3.Juga terberhenti sudahlah khidmatku pada tuanku.Semoga tuanku mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada aku.Terima kasih kerana setia dan bersabar dengan perkhidmatanku walaupun banyak cacat celanya.

Eh,dramanya! Haha ..biar

Ok, ini dah terlalu nampak sangat cintakan dunia! Kalau si dia baca entry yang ni,mau kena tegurnya nanti..hehe

Jadi,buat rakan2 yang saya kasihi sekalian..buat masa ini tak dapatlah nk berhubung macam biasa.kenalah tunggu aku pakai henpon.Aku tak mengharapkn untuk membeli sendiri.Tapi tak mengharapkn juga pemberian dari orang.Hanya mengharapkn respon  Allah yang Maha Pemurah dan Maha Kaya dari sumber yang tidak di duga.

Kerana keperluanku Tuhan lah yang lagi tahu dan akan mencukupkan.Tapi aku takdelah bertawakal je..adalah usaha.Tapi biarlah..rahsia.

Kah! Kbye..


Monday, 21 March 2016

Cerpen : Bayu Nailufar 2



"Arghh.." Amanah cuba menahan sakit.

"Sikit lagi Nah..kau kena kuat" bidan Maimun mngesat peluh yang sudah mula merenik keluar.

Kedua-dua tangannya menggenggam kuat cadar katil itu..ya Allah..kuatkan aku..

Bidan Maimun buntu, sudah hampir dua jam Amanah berkeadaan begitu, anaknya masih tidak keluar-keluar.

Keadaan di luar mulai gelap, angin ribut bertiupan kasar, petir dan kilat sabung-menyabung, bunyi guruh berdentam-dentum menggegarkan alam.

Ali berusaha mematahkan serangan musuh, dia sedaya upaya tidak mahu membenarkan musuh-musuh itu sampai ke tempat kediamannya.

Mengapa? Mengapa?

Mengapa saat isterinya sedang bertarung dengan nyawa, mereka hadir?

Dirinya terasa seakan lemah, musuh terlalu ramai. Dirinya seorang tidak mampu melawan.

Saat dirasakan diri seakan pasrah, datang sekumpulan lelaki bersama senjata di tangan. Tanpa berlengah mereka terus menyerang, membantu.

"Abang Ali jangan risau! Kami bersama abang Ali" ujar salah seorang dari mereka.

Datang semangat baru menjalar pada diri. Tidak dihiraukan sakit tubuhnya yang cedera parah. Dia berjuang bersama-sama menumpaskan musuh.
*****
Dia berjalan pulang bersama senyuman. Seyuman yang tidak tahu mahu digambarkan sebagai senyuman apa.
Yang pasti dia gembira!

"Alhamdulillah Ali, kau dapat seorang putri" ujar Bidan Maimun sambil tersenyum.

Dengan tangan terketar-ketar dia menyambut puterinya itu. Dia mengucup kasih dahi bayi itu. Hatinya memanjat syukur. Tanpa berlengah dia terus melaungkan azan di telinga kanan bayi itu.

"Nah macam mana?" soalnya merujuk pada isterinya itu.

Bidan Maimun memandang Ali dengan pandangan sayu.

"Nah selamat. Cuma aku tak pasti keadaannya sekarang. Macam ada orang hantar sesuatu" ujarnya sayu.

"Mak..maksud bidan?" dia tidak mengerti.

Bidan Maimun mengorak langkah menuju bilik Amanah, disuruh Ali mengikuti langkahnya. Ali menurut. Hatinya bergetar hebat.

Terjelopok dia di muka pintu. Bayinya dipeluk erat, air mata mula mengalir deras saat melihat keadaan isterinya.

Isterinya dulu seorang gadis yang berkulit cerah dan bersih, tapi kini tubuhnya berubah hitam legam, malah bagai disetiap tubuh itu mempunyai nanah dan kudis!

"Kau perlu rahsiakan keadaan isteri dan kelahiran anak kau kalau kau mahu mereka selamat" nasihat bidan Maimun.

Dia Tekad! Akan disembunyikan isteri dan anaknya.

Dipandang seraut wajah puterinya yang tenang dan mendamaikan itu, "Ainnur...moga bila puteri baba ni dah besar, Ainnur akan sentiasa menerangi dan membahagiakan orang di sekeliling Ainnur.."

Ainnur nama diberi bersama doa dan pengharapan.

Lalu diberitahu pada semua orang isterinya meninggal dan gagal melahirkan anak kandungannya. Anaknya turut sama dikhabarkan tidak selamat. Dibuat dua buah kubur palsu.

Dia menyorokkan isteri dan anaknya jauh ke dalam hutan. Dipasang pagar pendinding menjadikan rumahnya halimunan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
****
Amanah tercungap-cungap, sudah sampai saatnya akan dibawa pergi. Dia menggenggam kuat tangan Ali. Bibir seolah-olah ingin menuturkan sesuatu. Ali mendekatkan telinganya.

"Ba..wa..Nu..nu..jauh..dari sini..aba..ng ber hen..ti jadi.." agak sukar dia mahu menuturkan kata-kata itu. Dia harap suaminya faham maksud kata-katanya. Cukuplah dia melihat anaknya menderita hidup sendirian tanpa teman, terpaksa menyorok dari kehidupan luar. Menghabiskan masa kecilnya dengan menjaga dirinya yang sakit.

"Abang janji akan berhenti jadi guru silat dan bawa Nunu jauh dari Laiyyinah. Abang akan mulakan kehidupan baru bersama Nunu." janji Ali. Air mata tuanya menitis. Kerana kerjanya sebagai guru silat, ia mengundang ramai musuh yang tidak berpuas hati dan anak dan isterinya menjadi mangsa.

Amanah tersenyum lega. Selama ini mereka tidak boleh berpindah kerana keadaan dirinya yang lumpuh seluruh badan, hanya mata dan mulut sahaja dapat digerakkan. Kini dia tahu anaknya bisa hidup bahagia selepas ini.

"Ibu!" Ainnur muncul dengan nafas tercungap-cungap. Lemah longlai kakinya menuju ke arah ibunya yang sedang bertarung dengan nyawanya.

Amanah memandang Ainnur dengan senyuman dan dia menghembus nafasnya yang terakhir.

"Ibu!!!" dia terjelopok.
****
Ainnur mengukir senyum. Tangannya perlahan-lahan menarik rumput-rumput yang tumbuh meliar pada pusara arwah ibundanya itu. Sungguh! Dia sangat merindukan insan ini. Babanya juga turut telah meninggalkan dunia fanna ini, arwah babanya dikebumikan di Bayu Nailufar.

Selepas kematian ibunya, dia bersama baba terus meninggalkan Laiyyinah menuju ke Bayu Nailufar. Kehidupannya di Bayu Nailufar berubah. Dia tidak lagi menyorokkan identitinya. Di Bayu Nailufar dia bebas bergaul dan memperkenalkan dirinya sebagai Ainnur.

Dan rezekinya luas..hingga dia pernah menjadi permaisuri pada negara itu.

Kini dia pulang kembali pada negara kelahirannya dan dia kembali menyorokkan identitinya. Tapi dulu dan kini lain, jika dulu dia menyorokkan identiti sebagai anak Tok guru Ali, tapi kini dia menyorok sebagai permaisuri Ainnur.
****
Mata merenung sayu anaknya yang leka bermain pedang bersama Shakir. Tiba-tiba terasa bahunya disentuh. Dipandang gerangan yang menyentuhnya. Terpandang wajah manis Wardah, mukanya tegak ke hadapan.

"Boleh Wardah duduk?"pintanya lembut.

Ainnur terus membantu gadis itu melabuhkan punggungnya di sisinya.

"Sampai bila kak Nunu nak menyorok?" Wardah bersuara setelah duduk di sisi Ainnur.

Sepi....

Wardah menarik nafas sebelum menyambung kata lagi.

"Kak Nunu tak fikirkan anak kak Nunu? Dia makin membesar. Makin lama dia inginkan teman. Kak Nunu pasti tahukan bagaimana rasanya hidup sendirian. Kak Nunu mahu anak kak Nunu merasakan apa yang kak Nunu rasa dahulu?"

Sepi di antara mereka...

Wardah diam menanti bicara Ainnur.

Dia mengeluh...

"Apa yang kak Nunu harus buatt?" sayu suaranya.

"Kak Nunu, yang ingin kak Nunu rahsiakan ialah identiti permaisuri bukannya diri kak Nunu. Dan juga bukan anak kak Nunu" nasihatnya tulus.

"Bukankah permaisuri Ainnur dikenali semua?" ada nada hairan di situ.

"Mereka kenal nama permaisuri Ainnur. Tapi mereka tidak kenal siapa dan bagaimana wajahnya. Rakyat Laiyyinah tidak seorang pun tahu bagaimana wajah permaisuri Ainnur. Kak Nunu boleh hidup biasa dengan menggunakan nama lain tanpa memperkenalkan diri sebagai permaisuri Ainnur. Wardah yakin tidak akan ada siapa yang tahu siapa kak Nunu dan anaknya." ujarnya yakin.

Ainnur termenung mendengar kata-kata itu.

Wardah bangkit. Dia memegang bahu Ainnur.

"Fikirkan tentang Firhan" dan dengan berpandukan tongkat dia berlalu pergi.
****
"Lordi, kita sudah semakin hampir dengan Bayu Nailufar" beritahu Jamy kepada ketuanya.

"Siapkan segala persiapan" arahnya, wajahnya masih tidak lepas memandang ke arah laut yang hitam memekat menandakan malam berada di puncak.

"Baik Lordi" dan Jamy terus keluar dari bilik ketuanya itu.

"Farhan...." nama itu meniti di bibirnya dan dia tergelak kuat.

"Papa, kenapa papa gelak?" tegur seorang gadis comel. Tanganya menenyeh-nenyeh kedua-dua belah matanya. Tidurnya terganggu dengan suara gelak papanya itu.

Lordi menghampiri anaknya itu dengan senyuman manis.

"Papa gelak sebab papa gembira. Lepas ni kita dah tak payah hidup susah di atas laut" jawabnya sambil membelai-belai kasih rambut anaknya itu.

"Kita nak duduk kat mana?" soal gadis kecil itu teruja.

"Kita akan duduk di istana" senyumannya bertambah lebar.

"Istana? Yeay!! Nanti Ria boleh jadi puteri kan papa?" dia sudah mula melompat kegembiraan.

Lordi mengangguk sambil turut ketawa melihat telatah anaknya itu. Kegembiraan anaknya adalah kegembiraan dirinya juga.
****
Hisyam berjalan sambil menyanyi riang sambil memikul sebundle kain Sutera. Tujuannya adalah kedai kain Sutera Qaseh.

Kdebuk!! Kdebaboom!! Dan seadik beradik dengannya.

"Uwaaa!!! Kain aku!" jerit Hisyam. Pantas tangannya mengutip kain2 Sutera yang bertaburan. Rasa nak nangis bila tengok kain2 itu dicomoti tanah.

Dia memandang tajam ke arah gadis yang melanggarnya.

"Kau buta ke apa?" marahnya. Rezeki aku melayang beb!

Gadis yang masih terduduk itu hanya terkebil-kebil memandangnya. Tiada walau satu suara terungkap. Terpancar sirna ketakutan di wajahnya.

Hisyam menarik nafas panjang. Rasa bersalah pulak tengok muka gadis ini. Hilang gentleman aku tadi.

"Hmm..oklah takpe. Lain kali jalan elok2 bukan lari. Chow dulu" ujarnya setelah semua kain dikutip dan disatukan. Dia mula mengorak langkah.

Langkahnya terhenti. Sedari tadi dia merasakan seolah-olah diikuti. Dia menoleh ke belakang.

Gadis berambut kerinting separas siku yang berlanggar dengannya tadi turut menoleh ke belakang.

Hisyam berkerut. Gadis ini mengikutinya ke? Dia ingin menguji!

Dia memulakan langkah...

Paling!

Gadis itu turut paling!

Laju melangkah..

Paling dengan pantas.

Gadis itu tertangkap!

"Kau ikut aku ke?" gertaknya.

Dia tersentak. Wajahnya ditundukkan.

"Kau ikut aku ke? Ke kau nak ke kedai Sutera Qaseh gak?" suaranya dilembutkan sedikit.

Perlahan gadis berambut kerinting itu mengangguk.

Hisyam berkerut. Anggukan itu untuk soalan pertama atau kedua? Hmm..dia ni bisu gamaknya.

Dia mengangkat bahu sendiri.

"Kalau kau nak ke kedai Sutera Qaseh, ikutlah aku" pelawanya walau dia tidak pasti apa yang diingini gadis ini sebenarnya.
 Dia menyambung langkah. Gadis itu membontotinya.
****
Ria merenung tajam ke arah wanita yang baru sahaja keluar dari bilik papanya.

Riak wanita itu serba salah. Dia mengalihkan pandangannya dari bertembung dengan mata bulat Ria. Dan dia terus berlalu.

Ria mendengus kasar. Dia tidak tahu apa yang dilakukan wanita itu di dalam bilik papanya, yang dia pasti dia benci melihatnya.
*****
"Apasal kau lambat Syam? Nak berjanggut cik kir tunggu tahu?" bebel Syakir sambil mencekak pinggang, lagak seorang ibu tiri. Eheh, ibu ke bapak? Hehe..

Hisyam hanya tersenyum sumbing.

"Nasib baik tak berjanggut. Kalau berjanggut sia-sia je. Hari ni rezeki mungkin mendunglah cik kir" ujarnya sayu.

"Kenapa pulak?" soalnya hairan.

"Tadi ada accident. So, kain2 ni semua jatuh..habis kotor. Takkan nak jual kotor2 kot" adunya sambil membentang setiap kain.

Hmm...hampir keseluruhannya dicomoti tanah. kebetulan pulak ter'accident' di kawasan tanah basah tadi.

"Hmm..takpelah..takde rezeki nak buat macam mana. InsyaA Allah akan ganti di kemudian hari" ucap Syakir sambil tersenyum. Dia sentiasa berfikiran positif.

Tiba-tiba matanya terpandang sesusuk tubuh yang setia berdiri di belakang Hisyam sedari tadi.

"Kat belakang tu sape?" soalnya pada Hisyam.

Hisyam menepuk dahi. Macam mane boleh lupa ada 'makhluk' mengikutinya sedari tadi.

"Syam accident dengan dia nilah tadi. Pastu tetiba dia ikut jer Syam."

Kini dua pasang mata itu memandang gadis itu atas bawah..atas bawah..

Gadis itu hanya menunduk sedari tadi.

Baru Hisyam perasan baju gadis itu turut dicomoti tanah. Yelahkan, gadis itu jatuh terduduk tadi kan? Dia hanya jatuh kain2nya sahaja.

syakir cepat mengambil sebuah kerusi dan meletakkannya di sisi gadis itu.

"Silakan duduk cik" pelawanya lembut. Simpati melihat wajah mendung gadis itu.

Gadis itu hanya menurut.

Syakir mula duduk bersila di atas lantai menghadap gadis itu. Hisyam memandangnya hairan. Dia tersenyum sambil menepuk-nepuk sisinya menyuruh Hisyam turut duduk bersama. Walaupun berat dia tetap akur, dan dia turut bersila di sebelah Syakir.

"Adik ni dari mana?" sesi taaruf bermula.

Gelengan diterima.

"Nama adik siapa?"

Geleng.

"Adik tak ingat?"

Geleng..geleng..dan geleng lagi..

Mereka berkerut dan berpandangan sesama sendiri. Kemudian sama-sama menggaru kepala yang tidak gatal itu,tapi gatal tangan nak garu.

"Hello! Assalamualaikum! Ada orang tak?" laung satu suara dari luar kedai.

Lagi sekali mereka berpandangan. Mereka kenal suara itu. Si mulut murai!

"Eh? Apasal Cik Kir dan abang Am dok atas lantai? Eh sape ni? Hai apa khabar?" terjah gadis itu dengan menyoal bertubi-tubi kemudian terus menyapa gadis berambut kerinting itu.

Mereka berdua bangkit dan mengibas punggung yang agak berhabuk.

"Puteri Balqis apa khabar? Datang nak beli kain ke? Atau rindu dengan Cik Kir?" tegur Syakir dengan sengihan pada puteri cabi itu.

Balqis hanya mencebik.

"Sape  entah nak rindu cik kir, dah lah tua. Lebih baik rindu abang Am. Hampeh" balasnya selamba.

Syakir hanya tersengih. Tak terkesan langsung!

Matanya tertumpu kembali pada gadis kerinting itu.

"Sape ni? Tak pernah nampak kat Laiyyinah pun sebelum ni?" dia mendekatkan mukanya dan menilik wajah itu. Gadis itu terkejut dan membelakangkan sedikit wajahnya. Balqis tersenyum.

Comel! Mempunyai sepasang mata berwarna hazel yang bulat, hidung yang agak mancung, bibir mungil yang ke merah-merahan.

"Puteri janganlah takutkan dia" Hisyam bersuara.

"Hai! Nama saya Riana Balqis bt Habib . Puteri kepada putera Habib merangkap cucu kepada Raja Zikri, raja kerajaan Laiyyinah. Awak?" dia memperkenalkan dirinya panjang tanpa mempedulikan kata-kata Hisyam dan menyoal gadis itu.

Gadis itu hanya diam..

"Dia tak tahu nama dia apa. Dan mungkin dia ni bisu kot. Dari tadi kami soal dia tak bersuara." Hisyam menjawab.

Balqis memandang gadis itu dengan wajah hairan. Tangan kanan  mula mengurut dagu, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Cuba Cik Kir dan abang Am tengok dia ni, betul-betul macam dalam kartun Brave tukan? Kalau macam tu Qis bagi nama dia Merinda lah" sesuka hati dia je bagi nama.

"Kartun Brave? Haahlah kan. Merinda? Hmm..sesuai gak" Syakir turut menyokong cadangan Balqis itu.

"Kau ok tak?" soal Hisyam.

Gadis itu memandang wajah mereka bertiga silih berganti.

"Cantik" terpacul satu perkataan yang membuatkan ketiga-tiga pasang mata itu terbeliak!

"Dia boleh ckaplah abang Am. Slumber je tuduh orang bisu! Yeay!" entah apa ntah yang seronok sangat, tapi yang pasti dia seronok! Dia ajak 'Merinda' berdiri dan melompat sama.

Hisyam dan Syakir berpandangan dan kedua-duanya mengangkat bahu. No komen dengan sikap puteri itu!
****
Dia memandang kosong makanan-makanan yang disediakan di atas meja makan panjang itu.

Ular panggang, tikus goreng, lemak cacing, sup katak dan sebagainya. Semua itu langsung tidak membuka seleranya walau sesetengahnya merupakan makanan kegemarannya.

"Papa mana?" soalnya pada lima orang dayang yang setia berdiri itu.

"Ampun tuan Puteri Ria, Raja Lordi ada urusan, jadi dia tidak dapat menemani Puteri Ria makan malam." ujar salah seorang dari mereka.

Dia mengeluh. Makanan sebanyak ini, dia makan seorang? Papa memang kejam! Mementingkan urusan daripada anak sendiri.

Wajah dipaling memandang dayang berlima.

"Jom makan bersama Ria" pelawanya.

Wajah kelima-lima mereka terus berubah pucat.

"Err..takpe Puteri Ria..kami sudah kenyang. Puteri Ria makanlah" salah seorangnya cuba menolak pelawaan itu lembut.

Dia mengeluh. Kadang dia hairan setiap kali dia mengajak mereka makan bersama pasti wajah mereka berubah pucat malah ada seperti mahu pengsan saat melihat dia makan.

Dia bangkit.

"Ria takde selera! Ria masuk tidur dulu" dan dia berlalu meninggalkan ruang makan itu.

"Bluek!!" salah seorang mereka terus muntah saat Ria hilang di pandangan. Sedari tadi dia menahan rasa loyanya melihat makanan-makanan itu.

"Risa Risa. Cuba kawal sikit loya kamu tu. Dah banyak kali kamu muntah. Jangan sampai kamu muntah depan mereka. Mati kamu dibuatnya nanti" nasihat yang tertua antara mereka.

"Saya tak mampu kak Zura. Kenapa mereka makan 'benda-benda' ni?" ucap Risa lemah. Seorang dayang membantu mengurut belakang tengkuknya.

Zura hanya diam. Tidak tahu mahu berkata apa.
****
Merinda hanya memerhatikan sahaja Busu yang sedang memasak. Kini sudah hampir lima hari dia tinggal di Laiyyinah dan tinggal bersama mereka. Di saat ini ada satu perkara yang berlegar-legar di fikirannya.

Busu yang sedang menumis bawang melirik sedikit ke arah Merinda yang sedang termenung jauh. Entah apalah yang difikirkan gadis itu. Dia ingat lagi,Betapa terkejutnya dia saat pertama kali Hisyam dan Syakir membawa pulang gadis ini.

Kadang timbul keraguan di hati, siapakah sebenarnya gadis ini? Dari mana asalnya? Apakah dia benar-benar lupa siapa dirinya? Kalau tidak, apa tujuannya?Tapi segera ditepis prasangka buruk itu.

"Busu..boleh Rin tanya satu soalan?" soalnya tiba-tiba. Rin ringkasan yang diberi oleh Hisyam daripada nama Merinda.

"Boleh..silakan" jawabnya lembut. Ayam sudah pun dimasukkan ke dalam tumisan itu. Menu hari ini hanya lauk yang simple sahaja iaitu ayam masak ros.

"Rin..Rin perhatikan ada benda yang kalian buat lima kali sehari..pagi sekali, tengahari sekali, petang sekali, senja sekali dan malam sekali. Boleh Rin tahu..apa yang kalian buat itu." soalnya berhati-hati.

Busu tersenyum. Api dikecikkan dan dia menutup periuk itu membiarkan ayam masak. Kemudian dia mengambil tempat dihadapan Merinda. Dia merenung tepat ke dalam anak mata hazel milik Merinda itu.

"Itu namanya solat" dia memulakan bicara.

"Solat? Err..maaf Rin tak faham" ucapnya perlahan.

Busu hanya tersenyum.

"Solat itu..penyembahan paling agung daripada hamba kepada Tuhannya. Rin percaya Tuhan?" duganya.

Perlahan gadis itu menggeleng.

Dari pemerhatian busu, gadis ini seorang athies. Tidak percaya Tuhan dan tidak percaya agama. Dia harus menerangkan secara ringan pada gadis ini.

"Ok, sekarang busu nak tanya Rin. Macam mana alam ini terjadi?"

Dia berkerut.

"Terjadi dengan sendiri? Dengan proses semulajadi?" jawabnya ragu.

"Rin yakin jadi sendiri? Sedangkan sehelai tisu pun ada pembuatnya. Segala bangunan, kereta, rumah dan macam-macam lagi pun ada yang mencipta. Takkan alam yang sangat indah dan luas ini tiada pencipta?" duganya lagi.

"Err..kalau macam tu pasti ramai yang mencipta alam ini?"

Busu menggeleng.

"Kalau ramai yang mencipta dan mengatur alam ini pasti hancur berderai alam ini. Kerana masing-masing mahu mentadbir ikut kepala masing-masing. Pastilah gerakan cakerawala tunggang langgang tidak mengikut orbitnya dan pasti siang malam kita akan tidak menentu. Cuba Rin bayangkan, satu kumpulan yang hanya mempunyai satu ketua dan satu kumpulan yang mempunyai tiga ketua, mana yang lebih teratur? Tentulah yang mempunyai satu ketua kan? Sebab mereka hanya perlu mengikut satu aturan yang sama bukan tiga atau lebih banyak aturan."

"Jadi busu nak kata hanya seorang yang mencipta alam ini?" dia inginkan kepastian.

"Bukan seorang. Tapi Dia Allah yang Maha Esa."

"Allah?Jadi di mana Dia?  Adakah rupanya sama seperti kita?" soalnya lagi, hari ini merupakan hari yang Merinda mengeluarkan suaranya lebih banyak. Biasanya dapat didengar hanya sepatah dua perkataan sahaja di dalam satu hari!

"Kita tak boleh melihat-Nya dan takkan mampu untuk melihat-Nya. Akal kita tak mampu menjangkau bagaimana rupa-Nya. Yang pasti Dia berlainan dengan segala yang baharu dan Dia Maha Sempurna. Jika kita memikirkannya bagaimana rupa-Nya dengan akal kita, kita boleh menjadi gila." terang Busu lagi.

"Lalu..macam mana hendak percaya dengan kewujudannya?" dia msih buntu.

Tangan busu memegang hatinya.

"Kita percaya melalui HATI. Kita yakin melalui HATI, dengan merasakan setiap kebesarannya." dihayati setiap bait kata-katanya.

Busu tersenyum. Dia tahu Merinda masih keliru.

"Tunggu sebentar ya." dia bangun lalu memadamkan api masakannya. Kemudian dia menuju ke para air dan mengambil sebekas gula.

"Busu nak Rin makan gula ini" arahnya.

Walaupun hairan, tapi tetap diturutinya jua.

"Apa yang Rin rasa?"

"Manis"

"Yeker?"

"Hmm..pasti! Gula kan manis?

"Busu tak percaya."

Dia berkerut.

"Kalau busu tak percaya cuba busu rasa."

"Busu tak nak rasa. Busu nak Rin tunjukkan bagaimana rupa manis tu"

"Manis mana ada rupa. Dia sesuatu 'rasa' "

"Busu tak peduli. Busu nak Rin tunjukkan juga mana manis tu?"

"Busu ni peliklah. Manis mana boleh dilihat tapi hanya boleh dira..." dia terdiam. Seperti dia mengerti sesuatu.

Busu tersenyum.

"Allah tak boleh dilihat dengan mata kasar tapi boleh dirasai kebesarannya dan kewujudannya."

Lama dia terdiam..sebelum dia menyambung lagi...

"Jadi..apa tujuan solat itu?"

"Solat itu merupakan pengabdian seorang hamba pada Tuhannya. Sebuah penyerahan yang membuktikan dan mengaku bahawa kita hamba yang lemah selemah-lemahnya. Kita takkan mampu menandinginya.
Dialah raja segala raja..raja-raja di dunia ini pun patut sujud menyembah-Nya. Kerana kita juga salah satu ciptaannya. Tanpa kehendak-Nya kita takkan wujud.Solat juga sebagai nak membesarkan Tuhannya dari si hamba dgn memuja dan memuji sepenuh hati juga sebagai munajat, meminta dan mengadu segala permasalahan yang di hadapi si hamba."

Lidah seakan terkelu..
Diri seakan terkaku...
Akal seakan terbeku..
Sebuah penyataan yang menyentap kalbu...

Busu bangkit, memberi ruang untuk Merinda merenung setiap kata-katanya. Moga Allah mencampakkan hidayah ke dalam sekeping hati gadis itu.

****


'Bunga melor gugur bertaburan..ditiup bayu hilang melayang..' dia menyanyi kecil sambil memungut bunga-bunga dan tumbuhan yang dirasakan cantik.

'Hiyargh! Hiyargh!'
Langkahnya terhenti saat terdengar bunyi suara yan ramai. Suara seperti orang bersilat.

Ditengah-tengah hutan ini ada yang belajar silat ke? Perasaan ingin tahu menebal di lubuk hati, lalu dia cuba mencari jejak suara itu.

Diri disembunyi di sebalik semak, mata terpaku pada sekumpulan lelaki dalam lingkungan 20 orang dibimbingi seorang guru. Pergerakan yang dilakukan serentak. Dia kagum!

Nunu nampak seorang gadis kecil  yang sedang bersembunyi di balik semak itu. Perasaan ingin menegur gadis itu menebal. Tanpa memikirkan larangan babanya dia menghampiri gadis kecil itu.

'Hai!'

'Oh mak kau abah aku!',gadis itu melatah sehinngga terduduk akibat terkejut.

Nunu tertawa kecil. Dia menghulur tangan untuk membantu gadis itu berdiri.

Gadis itu mengurut dada sebelum menyambut huluran tangan itu.

'Saya Nunu. Umur 9 tahun..'

'Err..saya Wardah umur 7 tahun..jadi saya panggil kak Nunu ya?'

Nunu mengangguk laju. Dia gembira kerana menemui teman.

'Wardah nak belajar silat ke? Kak Nunu boleh ajar kalau Wardah nak',pelawanya.

Bersinar mata Wardah mendengar pelawaan itu, laju dia menggeleng, eh silap! Mengangguk laju!

Lagi sekali Nunu tertawa melihat tingkah comel gadis itu.


****



Wardah menghirup udara segar pagi itu. Dia duduk sendirian di bangku hospital itu. Matanya masih berbalut. Kenangan yang indah yang takkan bisa dia lupakan.

Dia tersenyum. Tidak sabar rasanya melihat kembali ciptaan Allah yang indah di serata alam ini.

Setelah kepulangan Ainnur, semangat ingin memulihkan penglihatannya kembali. Rindu dia ingin menatap wajah lembut itu.

Selama ini dia berkeras, kerana rasa serba salah yang menggunung pada Ainnur kerana dirasakan dirinya telah merampas sesuatu yang besar daripada Ainnur.

Tapi dengan desakan Ainnur jugalah, akhirnya dia ingin beusaha memulihkan matanya. Hampir setahun dia berada di sini. Dia sudah rindukan ketenangan dan kedamaian Laiyyinah.
*****
Farhan diikat di atas sebuah kerusi. Dirinya lemah-selemah lemahnya! Wajahnya yang tampan dahulu berubah seperti hantu jerangkung.

Lordi duduk di hadapannya, setiap kali terpandangkan wajah Farhan pasti dia akan tergelak kuat.

Seolah-olah merasa puas dengan kemenangannya terhadap Farhan.

Puas kerana dendamnya terbalas...

Dia memetik jari.

Orang-orangnya masuk membawa seorang gadis yang meronta untuk dilepaskan.

Gadis itu terus dicampak ke dalam pelukan Lordi.

"Tu..an..ku..tolong,"rintih gadis itu sayu. Tubuh gadis itu menggigil hebat.

Lordi tertawa kuat.

Farhan memalingkan wajahnya dan memejam matanya. Tidak sanggup melihat keadaan gadis itu.

Lordi mula menjilat seluruh wajah gadis itu rakus. Tangisan gadis itu semakin kuat.

"Tuanku! Tuanku tolong saya!" dia cuba meronta tapi apakan daya, kudratnya lemah. Lordi semakin rakus. Sifatnya mengalahkan binatang!

Tubuh Farhan menggigil. Ini bukan yang pertama! Ini bukan yang pertama! Lordi sengaja membuat perangai syaitan itu di hadapannya! Sudah berpuluh gadis suci Bayu Nailufar dirobek 'mahkota'nya oleh Lordi durjana! Bukan hanya gadis suci sahaja menjadi mangsanya tetapi wanita mengandung juga turut menjadi mangsanya. Malah ada yang mati akibat kerakusannya.

"Aku akan menjadikan kau raja yang paling tidak berguna!" dia gelak dajjal!

Puas nafsunya!

Puas hatinya!
****
Ria memerhati seorang gadis diheret keluar dari satu bilik. Keadaannya sangat memalukan!

Saat gadis itu melintasinya, mata mereka bertembung. Jelas sinar kekecewaan, kehampaan, ketakutan di mata gadis itu. Seolah meminta simpati dan bantuan.

Dia hanya memandang sepi gadis itu di bawa pergi.

Sudah banyak kali dia melihat gadis yang dalam keadaan memalukan diseret keluar dari bilik itu. Malah kekadang ada tubuh yang dipenuhi darah!

Bilik...yang dirinya dilarang keras oleh papanya agar jangan masuk ke dalam itu.

Dia teringat soalan dia ketika dia masih kecil, saat pertama kali terlihat gadis diseret keluar.

"Papa sape mereka? Kenapa mereka macam sakit?" soalnya yang masih berumur 6 tahun tika itu.

Papanya hanya gelak.

"Diaorang tu 'mainan' papa"

"Mainan?"

"Haah..'barbie doll' papa.."

"Besarnya barbie doll papa?"

"Mestilah besar. Papa kan besar. Barulah puas 'main' kalau besar" papanya gelak lagi.

"Tapi ingat! Ria tak boleh main 'mainan' papa. Dan Ria tak boleh masuk bilik 'permainan' papa. Ok?"

Saat itu dan saat ini dia masih tidak mengerti. Apakah mereka benar-benar barbie doll?

Tapi kenapa diri, fizikal mereka hampir sama dengan dirinya. Dan mereka seolah bernafas dan bernyawa. Bukankah barbie doll tiada nyawa?

Dia juga ingin tahu mainan apa yang papa lakukan pada mereka sehingga keadaan mereka sangat teruk dan memalukan? Tapi..dia tidak pernah berani bertanya..
****
"Ouch!" Merinda mengaduh kecil. Jari telunjuknya berdarah akibat terkena duri mawar.

"Kau ok tak?" Hisyam cemas. Dengan spontan dia menarik jari itu dan menghisapnya.

Merinda terkedu!

Syakir dan Balqis terlongo!

"Jom masuk. Aku bubuhkan minyak gamat biar luka ni cepat sembuh." nadanya serius.

Merinda hanya terkebil-kebil memandang Hisyam. Tapi bila melihatkan wajah serius Hisyam dia hanya menurut.

Jika Merinda terkebil-kebil, Balqis lebih-lebih lagilah terkebibil-kebil kebil kebil dan terkehel!

"Terabur bulu mata tu kang..kebil-kebil! Taulah jeles.." tegur Syakir selamba. Tangannya kembali menggembur tanah.

"Eleh..terkena duri sedikit dah mengada" timbul bibit cemburu di hati gadis 17 tahun itu.

"Kenapa? Puteri nak Hisyam hisapkan jari puteri jugak ke? Kalau macam tu ambillh mawar tu..tenyeh-tenyeh kat tangan. Bukan jari je Syam hisap, satu tangan puteri tu dimakannya nanti" sakat Syakir.

Mukanya merona merah.

"Cik Kir ni merapu meraban makan kerepek dalam jaban je! Dahlah Qis balik istana dulu, nanti tok wan cari" dan gadis itu terus bangun meninggalkan syakir sendirian di kebun itu.

"Aku? makan kerepek dalam jamban? Eh? Macam mana dia boleh tahu ek?"..kau memang makan kerepek dalam jamban ke?

Dia memandang ke kiri dan kanan. Kemudian dia tersengih.

Shuhh!!!rahsia..memang pernah pun sebab kedekut taknak kongsi ngan orang lain..hehe..

Dah merapu!

Syakir tersenyum, bukannya dia tidak tahu Balqis sudah menyimpan perasaan pada Hisyam sejak di awal pertemuan mereka lagi. Cuma Hisyam yang tidak perasan atau buat-buat tak perasan sebab bagi Hisyam dia menghormati puteri itu sebagai puteri raja, dan dia melayan karenah puteri itu seperti layanan seorang abang kepada adiknya. Umur mereka hanya beza dua tahun.

Haish..budak-budak!

Dia kembali menyambung kerjanya, tak fasal-fasal harus menyelesaikannya sendirian..huhu.
****
"Kau ni memang anak tak guna! Asyik menyusahkan aku je! Kecik kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang!" tubuhnya menjadi mangsa sebatan tali pinggang ayahnya.

"Cuba kau contohi putera Farhan tu. Muda-muda lagi dah berbakti, tak lama lagi jadi raja bukan sampah macam kau!" tengkingnya lagi.

'Farhan, Farhan, Farhan! Dia jelek mendengar nama itu. Dia benci mendengar nama itu. Kenapa ayah harus membezakan dia dengan putera Farhan itu?!

Ayah sering memuji nama itu sempurna sedangkan dirinya sentiasa dikeji.

Dia Tekad! Dia membawa diri jauh mencari kekuatan. Akan aku buktikan wahai ayah, anak mu ini tidaklah tidak berguna!

Lordi gelak besar.

"Ayah..lihatlah siapa yang tidak berguna saat ini? Nama Farhan yang ayah sanjung itu lemah! Tengoklah Di..Di kuat! Bukankah anak ayah ini sangat berguna? Hahahaha" dia gelak evil.

Tubuh tua itu menggigil..

"Kau memang anak tak guna!"

Kepala melayang..

Dia gelak lagi melihat tubuh tanpa kepala itu terkulai.

"Kau memang ayah tak guna!"

Puas hatinya! Puas! Puas!!!!
****
"Qis.."

"Hmm.." balasnya endah tak endah. Buaian yang dinaikinya sengaja di bawa laju-laju.

"Ada cacinglah atas kepala Qis"

"Ha? Cacing? Mana? Manaa? Eei geli! Rin buangkanlah" terus dia melompat turun dari buaian itu. Dia sudah terjerit-jerit, terlompat-lompat kegelian.

Merinda yang duduk di batu besar yang berhampiran tergelak besar melihat tingkah Balqis. Umpannya mengena! Tahu sangat dengan kelemahan Balqis.

Mata Balqis membulat mencerun ke arah Merinda.

"Rin!!!!!" jeritnya marah.

Geramnya!!!

"Ok2 sorry ya" ucapnya sambil mengesat air mta yang keluar hasil dari tawanya yang dahsyat.

Balqis memeluk tubuh dan dia kembali duduk di buaian dengan kasar.

"Qis marah lagi? Rin minta maaf ya?"

"Hmph!"muka dipaling, tangan masih setia memeluk tubuh.

"Se..sebenarnya...Rin nak minta tolong..tapi Rin..Rin tak tahu nak minta tolong kat sape.." suaranya sayu.

"Tolong apa?" soalnya agak kasar. Wajah masih tidak memandang Merinda.

Merinda senyum. Dia suka berkawan dengan Balqis. Balqis seorang yang akan tidak sampai hati jika seseorang meminta tolong walau dia sedang marah. Tapi dia tahu hati puteri itu sangat halus.

"Rin...Rin.." dia seperti teragak-agak.

Huh!

"Ha cepatlah nak minta tolong apa? Dari tadi Rin..Rin! Tak sabar pula Qis yang dengar ni tau! Rin nak minta tolong apa? Kalau Qis mampu Qis tolong, kalau tak sorry no sorrylah ya?' dia sudah berdiri sambil mencekak pinggang dan berleter macam nenek kebayan di hadapan Merinda.

Merinda tersenyum. Mudah betul berubah angin puteri ni.

"E,eh, dia senyum sorang-sorang pulak..Rin nak minta tolong apa ni?"

Balqis ni memang tak sabar orangnya!

"Rin..nak belajar pakai tu" ujarnya sambil tertunduk dan jarinya menunjuk pada shawl yang dipakai Balqis.

Balqis memandang Merinda dan arah telunjuknya itu silih berganti.

Balqis loading!!!

"Rin nak belajar pakai tudung?"..blurr..

Dia mengangguk.

Matanya membulat!

"Wah! Yeker? Serios ni? Mesti comel Rin pakai nanti! Jomalh kita jumpa busu! Belajr sama ngan dia" Balqis pulak yang terlebih excited!

Tangan Merinda sudahpun ditariknya dan mereka berlari menuju ke rumah busu.
****
"Bodoh! Tak guna!" dan banyak lagi ayat mencarut dihamburkan.

Pengawal-pengawal itu hanya tertunduk. Gerun untuk mengangkat muka apatah lagi mahu melawan.

"Dah berapa lama Ria hilang?!" tengkingnya lagi.

"Ham..pir..se..min.."

"Dah seminggu tapi korang semua tak lapor kat aku? Jahanam!" potongnya sebelum pengawal itu menghabiskan kata-katanya.

"Dia hilang kat mana?"

Mereka diam membisu.

"Kurang asam! Aku tanya Ria kat mana!!!!" bergegar satu istana Bayu Nailufar dek kerana jeritan petir Lordi itu.

Mereka bertiga kekal dengan pendiriannya. Tiada seorang di antara mereka membuka mulut.

Mereka tahu di mana keberadaan Puteri Ria, untuk memberitahunya tidaklah susah. Tapi yang mereka gusar orang yang tinggal bersama Ria. Jika mereka memberitahu, pasti mereka yang menjaga Ria itu ditimpa susah.

Mereka itu kesayangan dan kecintaan mereka. Mereka tetap akan bertahan selagi termampu.

"Bodoh! Kau semua memang menempah maut!" tengkingnya lagi.

Dia menjerit memanggil orang-orangnya.

Sepuluh orang datang menghadap.

"Aku nak kau semua seksa pengawal bodoh Bayu Nailufar ni sampai mereka membuka mulut! Bodoh sama dengan raja tak guna tu!"

Suhail, Toriq dan Asim diheret dengan kasar oleh sepuluh lelaki berbadan sasa itu. Mereka dicampakkan ke dalam tempat membara api. Tubuh mereka dipijak-pijak!

"Bodoh! Mana Puteri Ria?!" tengking mereka.

Mereka bertiga tetap bertahan, menambahkan kemarahan orang-orang Lordi.

Jika ini lah pengorbanan yang harus mereka tempuh untuk melindungi orang yang berjasa pada mereka. Mereka sanggup tempuh!

Din mengetap bibir. Geram, sakit, marah, benci bersatu saat melihat keadaan teman-temannya. Dia harus melakukan sesuatu!
****
Sakinah memejam matanya erat. Kedua-dua tangan tergenggam kuat. Dibiarkan Lordi yang tidak pernah puas itu meratah rakus tubuh badannya tanpa niat ingin menolak.

Sakit!

Sakit!

Sakit jiwanya!

Sakit fizikalnya!

Dan sakit batinnya diperlakukan sebegitu rupa.

Tapi apakan daya. Dia harus telan semua ini walaupun pahit!

"Tuan Lordi!" laung satu suara dari luar bilik. Menghentikan seketika perbuatannya. Hanya seketika, kemudian dia menyambung kembali. Sakinah kembali terpejam.

"Tuan Lordi!" laung suara itu lagi.

Lordi mendengus kasar. Dia bangun dan menyarung pakaian. Sebelum menuju ke pintu dia kembali pada Sakinah dan menghisap leher jenjang itu seketika.

"Aku tak pernah puas bila dengan kau!" dia tergelak dan menuju ke pintu.

Sakinah menekup mukanya dengan bantal. Menangis tersedu-sedan.

Walau dirinya diberi layanan istemewa daripada gadis lain, tapi tetaplah dirinya tidak kurang seperti pelacur atasan!

Dia mengesat air matanya. Apa guna dia menangis tapi terus mendiamkan diri? Dia harus melakukan sesuatu! Dia harus meminta bantuan!
Dia masuk ke tempat tahanan itu berhati-hati. Kakinya melangkah menuju ke satu sel yang menempatkan tiga orang lelaki.

Dia duduk mencangkung di hadapan sel itu. Ketiga-tiaga pasang mata itu mencerun tajam ke arahnya.

"Saya tahu kalian tahu di mana permaisuri Ainnur kan?" soalnya separa berbisik.

"Kami takkan beritahu seorang pengkhianat!" tegas Suhail.

Sakinah memejam mata mendengar kutukan itu. Kutukan yang sangat pantas untuk dirinya.

"Tolonglah percaya kat saya..siapa lagi yang boleh membantu saat ini?" dia cuba memberi keyakinan.

Sepi..

"Tolonglah..sampai bila kita mahu melihat Bayu Nailufar tertindas dan terhina? Sampai bila kita mahu melihat Raja Farhan disiksa? Sampai bila kita mahu membiarkan mereka menodai Bayu Nailufar? Tolonglah percaya saya..sudah tiada siapa yang tinggal...semua menteri sudah diatahn malah ada yang dibunuh! Takkan kita mahu tunggu sehingga Bayu Nailufar hancur lumat? Tolonglah..saya merayu.."

Rintihnya..menitis jua air mata membanjiri wajah.

Mereka bertiga berpandangan. Mungkin saat ini mereka harus percaya pada Sakinah.

Asim mengangkat tangan kanan dan mengeluarkan jari telunjuk dan ibu jari berbentuk huruf 'L'. Dia takut untuk bersuara kerana bimbang, ada yang mendengar.

Laiyyinah...

Dia mengerti.

Air mata dikesat dan bibir mengukir senyum dan menundukkan sedikit kepalanya tanda mengerti dan terima kasih.
****
Merinda menghulur kain-kain yang dipegang kepada Hisyam. Hisyam menyambutnya dan menggantungkannya mengikut jenis-jenis kain. Kadang-kadang mereka berbalas senyum.

Balqis menggigit keropok lekor itu dengan geram dan mengunyahnya sesungguh hati! Mata masih tidak lepas memandang Merinda dan Hisyam yang baginya sangat mesra itu.

Syakir yang sedang membuat kira-kira memandang Balqis dan menjeling sekilas ke arah pandangan Balqis. 

Dia tersengih...patutlah..

"Hai tuan puteri..makan hati berulamkan jantung ke??" perlinya sambil tangan menekan-nekan calculator dan mencatitnya di satu buku.

Balqis menjeling geram.

"Cik kir tengah nampak Qis makan hati ke? Buta betul! Kalau Qis makan hati dah lama hancur lumat! Ni nasib baik makan kopok lekor..dah lah liat..hish!" dan dia menggigit lagi dengan geram dan terpancar wajahnya yang payah dek kerana keropok lekor yang liat itu.

Syakir hanya tersengih dan menggaru kepalanya.

Tiba-tiba Balqis meletakkan satu plastik yang tinggal beberapa keropok lekor di dalamnya itu di hadapan Syakir.

"Cik Kir habiskanlah ni! Liat! Kalau tak larat nak gigit buang je!" bernada geram tanpa memandang wajah Syakir tapi tetap memandang Hisyam dan Merinda.

Dia berlalu pergi ke....

Syakir berkerut. Kemudian mencebik. Macam tua sangat je aku ni tak larat nak gigit benda liat. Aku baru 35 kot..!

Diambil satu keropok lekor dan sudah bersedia membuat muka menhan liat. Saat keropok lekor berada di dalam mulutnya dia menggigit dengan kuat dan menarik tangannya semangat.

Hampir terjatuh dek terkejut!

Dia memandang keropok lekor itu dan menggigitnya sekali lagi perlahan-lahn.

Ehh??? Lembut je?

Dia memandang sekilas ke arah Balqis yang sedang menghampiri Hisyam dan Merinda.

Aku yang tua ke, dia yang tua? Hmmm..

Entahhlah..sambil bahu dijungkit sedikit..kerja kira-kira disambung sambil menikmati keropok lekor yang 'liat' itu.

"Rin, teman Qis balik rumah busu" sambil mencekak pinggang.

Merinda dan Hisyam berpandangan.

"Buat apa Tuan puteri nak balik rumah busu? Tak balik istana?" soal Hisyam hairan.

"Nak tolong busu masak tengahari" jawabnya mendatar.

Hisyam tergelak.

"Sejak bila tuan puteri ni pandai masak?"

Balqis membuat muka masam mencuka.

"Abang Am ni! Tulah dah berapa lama tak korek telinga? Ada Qis kata Qis nak masak? Kan Qis kata 'nak tolong busu masak'!"

Merinda hanya tersenyum melihat gelagat Balqis.

"Oo ok..ha..Rin kau ikutlah puteri 'montel' ni balik dulu. Jap lagi aku ngan cik Kir balik." ujarnya sambil tersenyum.

"Mana ada orang montel, orang cabi je! Dahlah Rin jom balik. Sakit jiwa dengan orang yang kat dalam kedai ni, semuanya 'buta'! Hmph!" dan tangan Merinda terus ditarik.

Hisyam menggaru-garu kepalanya sambil mata menghantar kepulangan dua orang gadis itu. Montel ngan cabi lain ke?

Tiba-tiba bahunya ditepuk.

"Puteri Balqis tu suka kat kau Syam. Kalau tak tak de maknenya dia nak tayang muka hari-hari kat kedai kita ni"

Hisyam terdiam, kemudian mengeluh.

"Syam tak layaklah untuk dia..dia tu puteri raja..Syam ni rakyat jelata..mana sama taraf.."

"Syam pun tahukan Putera Habib dan Raja Zikri bukan seorang yang mementingkan harta kan? Jadi tak Mustahillah untuk Syam dan puteri bersama."

Diam..

"Ke Merinda sudah curi hati Syam hingga Syam tak mampu nak berinya pada Puteri Balqis?" duganya.

Hisyam seakan terkedu.

"Dahlah Syam, jap lagi nak balik. Sape pun di hati Syam, Cik Kir akan tetap doakan kebahagiaan semua." dan dia berlalu pergi, mengemas kedai.

Hisyam masih termenung, sebenarnya dia sendiri tidak pasti dengan perasaannya.

Tapi bila berhadapan dengan Merinda hatinya sentiasa tidak keruan, jantungnya sentiasa berdetak laju. Jangankan bila berhadapan, menyebut nama dan membayangkan wajahnya juga sudah cukup membuatkannya berdebar-debar. 

Dia memegang dadanya...laju! Adakah hatinya sudah terjatuh pada Merinda?
****
"Qis comel bila buat muka masam macam tu" puji Merinda.

Balqis tarik muka.

"Eleh..nak perli orang lah tu.."

"Eh, tak perlilah..ikhlas dari hati" jawabnya sesungguh dengan senyuman.

"Ya ke?" matanya melirik ke arah Merinda. Balqis pantang dipuji!

"Iya..dahlah comel, baik hati, peramah, tak sombong walaupun diri tu puteri raja. Qis ni kira, princess limited edition lah" pujinya lagi. Bukan nak mengampu ke apa ea..ni pujian ikhlas dari hati tau!

Balqis sudah tersenyum simpul, pipinya juga sudah berona merah.

"Rin ni ada-ada je..takdelah baik hati sangat, adalah jugak kelemahannya. Qis sedari kecik sudah didik agar tak menongkat langit, tak mengangkat diri. Walau di dunia ni status kita mungkin tinggi sikit daripada yang lain tapi di akhirat nanti kita semua ni sama je pada pandangan Allah. Yang membezakan kita hanya iman"..

Merinda terdiam mendengar kata-kata Balqis.

Allah..nama yang agung..setiap kali menyebut atau mendengarnya pasti hatinya bergetar.

"Lagi satu Qis ada idola sejak kecil lagi..dan Qis nak jadi seperti dia" ujarnya semangat sambil menggenggam tangan kanannya.

Belum sempat Merinda bertanya siapa tiba-tiba langkah Balqis terhenti, Merinda juga turut berhenti. Mata mereka tertancap pada seseorang yang memakai jubah berhood.

Langkah Balqis laju menghalang orang itu. Merinda turut sama mengikuti langkahnya.

Dia terkejut apabila dihadang dua orang gadis. Saat matanya bertembung dengan salah seorang dari mereka, badannya seakan terkena renjatan elektrik. Gadis itu turut terkaku.

"Kau ni sape?" terjah Balqis.

Di menundukkan wajahnya.

"Jangan halang jalan aku!" keras suaranya.

"Kau sape? Kau nak apa?" masih tidak berpuas hati.

"Aku hanya nak jumpa permaisuri Ainnur." suaranya mendatar.

Balqis berkerut.

Permaisuri Ainnur?

"Mana ada permaisuri Ainnur kat sini. kalau permaisuri Solehah adalah, tapi..tupun dah lama meninggal." sempat lagi blurr..

"Kau tipu ya?! Baik kau pergi dari sini!"

Dia bukan budak kecik yang mudah ditipu lagi! 

Dia sudah menghunus pedang yang sentiasa di bawanya ke mana-mana.

"Kau sape nak halang aku! Budak kecik tak sedar diri!" dia juga turut menghunus pedang.

"Kau kata aku budak kecik? Hei aku Puteri Balqislah! Aku takkan biarkan kejahatan berlaku kat kerajaan ini!" dia mula membuka langkah. Sebagai seorang puteri raja, ilmu pertahanan diri wajib ada di dalam diri.

Pedang mula berlaga.

'boleh tahan jugak dia ni' monolog Balqis sendiri.

Merinda buntu. Apa yang harus dia lakukan? Tanpa berfikir panjang dia terus berlari ke rumah busu yang hanya beberapa langkah je lagi.

"Busu! Busu!" dia menjerit, mengelilingi rumah mencari busu.

Busu muncul di muka pintu bersama penyapu. Mungkin sedang menyapu rumah.

"Kenapa ni? Cemas je busu tengok" muka hairan dipamer.

"Qis busu! Qis!" Merinda tidak keruan.

"Kenapa? Kenapa dengan Qis?" cemas dia mendengar nama puteri itu.

"Dia tengah berlawan dengan...entahlah. jom!" dia terus mengajak busu.

Mereka berlari menuju di mana Balqis sedang bertarung.

Balqis terduduk. Dia bangkit! Dia tak boleh kalah!

Dia mengeluh! Dia tak de niat mahu berlawan! Dia tidak mahu cederakan sesiapa! Dia hanya ingin mencari Permaisuri Ainnur. Tapi nampaknya gadis ini masih berdegil!

Mata Syakir dan Hisyam terbeliak saat terpandangkan Balqis sedang bermain pedang dengan seseorang.
Tanpa berlengah mereka berlari menghampiri.

"Auch!!"

Mereka terduduk serentak apabila saat pedang masing-masing bertembung tapi tiba-tiba ditolak serentak dengan sebatang penyapu! Mengakibatkan mereka berdua jatuh terduduk!

Busu berdiri di antara mereka dan mengacukan penyapu itu kepada si pemakai kerudup.

Kerudup terbuka.

Dia terpempan melihat wajah itu.

Syakir yang sudah sampai di situ turut terkedu.

Dia bangun dan memeluk erat tubuh yang dirinduinya itu.

"Kanda.."

Dia menangis teresak-esak.

Terlepas penyapu di tangan.

Tanpa sedar tangannya turut memeluk tubuh itu. Air matanya mengalir.

Balqis bingung sendiri.

Teringat gerangan yang di cari.

' Permaisuri Ainnur.. mungkinkah? ' fikirnya sendiri.

Hisyam memandang Syakir. Sepertinya lelaki itu turut mengenali gerangan yang memeluk ibunya.

Pelukan dileraikan, air mata dikesat.

"Boleh tinggalkan kami berdua sendirian?" pintanya mengharap.

"Bo....." belum sempat Syakir menghabiskan kata-katanya, Puteri Balqis memintas.

"Tidak boleh! Apa pun yang ingin busu bicangkan kami harus ada bersama!" tegas dia bersuara sambil pedangnya dimasukkan kembali ke dalam sarungnya.

"Kalau mahu terus kekal di Laiyyinah, jangan berani bangkang kata-kata saya" dia menggunakan kuasa vetonya sebagai puteri raja.

Mereka semua memandang Balqis kaget. Dia jarang bersikap tegas.

"Permaisuri Ainnur" sebut Balqis sambil memandang ke arah busu.

Badannya seakan terkena renjatan elektrik saat mendengar nama itu.
****
Masing-masing sepi.

Ainnur, Syakir menunduk.

Balqis, Hisyam merenung mereka meminta penjelasan.

Merinda dan dia hanya diam.

Ainnur menarik nafas panjang, sampai bila kebisuan ini mahu berlangsung?

"Ada apa Sakinah cari kanda?" soalnya sambil merenung tepat ke arah Sakinah. Tidak dihiraukannya pandangan Balqis dan Hisyam.

"Err.." matanya tertancap ke arah Merinda. Ada keraguan pada gadis itu.

Ainnur yang memahami mula bersuara.

"Dia sudah seminggu bersama kami. Kanda yakin dia takkan beritahu sesape."

Sakinah memandang Ainnur kemudian memandang Syakir. Dia masih ragu. Syakir mengangguk mengiyakan kata-kata Ainnur.

Sakinah menarik nafas panjang.

"Bayu Nailufar.." dia masih teragak-agak.

"Kenapa?" Ainnur tidak sabar menanti.

Air mata menitis.

"Sudah hampir 13 tahun kami dijajah" ujarnya perlahan.

Ainnur dan Syakir terkedu!

"Ti..ga..be..las?" dadanya berombak kencang.

Sakinah mengangguk.

"Peristiwa Bayu Nailufar dijajah tiada siapa yang tahu. Setiap pedagang yang datang diberi amaran keras supaya tidak menyebarkan berita ini. Jika mereka ingkar nyawa sendiri dan keluarga melayang..." 

Dia mencapai kedua-dua tangan Ainnur dan digenggam erat. Air mata bertambah laju.

"Bayu Nailufar memerlukan kembali permaisuri mereka. Raja Farhan perlukan permaisurinya. Kinah dah tak tahu nak minta bantuan dari siapa. Bertahun Kinah cuba jejaki kanda tapi gagal. Kanda..kembalilah..tolong selamatkan Bayu Nailufar dari terus dikejami...dari terus tertindas..tolong....tolong.."

Ainnur memandang Syakir meminta kekuatan. Air matanya turut bergenang.

Fikiran dan hati Hisyam bercelaru mendengar setiap bait kata-kata Sakinah.

Apa semua ini?

Bayu Nailufar?

Raja Farhan?

Permaisuri?

Kembali?

Balqis hanya diam sedari tadi. Tidak tahu mahu merespon. Dia juga buntu dan tidak faham dengan keadaan sekarang.

"Siapa yang menyerang?" dia cuba kuatkan hatinya.

Sakinah mengetap bibir. Dipandang Merinda, gadis itu melarikan pandangan.

Dia mengeluh. Air mata dikesat.

"LORDI...Lanun kOR DImensi"

Syakir tersentap mendengar nama itu.

Lordi sangat dikenali dengan Lanun yang paling kejam dan paling kuat.

"Ibu..apa semua ni?" dia sudah tidak dapat menahan hatinya.

Ainnur mengetap bibir. Dipandang wajah puteranya itu perlahan-lahan.

"Siapa Raja Farhan? Ayah Syam?"

Perlahan dia mengangguk.

Dadanya mula berombak kencang.

"Jadi selama ni ayah Syam masih hidup??" ditinggikan suaranya tapi masih terkawal. Dirinya sudah berdiri.

Ainnur tertunduk.

"Ibu minta maaf Syam."

Dia mengangkat muka dan turut berdiri. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata milik Hisyam.

"Tapi percayalah ibu buat ni semua demi kebaikan kita.semua ini ada sebab. Ibu bukan sengaja merahsiakannya.."

"Cukup! Syam tak percayakan ibu lagi! Ibu penipu!!!" dia memotong kata-kata ibunya dan melemparkan kata-kata yang meluluhkan hati seorang ibu. Dia terus berlalu meninggalkan kawasan itu dengan hati yang berang.

"Syam!!!"

"Hisyam!"

"Abang am!"

Ainnur terduduk.

Syakir ingin mengejar tapi dihalang Merinda.

"Biar Rin cakap dengan dia" dan dia terus berlari mengikut langkah Hisyam.

Balqis mengetap bibir.

"Qis balik istana." dan puteri itu turut berlari menuju ke istana.

Syakir terkaku sendiri.

Sakinah mendakap Ainnur yang sedang tersedu sedan.

"Kinah minta maaf, sebab kedatangan kinah..jadi macam ni" suaranya sayu.

Ainnur menggelng.

"Tak..lambat laun rahsia ni pasti terbongkar. Terima kasih. Kerna memberitahu perihal Bayu Nailufar." dia merenggangkan pelukan. Air mata dikesat namun mata masih merah.
****
Putera Habib menyanyi kecil sambil membelai-belai pokok bunga yang berada di taman bunga itu. Dia memang seorang putera pencinta bunga!

Matanya terpandang sesusuk tubuh yang berlari masuk ke dalam perkarangan istana.

"Balqis!" sahutnya. Dia tersenyum memandang puterinya itu. Kalut benar nampaknya. Sudahlah puterinya itu susah nak lekat kat istana! Ada saje tempat yang dirayaunya, tapi dia tidak pernah menghalang kerana biarlah puterinya itu bergaul dengan rakyat jelata, biar jiwanya sentiasa terbuka melihat berbagai jenis watak manusia.

"Danda nampak tok wan?" soalnya kalut.

"Dekat bilik bacaan rasanya. Ada a...." belum sempat dia menyoal Balqis sepantas kilat  puteri itu menghilangkan diri.

Dia menggeleng. Apa bendalah yang nak dikejarkan tu.
Dan dia menyambung kembali 'melayan' bunga-bunganya.

"Tok wan!"

"Allahuakhbar! Allah maha besar!" raja itu termelatah sambil terlepas buku di tangannya. Dia mengurut dada. Dipandang wajah cucunya yang cemas itu.

"Tok wan, kat mana buku yang tok wan suka bacakan kat Qis waktu kecik2 dulu?" soalnya kalut. Dirinya sudah terpusing-pusing mengelilingi bilik bacaan yang mempunyai berpuluh-puluh rak itu.

Raja Zikri berkerut sambil menggaru dahinya.

"Buku yang mana satu?!" soalnya dengan nada jerit agar didengari cucunya yang kalut semacam itu.

"Alaaa..buku yang tok wan suka cerita sebelum Qis tidur tu. Buku idola Qis" tangannya menarik setiap buku yang ada di salah satu rak, hingga ada beberapa buah buku yang sudah berterabur di atas lantai. Tak menghargai ilmu langsung!

Raja Zikri cuba memproses otaknya mengingati kembali buku yang dimaksudkan Balqis.

Oooh...dia sudah ingat!

"Buku tukan buku kesayangan Qis. Mana ada dalam bilik ni. Bukan Qis simpan kat 'stor barang kesayangan' Qis ke?" soalnya lagi hairan. 

Tangan Balqis terhenti. Haahlah!

"Thanks tok!" dia berlari keluar menuju bilik yang dimaksudkan itu.

Raja Zikri menggeleng. Aku yang dah tua-tua ni pun ingat!
****
Hisyam merenung sungai yang mengalir tenang di hadapannya itu. Tapi jiwanya tidak setenang aliran sungai itu.

Merinda menghampiri Hisyam. Dia duduk di salah satu batu yang berhampiran dengan Hisyam. Matanya turut merenung sungai yang bersih itu.

Lama masing-masing hanya membisu, hanya terdengar kicauan burung dan bunyi sungai yang mendamaikan.

"Selama ini aku hidup dalam penipuan" dia mula bersuara memecah kebisuan.

"Selama ini aku fikir aku takde ayah. Aku fikir ayah aku mati" dia mula beremosi.

Merinda hanya diam, membiarkan Hisyam meluahkan semua yang terbuku.

"Aku hidup tanpa mengetahui bahawa siapa ayah aku, siapa diri aku sebenarnya. Aku membesar hanya dengan ibu dan cik kir. Setiap kali aku bertanya siapa ayah, ibu hanya diam. Kemudian kadang-kadang selepas pertanyaan aku, ibu menangis. Menjadikan aku tak nak bertanya pada ibu siapa ayah? Kerana aku tak mahu melihat air mata ibu menitis. Dari situ aku fikir mungkin ayah dah takde. Cik kir pun sentiasa mengelak setiap kali aku cuba bertanyakan perihal ayah." air matanya mula menitis.

"Mungkin mereka punya sebab yang kuat kenapa mereka merahsiakan semuanya" duga Merinda. Sungguh dia tidak tahu mahu memberi respon apa saat ini.

Hisyam menggeleng.

"Sekurang-kurangnya jujur dengan aku! Bukannya biarkan aku rasa bersalah sendiri dan menganggap aku dah takde ayah!"

"Walau apapun kau tetap ada ibu...mungkin dia betul2 ada sebab, kau tak boleh terus salahkan dia seratus peratus tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya." nasihatnya lembut.

"Aku tak percaya dia ibu aku! Kalaupun punya sebab, jangan rahsiiakn daripada aku! Aku ada hak untuk tahu siapa diri aku! Siapa ayah aku!"

Merinda mengetap bibir mendengar suara Hisyam yang mula meninggi.

"Abang Am..." seru Balqis, tangannya memeluk erat sebuah buku.

Hisyam dan Merinda serentak menoleh ke belakang. Memandang Balqis yang agak comot dan seperti lelah menimbulkan hairan di hati.

BalqIs menarik nafas panjang sebelum menyerahkan buku di tangannya kepada Hisyam.

Hisyam masih kaku tidak menyambut buku itu. Hairan, aku tengah in bad mood, boleh nak bagi buku cerita kanak-kanak?

"Qis tak tahuu, tapi Qis yakin buku ni boleh menjawab segala persoalan dan kekusutan abang Am. Dan Qis yakin abang Am akan faham kenapa busu buat semua ni" ujarnya bersungguh.

Hisyam mengetap bibir, tangannya agak terketar menyambut buku itu.

'Hikayat Sang Ratu'
****
Dia melangkah perlahan menyusuri lorong yang gelap itu menuju satu bilik. Sesekali matanya meliar memastikan bahawa tiada siapa menyedari kelibat dirinya.

Dia memandang tubuh yang sedang lena dibuai mimpi itu dengan pandangan benci dan amarah. Tangan yang memegang sebilah pisau digenggam.

Kedua-dua tangan menggenggam erat pisau dan diangkat tinggi lalu tepat menikam dada.

Mata Lordi terbuka besar. Merasakan sesuatu terkena dadanya.

Din terkejut. Dadanya sakit! Tapi kenapa?

Pisau yang dipegang terkulai jatuh. Tangan memegang dada yang semakin sakit dan Perit. Terasa bagai ditikam!

Lordi duduk dan tergelak besar. Matanya mencerun ke arah Din yang sedang tertunduk menahan sakit.

"Kau ingat begitu mudah nak bunuh aku? Bodoh!" dia bangkit dan menyepak Din yang semakin lemah.

Dirasa nyawa sedang berada di penghujung. Terbayang wajah anak dan isteri yang bakal ditinggalkan. Menyesal dengan tindakan bodoh dan melulunya ini.

Lordi memijak dada Din, menambahkan sakit pada diri.

"Sia..pa kau...sebe..narnya?" dada dipijak semakin kuat dan akhirnya nafas dihembus buat kali terakhir penuh kesakitan.

Lordi gelak besar melihat seorang lagi 'bodoh' mati di bawah kakinya.
****
Wardah tersenyum lebar. Didepangkan kedua-dua tangannya dan menghirup udara penuh syukur sambil memejam matanya.

Mata dibuka. Ya Allah, indahnya ciptaan Mu! Sungguh aku merindui melihat keindahan ini. Matanya merenung ke langit pula. Langit yang membiru yang menenangkan. Setalah hampir berbelas tahun dia hidup di dalam kegelapan kini matanya kembali menerima cahaya dan dapat melihat dengan jelas berbagai objek.

Kini kakinya berada di tempat kelahirannya. Laiyyinah...dia rindukan negara ini dan semua yang berada di dalamnya. Tangan kembali menjijit beg yang diletakkan sebentar tadi kerana ingin menghirup udara segar Laiyyinah. Udaranya bersih dan wangi, tiada sebarang bau busuk mencemar deria hidung.

Kakinya mula melangkah tenang walau hati tidak sabar bertemu dengan mereka yang dirindui. Dia ingin menghayati setiap keindahan yang dicipta Allah di Laiyyinah ini.
*****
"Apa yang kak Ain nak lakukan sekarang ni?"

Ainnur mengeluh, matanya merenung jauh ke hadapan.

"Kak Ain tak tahu. Takkan kita nak lawan Lordi macam tu je. Kita perlukan bantuan. Kir pun tahukan dia tu kuat."

Syakir memandang wajah Ainnur yang sayu itu.

"Kak Ain..kita minta bantuan kerajaan Laiyyinah? Kita minta bantuan Raja Zikri?" dia cuba memberi pendapat.

"Kir..kak Ain malu. Lagipun sape kita nak terus meminta pada Raja Zikri? Lebih-lebih lagilah kita ni penumpang." ada nada kecewa di situ.

"Bukankah kak Ain warga sini?" soalnya hairan.

"Kelahiran kak Ain disini tiada siapa yang tahu. Kewujudan kak Ain sekarang di sini pun tiada siapa yang tahu. Yang mereka tahu Ainnur kelahiran Bayu Nailufar dan kak Ain sekarang bukan lagi Permaisuri Ainnur. Jadi sekarang ni kak Ain bukan siapa-siapa" jelasnya.

Kali ini terbit keluhan di mulut Hisyam pula.

"Kita pelukan seseorang yang punya pengaruh di Laiyyinah" ujarnya perlahan.

"Syam tahu sape yang dapat membantu kita"

Ainnur dan Syakir tersentak mendengar suara itu. Pantas kepala ditoleh ke belakang.

Hisyam berdiri tegak dan disisinya...Wardah yang sedang tersenyum manis.

Hisyam menghampiri Ainnur yang masih terkaku itu. Dicapai kedua-dua belah tangan itu lalu dikucupnya penuh kasih.

"Syam minta maaf bu..sebab sudah kecikkan hati ibu. Sekarang Syam sudah faham kenapa ibu rahsiakannya. Ampunkan Syam sebab memarahi ibu tanpa mengetahui penderitaan dan luka yang dalam dalam sejarah hidup ibu" pintanya sesungguh hati.

Ainnur terus mendakap anaknya erat. Air matanya mengalir.

"Syam tak salah..ibu yang salah. Ibu janji lepas ni ibu takkan rahsia apa-apa lagi dari Syam" janjinya.

Hisyam meleraikan pelukan. Disapu air mata Ibunya yang turun mencurah-curah itu. Tidak sanggup melihat wajah itu dibasahi air mata.

"Dahlah bu,buruk ibu nangis" guraunya cuba menceriakan  suasana.

Ainnur tersenyum, dia menarik hidung anaknya yang agak mancung itu geram. Matanya memandang Wardah yang masih setia berdiri melihat drama sebabak tadi.

"Wardah.."

"Firhan dah Ceritakan segala-galanya pada Wardah. Insya Allah Wardah akan menemui Raja Zikri untuk meminta bantuan menyelamatkan Bayu Nailufar" ujar wanita itu.

Hanya Wardah seorang sahaja yang memanggil Hisyam dengan nama awalnya iaitu Firhan...Firhan Hisyam

Terus didakap kemas tubuh itu.

"Terima kasih Wardah" ucapnya ikhlas.

Syakir mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir, tak pernah-pernah dia menangis tapi kali ni tetiba rasa terharu pulak.
****
"Wardah...sudah lama beta tidak melihat kamu. Bagaimana proses pembedahan kamu?" soal raja itu gembira.

"Alhamdulillah tuanku, semunya berjalan lancar dan sekarang patik dapat kembali melihat ciptaan Allah" jawab Wardah dengan senyuman.

Dia memandang Puteri Balqis yang duduk di sisi Raja Zikri itu. Wajah puteri itu kelihatan sugul sekali.

"Alhamdulillah" ucap raja itu syukur.

"Jadi apa tujuan kamu ke mari?"

Pandangan kembali dihalakan ke arah Raja Zikri.

"Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Disini patik ingin bertanya, tuanku pernah berjanji akan memberikan apa-apa pertolongan yang diminta oleh yang berjasa pada Laiyyinah bukan? Apakah janji itu masih dikota?" soalnya ingin kepastian.

Raja Zikri mengangguk.

"Sudah pasti janji itu masih setia! Tidak mungkin seorang raja melanggar janji" jawab Raja Zikri.

Sekali lagi Wardah tersenyum.

"Patik ingin membuka satu rahsia besar yang selama ini di simpan kemas. Rahsia yang menyebabkan patik menolak segala tawaran dan penghargaan yang ingin tuanku beri pada patik."

Raja Zikri berkerut mendengar kata-kata Wardah itu.

"Sebenarnya patik bukanlah pahlawan Laiyyinah. Patik teman kepada pahlawan sebenar. Kebetulan pada hari itu kami memakai pakaian yang sama dan membuat seluruh Laiyyinah salah sangka. Patik ingin memberitahu hal sebenar tetapi pahlawan sebenar menghilangkan diri dan seolah-olah menyuruh patik merangkul gelaran itu. Patik tiada pilihan, tapi patik berjanji pada diri akan membongkarkan segalanya satu hari nanti. Ampunkan patik kerana merahsiakn segalanya selama ini" wajahnya tertunduk. Dia malu dengan dirinya kerana dirasakan dirinya penipu besar!

Raja Zikri terdiam dan termenung sebentar.

"Jadi...kenapa kamu memilih untuk beritahu sekarang?" 

"Kerana pahlawan yang berjasa itu memerlukan bantuan tuanku saat ini. Tuanku masih bisa menghulurkan bantuan bukan?" soalnya mengharap.

"Boleh beta tahu siapakah 'dia' itu"

"Permaisuri Ainnur daripada kerajaan Bayu Nailufar" ucapnya tenang.

Raja Zikri terkejut. Puteri Balqis yang tunduk sedari tadi juga turut menegakkan kepalanya saat mendengar nama itu.

Tidak sangka idolanya sejak kecil itu juga merupakan pahlawan negaranya.
****
Ainnur menadah tangan penuh pengharapan di kedinginan malam itu. Memohon ampun di atas segala dosa, dan meminta bantuan yang maha Esa, Esok merupakan hari besar buat dirinya dan para tentera Laiyyinah.

Selepas pertemuan dia bersama Raja Zikri, raja itu bersetuju memberi bantuan 500 orang tentera. Syukur dia pada yang maha Esa kerana memberikan bantuan yang dirasakan cukup besar ini.

Dia meraup muka dan memegang dadanya yang berombak kencang. Ada debar yang menggila menanti segala yang bakal dihadapi esok.

"Busu..."

Ainnur tersentak, dipaling memandang gerangan yang memanggil.

Merinda mengambil tempat di sisi Ainnur, sedari tadi dia hanya memerhati setiap tindakan wanita itu. Ada ketenangan menyusup ke hati dan perasaan melihat setiap pergerakan itu.

"Rin tak tidur lagi?"

Dia hanya senyum dan menggeleng.

"Rin tak boleh tidur sebab tak tenang." jelasnya.

"Rin bimbang pasal esok?"

Sepi..dia membiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan.

"Busu...boleh busu ajar Rin tentang Allah? Rin nak kenal Allah lebih dekat. Rin nak pegang agama yang busu pegang" ada sinar pengharapan di mata gadis itu.

Menitis matanya saat mendengar permintaan itu. Maha Sucinya Engkau kerana telah memberi hidayah kepada makhluk Mu ini.

Dia mengucup dahi Merinda penuh kasih.

"Walau saat ini Busu masih tidak mengenali siapa diri Merinda yang sebenarnya tapi busu sangat gembira kerana Allah telah membuka pintu hati Rin untul menerima kebenaran" ucapnya tulus.

Merinda tersenyum. Dia mengesat air mata yang mula hadir di tubir mata. Dikeluarkan sekeping foto dan ditunjukkan kepada Ainnur.

Ainnur berkerut seribu, memandang muka Merinda meminta kepastian. Dari mana Merinda dapat gambar ini?
****
Semuanya sudah berkumpul di perkarangan istana Laiyyinah. Lengkap berbaju perang, pedang tersisip di sisi pinggang setiap pahlawan. Bersedia menghadapi musuh durjana.

Balqis tersenyum walau ada debar di dada. Tidak disangka dia dapat merasai apa itu peperangan sebentar lagi. Puas dipujuk ayahanda dan tok wan untuk membenarkannya turut serta di dalam pertempuran ini. Matanya terpandang 4 susuk tubuh yang berwibawa, kaki laju melangkah menghampiri.

"Busu!" laungnya dan terus didakap wanita itu membuatkan wanita itu agak terkejut.

"Busu nak tahu, permaisuri Ainnur merupakan idola Qis sejak kecil lagi" beritahunya bersungguh. Ainnur tersenyum.

"Bukan permaisuri yang patut dijadikan idola, tapi jadikanlah Allah dan Rasul sebagai idola. Takpun para sahabat." nasihatnya.

Balqis hanya tersengih. Kemudian matanya meliar mencari seseorang.

"Rin mana? Dia tak ikut serta?"

Ainnur, Hisyam, Syakir dan Wardah berpandangan saat mendengar soalan puteri Balqis itu. Ada wajah mendung terbit di setiap keempat-empat mereka.

Balqis hairan, baru sahaja dia hendak mebuka mulut bertanya, Raja Zikri hadir menghentikan segala persoalan.

"Semua dah sedia?" soal raja itu. Mereka hanya mengangguk, debaran di hati hanya Allah yang tahu.

Raja Zikri membuat isyarat sesuatu dan lima orang pengawal membawa lima ekor kuda keluar. Dua ekor berwarna putih, dua ekor coklat dan seekor berwarna hitam.

Dia mengambil tali kuda yang berwarna hitam dan menyerahkan kepada Ainnur.

Ainnur tergamam.

"Ini Putri Bilal, kuda terbaik dan kuda kesayangan beta, beta amanahkan kamu menjaganya sepanjang peperangan. Dan beta lantik kamu menjadi panglima perang. beta minta maaf kerana tidak dapat turut serta." ujarnya sambil membelai-belai putri Bilal itu.

Dengan tangan yang terketar Ainnur menyambut.

"Terima kasih tuanku. Bantuan ini sudah cukup besar." ucapnya terharu. Raja Zikri hanya senyum.

"4 ekor lagi beta amanahkan kepada kalian berempat. Gunakan mereka sebaiknya." titah raja itu.

"Menjunjung titah tuanku" jawab mereka serentak sambil masing-masing sudah mula menunggang kuda-kuda itu.

****

Gambar di hari pertabalannya menjadi permaisuri. Dia berdiri di sisi Raja Farhan dan bersama arwah ayahanda, bonda dan nenda. Turut bersama di dalam itu barisan menteri, pengawal dan dayang-dayang istana. Semuanya tersenyum manis bahagia.

Dia memandang Merinda meminta kepastian.

"Nama Rin sebenarnya ialah Maria El-Lulu'..Puteri Ria...Puteri tunggal Lordi" beritahunya tenang.

Ainnur hanya terkebil-kebil mendengar pengakuan itu.

"Ria menemui gambar itu di salah satu laci di bilik yang Ria duduk saat pertama kali Ria sampai ke Bayu Nailufar"

Rin...sudah menjadi Ria...
****
"Papa.."

"Kemana Ria selama ni? Ria pergi mana selama ni?" dipegang kedua-dua pipi puteri kesayangannya itu. Dipusing-pusing tubuh itu memastikan ianya sihat sjahtera.

Dia melepaskan pegangan tangan papanya.

"Ria takde masa nak cerita. Kita sudah tiada masa. Papa kena segera bersiap. Sebentar lagi tentera kerajaan Laiyyinah akan datang menyerang!"

Mata Lordi membulat besar.

"Kenapa kerajaan Laiyyinah ingin menyerang? Siapa yang pecahkan rahsia di Bayu Nailufar?!" anginnya mula naik.

"Mereka dipimpin oleh permaisuri Ainnur, mantan permaisuri Bayu Nailufar, turut bersama putera Raja Farhan." beritahu Ria lagi.

Lagi sekali Lordi terkejut.

"Far..han ada putera? Bodoh! Kenapa selama ni aku tak pernah selidik!" dia marah dirinya sendiri.

"Tapi..siapa yang bocorkan?" dipandang wajah Ria.

Ria hanya membuat pandangan kosong.

Tiba-tiba Lordi teringat seseorang.

"Jamy! Kau bawa permpuan sial tu ke mari!" laungnya penuh amarah.

Sakinah diseret dan dicampak dengan kasar. Wanita itu tertunduk.

Lordy menghampirinya dan bertinggung di hadapannya. Tangannya memegang dagu Sakinah dan menaikkannya agar wjah itu menghadapnya.

"Kau pergi mana tiga hari yang lalu?" soalnya menahan marah.

Sakinah tersenyum sinis.

"Kau akan hancur tak lama lagi! Ptuih!" dia meludah tepat ke wajah Lordi.

"Jahanam!" marahnya memuncak! Ditarik kasar rambut Sakinah yang panjang mengurai itu.

"Buatlah apapun kau nak Lordi! Kalau aku mati pun aku mati dalam keadaan aman. Kerena tak lama lagi kau akan mampus!" dia cuba berkata walau payah, kepalanya sakit akibat ditarik kuat oleh Lordi.

Mata Lordi memerah. Dia berdiri dan menarik lebih kuat rambut Sakinah dan dia memusingkan tubuh lemah itu.

Sakinah hanya memejam mata menahan sakit. Dia takkan mengaduh! Dia sudah bersedia menghadapinya. Biarlah dia mati dari terus hidup terseksa, dirinya juga sudah dipenuhi noda.

"Kau memang nak mati!" jerit Lordi. Ditarik dan diangkat kemudian di baling ke kiri dan kanan, persis orang membanting padi. Tubuh Sakinah diperlakukan seolah-olah ringan seperti kapas. Darah mula mengalir dari kepalanya akibat tarikan rambut dan hentakan yang kuat. Bibir dan hidungnya turut mengalirkan darah.

"Mati kau! Mati! Kau fikir aku boleh mati! Haha" Lordi bagai orang hilang akal. 

Ria hanya memerhati kaku kekejaman papanya. Ini pertama kali dia menyaksikan papanya begitu.
****
"Saat Ria melihat gambar ini dan Ria melihat mereka yang Ria temui, Ria tertanya-tanya...mana perginya wajah yang berseri seperti di dalam gambar? mana perginya senyuman yang manis dan indah? Mana perginya sinar kebahagiaan di wajah-wajah itu? Sepanjang Ria berada di Bayu Nailufar hanya wajah suram, sedih, kekecewaan, ketakutan yang terpamer. Ria tanya pada diri Ria apa sudah terjadi? Bahkan kadang-kadang Ria sering mendengar jeritan kesakitan tidak kira pejam atau tika celik..."

****

Mereka sudah tiba di Bayu Nailufar. Runtun hatinya, luluh jiwanya saat melihat Bayu Nailufar yang dulunya indah kini gersang. Tiada lagi pohon-pohon hijau yang mendamaikan, tiada lagi bunga-bungaan yang menceriakan dan mengindahkan di sepanjang jalan.

Pintu-pintu dan tingkap-tingkap rumah Rakyat Bayu Nailufar semuanya tetutup rapat. Pekan, Bandar, kota mahupun kampung semuanya sunyi sepi. Seolah-olah tidak berpenghuni.

Mereka berhenti seketika. Ainnur memusingkan Puteri Bilal menghadap tenteranya. 

"Kita melawan musuh ini hanya bukan kerana ingin menyelamtkan Bayu Nailufar. Tapi niatlah kita ingin menyelamtkan suadara seagama kita iaitu Islam. Kita ingin melawan mereka yang telah menindas penganut agama Islam. Mereka ini juga musuh Allah! Moga jika kita mati kita mati dalam redho-Nya!" Ainnur melaungkan kata-kata semangat.

"Allahuakhbar!" sahut para pejuang.

Mereka mara menuju ke istana Bayu Nailufar.
****
Lordi bersama Ria berdiri di atas tembok tertinggi melihat kemaraan tentera Laiyyinah. Tenteranya juga telah bersiap sedia menghadapii musuh.

Tentera pimpinan Ainnur berhenti tepat di hadapan istana Bayu Nailufar. Musuh hanya berada beberapa jarak sahaja dari mereka.

Balqis mendongakkan kepalanya memandang ke atas tembok. Seorang lelaki yang tinggi, besar dan nampak gagah berdiri di situ dan di sebelahnya seorang gadis yang kedua-duanya memakai penutup muka. Tapi rambut gadis itu dibiar lepas dan ianya seperti rambut...

"Merinda?" terpacul nama itu di bibinya. Wardah yang berada di sebelah memandang. Dengan berat hati dia mengangguk.

Terasa lemah seluruh sendinya saat melihat anggukan Wardah.

Jadi selama ini Merinda merupakan musuh? Bagaimana jika dia bertembung dengan gadis itu? Mampukah dia untuk bertarung bersama seseorang yang sudah disayanginya sebagai teman? Ya Allah bantulah aku!

"Serang!!" jerit Lordi lantang dari atas tembok.

Kedua-dua pasukan mara merempuh satu sama lain.

Tapi sebelum itu Ainnur telah membahagi 3 kumpulan. Satu di bawah pimpinan Wardah dan Balqis, satu di bawah Syakir dan satu di bawah pimpinannya bersama Hisyam. Masing-masing mempunyai misi.

****
'Ria akan bantu pembukaan Bayu Nailufar....seluruh rakyat jelata Bayu Nailufar berada di penjara Nila yang berada di pekan Fairuz, manakala para pemimpin dan menteri berada di penjara bawah tanah. Raja Farhan pula berada di dalam istana dikurung di dalam satu bilik yang berada di lorong yang mempunyai bilik bacaan.'

****

Pasukan Syakir hanya hanya mempunyai 70 orang lelaki, mereka telah bergerak ke pekan Fairuz untuk membebaskan tahanan penjara Nila disaat yang lainnya bertempur di istana Bayu Nailufar.

Lordi dapat merasakan jumlah tentera Laiyyinah seperti berkurang dari yang dilaporkan. Tiba-tiba dia teringat satu pekan yang harus dijaga.

"Jamy! Kau bawa pasukan ke pekan Fairuz sekarang! Sebahagian mereka ke sana!" teriak Lordi pada pembantunya itu.

Tanpa berlengah Jamy bersama sejumlah pasukan berkuda terus memecut menuju ke Pekan Fairuz.
****
Luthfi yang sedang termenung terkejut saat mendengar bunyi pedang berdenting. Laju dia menuju ke tingkap kcil di dalam penjara itu untuk melihat apa yang berlaku.

Miqdam dan beberapa menteri yang sedang baring turut duduk tegak apabila mendengar bunyi kecoh itu.

"Apa yang sedang berlaku?" soal Miqdam.

"Aku tak pasti. Tapi macam sedang berperang!" beritahu Luthfi. Kepalanya masih terjenguk-jenguk ke luar mahu memastikan apa yang berlaku sebenarnya.

"Ada yang datang menyelamatkan Bayu Nailufar?" soal yang lainnya. Tapi tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang tepat.

Di satu sel yang lain pula...

Mereka bertiga berpandangan dan terukir senyuman di bibir.

"Puteri Sakinah mengotakan kata-katanya." ujar Suhail bersama senyuman.

"Permaisuri Ainnur kembali" ucap Asim gembira, ada air mata bertakung di tubir mata.

"Aku harap Bayu Nailufar menjadi aman kembali" penuh pengharapan Toriq menuturkannya. Dan mereka kembali menekur lantai berdoa moga Allah menyelamatkan semuanya.

Ramai tentera Laiyyinah sudah tumpas, tetapi tentera Lordi tiada seorangpun yang tumpas. Mereka bukan manusia biasa! Walau sudah ditetak tangan kaki mahupun leher, tapi mereta tetap tidak mati malah anggota yang tercabut itu bercantum semula ke tubuh mereka.

****
' Orang-orang papa bukan sekadar orang biasa. Mereka semuanya memakai ilmu. Ada satu cara sahaja mahu membunuh mereka.'

'Bagaimana caranya?'

****

Ainnur memandang Hisyam yang sentiasa bertarung berdekatan dengannya. Beberapa pejuang utama turut berada di situ. Ainnur mengangguk membuat isyarat pada Hisyam. Hisyam angguk memahami.

****
'Pedang harus menusuk tepat pada jantung mereka dan menyilang pangkah saat sudah terkena jantung'

****


Mereka melakukan seperti yang diberitahu Ria. Saat pedang menusuk jantung mereka pasti menjerit kesakitan dan saat pedang menyilang pangkah jantung, mereka terus lenyap menjadi debu.

Pada mulanya mereka tergamam, tapi mereka bersyukur akhirnya berjaya menumpaskan sedikit musuh.

Cara itu terus dilakukan mereka dan seorang demi seorang musuh hilang menjadi debu.

Syakir bersama pasukannya merempuh masuk ke dalam penjara Nila. Dari 70 kini mereka tinggal 50, 20 orang telah tumpas. Tapi mereka bersyukur akhirnya mereka berjaya menumpaskan seluruh pasukan Jamy itu.

Diwajah, baju dan tangan masing-masing terdapat percikan darah.

Syakir membuka salah satu pintu sel. Semua tahanan yang sedang duduk memeluk lutut memandang mereka.

"Allah telah menyelamatkan kita semua dari cengkaman musuh durjana" bersama senyuman ketenangan dia menuturkan kata-kata itu.

Para tahanan hanya terkebil-kebil. Masih belum mempercayai apa yang sedang berlaku.

Pasukan Syakir membantu setiap orang dari mereka berdiri dan membawa mereka keluar. Sungguh dhaif keaadan mereka, dengan tubuh yang kering dan menampakkan tulang, wajah yang cengkung  tak bermaya, baju lusuh malah ada yang tidak berbaju bagi yang lelaki.

Mereka keluar bersama linangan air mata kesyukuran membasahi wajah cengkung masing-masing. Terus tersembam ke tanah, bersujud pada yang Esa.
****
Wardah dan Balqis berjaya menyusup ke penjara bawah tanah bersama beberapa pejuang. Terus menumpaskan musuh yang mengawal penjara itu.

Wardah terus membuka sel yang diduduki menteri-menteri.

"Kalian boleh keluar sekarang." ujar Wardah.

Mereka terus keluar dengan segera. Saat Luthfi mahu melintasi Wardah dia terhenti.

"Wardah?" soalnya kaget.

Wardah memaling memandang wajah kurus itu. Dahi berkerut, seperti ku kenal suara ini.

"Tuan Luthfi?" soalnya cuba meminta kepastian.

Lutfi tersenyum dan mengangguk.

"Musuh masih ramai?" soalnya ingin tahu.

Wardah hanya mengangguk, entah mengapa gugup pula bila tahu lelaki ini adalah Luthfi.

Tanpa meminta izin dia terus mengambil pedang yang berada di tangan Wardah.

"Saya juga mahu mengambil saham menumpaskan musuh yang telah memecah belahkan Bayu Nailufar" ujarnya berkobar dan terus berlalu meninggalkan Wardah yang masih terpinga-pinga.

Wardah tersedar, musuh bukan sebarang musuh. Mereka punya cara untuk menumpaskannya. Terus dia berlari mendapatkan Luthfi yang sudah jauh ke hadapan.
****
"Tak guna! Macam mana mereka boleh tahu kelemahan kita!" Lordi berang saat melihat seorang demi seorang pasukannya tumpas. Matanya merah menandakan amarah yang memuncak.

Dia memandang Ria yang hanya kaku memandang jauh ke hadapan di sisinya itu. Ada keraguan pada anak gadisnya itu.

"Ria, kemana Ria selama ini?" dia cuba berlembut.

Ria hanya diam membisu. Anginnya memuncak. Dipegang kedua-dua belah bahu anaknya agar menghadap dirinya.

"Ria ke mana? Ria yang bongkarkan semua rahsia kita?" 

Ria membalas pandangan Lordi yang tajam itu. Langsung tidak gentar pada papanya itu. Dengan seyuman sinis Ria mengangguk.

Hati Lordi terbakar.

Pang!

Ria tersungkur di kaki Lordi. Tangan kanan memegang pipinya yang berbirat merah dan meninggalkan kesan tapak tangan itu. Bibirnya sedikit berdarah akibat kuatnya tamparan Lordi. Dia mahu menangis tapi ditahannya. Papanya tidak pernah menyakiti tubuhnya selama ini.

"Kau anak tak kenang jasa!" baru dia mahu mendirikan anaknya itu, tiba-tiba ada satu pedang menghalang tangannya.

Dia mengangkat wajah memandang gerangan yang berani mahu mencabarnya itu. Seorang anak muda berdiri tepat dihadapannya.

Hisyam mencerun tajam ke arah Lordi. Langsung tidak gentar dengan tubuh sasa itu.

Lordi mendengus kasar. Dia mengeluarkan pedangnya dan mula menghunusnya.

"Tak Padan kecik! Nak lawan aku! Huh!"

Pertarungan di antara mereka bermula.

Hisyam mengeluarkan segala ilmu pertahanan diri yang sudah diajar oleh ibu dan Cik Kir sedari kecil.

Pedangnya terlepas jatuh. Tangan kanan mula dipenuhi darah sambil tangan kiri memegang bahu kanan yang cedera parah itu. Dia berlutut seketika menahan sakit.

Lordi gelak besar melihat keadaan Hisyam.

"Kau ingat kau boleh kalahkan aku? Kahkahkah..bodoh! Aku tak kan matilah!" dan dia gelak lagi.

Ainnur, Balqis dan wardah sampai di tempat pertarungan Hisyam. Mereka ingin membantu tapi diberi amaran keras oleh Hisyam agar jangan masuk tangan. Sudahnya mereka hanya memerhati keadaan Hisyam dengan hati tidak putus-putus berdoa.

Saat Lordi berpaling, Hisyam dengan tangkas mencapai pedangnya dan menolak kuat tubuh lelaki itu hingga Lordi terbaring. Dengan pantas juga Hisyam mengunci tubuh lelaki itu menjadikan Lordi terkaku tidak mampu bergerak.

Lordi tergamam dengan tindakan pantas itu, dan mengapa sekarang tubuhnya tak boleh bergerak?

Pedang di julang tinggi mahu menikam tepat ke dada Lordi. Saat pedangnya hampir pada dada bidang milik Lordi, pedangnya ditahan.

Dia memandang Ria yang menahan dengan kaget. Mata Ria merah. Dia tersenyum sinis.

"Kau ingat aku akan biarkan papa aku mati di tangan kau!" tengking Ria.

Dia tergamam mendengar tengkingan itu.

"Rin..."

"Aku bukan Rin! Aku Ria!" kasar suaranya.

Dia terus menolak tubuh Hisyam kuat mengakibatkan Hisyam terpelanting jauh dari tubuh Lordi. Lordi tersenyum, dia tahu anaknya pasti membelanya.

Hisyam hanya terkaku.

Balqis hilang sabar, dia mahu meluru menyerang Ria tapi dihalang Ainnur dan Wardah.

"Busu, cik Wardah! Ria akan menjadikan sgala usaha kita sia-sia! Izinkan Qis bertarung dengannya!"

"Qis tidak setanding dia" sebaris ayat Wardah itu cukup membuatkan hati Balqis terbakar. Dia meronta minta dilepaskan.

Ainnur memandang tepat ke dalam anak mata Balqis menjadikan Balqis terkaku.

"Qis sanggup bunuh kawan Qis?" soalnya tegas.

Balqis terkelu. Dia mengangguk perlahan. Air mata sudah merembes keluar.

"Busu tahu Qis tak sanggup. Jadi jangan buat perkara bodoh" mendatar sahaja suaranya.

Pedang ditangan terlepas, dia terduduk dan menangis. Terlayar segala kenangan manis bersama 'Merinda'.

Ria berdiri menghadap Hisyam dan membelakangkan Lordi. Tangan yang memegang pedang bergetar hebat.

Hisyam memandang sayu wajah itu. Tidak tahu harus berbuat apa, tubuhnya seakan kaku untuk bangkit.

Sapp!

Semuanya kaget.

Air mata sudah memenuhi tubir mata Ria saat melihat darah yang memancut keluar hasil tikamannya.

Tangan Lordi menggigil memegang pedang yang berada di dadanya, matanya memandang Ria.

****
'Papa...tidak akan ada yang mampu membunuhnyya...', dia menunduk.

Ainnur hanya diam menanti bicara Ria.

'Hanya Ria seorang sahaja boleh membunuhnya, papa memakai ilmu kebal..' bibirnya digigit.

'Ria sanggup nak bunuh papa Ria sendiri? Tiada cara lain ke?',hati Ainnur mula gelisah.

Ria menggeleng.

'Tiada cara lain. Ilmu kebal itu hanya Ria yang boleh memusnahkannya. Papa memang letak kuncinya pada Ria kerana papa yakin anaknya tak mungkin akan membunuhnya..busu jangan risau. Ria mampu lakukannya',dia tersenyum menyembunyikan luka di hatinya.

Ainnur terdiam, dia tahu walau Ria kata mampu tapi hati gadis itu pasti akan terluka dan berdarah.

'Tapi Ria perlu lakukan sesuatu agar dapat membuka kunci itu. Ria tidak boleh terus membunuh papa tanpa melakukan itu ',dia memandang Ainnur penuh pengharapan.

****
Ria mengangkat pedangnya dan menikam kembali di tempat yang sama.

Tubuh Lordi terangkat akibat terlalu sakit dengan tikaman itu. Darah tersembur keluar dari mulutnya.

"Ma..cam..ma..ne Ria bo..leh ti..kam  papa?" dalam payah dia menyoal.

Ria tersenyum pahit memandang papanya.
****

**
'Aku sudah masukkan ilmu kebal itu ke dalam diri kau',ujar Tok Gali.

Lordi tersenyum.

'Kunci kau ada pada anak kau. Hanya anak kau saja yang boleh membunuh kau. Dengan tiga kali tikaman di jantung maka kau akan mati.',beritahu Tok Gali.

Lordi memandang anaknya yang berusia 5 tahun yang duduk di sisinya itu.

'Dia takkan sanggup bunuh papanya. Tapi tok Gali, dia boleh terus membunuh saya ke?', soal Lordi ingin tahu.

Tok Gali mengusap-ngusap janggutnya sambil menggeleng.

'Dia harus pecahkan 'kuncinya' dahulu'

'Apa kuncinya?'

'Daranya..

****

"Ria bukan melakukan perkara kotor macam yang papa lakukan! Ria sudah berkahwin" ucapnya perlahan. Pedang diangkat lagi untuk tikaman terakhir.

"Se..belu..m pa..pa..mati..bo..leh..pa..pa tahu si..apa..yang a..kan..ja..ga Ria i..tu?" pintanya kali terakhir dalam kepayahan.

Ria menggigit bibir.

Hisyam bangkit dan berdiri di belakang Ria.

"Saya akan jaga Ria sebaik mungkin" ucap Hisyam.

Lordi tersenyum.

Ria memejam mata dan pedangnya tepat menikam jantung papanya buat kali terakhir. Serentak dengan itu satu cahaya besar muncul mengakibatkan Ria jatuh terduduk dan jasad Lordi hilang menjadi debu hitam.

Pedang terlepas dari genggaman, air mata laju menuruni membasahi wajahnya.

Hisyam menarik Ria masuk ke dalam pelukannya. Dibiarkan Ria menangis sepuasnya di dadanya. Air mata lelakinya turut mengalir perlahan.

"Pa..pa.." serunya dalam sendu.

Balqis mengesat air mata yang bertambah laju, semakin dikesat semakin banyak ia merembes keluar. Dia telah salah sangka pada Ria, jika dia berada di tempat Ria pasti dia tidak sanggup melakukan apa yang dilakukan Ria.

****
Ainnur membuka pintu bilik itu. Air mata mencurah-curah turun saat melihat keadaan Farhan itu.

"Tuan..ku.."

Farhan yang sedang menunduk mengangkat wajahnya saat mendengar suara itu. Suara yang amat dirinduinya.

"Nur?"

Ainnur terduduk, dia mengangguk laju. Rasa bersalah menggunung di dalam diri.
****

Mentari pagi menerangi Bayu Nailufar, burung-burung bekicauan menyanyi riang, angin bertiupan lembut membuatkan pohon-pohon dan bunga-bunga turut menari.

"Wah! Cantiknya kau" puji seorang gadis kepada temannya.

Temannya mengukir senyum, "Kau pun apa kurangnya".

Wajah mereka berseri-seri, terpancar keceriaan di mata. Hari ini merupakan hari yang besar buat Bayu Nailufar.

"Woi! Cepat, dah nak mula!" laung seorang pemuda.

Semua rakyat yang telah berpakaian indah segera menuju ke istana Bayu Nailufar.

Tidak kira kota, pekan mahupun kampung semuanya hadir ke istana Bayu Nailufar.

Turut berhimpun bersama kerajaan Laiyyinah, menjadikan Bayu Nailufar semakin meriah.

****
"Aku terima nikahnya Ainnur binti Mohd Ali dengan maskahwinnya 10 jongkong emas" ucap Farhan sedikit gugup.

Tok Kadi memandang saksi, 

"Sah?"

"Sah,sah" jawab Syakir dan Hisyam serentak, kalut!

"Alhamdulillah" seluruh rakyat mengucap syukur di atas penyaatuan itu. 

Farhan menghampiri Ainnur yang manis berpakaian gaun berwarna kuning emas itu.

Cincin disarung dan selepas Ainnur mengucup tangan suaminya itu, Farhan mencium ubun-ubun Ainnur lama.

Rasa tenang meyusup ke dalam hati, perasaan ini tidak sama saat pertama kali dia bernikah dengan Farhan, kerana tika itu belum ada cinta yang berputik.

Air mata kegembiraan mengalir. Terima kasih ya Allah kerana kembalikan anugerah terindah Mu ini kepadaku.

Farhan mengangkat pedang Diraja itu dan menciumnya kemudian diletakkan pada bahu Hisyam yang sedang bertinggung dihadapannya.

"Mulai saat ini, Bayu Nailufar di bawah amanah dan tanggungjawab Raja Firhan Hisyam bin Raja Farhan." istiharnya.

Semua mereka bertepuk meraikan perlantikan baru itu.

Hisyam berdiri dan mendakap tubuh ayahandanya itu erat.
Ainnur disisi hanya tersenyum, dia memandang Ria yang turut berdiri bersama. Walau terpamer senyuman di wajah gadis itu dia tahu, Ria masih berduka dengan ketiadaan papanya di hari bahagianya ini.

Hari ini 4 majlis dilangsung serentak, iaitu majlis perkahwinan Raja Farhan dan Putera Hisyam, majlis pertabaln dan majlis kesyukuran. Majlis besar ini akan berlansung selama seminggu.
****
Hisyam menghampiri Ria yang sedang duduk sendirian di satu sudut.

"Ria..."

Ria memandang wajah suaminya itu dan tersenyum.

"Jom, kita jumpa rakyat" sambil menghulurkan tanggannya.

Ria menunduk.

"Macam mana kalau mereka benci Ria?" ada kegusaran di hatinya.

Hisyam tersenyum. Dicapai tangan isterinya dan digenggam erat.

"Mereka takkan membenci seseorang yang telah berkorban untuk mereka." ditarik lembut tangan isterinya.

Ria hanya menurut, tidak mampu membantah, tapi wajahnya hanya ditundukkan.

Mereka menuju ke sekumpulan anak muda lelaki dan perempuan.

"Assalamualaikum"ucap Hisyam sambil tersenyum.

Mereka memandang dan menjawab salam itu serentak.

Beberapa orang gadis menghampiri Ria. Hisyam melepaskan pegangan tangannya memberi ruang pada mereka.

Salah seorang mereka terus memeluk Ria, mengakibatkan Ria terkejut.

"Terima kasih puteri Ria atas pengorbanan yang diberi." ujar gadis itu tulus.

Ria tersentuh, air mtanya mengalir.

"Puteri cantik bila bertudung" ujar yang lainnya. Ria memandang gadis yang memujinya.

Gadis ini..salah seorang yang dilihat diseret keluar dari bilik 'mainan' papanya, dia memandang pula wajah gadis-gadis di hadapannya dan meneliti wajah mereka, hampir kesemuanya merupakan mangsa Lordi. Rasa bersalah menggunung kembali. Wajah ditundukkan semula.

"Saya mint..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya dua orang gadis terus memaut bahunya.

"Ampun tuanku..tapi boleh kami pinjam Puteri Ria sebentar?" mereka meminta izin.

Hisyam berkerut.

"Puteri Ria pasti belum mengenali setiap keindahan Bayu Nailufar kan?" mereka memandang Ria, mengharap Ria setuju mengikut mereka.

Ria tersenyum, dipandang Hisyam meminta keizinan. Hisyam mengangguk sambil tersenyum.

"Yeay! Jom puteri!" sahut mereka dengan riang dan terus menarik tangan puteri itu. Ria hanya mampu mengikut.

"Kami akan bawa puteri menjelajah ke seluruh Bayu nailufar" ujar seorang gadis yang agak tembam.

"Amboi..kalau macam tu tak cukuplah nak culik Puteri Ria satu hari" kata-kata gadis tinggi lampai itu mengundang tawa mereka.

Dalam hati Ria terselit rasa bersyukur kerana melihatkan rakyat Bayu Nailufar yang semuanya baik hati dan tiada dendam di hati.

****
Baru sahaja Wardah ingin mengambil penyepit untuk mengambil ayam panggang yang merupakan salah satu menu jamuan tetapi seseorang pantas mengambil penyepit itu sebelum dia mengambil.

Dipandang gerangan yang potong line itu. Berderau darahnya melihat Luthfi berada di sebelahnya.

Luthfi mengambil sepotong ayam yang agak berisi lalu diletakkan ke dalam pinggan milik Wardah.

"Cuba teka ayam isi atau tulang yang saya letak di pinggan Cik Wardah?" soal Luthfi sambil tersengih.

Wardah mengetap bibir, dipandang seketul ayam yang berada di pinggannya.

"Terima kasih, tapi mungkin tuan Luthfi lupa yang saya dah tak buta dan boleh melihat. Dan jawapannya adalah ayam isi" jawab Wardah bersahaja.

"Memang Cik Wardah boleh melihat, tapi saya  anggap Cik Wardah masih tidak mampu melihat"

Wardah berkerut mendengar kata-kata itu. Dipandang wajah Luthfi meminta kepastian.

"Cik Wardah masih belum mampu melihat isi hati saya." ucapnya selamba lalu dia menghadiahkan sebuah senyuman manis dan terus berlalu pergi.

Wardah tergamam. Wajahnya bertukar merah. Maksud Luthfi? Adakah..? Akhirnya dia tersenyum sendiri.

****
Balqis menongkat dagu dengan menggunakan kedua-dua tangannya dan memerhatikan Syakir yang sedang makan dihadapannya.

Syakir yang sedang makan perasan dengan renungan Balqis itu. Dirinya jadi tidak keruan, mata difokuskan pada makanan dan mula menyuap laju.

"Baru Qis perasan, Cik Kir ni hensem jugakkan" pujinya sambil tersenyum manis.

"Uhuk! Uhuk!" tersedak Syakir mendengarnya. Diketuk-ketuk dadanya sambil terbatuk-batuuk.

Pantas Balqis menghulurkan segelas air kosong yang berada berdekatan. Syakir menyambutnya dan minum dengan rakus.

Matanya menjeling sedikit ke arah Balqis di hadapannya. Balqis yang perasan jelingan Syakir itu terus mengenyitkan mata.

Burrrr!!!!

Tersembur tepat ke wajah Balqis.

"Cik Kirrr!!!!!!"

****
Farhan menghampiri Ainnur yang sedang duduk termenung di bangku taman itu sendirian.

"Boleh abang duduk?"

Ainnur mengangkat wajah dan tersenyum melihat Farhan, Anggukan kecil diberi.

Farhan terus melabuhkan punggung disisi Ainnur.

"Abang nak minta maaf atas segalanya, dan terima kasih kerana kembali ke sisi abang dan kembali ke Bayu Nailufar"

Ainnur terus melentokkan kepalanya di bahu kanan Farhan. Sungguh dia rindukan suasana ini.

"Yang lepas tu biarlah lepas. Nur pun banyak salah dengan abang. Kita sama-sama membaiki diri selepas ini ya" ucapnya lembut. 

Farhan mengangguk kemudian wajahnya diangkat memandang langit biru yang mendamaikan itu.

"Abang harap Bayu Nailufar akan menjadi negara yang aman, makmur dan berkasih sayang. Tiada lagi pecah belah. Semoga Bayu Nailufar sentiasa di bawah redho-Nya" doa Farhan sayu.

Ainnur turut memandang ke arah langit biru, "Kita akan sama-sama menjaga keamanan dan amanah yang Allah beri ini" 

Farhan memandang Ainnur dan mengucup dahi itu penuh kasih.

Moga kebahagiaan dan keamanan ini akan sentiasa berterusan walau mereka sedar ujian pasti akan datang jua menguji keimanan. Tapi kerana Allah, insyaAllah ujian itu akan mereka lalui dengan tenang dan sabar.

****
- sekianlah adanya sebuah hikayat dongengan :) - 




Sat ea...lum habis lagi...^_^

*Flasback*

"Sorry sorry aku lambat" termengah-mengah suaranya. Badan tertunduk dan memegang kedua-dua kepala lutut. Nampak penat betul!

Toriq dan Suhail berpandangan, 

"Kau kantoi tak?" soal Toriq gusar.

Asim menggeleng pantas.

"Jomlah nanti Lordi tu balik mampus kita" ujar Suhail pula dan mereka mula melangkah di dalam kegelapan pagi itu.

"Kalian nak ke mana?"

Suara itu membekukan langkah dan tubuh ketiga-tiga lelaki itu.

Ria muncul dengan wajah bekunya.

Mereka menelan liur melihat kelibat itu. Kantoi!

"Papa tahu?" soal Ria lagi.

Diam. Tidak berkutik.

"Papa tak tahukan? Jangan risau Ria takkan bagitahu. Ria nak ikut boleh?" pintanya.

Mereka masih terkebil-kebil.

Ria mengeluh melihat tiada respon yang diberi.

"Ria bosan. Ria tak pernah keluar dari istana ni. Papa balik besok kan? Inilah peluang Ria. Boleh Ria ikut?" pintanya lagi.

Mereka berpandangan, dan ketiga-tiganya memusing menghadap Ria.

"Ampun tuan puteri, sebenarnya kami ingin membeli cenderahati buat anak dan isteri kami. Puteri Ria boleh ikut, tapi janji jangan laporkan pada sesiapa" ucap Asim.

Laju Ria mengangguk.

Lagi sekali mereka berpandangan, moga puteri ini mengotakan katanya. Mereka berani percaya kerana setelah hampir 10 tahun Bayu Nailufar dijajah tidak pernah sekalipun mereka lihat Ria bersikap kejam. Hanya papanya sahaja perangai mengalahkan syaitan!

****
Ria terpegun melihat keindahan dan kedamaian negeri itu. Sudah lama dia tidak melihat keindahan seperti ini.

"Kita di mana?" soalnya teruja sambil tangan memetik sekuntum bunga berwarna ungu dan menghidunya. Wanginya!

"Kita di negeri yang bernama Laiyyinah puteri." jawab Toriq sambil tersenyum kepada dua orang rakannya. Tidak pernah mereka melihat senyuman dari wajah Ria, ini adalah kali pertama dan ianya sangat menawan. Biasanya Ria sentiasa mempamerkan wajah beku dan suram. Mereka yakin ada kebaikan di hati puteri ini.

****
Mereka pergi ke pekan Laiyyinah yang mempunyai berderet kedai pakaian, Sutera dan macam-macam lagi. Masing-masing membawa haluan mencari barangan yang diingini.

Ria tersenyum melihat pengawal-pengawal itu yang leka membeli barang. Entah kenapa hatinya mengatakan tidak mahu balik dan ingin berada di sini. Dengan pantas dia melarikan diri jauh ke kawasan kedai itu, walau tidak tahu ke mana harus dituju dikutkan sahaja langkah kakinya..

****
"Jumpa?" soal Suhail pada kedu-du temannya itu. Mereka menggeleng.

"Macam mana ni?" Toriq gusar, tangannya melihat jam di pergelangan tangan.

"Takkan kita nak balik tanpa puteri? Mati kita!" Asim turut gelisah.

"Kita kena cari juga sampai jumpa! Apasal lah dia buat hal!" Suhail mula berang.

"Tu..." tunjuk Asim, langkah mereka terhenti. Ria sedang berjalan mengikuti dua orang lelaki. Saat salah seorang lelaki itu berpaling mereka bertiga tergamam.

"Syakir?" 

"Kita ikut dulu ke mana mereka pergi" Suhail memberi cadangan. Dan mereka mengangguk bersetuju.

Lemah lututnya saat terpandangkan wajah itu. Hampir sahaja dia terkulai tapi dua orang rakannya pantas memegang bahunya agar dia kuat untuk berdiri.

"Permaisuri.." Asim sudah mengalirkan air mata. Dia rindu insan yang pernah bergelar permaisuri itu.

Suhail dan Toriq turut mengalirkan air mata apatah lagi bila mengenangkan apa yang telah mereka lakukan sehingga permaisuri dihukum. Kerana kata-kata mereka! Mereka adalh pengawal yang menjaga penjara Ahdhor yang bersubahat memfitnah Permaisuri Ainnur.

"Aku nak jumpa permaisuri" Asim sudah tidak dapat menahan hatinya.

Suhail menghalang.

"Aku rasa sekarang bukan masa yang sesuai. Permaisuri pasti akan terganggu dengan kehadiran kita." ucapnya perlahan.

"Tapi.."

"Kita biarkan puteri Ria di sini. Aku yakin sesuatu yang besar akan terjadi tak lama lagi" ujar Suhail lagi penuh yakin.

Toriq dan Asim memandang wajah Suhail mencari kebenaran kata-katanya. Akhirnya mereka setuju untuk meninggalkan puteri Ria dan merahsiakan keberadaanya di sini bersama mantan permaisuri Bayu Nailufar.

Walau apapun yang bakal mereka tempuh, mereka akan sentiasa sedia! Moga dengan ini akan benar-benar terjadi sesuatu yang besar yang akan membebaskan Bayu Nailufar dari kegelapan. Hati mereka yakin itu!

****
- ok! Tamat sudaa-


*story by adikbiskutmarie: Qairah'S