Dah 2 hari aku terpaksa buat-buat tak tahu pergi mana henpon aku..
Memiliki nya suatu benda yang penting dalam hidup aku
Padanya aku menyimpan memory
Padanya aku meluah rasa melalui tulisan yg aku coretkan
Padanya juga aku menulis isi blog iniii laa
Huaaa..
BlackBerry aku walaupun tak canggeh yg konon kata kawan2 aku versi lama zaman purba pyramid itu tapi tetaplah menjdi kesayangan aku sehingga beratla jugak nk tukar beli baru kerana suka sangat buat hal! Masalah paling suka menguji aku,BB tu suka sangat heng dan bateri kong.Menyebabkan untuk berlama dengannya terpaksa melekat kat tempat charge! Bak kata kawan aku,dimana ada plug,di situ ada aku.
BB Bold 3 itulah jenis dan jenamanya.Dia bukan touch screen.Apatah lagi full touch memang tak la.Hanya keypad je..versi lama la katakan.Tapi aku selesa berfunction dengannya...cewah!
Antara sebab aku sayangkannya, ianya pemberian dari adik aku sendiri.Beri secara percuma kau! Itupun hasil daripada aku bodek dia. Dia ada beli phone baru,besar lagi tu! BB tu pulak hanya dibuat utk calling2. So,aku yg kebetulan tgh tiada henpon..dgn muka tembok dan berani mati memintanya untuk bagi je la aku pakai.
Aku bukan jenis gila gadget.Bagi aku,selagi masih elok, pakailah sampai jahanam pun.
Now,BB aku tuu akhirnya...dah pun rosak.Bahkan tak boleh nak berfungsi hasil daripada mak aku terjatuhkan dari tempat yang agak tinggi walaupun sebelum ni pernah je jatuh banyk kali.Maka,Pap! Jatuhlah ia di atas lantai dengan penuh bergaya...sehingga mengalamii luka yang dalam.Ada retak kecil bahagian dalam screen.Jadilah screen tu keluar warna putihhh je memanjang tak boleh di baca.
Akhir sekali,tamatlah riwayat aku sebagai sebuah BlackBerry Bold 3.Juga terberhenti sudahlah khidmatku pada tuanku.Semoga tuanku mendapat sesuatu yang lebih berharga daripada aku.Terima kasih kerana setia dan bersabar dengan perkhidmatanku walaupun banyak cacat celanya.
Eh,dramanya! Haha ..biar
Ok, ini dah terlalu nampak sangat cintakan dunia! Kalau si dia baca entry yang ni,mau kena tegurnya nanti..hehe
Jadi,buat rakan2 yang saya kasihi sekalian..buat masa ini tak dapatlah nk berhubung macam biasa.kenalah tunggu aku pakai henpon.Aku tak mengharapkn untuk membeli sendiri.Tapi tak mengharapkn juga pemberian dari orang.Hanya mengharapkn respon Allah yang Maha Pemurah dan Maha Kaya dari sumber yang tidak di duga.
Kerana keperluanku Tuhan lah yang lagi tahu dan akan mencukupkan.Tapi aku takdelah bertawakal je..adalah usaha.Tapi biarlah..rahsia.
Kah! Kbye..
No comments:
Post a Comment