Tuesday, 8 March 2016

Tekan2 Keypad: Hadiah sempena Hari Wanita (nak jugak hoho)


Sempena Hari Wanita Sedunia..(walaupun aq x tau spe la org yg
 mewujudkan hari wanita ini) aku naklah postkan sebuah nukilan khas buat seorang wanita yg sangatlah berjasa padaku.Ku kira ianya sebagai hadiah dariku buat semua wanita yang bergelar ibu terutamanyalah..


Tajuk:
           Coretan buat ibundaku

Assalamualaikum pembuka bicara..
Duhai yg mencurahkn kasih seikhlas cinta
Dgrknlah coretan hati yg x seberapa
Dri ankanda buat ibunda tercinta
 
Kau bagiku insan yang luar biasa
Kau malaikat, kawan nan sahabt setia
Kau berjiwa besi juga intan permata
Namun ku akui kau juga kaca yang mudah retak

Tidakpun kau kecundg dgn kenakalanku
Tidak pernh sekalipun kau menyesal memiliki aku
Tiada jemu dan bosan kau dlm mendidik dan mengasuh ku
Apalagi  menyakiti ku dlm budi bicaramu
Segala apa kesalahanku dibetulkn dgn bijaksana

Pengorbananmu tiada tandingan
Penuh sabar dan sentiasa memahami sikapku
Meski ku bertahan ego denganmu
Mencuba menegakkan benang yg basah dgnmu
Juga terlanjur kata dgnmu

Tapi kau selalu saja tersenyum di hadapnku
Sdgkn  aku tau kau menangis tanpa pengetahuanku
Menahan hati yg retak seribu
Menyimpan rawan di kalbu

Oh ibunda yg ku kasihi
Anaknda mohon di maafi
Segala salah dan amali
Ku sering saja bersuara tinggi
Bahkn tidk pandainya dlm berakhlak dan berbudi
Malah hanya tahu memberi luka di hati

Duhai bonda
setiap manusia kan ada kelemahan
Keburukanku bukn kegagalan mu dlm didikn
Jgnlah kau bersedih dan mengeluh
Kerna bagiku kau ibu mithali tiada gagal dlm didikn
Nasihatmu ku sematkn dlm ingatn
Kemarahanmu, kan ku jadikn pengajaran
Kesedihanmu, ku jadikn kekuatan
Moga Tuhan membalas kasih sayang yg dikau curahkn
Selamat di dunia dan di akhirat sebagai ganjaran
Juga diampunkn segala dosa2 dn kesalahan

Wahai ummi
Terima kasih atas segalanya
Besar jasamu mengenalkn kami pada Tuhan Sang Pencipta
Lebih mahal lagi nilai doa ibu yg tidak putus utk anak2nya
Agar kami mendapat Tuhan,
menjadi ank yg soleh dan solehah



No comments:

Post a Comment