![]() |
kerajaan bayu nailufar |
Ainnur menyanyi-nyanyi kecil akibat terlalu gembira kerana akhirnya,berjaya juga dia membeli aiskrim coklat yang tersedap di Pekan Fairuz hari ini. Seminggu dia simpan duit untuk beli aiskrim itu.
Bukk!!!
" Woi apa ni? " marah Ainnur. Habis terjatuh aiskrim coklatnya yang tak sempat hendak dinikmatinya itu. Rasa nak menangis pun ada bila melihat aiskirimnya 'dijilat tanah'.
Farhan mula gelabah. Sudahlah hendak melarikan diri, terbuat salah pulak dengan minah ni. Adoi macam mana ni?
Dia tak dapat berfikir apa-apa saat itu. Dan apabila dia hendak menyambung kembali pelariannya, Ainnur terus menyadung kakinya sehingga membuatkan dia tersungkur.
"Aduh!"
"Oo..kau nak lari ye..? jangan nak lepaslah...Ganti dulu aiskrim aku!!" gertak Ainnur sambil memegang sebatang kayu yang dia terjumpa tepat pada waktunya.
Geramnya aku!
Farhan duduk dan mengeluh saat terdengar bunyi derapan kaki. Itu lebih merunsingkannya daripada gadis yang sedang memegang batang kayu itu.
Ainnur menjadi geram apabila melihat lelaki itu seolah tidak gentar dengan ugutannya.
Dia mengangkat kayu itu dan....
Kdebuk!!
"Tuan putera, tuan putera ok?" soal salah seorang daripada sekumpulan lelaki bertuxedo itu.
"Arghhhh!!!!" jerit Ainnur sekuat hati akibat terlalu sakit hati.
Sudahlah tadi dilanggar lelaki sewel sekarang ni dirempuh pula sekumpulan lelaki dan mengakibatkannya jatuh terduduk!
Lelaki-lelaki itu mula berdiri dan mengelilingi Farhan dan menghadap Ainnur apabila mendengar jeritan Ainnur itu.
"Tuan putera jangan risau, kami akan lindungi tuan putera." ujar salah seorang dari mereka.
Farhan menepuk dahinya melihat kesalafahaman keadaan itu.
Ainnur turut berdiri dan menepuk-nepuk tangannya yang agak berpasir itu.
"Oo..korang semua nak lawan aku eh.. korang tak kenal siapa aku tau!" ujarnya sambil menepuk dada.
"Hiyargh!!!!"
Dan dalam sekelip mata, semua lelaki berbadan sasa itu tumpas ditangan Ainnur.
Puas hati aku! Padan muka! Dan dia menjelir lidah pada mereka semua.
Farhan terlopong melihat ketangkasan Ainnur menumpaskan pengawal-pengawalnya.
Ainnur datang menghampiri Farhan dan bertinggung di depannya. Dia mendekatkan mukanya hingga membuatkan Farhan membelakangkan sedikit wajahnya.
"Hmph!" sambil menolak hidungnya menggunakan ibu jari dan dia terus bangun meninggalkan Farhan.
Farhan terkedu!
Dia memandang ke arah pengawal-pengawalnya yang masih mengaduh kesakitan dan akhirnya dia tersenyum meleret.
***
"Kenapa dengan muka kalian ni?" soal Raja Hasyim kepada para pengawal.
Tengku Fateha juga turut hairan melihat keadaan pengawal- pengawalnya itu.
Pengawal-pengawal itu hanya tunduk akibat takut dimurkai manakala Putera Farhan hanya menahan gelak sedari tadi.
Akibat terlalu tidak tahan akhirnya meletus juga tawa Putera itu.
"Anakanda apa yang lawak sangat? Apa yang sudah terjadi? Ceritakanlah pada bonda" ujar Tengku Fateha.
Makin menjadi-jadi gelak Farhan apabila disoal bondanya.
Akibat terlalu dahsyat gelaknya sehingga membuatkannya terduduk sambil menekan-nekan perutnya.
Tengku Fateha memandang suaminya dengan muka hairan. Raja Hasyim hanya mengangkat bahu tanda dia juga tidak tahu.
"Kanda! Apa yang sudah terjadi pada kanda?" Puteri Sakinah meluru masuk ke dalam dan mendapatkan Putera Farhan.
Gelak Farhan terhenti apabila Sakinah memegang tangannya. Terus ditepis tangan cantik itu.
Dia kemudian terus berdiri. Sakinah mencebik apabila diperlakukan sebegitu.
"Ampunkan Farhan ayahanda, bonda." Farhan memohon maaf atas ketidaksopanannya sebentar tadi.
"Tidak mengapa. Pasti ada perkara yang sangat menyenangkan anakanda di luar tadi. Yelah,waktu keluar muka bermuram durja. Kini balik muka berseri-seri bak bulan purnama" ujar Raja Hasyim sambil tersenyum.
Sudah lama tidak melihat puteranya tertawa seperti itu,sejak disoalkan tentang perkahwinannya.
"Kongsikanlah kepada kami" ujar Tengku Fateha pulak.
"Anakanda dah jumpa bakal permaisuri kerajaan Bayu Nailufar" ujar Farhan sambil tersenyum penuh makna.
"Apa!!!" jerit mereka yang berada di situ serentak.
Pengawal2 yang tunduk sedari tadi serta merta mengangkat muka dan memandang wajah putera Farhan dengan terkejut.
*****
"Baiklah kelas, kita akan memulakan pelajaran hari ini dengan...." belum sempat Prof. Lily menghabiskan bicara, sekumpulan lelaki bertuxedo hitam masuk merempuh kelas itu.
Prof. Lily dan seisi kelas terkejut melihat kehadiran tidak diundang itu.
"Boleh kami berjumpa dengan cik Ainnur?" soal Luthfi, ketua pengawal itu kepada Prof Lily.
Prof Lily terkelu untuk berkata apa-apa, dia hanya mengangguk memberi keizinan.
Luthfi bersama orang-orangnya datang menghampiri Ainnur.
Ainnur mula gelabah. Depa datang nak balas dendam ke hapa? Baba tolong Ain!!!!
" Cik Ainnur sila ikut kami" ujar Luthfi.
"Eh,nak ke mana?" soal Ainnur takut2 berani.
" Haah. Korang nak bawa kawan aku pergi man? Jangan nak berani culik ar! Aku lapor polis nanti. Ramai saksi ni." Ekin,kawan Ainnur cuba menghalang.
Luthfi mengeluh.
"Saya hanya menjalankankan perintah Raja Hasyim", kata-kata Luthfi mengundang mata terbeliak seisi kelas.
"Raja Hasyim?! Tu Raja kita tu. Eh, beb kau buat masalah apa pulak kali ni? Apasal kau main raja pulak ni? Kalau raja terlibat, aku tak bolehlah nak tolong kau. Karang tak pasal-pasal aku juga terkena.Settle sendiri eh.."
"Eh Kin, mana adil! Tolonglah aku! Aku mana tahu aku buat apa dengan raja!" ujar Ainnur gusar.
"Ehem.Sila ikut kami ke istana sekarang", ujar Luthfi dan terus menarik tangan Ainnur.
"Ekin! Tolong aku! Prof!" jeritnya sambil ditarik pengawal-pengawal itu.
Mereka hanya melambai ke arah Ainnur. Kalau dah libatkan raja, takde siapalah nak berani campur tangan.
"Aku yakin nasib kau akan baik", ujar Ekin sendirian.
****
" Hei! Berapa kali aku cakap jangan pegang tangan akulah! Kau ni tak faham bahasa ke apa? Tak faham syariat?" tengking Ainnur lagi.
Huh! Dari tadi dok marah benda sama! Tak faham-faham jugak!
"Saya khuatir cik Ainnur lari" ujar Luthfi mempertahan diri.
"Kau ni ada otak ke takde? Memang kalau jadi pengawal takyah ada otak ke? Macam mana aku nak lari kalau dah di escort punya ramai macam ni?" bebel Ainnur.
Luthfi hanya diam dan tetap meneruskn langkahnya menuju istana.
Ainnur tergamam saat pintu gerbang dibuka. Entah kenapa tiba-tiba terasa lemah lutut pulak.
Dia mengira, inilah kali pertama dia melangkah masuk ke dalam istana Bayu Nailufar.
Dia dapat melihat taman bunga yang besar dan indah.
"Kita sudah sampai" ujar Luthfi dan menghentikan langkahnya. Ainnur turut berhenti.
"Dah sampai?" soalnya sambil mata mengarah ke satu bangunan yang berada di tengah-tengah taman bunga itu.
'Ni istananya ke? Macam agak kecik je walaupun memang dah besar.' bisik Ainnur sendiri.
"Kita dah tiba di balai rong seri. Raja Hasyim dan semua sedang menunggu. Mari." ujar Luthfi tegak dan menyambung kembali langkahnya.
'Ohh..balai rong seri rupanya..' bisiknya lagi.
Ainnur mengerutkan dahi, saat dia mahu memulakan langkah,dia berpaling ke belakang.
"Awak semua tak ikut ke?" soalnya pada pengawal-pengawal yang lain. Dengan serentak mereka menggeleng.
Ainnur mengeluh. Macam robot! Dan dia menyambung langkahnya mengikuti Luthi masuk ke dalam balai rong seri itu.
"Aah leganya..." kata salah seorang pengawal sambil menggeliat.Pengawal yang lain turut merenggangkan badan yang lenguh akibat terpaksa menjadi 'robot' ketika bertugas.
"Agaknya dia layak tak jadi permaisuri?" soal salah seorang dari mereka sambil berjalan beriringan keluar dari taman istana itu.
"Tulah. Tapi aku sukalah gaya dia" jawab yang lain.
"Dia nampak baik kan?Berbeza macam 'ahli sihir' tu",pendapat yang lain pulak. Kata-katanya itu mengundang tawa mereka.
Yang pastinya, mereka berjalan keluar sambil membincangkan isu bakal permaisuri mereka.
*****
Semua mata tertumpu kepada Ainnur saat dia melangkah masuk.
Ainnur menelan liur saat melihat raja yang sedang bersemayam dan di sisinya ada seorang wanita dan seorang lelaki sedang berdiri.
Matanya dilirikkan ke arah sebelah kanan, terdapat barisan lelaki yang tampak berwibawa, begitu juga yang berada di barisan kiri terdapat barisan wanita yang juga kelihatan bergaya. Mereka semua memandang ke arahnya.
Luthfi duduk bertinggung dan mengangkat kedua tangannya, "Ampun tuanku, patik datang menghadap membawa seperti yang diperintahkan." ujar Luthfi beradat.
Dia kemudiannya menurunkan tangannya dan memandang ke arah Ainnur memberi isyarat lakukan apa yang dia lakukan.
Ainnur mencebik dan buat tak endah dengan arahan Luthfi. Luthfi mengetap bibir melihat perlakuan Ainnur.
Farhan resah di tempat berdirinya. Lagilah apabila melihat sikap gadis itu. Agaknya dia diterima atau tidak? Tapi Farhan sememangnya sudah tiada pilihan lain.
Raja Hasyim dan Tengku Fateha berpandangan melihat gadis comel molek yang bertudung itu.
"Cik Ainnur... sembah tuanku sekarang" bisik Luthfi.
"Apa? Sembah tu??!" soal Ainnur dengan nada yang kuat sambil jari telunjuknya lurus tepat menunjuk ke arah Raja Hasyim. Memang sengaja kuatkan suara.
Semua yang berada di dalam balai rong seri itu terkejut melihat sikap gadis itu.
"Ini yang kanda Farhan kata,bakal permaisuri Bayu Nailufar? Tidak pandainya menghormati raja!" sindir Puteri Sakinah tiba-tiba.
"Eh ,cop-cop! Pasal permaisuri tu aku tak tahu,okey. Tapi siapa kata aku tak pandai menghormati raja?" soal Ainnur dengan berani kepada Puteri Sakinah.
Puteri Sakinah tersentak.Tiada siapa pernah menentang kata-katanya selama ini.
" Habis tu dengan tidak sembah hormat raja, dianggap menghormatilah tu?" soal Puteri Sakinah geram.
"Ooh.. yang di atas tu raja ke? Aku ingatkan ketua penculik", ujar Ainnur selamba. Mana datang keberaniannya yang tiba-tiba itupun dia tidak pasti.
Yang dia pasti lelaki itu...lelaki yang telah menghancurkan aiskrim idamannya yang berada di sisi raja itu menyebabkan hatinya bertambah sakit.
Kenapa? Entahlah.
Semua yang berada di dalam itu berdiri saat mendengar kata-kata Ainnur itu.
Farhan pulak terus turun menghampiri Ainnur. Tidak boleh dibiarkan nanti jadi pergaduhan.
Ainnur berpeluk tubuh saat Farhan sudah berada di hadapannya.
"Minta maaf sekarang!" ujar Farhan tegas tapi perlahan.
"Ganti dulu aiskrim aku!" balas Ainnur berani.
Farhan menjegilkan mata. Aiskrim? Oh..aku terlanggar aiskrim dia.
"Takkanlah pasal aiskrim pun nak berkira?" soal Farhan pelik.
"Hello...aku ni bukanlah berkira sangat dengan aiskrim tu. Yang aku berkira ialah dengan orang yang tak reti nak minta maaf, tak rasa bersalah langsung. Siap hantar orang lawan aku. Culik aku! Yang paling aku tak puas hati yang berkemungkinan kau ni putera raja, tapi takde akhlak!"
Pang!
"Sakinah!" Sakinah memandang Farhan.
Ainnur memegang pipi kanannya yang berbirat. Kurang asam jawa punya pompuan!
"Perempuan macam ni yang kanda nak jadikan permaisuri Bayu Nailufar? Tiada adab!"
"Sudah! Hentikan.." Raja Hasyim turun dari singgahsananya diikuti Tengku Fateha menghampiri mereka.
"Beta tak sangka kalian boleh bertingkah sedangkan beta bersama yang lain ada di sini." murka Raja Hasyim.
Sakinah dan Farhan menunduk. Ainnur kembali berpeluk tubuh, kekal dengan kedegilannya.
"Oleh itu,beta akan jatuhkan hukuman kepada kalian bertiga." titah Raja Hasyim.
Farhan dan Sakinah terus berlutut saat mendengar kata-kata Raja Hasyim.
"Ampunkan anakanda..ayahanda" ujar farhan.
"Ampunkan Sakinah juga pak long" ujar Sakinah pula.
Ainnur? Dia hanya mencebik. Baginya,dia tidak bersalah.
"Kanda, takkanlah hal sekecil ini pun mahu dijatuhkan hukuman? Sakinah tidak bersalah. Yang bersalah gadis ini",pertikai Tengku Fahim, adik kepada Tengku Fateha.
Tidak boleh dia melihat anak kesayangannya berlutut dan menerima hukuman di atas kesalahan orang lain. Dia membantu Sakinah bangun.
Raja Hasyim memandang Tengku Fateha dan tersenyum. Tengku Fateha yang memahami maksud Raja Hasyim mengangguk tanda bersetuju dengan segala keputusan yang akan dibuat.
"Baiklah, Sakinah tidak akan dijatuhkan hukuman. Tapi kalian berdua beta akan jatuhkan hukuman. Kalian harus kahwin!Dan Ainnur akan menjadi permaisuri" ,putus Raja Hasyim muktamad.
"Ayahanda!"
"Kanda!"
" Pak long!"
" Saya tak setuju!" sekali lagi semua mata tertumpu ke arah Ainnur.
"Kenapa saya harus mendengar kata-kata seorang penculik?" soal Ainnur.
Raja Hasyim tersenyum, langsung tidak terusik dengan kata-kata Ainnur. Malah dia kagum dengan sifat tegas Ainnur. Ainnur menyedarkannya bahawa setinggi mana pun darjat seseorang itu dia patut menghormati orang lain jugak. Dan dia dapat melihat Ainnur bukanlah seorang yang sukakan kebendaan, buktinya sudah ditawar jadi permaisuri tapi ditolaknya mentah-mentah.Jikalau gadis lain pasti sudah melonjak gedik gembira.
"Pertama sebab beta ialah raja. Kedua beta bukan penculik. Beta bawa Ainnur ke sini dengan keizinan baba Ainnur." jelas Raja Hasyim sambil tersenyum.
"Baba?"
"Ehem!" terus kepala Ainnur berpusing 90 darjah ke arah belakang dan dia menelan liur saat melihat babanya.
Ali terus menarik telinga anak gadisnya yang sorang itu.
"Baba tidak pernah mengajar Ainnur kurang ajar dengan orang tua. Lebih2 lagi dengan raja!Pemimpin negara, ketua agama." marah Ali.
"Ampun baba. Ainnur janji tak buat lagi. Sakitlah baba" rengek Ainnur.
"Ampunkan patik di atas ketidaksopanan anak patik tuanku." ucap Ali kesal.
"Tidak mengapalah Ali.Beta tidak kisah. Dan beta harap kamu setuju dengan hukuman yang beta berikan?"
"Patik setuju." jawab Ali dengan senyuman.
"Baba!"
"Tapi pak long tidak boleh buat segala keputusan sendiri tanpa persetujuan nenda walaupun pak long raja." Sakinah sedaya upaya membatalkan keputusan ini.
"Nenda setuju." ucap Nenda Tengku Farah yang sedari tadi hanya melihat dan berdiam diri.
Semua mata tertumpu ke arah nenda Tengku Farah pula. Dengan bersusah payah Nenda Farah berusaha bangun dari tempat duduknya. Ainnur yang peka,terus meluru ke arah Nenda Farah untuk membantunya berdiri.
Nenda Tengku Farah tersenyum, dia menggenggam tangan Ainnur dan dia mencium dahi Ainnur penuh kasih.
"Nenda harap Ainnur sudi menjadi permaisuri Bayu Nailufar,ya."
****
Ainnur duduk di birai katil dan mengeluh. Kini dia sudah sah menjadi isteri kepada Putera Farhan, bakal Raja Bayu Nailufar dalam masa lagi seminggu.
Putera Farhan akan ditabalkan apabila umurnya genap 30 tahun. Tetapi jika dia masih belum bernikah dia tidak layak menjadi raja. Dan takhta akan diberikan kepada sepupunya, Tengku Irwan yang sudah pun berkahwin.
Oleh itu, dia diasak dengan perkahwinan saat dia langsung tidak mempunyai pilihan hati lagi.
Dan akhirnya seisi istana menyarankan agar dia berkahwin dengan Puteri Sakinah,sepupunya sendiri.
Bagi Putera Farhan, simpang 44 malaikat lah dia nak kahwin dengan Puteri Sakinah. Kerana yang pertama dia sudah menganggap Puteri Sakinah sebagai adiknya dan yang kedua dia sebenarnya tidak gemar dengan sikap Puteri Sakinah yang suka mengada-ngada dan manja.
Farhan membuka pintu dan masuk ke dalam biliknya. Ainnur hanya melihat dengan muka takde perasaan.
Farhan memandang Ainnur dan menghadiahkannya sebuah senyuman yang manis,khas buat isterinya. Ainnur pula hanya membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Kenapa awak pilih saya?" soal Ainnur agak kasar tapi sudah tidak lagi menggunakan gelaran aku kau.
"Sebab saya ada hutang dengan awak dan saya tak boleh bayar. Jadi saya bayarlah dengan cara ni" balas Farhan dan turut melabuhkan punggungnya di sisi Ainnur.
"Hutang apa?"
"Aiskrim" jawab Farhan selamba.
"Laa... benda tu pun tak mampu nak bayar ke?" soal Ainnur pelik.
"Mampu je, tapi saja nak bayar dengan cara ni" balas Farhan sambil tersenyum.
Ainnur mencebik mendengar kata-kata Farhan. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
"Macam mana kalau saya tak layak jadi permaisuri?"
"Kan ayahanda dan bonda bagi tempoh sebulan untuk lihat kebolehan Nur."
"Nur?"
"Habis tu nak panggil apa?" soal Farhan sambil menjongketkan keningnya.
"Apa2 jelah. Sukahati...."Ainnur malas nak layan.
"Kalau dah sebulan, pastu saya tak layak macam mana?" soal Ainnur ingin tahu.
"Kalau tak layak juga, dapatlah awak madu nanti" balas Farhan sambil bangun dan membuka pintu almarinya yang sebesar bilik.Dia masuk ke dalam dan mengambil baju tidur. Nak mandi,badan dah berlekit-lekit dengan peluh yang masyam.
"Madu?!" soal Ainnur agak kuat agar didengari Farhan.
Farhan keluar sambil menganggukkan kepala. Ditangannya sudah terdapat sepasang baju tidur berwarna merah hati.
"Kalau awak tak layak jadi permaisuri, nampaknya nanti saya kena berkahwinlah dengan Puteri Sakinah. Sebab mereka kata dia dah layak." ujar Farhan selamba dan mula menapak ke dalam bilik air.
"Puteri poyo tu?!" jerit Ainnur.
Farhan membuka sedikit pintu bilik air dan turut menjerit, "kalau tak nak, layakkanlah diri!!" dan dia menutup kembali pintu bilik air.
Ainnur merengus. 'Walaupun aku tak berapa suka laki aku tapi jangan nak haraplah aku bermadu dengan Puteri poyo tu. Aku akan buktikan gadis biasa macam aku ni pun layaklah jadi permaisuri '.
Tekad Ainnur sambil tangannya mula membuka satu perstu kerongsang yang berada di shawlnya dan menanggalkannya. Rimas dari pagi tadi dok membelet lehernya.
Ainnur kemudian terus rebah dan terlelap.
****
Mata Ainnur terbuntang saat melihat makanan yang berada di atas meja makan. Banyaknya mak oi!
Tiada satu pun ruang kosong di atas meja makan panjang yang boleh memuatkan 40 kerusi itu.
Farhan yang berkemeja ungu menarikkan kerusi untuk Ainnur.
"Silakan.." pelawanya.
Ainnur yang masih tergamam mengikut seperti robot.
Masing-masing sudah mengambil tempat duduk dengan bantuan dayang setiap seorang menarikkan kerusi. Seluruh keluarga ada di istana tika ini. Dan kerusi yang disediakan memang cukup-cukup.
Almaklumlah semalamkan majlis perkahwinan Putera Farhan,jadi seluruh saudara,sepupu sepapat turunlah padang..
Saat semua sudah duduk dengan tertib, Raja Hasyim masuk bersama Tengku Fateha dan Nenda Tengku Farah.
Tiga orang dayang terus bertindak menarikkan kerusi.
Raja Hasyim duduk di kerusi utama meja makan. Tengku Fateha duduk di barisan kiri manakala Nenda Tengku Farah di barisan kanan.
"Farhan tolong bacakan doa." perintah Raja Hasyim. Farhan yang duduk di sisi Tengku Fateha mengangguk dan mula menadah tangan diikuti yang lain.
Dalam hati Ainnur berasa kagum saat melihat suasana di meja makan itu. Terutama sekali saat mengaminkan doa yang dibaca Farhan.
"Baiklah..silakan makan semua.." pelawa Raja Hasyim.
Dayang-dayang terus membantu menyendokkan nasi ke dalam pinggan setiap orang.
Saat mahu mula makan, Ainnur tercari-cari sesuatu. 'Takde ke?'
Farhan yang perasan tingkah Ainnur berbisik, "Kenapa?".
Ainnur tidak menghiraukan soalan Farhan malah dia memusingkan sedikit badannya dan memandang ke arah barisan dayang yang setia berdiri itu.
Dia memanggil salah seorang dari mereka. "Takde air basuh tangan ke?" soalan Ainnur mengundang riak serba salah dayang tersebut.
"Sini istana bukannya kampung. Semua di sini makan menggunakan sudu garfu. Orang yng hina je makan pakai tangan ni." kata Puteri Sakinah mencelah.
Sedari tadi dia memerhatikan sahaja tingkah laku Ainnur yang duduk dihadapannya. Sengaja mahu mencari kesalahan dan kelemahan Ainnur.
Ainnur mengetap bibir mendengar kata-kata Puteri Sakinah. Kerana kata-katanya tadi, Ainnur menjadi tumpuan mata-mata yang melihat.
"Mengapa anakanda, ada apa-apa masalah ke?"soal Raja Hasyim prihatin.
Ainnur memandang Raja Hasyim dengan senyuman dan menggeleng.
"Takde apa ayahanda. Jemputlah makan semua." ujar Ainnur dan mula memegang sudu garfu.
Tapi dia tidak terus makan sebaliknya dia memerhatikan setiap orang yang makan menggunakan alat itu.
Kebanyakannya, mereka menyuapkan makanan menggunakan tangan kiri kerna tangan kanan memegang pisau bertindak memotong daging2 steak yang dimakan. Hanya beberapa orang sahaja yang menyuapkan makanan menggunakan tangan kanan, itupun mereka yang makan nasi. Itupun ada juga yang guna tangan kiri.
Ainnur memandang ke arah hadapannya dan melihat Puteri Sakinah makan sambil tersenyum seolah mengejek dirinya. Hatinya terbakar. Dia memandang ke arah Farhan dan lihat Putera itu sedang selera menjamah makanannya.
Ainnur mengeluh dan menghempas sudu garfunya kembali. Semua yang berada di meja makan itu terkejut dan memandang ke arah Ainnur.
"Maafkan Ainnur semua, tapi ayahanda, boleh Ainnur tanya satu soalan?" soal Ainnur tanpa mempedulikan pandangan yang lain terutama pandangan Farhan yang kurang senang dengan sikapnya.
'Apa lagilah yang bini aku ni tak puas hati.'bisik hati kecil Farhan.
"Silakan anakanda" jawab Raja Hasyim dan mula memberi sepenuh perhatian kepada Ainnur. Begitu juga dengan Tengku Fateha dan Nenda Tengku Farah.
Ainnur tersenyum, " Siapakah yang lebih mulia, rajakah atau Rasulullah?" soal Ainnur sambil memandang ke arah Sakinah sinis.
Semua yang berada di meja makan itu tersentak mendengar soalan berani mati Ainnur. Sakinah yang mula memahami maksud Ainnur menggenggam tangannya tanda sakit hati.
"Sudah tentulah Rasulullah" jawab Raja Hasyim tenang.
"Jadi mengapa ada orang mengatakan makan pakai tangan hanya untuk orang hina sedangkan Rasulullah makan pakai tangan?Adakah di zaman ini, orang yang mengamalkan sunnah Rasulullah dipandang hina sedangkan Rasulullah lebih mulia dari Raja?".
Raja Hasyim tersenyum mendengar kata-kata menantunya itu. Dia faham akan maksud Ainnur. Serta merta dia meletakkan sudu garfu yang berada ditangannya. Tengku Fateha dan Nenda Tengku Farah turut melakukan apa yang dilakukan oleh Raja Hasyim.
"Dayang, tolong bawakan air basuh tangan" perintah Raja Hasyim.
"Baik tuanku" jawab mereka dan terus bergegas mengambil air basuh tangan.
Semua yang berada di meja makan seorang demi seorang meletakkan sudu garfu masing-masing.
Farhan juga turut melakukannya. Dalam hati terselit rasa bangga pada Ainnur. Kata-kata Ainnur mampu mengubah cara makan istana yang tidak pernah berubah.
Yang belum meletakkannya hanya tinggal Tengku Fahim dan Puteri Sakinah. Sakinah memandang ayahnya meminta bantuan. Tengku Fahim yang faham akan maksud Sakinah mula bersuara.
"Ampun kanda, tapi perlukah kita ubah cara yang sudah bertahun-tahun kita gunakan? Tak perlulah kita ubah secara drastik. Lagipun yang mencadangkannya ialah orang yang tak sampai satu hari pun bersama kita."
"Kalau tidak suka, tidak mengapalah kanda tidak memaksa. Lagipun kanda sukakan perubahan." Jawapan Raja Hasyim mengundang sakit hati di hati Tengku Fahim dan Puteri Sakinah.
Walaupun begitu mereka tetap melakukan apa yang semua lakukan, kerana tidak mahu terasing dengan yang lain.
****
"Woi Farhan!" terus langkah Farhan dan Ainnur terhenti. Farhan memusing ke belakang dan tersenyum.
"Kanda Irwan.." ujarnya dan menyalami abang sepupunya itu. Ainnur hanya memerhati.
"Geli je nak berkanda bagai. Abang je lah" ujar Irwan.
"Nur, ni abang Irwan dan kak Manis" Farhan memperkenalkan dengan sudah menukar gelaran.
Ainnur mengangguk dan mula menyalami Manis.
"Amboi! panggil nama lain nampak? Lantak kau lah. Tapi bijak juga bini kau ni ya..berani pulak tu", puji Irwan.
Farhan dan Ainnur masing-masing tersenyum mendengar pujian itu.
"Nasib baik kau kahwin tau. Kalau aku jadi raja memang kau, aku halau dari istana ni terus." ujar Irwan, dan mereka gelak bersama. Manis hanya tersenyum. Ainnur pula sudah berkerut.
"Oklah aku pergi dulu. Jaga bakal permaisuri ni baik-baik." pesan Irwan dan berlalu sambil menepuk bahu Farhan.
"Kenapa korang gelak tadi?" soal Ainnur terus.
"Apa? Pasal tadi? Takdelah, kalau abang tak kahwin, nampaknya si Irwan tulah yang jadi raja... "
"Abang?" potong Ainnur.
"Habis tu? Nak panggil Kanda?" soal Farhan.
"Ok, ok, abang.. ha pastu?" Ainnur malas mahu melayan. Lebih baik abang dari kanda kan?
Farhan tersenyum dan menyambung,
"Tapi abang Irwan tak mahu jadi raja, dia suka kebebasan. Dia tu pengembara. Minat dia dan kak Manis sama. Jadi dia dah warning abang awal-awal, kalau sampailah dia jadi raja dia akan halau abang dari istana" jelas Farhan panjang lebar.
Ainnur mengangguk-angguk mendengarnya.
"Kak Manis tu..."
"Kak Manis tu Puteri dari Kerajaan Sohnun. Tapi Abang Irwan jumpa dia waktu pergi ke Kerajaan Awtad." jelas Farhan yang seperti faham apa maksud Ainnurr.
Mulut Ainnur membentuk huruf 'o'
mendengar penjelasan itu.
***
"Ampun tuan Puteri!!! kak Zura tak sengaja" Zura berlutut memohon maaf, sumpah dia tak sengaja.
"Kenapalah kau ni cuai sangat? Kau tahu tak berapa harga pasu ni?! Pasu ni import dari London,kau tahu?!" tengking Puteri Sakinah.
"Kak Zura tahu tuan puteri, tapi kak Zura betul-betul tak sengaja.." pohon Zura lagi.
"Kau ingat dengan maaf kau ni boleh ganti balik ke dengan nilai harga pasu ni? Aku dah lama tak berkenan dengan kau. Lebih baik je kau berhenti" arah Puteri Sakinah.
Terus Zura memaut kaki puteri itu."Tolonglah jangan pecat kak Zura, kat mana lagi kak Zura nak cari kerja..",rayunya lagi.
Puteri Sakinah tidak mengendahkan rayuan itu, malah disepaknya wanita yang berumur 36 tahun itu.
Ainnur terus meluru ke arah Zura apabila dilihatnya dia disepak. Kebetulan dia melalui kawasan itu.
"Kak Zura kenapa ni? Sakinah kenapa?" soal Ainnur sambil memandang Sakinah dan Zura silih berganti.
Dia membantu Zura berdiri,tetapi wanita itu terus memaut kaki Ainnur dan merayu,
"Tuanku, tolong ampunkan saya, tolong jangan pecat saya" air mata mula bergenang di pelupuk mata.
"Eh, kak Zura apa ni? Siapa nak pecat kak Zura?".
Sungguh dia terkejut diperlakukan begitu dan memaksa juga Zura untuk berdiri.
"Kanda tak usah masuk campurlah!" marah Puteri Sakinah.
Ainnur tidak mempedulikan kata-kata Sakinah. Dia memandang Zura penuh simpati.
"Apa yang terjadi sebenarnya?" soal Ainnur lembut kepada Zura.
Sambil mengesat air mata yang sudah mengalir, Zura menceritakan segala apa yang telah terjadi.
Ainnur mendengar dengan khusyuk, dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menghadap masalah ini kepada Raja Farhan.
Farhan sudah tiga minggu menjadi raja sejak ditabalkan. Cuma Ainnur sahaja yang masih belum ditabalkan menjadi permaisuri. Dia masih mempunyai waktu seminggu lagi sebelum pemilihan dibuat.
***
Ketiga-tiga mereka datang menghadap Raja Farhan untuk membentangkan masalah yang menimpa.
Farhan tersenyum saat melihat Ainnur dan Sakinah. Apa pula yang dibawa mereka kali ini?
"Ampun tuanku, kami datang menghadap untuk membentangkan satu masalah"ujar Ainnur sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
Walaupun dia isteri kepada Raja Farhan, tapi di dalam majlis rasmi dia akan menganggap suaminya sebagai raja seperti mana orang lain menganggapnya dan menghormatinya.
Sepanjang 3 minggu lebih berada di istana, dia sudah agak pandai menghormati mereka yang pemimpin dan mengetahui adat istiadat istana.
"Silakan." jawab raja muda itu memberi keizinan.
"Izinkan patik tuanku" ujar Sakinah sebelum menyambung bicara.
Farhan hanya mengangguk memberi keizinan.
"Begini, kak Zura telah melakukan kesalahan, disebabkan kecuaian, dia telah memecahkan salah satu hiasan istana yang bernilai berdolar-dolar. Jadi patik ingin dia dipecat" terang Sakinah terus memberi hukuman.
Zura terus berlutut, "Ampunkan patik, tuanku. Patik betul-betul tak sengaja. Tolonglah ampunkan patik. Tolonglah jangan pecat patik. Patik harus memberi anak-anak makan",rayu Zura.
Ainnur menyuruh Zura berdiri kembali, kurang gemar melihat Zura berlutut. Tapi Zura tetap berkeras tidak mahu berdiri. Akhirnya Ainnur mengalah dan membiarkan sahaja wanita itu berlutut.
Farhan mengurut-ngurut dagu memikirkan cara penyelesaiannya.
"Beginilah, kak Zura tahukan apa hukuman bagi mereka yang cuai di dalam istana ini? Kebanyakannya mereka dipecat." kata-kata Farhan cukup mengejutkan Ainnur.
Sakinah mula tersenyum kepuasan.
Tak cukup dengan berlutut, Zura terus bersujud dan merayu lagi.
"Tolonglah ampunkan patik tuanku.. tolonglah jangan pecat patik."
Ainnur mengetap bibir, tidak sanggup mendengar rayuan itu lagi. Tidak sanggup melihat Zura bersujud merayu.
"Tuanku, izinkan patik bertanya satu soalan" ujar Ainnur tiba-tiba.
"Silakan"
"Sudah berapa lama kak Zura berkhidmat di dalam istana ini?"
Farhan berkerut mendengar soalan itu tapi tetap dijawabnya.
"Sudah 10 tahun"
"Apakah tugasnya selama ini? Dan bagaimana prestasi kerjanya?" soal Ainnur lagi.
"Dia merupakan ketua dayang. Dia yang memastikan istana ini sentiasa bersih dan kemas... Dia tidak pernah melakukan kesilapan.. dan kerjanya selau terbaik dan memuaskan."
Ainnur mengangguk-angguk mendengar penjelasan itu. Dia berlalu sambil tersenyum dan menarik nafas panjang...
Pranggg!!!
Semua yang berada di dalam balai rong seri itu terkejut. Zura terus mengangkat muka.
Ainnur tersenyum di sisi hiasan yang sudah dipecahkannya. Kemudian dia kembali ke sisi Zura.
"Patik tidak akan minta maaf walaupun patik memang sengaja. Boleh tuanku hukum patik seperti yang sepatutnya. Boleh tuanku pecat patik?" soal Ainnur dengan senyuman sinis.
"Nur..?" Farhan seperti tidak sanggup.
"Tuanku tidak sanggup?" soalnya lagi.
"Nur.."
"Inikah yang tuanku gelar diri tuanku sebagai raja?" Farhan tersentak mendengar kata-kata Ainnur.
"Bagimana tuanku boleh memecat orang yang sudah banyak jasanya di dalam istana ini yang sudah bertahun lamanya berkhidmat di istana ini? Hanya kerana satu kesalahan kecil di atas kecuaiannya saja hingga terpaksa berlutut dan bersujud. Sedangkan dia lebih tua daripada kita. Bukankah ungkapan maaf itu lebih tinggi daripada harga sebuah pasu?"
Ainnur berhenti seketika dan memandang Zura yang sudah pun bercucuran air matanya. Kemudian dia menyambung lagi memandangkan Farhan hanya diam mendengar.
"Dan tuanku tidak boleh memecat orang yang tidak meminta maaf di atas kesalahan yang disengajakan. Sedangkan orang itu hanya tidak sampai sebulan berada di dalam istana ini."
"Nur.."
Farhan seperti tersedar apabila mendengar kata-kata Ainnur.
Dia turun dari singgahsana dan menghampiri Zura.
"Ampunkan Farhan ya,Kak Zura. Sudahlah mari berdiri." ujar Farhan lembut. Dia juga sudah menukar gelaran dirinya.
Zura berdiri sambil menggelengkan kepalanya, "Tak, tuanku tak bersalah. Kak Zura yang bersalah." ucap Zura sayu.
"Tuanku! Yang salah tetap salah! Tetap kena hukum" Sakinah bersuara tidak puas hati.
"Beta tak kata, beta tidak akan menghukum yang salah." ujar Farhan tenang.
"Kak Zura tidak akan dipecat. Tapi kak Zura tidak akan diberi gaji selama 2 bulan" titah Raja Farhan kepada semua yang berada di situ.
"Terima kasih tuanku. Terima kasih. Kak Zura bersyukur sangat. Terima kasih" ucap Zura berulang kali dan terus memeluk Ainnur. Ainnur membalas pelukan itu dengan senang hati.
Sakinah melihat dengan hati yang sakit. Dia terus berlalu pergi meninggalkan tempat itu.
"Dan kamu Nur, kamu dihukum tidak dapat 'barkhidmat' dengan Raja Farhan selama 2 bulan" dan Farhan terus berlalu pergi.
Zura melepaskan pelukan dan memandang ke arah Ainnur yang tersenyum.
"Tuanku tak kisah? Apa kata tuanku pergi pohon maaf. Patik yakin Raja Farhan akan ringankan hukuman." Zura memberi cadangan.
Tak fasal-fasal kerana ingin mempertahankan dirinya, Ainnur ikut terjebak.
Ainnur menggeleng-gelengkan kepala, " Saya tak kisah Kak Zura. Malah saya bersyukur dia berlaku adil dengan tetap menghukum saya." jawabnya dengan senyuman.
Kak Zura mengangguk-angguk tanda faham dengan kata-kata Ainnur. Di dalam hati, dia bersyukur kerana Tuhan kurniakan bakal Permaisuri yang baik dan penyayang.
*****
Dari satu kiosk ke satu kiosk dimasuki mereka, dan di setiap kiosk itu jugalah para penjual melayan mereka dengan baik dan hormat, yelah raja datang kan...
"Dah banyak kedai kita masuk. Takde satu apa pun yang Nur beli. Nur nak beli apa?
"Kan Nur kata, Nur tak nak beli apa-apa. Abang yang paksa Nur beli baju barulah, kasut barulah, barang barulah. Barang-barang Nur masih elok dan boleh dipakai" jelasnya.
Sungguh dia juga letih sebenarnya, berjalan tanpa mengetahui apa yang diingini. Bukan dia tidak mahu, tapi dia tidak suka membazir!
Farhan mengeluh buat kesekian kalinya.
Satu kiosk yang menjual perhiasan wanita dimasukinya.
Tiba-tiba, Nur terpandangkan seorang anak kecil sedang menangis di luar bangunan sendirian. Kakinya laju mendekati kanak-kanak itu tanpa Farhan sedari.
Dia duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak itu dan mula mengusap rambut kanak-kanak perempuan itu.
Kanak-kanak itu mengangkat wajahnya apabila merasakan ada tangan yang menyentuh kepalanya.
Ainnur tersenyum, dikeluarkan sehelai sapu tangan berwarna biru laut daripada kocek seluar denimnya lalu dikesatkan air mata kanak-kanak itu.
Air mata Nani bertambah deras apabila masih ada yang sanggup simpati pada dirinya.
"Kenapa adik menangis sorang-sorang kat sini?" soalnya lembut.
"Na..ni...nani nak ayah..." ujarnya lambat-lambat dan dia menangis lagi.
Ohhh...Nani nama dia..
"Mana ayah Nani?" soalnya lagi ingin tahu. Manalah tahu jika kanak-kanak ini sesat, boleh dibantunya.
"Kawan-kawan Nani kata, Nani ni kotor sebab takde ayah. Bila Nani tanya ibu...mana ayah? Ibu nangis pastu ibu marah Nani" ceritanya dalam sendu.
Ainnur terdiam. Terus dipeluk Nani ke dalam dakapannya.
"Nani nak tahu?.. Nani kuat...orang kuat tak boleh nangis..dia boleh nangis untuk Allah sahaja.." ujarnya lembut, menyalur kekuatan kepada Nani.
Farhan yang baru hendak marah kerana mendapati Ainnur hilang, terus terhenti langkahnya saat terpandangkan Ainnur yang sedang memujuk seseorang. Hatinya tersentuh.
Pelukan dileraikan. Air matanya sudah kering sedikit. Dipandang wajah lembut di hadapannnya itu. Dia tahu siapa ini.
"Nani kuatkan?" soalnya lagi dengan senyuman.
Nani mengangguk laju.
"Nani kena kuat untuk ibu. Nani tak boleh nangis dan buat ibu nangis. Nani kena jaga ibu, Ok?" sambil memberi sapu tangan biru laut itu kepada Nani.
"Nani janji takkan nangis lagi, Nani akan kuat untuk ibu." dikesat air mata yang masih berbaki menggunakan sapu tangan itu.
"Permaisuri..", Ainnur tersentak. Nani tersenyum.
"Nani balik dulu ya..terima kasih!" selepas menghadiahkan satu kucupan di pipi kanannya, dia terus berlari pulang ke rumah.
Ainnur meraba pipinya dan tersenyum.
" Hai orang tu dah dapat hadiah lupa suaminya. Dahlah tinggal kita sorang-sorang..tak minta izin pulak tu." ada nada rajuk di situ.
Ainnur tergamam. Terus di tepuk dahinya. Macam mana aku boleh lupa yang aku ada suami dan tengah jalan ngan dia ni? Aduh...
Perlahan-lahan dia bangkit dan memandang suaminya yang sudah berpeluk tubuh itu.
"Nur minta maaf ya...Nur lupa" ujarnya sambil tersengih.
Farhan menarik muka dan berlalu begitu sahaja. Nak merajuk!
"Abang!" terkocoh-kocoh dia cuba menyaingi suaminya itu.
"Abang.. Nur minta maaflah" pohonnya lagi.
Hailah...dah jadi Raja pun suka merajuk.
Farhan tersenyum sendiri. Sebenarnya takdelah marah sangat. Saja nak merajuk-rajuk manja..uhuk! Nak bagi pengajaran sikit.
Sebenarnya dia sedang gembira dapat melihat peribadi Ainnur yang penyayang itu. Dalam hati dia bersyukur kerana tidak tersalah pilih untuk menjadikan Ainnur isterinya dan juga bakal permaisuri Bayu Nailufar.
****
"Tira dah tak tahan lagi dengan perangai abang! Lepaskan Tira!" jeritnya ditengah-tengah pasar itu.
Orang ramai mula berbisik-bisik mendengar jeritan itu.
Din mula gelisah mendengar jeritan dan permintaan Tira itu.
"Tira ni semua salah faham! Sumpah abang tak pernah buat kerja tu",Din cuba meyakinkan dengan mengangkat tangan kanannya tanda sumpah!
"Abang tipu! Dah banyak kali Tira dengar abang curang!" jeritnya lagi bagai orang hilang akal.
Ainnur yang sedang berjalan bersama Risa, salah seorang dayang di istana yang menemaninya, terhenti langkahnya apabila mendengar bunyi kecoh. Terus tangannya menarik Risa dan melangkah laju menghampiri kawasan yang sudah mula dikerumuni orang untuk melihat apa yang sudah terjadi.
"Kanapa ni?" soal Ainnur sebaik tiba di hadapan Tira dan Din. Mereka terdiam kerana terkejut dengan kehadiran permaisuri itu. Risa pula bertindak menyorok di belakang Ainnur. Ada sesuatu yang ditakutinya.
Saat mata Tira terpandangkan gadis yang sedang menyorok di belakang permaisuri itu, matanya yang memang sedia bulat itu dibulatkan lagi hingga hendak terjojol lagaknya.
"Kau! Permpuan tak guna! Keluar kau!" jeritnya sambil menunding Ainnur, tidak gadis di belakang Ainnur. Hilang sudah hormatnya pada permaisuri saat terpandangkan wajah gadis itu.
Ainnur terpempan. Dirasakan Risa memegang kuat hujung bajunya. Dan dapat dirasakan juga gadis itu menggigil.
Din meraup wajahnya. Mengapa isterinya ini harus mengamuk di khlayak ramai? Malu! Dia malu dengan permaisuri.
"Tira dahlah tu, kan abang kata abang takde apa-apa hubungan dengan perempuan lain. Itu semua fitnah! Itu semua salah sangka" dia cuba berlembut dan ingin meraih tangan isterinya itu.
"Ahhh! Tira tak percaya abang! Kau keluar sini!" tengkingnya dan terus menarik kasar lengan Risa yang berada di belakang Ainnur. Tindakannya juga membuatkan Ainnur hampir terjatuh.
"Kak, saya minta maaf kak. Itu semua salah faham. Abang Din tak salah." Risa sudah mula menangis.
"Jangan panggil dia abang depan aku! Memang dia tak salah! Tapi kau goda dia sampai di mata aku dia juga salah!" tengking dan tengking lagi. Risa menggeleng beberapa kali. Air matanya sudah bercucuran keluar.
Ainnur menjadi geram melihat situasi itu. Dia tidak faham hujung pangkal cerita. Apa yang telah terjadi pada Din dan Risa sehingga membuatkan Tira mengamuk? Ya,dia tahu Din merupakan salah seorang petugas di istana juga, jadi tidak mustahil lah dia bertemu Risa di istana. Tapi apa yang mereka lakukan? Setahunya, Risa seorang gadis yang pemalu dan lemah lembut.
Dileraikan pegangan Tira pada Risa dan menggenggam tangan kedua-dua mereka. Tira di sebelah kirinya manakala Risa di sebelah kananya. Dia memandang wajah mereka silih berganti, wajah amarah dan wajah kekesalan.
"Ceritakan pada saya apa yang berlaku" pintanya.
Diam.
"Risa!" tegas.
Terhincut sedikit bahu gadis itu akibat terkejut.
"Se..be..narnya.." agak terketar. Dia menarik nafas, menenangkan diri agar dapat bercerita dengan lancar.
"Hari tu..saya sedang siram pokok bunga. Saya tak tahu yang abang Din ada kat situ sedang baiki paip. Sumpah! Kalau saya tahu abang Din ada kat taman masa tu saya takkan siram pokok, saya akan tunggu abang Din selesai dan pergi baru saya akan buat kerja saya.." dia terhenti. Malu untuk mengingati peristiwa itu. Air mata kembali bergenang.
Ainnur hairan. Apa masalah kalau siram pokok? Dia tahu Risa takkan mampu menghabiskan ceritanya lalu dipandang Din agar menghabiskan ceritanya.
Lelaki itu turut menarik nafas menenangkan diri sebelum menyambung,
"Waktu Risa hampir pada saya, saya tahu dia tak perasankan saya kerana kedudukan saya diselindungi semak. Saya juga sebenarnya tidak perasankan kehadiran dia. Bila saya bangun secara mengejut...Risa terperanjat dan hampir melanggar saya..dia cuba mengelak..tapi badannya jadi tak seimbang..saya dengan spontan ingin menyambutnya agar dia tak jatuh...tapi..malang tak berbau..kami..kami.." dia juga tidak mampu menghabiskan cerita.
"Jatuh terhimpap? Satu sama lain?" teka Ainnur.
Mereka mengangguk perlahan mengiyakan.
Ainnur memandang Tira yang masih masam mencuka.
"Tengok..kan dia orang tak sengaja."ulasnya.
"Ahh..dia orang tipu je! Mustahil tak nampak abang Din kat situ, kau memang sengaja kan, perempuan!" marahnya lagi.
Risa menggeleng laju menidakkan tuduhan itu.
Ainnur memandang Din. Atas bawah, atas bawah. Kemudian dia tergelak.
Kuat dan makin kuat gelakannya.
Semua yang berada di situ terkebil-kebil melihat kelakuan tiba-tiba permaisuri mereka. Kena sampuk ke apa..hihi..
"Haih.." dia berhenti dan mengeluh sedikit sambil mengesat air mata yang keluar akibat gelak yang dahsyat.
Senyum.
"Kalau ikut logik akallah, Risa ni cantik, comel. Tak mungkin dia sengaja nak berhimpap dengan abang Din. Tengok saja lah abang Din ni.. sudahlah gemuk, hitam, buncit pulak tu" kutuknya selamba.
Wajah Din memerah.
"Tapi dia tetap yang terbaik pada Tira.." ujarnya perlahan tapi Ainnur dapat menangkap kata-kata itu.
"Lagipun kalau betul abang Din nak curang dengan kak Tira. Buat apa dia nak buat kat taman istana, kan lebih baik pergi tempah hotel ke, sewa bilik murah ke. Betul tak?"
Wajah Risa pula yang memerah, permaisuri ni cakap makan ikut suka je.
Orang ramai mula mengangguk mengiyakan kata-kata permaisuri.
Tira terpaku. Memikirkan kebenaran kata-kata permaisuri.
Bahu Tira dipegang.
"Tira..kita ni isteri..sayap kiri suami. Patutnya kita sebagai isteri sentiasa memudahkan suami. Membuat suami senang bukannya menyusahkan suami. Suami..banyak tugas yang dia hendak galas,banyak tanggungjawab yang telah diletak dibahunya lebih-lebih lagi jika kalian mempunyai anak. Kita sebagai isteri jugalah kena sentiasa percaya pada suami kita..jaga rahsia rumah tangga.Jikalau ada masalah,selesaikan sama-sama dengan bijak dengan merujuk pada Tuhan.. bukannya mendedahkannya di khalayak ramai. Kamu sanggup ke menggegarkan tiang arasy hanya kerana salah faham yang terlalu kecil ini? Kamu sanggup menghabiskan sisa waktu dengan gelaran yang paling ditakuti para wanita? Kamu sanggup biarkan anak-anak kamu hilang kasih seorang bapa?"
Ainnur mula memain kata..memain peranan seorang permaisuri.
Sekali lagi Tira terkelu. Kata-kata itu menusuk ke kalbunya.
Ainnur menarik Tira menghampiri Din. Dihulur tangan Tira agar disambut Din. Tanpa menunggu lama tangan mereka sudah berpaut.
"Jaga ikatan suci ini sampai ke syurga." nasihatnya lagi dengan senyuman.
Tira terus mendakap tubuh suaminya. Dia melepaskan tangisan kekesalan.
"Maafkan Tira abang. Tira janji takkan buat perangai macam ni lagi. Tira sayang abng." ucapnya shahdu.
Mereka yang menyaksikan adegan ini turut berasa terharu. Malah ada yang sudah menitis air mata! Terbit rasa kagum pada diri mereka dengan kata-kata permaisuri yang juga memberi kesan pada mereka.
"Abang pun minta maaf pada Tira. Abang janji abang akan lebih berhati-hati selepas ini.
Pelukan dileraikan. Masing-masing memandang Ainnur.
"Terima kasih tuanku..", tubuhnya juga didakap. Ainnur mengusap lembut belakang Tira.
Sekali lagi dia tersenyum. Terima kasih ya Allah.
Ya Allah..kekalkan kebahagiaan bahtera rumah tangga mereka..
****
Ainnur duduk di bangku di dalam taman itu sambil merenung bunga-bunga teratai yang tumbuh cantik itu sambil mengusap-ngusap perutnya.
Patutlah negeri ini diberi nama dengan nama Bayu Nailufar yang bermaksud 'angin teratai', kerana di negeri ini kaya dengan bunga teratai.
Sudah 5 tahun dia menghabiskan masanya dengan menggalas tugas sebagai permaisuri. Telah bermacam-macam dia lalui, pahit manis kehidupan sebagai seorang permaisuri. Tetapi sepanjang 5 tahun itulah dia masih belum dikurniakan walau seorang cahaya mata. Itu membuatkan hidupnya sentiasa tidak lengkap walaupun dia punya segalanya.
Tapi semalam dia menerima khabar gembira. Dia sudah mengandung 2 bulan! Patutlah dia asyik tidak sedap badan kebelakangan ini. Rupanya ada nyawa yang sedang tumbuh di dalam rahimnya. Tidak sabar rasanya mahu memberitahu suami tercinta. Penantian selama 5 tahun bakal berakhir.
"Apa yang permaisuri kita buat duduk sorang-sorang di sini?" Tengku Fateha menegur dan turut melabuhkan punggung di sisi Ainnur.
Terus Ainnur menyalami ibu mertuanya itu.
"Ain sihat?"
"Sihat bonda, Alhamdulillah" jawabnya dengan senyuman walaupun bibir agak pucat.
"Ain kena jaga kesihatan. Bonda lihat jarang Ain berehat. Nak jumpa Ain pun susah. Apatah lagi nak duduk bersembang. Hari ni ajelah mungkin rezeki bonda." ada nada rajuk sikit pada kata-kata Tengku Fateha.
Ainnur tersenyum. Dia melentokkan kepalanya pada bahu Tengku Fateha. Betul kata bonda.sudah lama dia tidak duduk bersama dan bermanja seperti ini.
"Ain minta maaf bonda" ucapnya sayu.
"Tak mengapa. Bonda faham" jawab Tengku Fateha sambil membelai kepala Ainnur yang bertudung itu.
"Farhan tak pulang lagi?" soal Tengku Fateha.
"Belum bonda, sudah seminggu dia keluar. Pusing seluruh Bayu Nailufar lihat keadaan rakyat." jelas Ainnur.
Tengku Fateha hanya menganguk-anggukkan kepalanya mendengar penjelasan Ainnur.
"Ain..."
"Hmm.."
"Mungkin Ain lupa. Bonda, ayahanda dan nenda akan berangkat sebentar lagi"
Terus Ainnur menegakkan kepalanya apbila mendengar kata-kata Tengku Fateha dan dia menepuk dahinya. 'Macam manalah aku boleh lupa bonda nak berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah hari ni?'
"Maaf bonda, Ain betul-betul lupa. Bonda tak nak tunggu abang Farhan dulu ke?"
"Alaa..takpelah. Dia pun sudah tahu kami dah nak berangkat. Lagipun flight hari ni. Kalau tunggu dia nanti kena tangguhkan pulak tiket. Membazir." terang Tengku Fateha dan terus berdiri diikuti Ainnur.
Nenda dan ayahanda sudahpun menunggu di halaman istana bersama bagasi masing-masing.
Ainnur tersenyum memandang mereka. Dia menyalami ayahanda dan bonda mertuanya.
Nenda Tengku Farah terus memeluk Ainnur,lama..
"Ingat pesan nenda ni.. jaga kandungan dan diri kamu baik-baik" pesan nenda mendalam sebelum bertolak.
"Insyaallah nenda." jawab Ainnur.
Ainnur melambaikan tangan saat kereta hendak bergerak. Dia memerhatikan kereta itu hingga hilang di pandangan.
Dan dia masuk ke dalam istana bersama beberapa dayang dan pengawal yang mengiringnya tadi.
****
"Tuanku, raja Farhan sudah pulang. Tapi dia kelihatan marah. Dia sedang bersiap-siap untuk berperang" lapor Syakir, pengawal peribadinya.
Ainnur terus meletakkan segala alat kaitnya dan bergegas keluar dari bilik rehat itu.
"Dia di mana?" soal Ainnur sambil melangkah laju.
"Di bilik perbincangan" jawab Syakir turut menyaingi kelajuan Ainnur.
****
"Abang..."
Semua yang berada di dalam bilik perbincangan itu memandang ke arah Ainnur yang muncul secara tiba-tiba bersama Syakir.
Ainnur dapat melihat semua menteri berada di dalam bilik itu.
Sepertinya ada sesuatu yang besar sudah terjadi. Tapi mengapa dia tidak tahu?
Ainnur terus mendapatkan Farhan dan menyalami suaminya itu.
Sakinah yang turut berada di dalam itu memandang dengan hati yang bengkak.
"Apa yang terjadi?" soal Ainnur lembut.
Farhan yang tadinya marah-marah menjadi tenang sedikit apabila melihatkan wajah Ainnur.
Dia menarik nafas panjang dan melabuhkan punggung pada kerusi yang disediakan. Sedari tadi dia hanya berdiri dan melepaskan marahnya.
Ainnur setia menunggu bicara Farhan.
"Dam, tolong beritahu permaisuri Ainnur apa yang terjadi" pinta Farhan dengan nada yang lemah.
Miqdam merupakan penolong kanan yang sangat dipercayai oleh Farhan.
"Baik tuanku" jawabnya sambil mula berdiri.
"Begini, sepanjang pemantaun kami di seluruh Bayu Nailufar, kedai-kedai kain di seluruh tempat kita telah diserang dan dimusnahkan" jelas Miqdam.
"Siapa yang menyerang?" soal Ainnur.
"Kerajaan Laiyyinah" jawab Farhan.
"Kerajaan Laiyyinah?? Kerajaan Raja Zikri?" soal Ainnur terkejut.
Semua yang berada di dalam bilik perbincangan itu hanya menganggukkan kepala mengiyakan soalan permaisuri mereka.
"Tapi bukankah Raja Zikri dikenali dengan sikap lembut dan baik hatinya? Mengapa pula mereka mnyerang kita?"
"Kanda ni bnyak soal pulak! Kita dah tak de masa! Kita harus menyerang mereka segera sebelum mereka menyerang lagi kedai-kedai kain kita! Sudah terang lagi nyata Raja Zikri mahu mengambil alih semua memandangkan Bayu Nailufar terkenal dengan negeri kain." sampuk Sakinah.
Farhan memberikan renungan maut kepada Sakinah kerana meninggikan suara kepada Ainnur, permaisuri Bayu Nailufar.
Manakala Ainnur pulak tidak ambil pusing dengan kata-kata Sakinah kerana sudah lali.
Dia mahu mengetahuinya dari Farhan.
"Abang pun tidak pasti kenapa mereka menyerang kita."
"Abang boleh Nur beri pendapat?" Ainnur meminta izin.
Farhan hanya mengangguk membenarkan.
"Nur tidak rasa Raja Zikri menyerang kita kerana mahu mengambil alih kedai-kedai kain kita. Bukankah Kerajaan Laiyyinah dikenali juga dengan negeri Sutera? Malah kerajaan mereka lebih kaya dari kita. Lagipun Nur tidak rasa Raja Zikri menyerang kita tanpa sebab. Pasti telah terjadi salah faham. Lagi satu, kerajaan Laiyyinah juga merupakan penganut agama Islam sama seperti kita. Takkanlah kita mahu memerangi sesama saudara."
Sekali lagi semua yang berada di dalam bilik itu mengangguk-anggukan kepala mendengar kata-kata Ainnur.
"Jadi apa yang perlu kita buat?" soal Farhan. Sungguh dia bingung bagaimana mahu menyelesaikan masalah ini.
Ainnur tersenyum mendengar soalan Farhan.
Sakinah, makin bertambah dendamnya pada Ainnur.
"Nur mencadangkan abang bawa bersama beberapa orang, pergi berjumpa dengan Raja Zikri bagi mengetahui hal sebenar dan selesaikan masalah ini dengan pendamaian tanpa perlu berlaku pertumpahan darah."
"Apa pendapat menteri semua?" Farhan meminta pendapat semua sebelum memutuskan keputusan.
"Patik setuju dengan cadangan permaisuri" ujar salah seorang dari mereka.
"Cadangan permaisuri cukup bijak dan bernas. Patik setuju" jawab yang lainnya pulak.
"Patik juga setuju tuanku" ucap Miqdam pula.
"Baiklah jika semua sudah setuju. Beta akan pergi ke kerajaan Laiyyinah bersama Miqdam dan Luthfi. Beta rasa tidak perlu ramai2. Yang lain boleh teruskan dengan tugas masing-masing." perintah Farhan.
"Menjunjung titah tuanku!" jawab mereka semua serentak.
***
"Tuanku, Raja Farhan bersama 2 orang pengiringnya datang menghadap" lapor salah seorang pengawal Raja Zikri.
Raja Zikri mengerutkan dahi mendengar laporan itu. Ada apa raja muda itu datang menghadap.
"Persilakan mereka masuk" perintah Raja Zikri.
Farhan masuk bersama Miqdam dan Luthfi lalu mereka terus duduk bertinggung menyembah hormat Raja Zikri.
"Oh..tidak usah.. bangun2" arah Raja Zikri.
"Apa tujuan raja muda yang bijaksana ini datang menghadap?" soal Raja Zikri dengan lembut.
"Izinkan patik tuanku." Farhan meminta izin.
Raja Zikri hanya mengangguk.
"Kami datang mahu bertanyakan dan menyelesaikan satu hal" ucap Farhan.
"Apakah hal itu? Sehingga membuatkan kalian ke mari? Pasti hal yang merunsingkan."
Mereka berpandangan mendengar soalan Raja Zikri. Mengapa raja itu seperti tidak tahu apa yang telah terjadi?
"Begini, boleh kami tahu mengapa Kerajaan Laiyyinah menyerang seluruh kedai kain yang berada di Kerajaan Bayu Nailufar?" soal Farhan.
Soalan Farhan mengundang wajah terkejut Raja Zikri. Kerajaan Laiyyinah menyerang Kerajaan Bayu Nailufar?
Tiba-tiba Raja Zikri teringat sesuatu,
"Pengawal tolong panggilkan Dato' Nasrul." perintah Raja Zikri kepada pengawal yang berada di situ.
****
"Patik datang menghadap tuanku, ada apa-apa yang boleh patik bantu?" ucap Dato' Nasrul.
Raja Zikri turun dari singgahsana dan menghampiri Dato' Nasrul.
"Kita telah didatangi tetamu dari Kerajaan Bayu Nailufar.." ujar Raja Zikri sambil menunjuk ke arah mereka bertiga.
"Boleh beta tahu, apa yang telah Dato' lakukan pada Bayu Nailufar?" soalan Raja Zikri betul-betul membuatkan Dato' Nasrul tersentak.
Farhan dan orang-orangnya pula bingung mendengar perbualan mereka.
Jadi Raja Zikri tiada kena mengena dengan penyerangan itu. Fikirnya Raja Zikri yang memerintahkannya. Rupanya sangkaannya meleset sama sekali.
Mujur Ainnur telah menasihatinya, jika tidak sudah tentu diserangnya Kerajaan Laiyyinah ini.
Dato' Nasrul terus berlutut memohon ampun,
"Ampunkan patik tuanku, ampun. Tapi sampai sekarang patik masih belum menemukan mereka" ujar Dato' Nasrul.
"Bukankah Beta suruh Dato' siasat perkara ini dengan baik, jangan gunakan kekerasan" nasihat Raja Zikri.
"Ampun tuanku, tapi boleh patik tahu apa yang sedang di siasat tuanku pada negeri patik?" tanya Farhan mencelah.
Raja Zikri memandang Farhan dan kemudian memandang Dato' Nasrul yang telah pun berkerut.
"Maaf jika patik bertanya, tapi bukankah Raja Farhan telah menculik semua gadis yang berada di kerajaan Laiyyinah?" soal Dato' Nasrul.
"Raja kami tidak pernah menculik siapa-siapa. Lebih-lebih lagi gadis-gadis Laiyyinah" tukas Luthfi.
Raja Zikri mengurut-ngurut dagunya memikirkan hal itu.
"Hairan. Anak-anak dara di negeri kami semuanya hilang, dan kami mendapat laporan bahawa raja Bayu Nailufar yang telah menculik mereka. Oleh itu beta menghantar Dato' Nasrul menyiasat perkara ini, tidak sangka pula dia menyerang Bayu Nailufar" ujar Raja Zikri panjang lebar.
Dato' Nasrul hanya tertunduk mendengar kata-kata Raja Zikri, mengakui kesilapannya.
"Termasuk hari ini, sudah 3 minggu mereka tidak ditemui. Salah seorang dari mereka adalah anak patik. Patik hilang sabar lalu memusnahkan seluruh kedai kain yang berda di Bayu Nailufar. Ampunkan patik kerana telah menyalah gunakan kuasa yang diberi. Ampunkan patik juga, tuanku Raja Farhan" ucap Dato' Nasrul sayu.
Dia menjadi marah kerana satu-satunya anak dia turut menjadi mangsa.
"Tidak apalah beta tidak marah. Beta faham perasaan kamu." ujar Raja Zikri.
"Beta pun tidak marah. Tuanku bolehkah tuanku izinkan kami menyisat perkara ini? Oleh kerana ianya turut melibatkan Bayu Nailufar. Kami harap tuanku sudi memberi kami tempoh untuk menyiast hal ini."
pinta Farhan.
"Baiklah beta izinkan. Beta akan beri kalian masa 5 hari untuk menyiasat hal ini." jawab Raja Zikri.
"Terima kasih tuanku. Luthfi arahkan semua pengawal memeriksa seluruh penjara yang terletak di Bayu Nailufar. Miqdam kamu bersama menteri-menteri yanga lain periksa setiap rumah dan bangunan di Bayu Nailufar. Minta bantuan beberapa orang pengawal. Kita sudah tidak punya masa" Farhan terus memberi arahan ketika itu juga.
"Menjunjung titah tuanku" sahut Luthfi dan Miqdam serentak.
****
"Patik sudah memeriksa seluruh penjara yang berada di Bayu Nailufar tapi tiada apa-apa. Yang berada di dalam itu hanya pesalah-pesalah bukan gadis-gadis dari Kerajaan Laiyyinah" Luthfi memberi laporan.
"Patik juga sudah menyiasat seluruh rumah dan bangunan. Tapi tidak menemukan hasil." lapor Miqdam juga.
"Hairan...Luthfi kamu pasti sudah siasat semua penjara termasuk penjara Ahdhor?" soal Farhan.
Luhfi tersentak.
"Ampun tuanku, patik belum menyiasatnya. Hanya tinggal penjara Ahdhor." ujar Luthfi dengan serba salah.
"Lekas siasat. Kita sudah tidak punya waktu. Hari ini sudah masuk hari ke-4. Selagi kes ini tidak selesai beta tidak akan pulang ke Bayu Nailufar!" titah Farhan.
****
Seorang gadis melangkah dengan perlahan di dalam lorong penjara lama itu sambil sebelah tangannya memegang obor.
Langkahnya terhenti. Mata memandang ke arah sel yang dipenuhi dengan gadis. Api yang berada di obornya dimatikan.
Dia tersenyum sinis sebelum....
"huh..huh..huh" dia tersungkur di hadapan sel itu dan bernafas deras. Tangan memaut tiang pagar sel itu.
"Cik, cik, apa yang terjadi?" gadis-gadis itu berkerumun di pintu pagar mendapatkan gadis yang tersungkur itu.
"Saya sudah tahu angkara siapa yang menculik kalian."
Ujar gadis itu dengan nafas tercungap-cungap.
"Siapa?" soal mereka tidak sabar.
Gadis itu memandang ke kiri dan kanan matanya meliar memastikan tiada pengawal mengawasinya.
Kemudian dengan nada berbisik dia menjawab,"Permaisuri Ainnur"
Mereka terkejut mendengar nama itu.
"Tak mungkin! Permaisuri Ainnur dikenali dengan sifat baik hatinya." pangkah salah seorang dari mereka.
"Pada mulanya saya juga tidak percaya tapi inilah hakikatnya. Dia menculik kalian kerana dia bimbang raja Farhan berkahwin lagi. Bukankah sudah 5 tahun mereka bersama tapi masih tidak dikurniakan cahaya mata? Dia cemburu apabila mengetahui bahawa Kerajaan Laiyyinah mempunyai ramai gadis cantik." kata gadis itu lagi.
"Iye tak ye jugakan" mereka mula percaya dengan kata-kata gadis itu.
Gadis itu tersenyum di dalam hati.
Seorang gadis berselendang sutera yang berwarna 'pink' bersulamkan emas hanya mendengar perbualan mereka sejak tadi. Dia duduk di sudut sel sambil memandang tajam ke arah gadis pemberi maklumat.
Timbul keraguan di hati gadis itu apabila mendengarkan maklumat yang di sampaikan.
"Maaf saya tak dapat nak bebaskan kalian kerana saya takut akan dihukum permaisuri. Tapi kalian jangan bimbang kerana Raja Farhan sedang menyiasat hal ini. Tak lama lagi kalian pasti dapat bebas. Saya kena pegi dulu, bimbang pengawal akan perasan kehadiran saya.." dan dia terus berlalu pergi sambil memakaikan hood kembali ke kepalanya. Hatinya puas setelah memberi maklumat itu.
*****
"Tak lama lagi Raja Farhan pasti akan sampai di sini. Katakan padanya ini arahan Permaisuri Ainnur." perintah gadis itu sambil memberikan sekantung emas pada setiap dua orang pengawal itu dan terus berlalu pergi.
Dua orang pengawal itu berpandangan sama sendiri dan memandang kantung emas itu.
Terbit rasa serba salah tapi mereka memerlukan wang itu.
****
' Selamatkan raja Farhan di penjara Ahdhor. Sorokkan identiti permaisuri.. '
Ainnur berkerut saat membaca sekeping nota yang berada dia atas meja soleknya. Hatinya diserang resah.
Terus dia bergegas ka almari bajunya dan mengambil sehelai baju blous berwarna hitam di padankan dengan skirt labuh yang juga berwarna hitam. Dia mengenakan hijab dan niqab yang juga berwarna hitam dan bergegas keluar. Nota itu masih digenggam erat.
****
"Permaisuri!"
Terhenti langkahnya apabila mendengar panggilan itu.
Syakir menghampiri Ainnur dan melihat Ainnur dari atas hingga bawah.
"Saya bukan permaisuri!" sangkal Ainnur.
"Saya kenal tuanku. Tuanku tak boleh tipu saya" ujar Syakir sambil tersengih.
Ainnur mengeluh. Dia mahu cepat! Dia ingin memulakan langkah tapi di halang Syakir.
"Tuanku mahu ke mana dengan pakaian sebegini? Biar saya teman" pelawa Syakir.
"Tak usah!"
"Bolehlahh.."
"Tak boleh!"
"Bolehlahhhh..."rengek Syakir sambil membuat muka kesian.
Di antara semua pengawal di dalam istana ni Syakir yang paling berani berkata sedemikian kepada Raja dan permaisuri. Mungkin kerana dia merupakan pengawal paling muda di istana ini dan dia juga sebenarnya merupakan adik susuan Ainnur. Kerana itulah dia dilantik menjadi pengawal peribadi Ainnur. Muhrim!
"Yelah2.. tapi dengan syarat jangan panggil tuanku! Panggil kak Ain je. Faham?" akhirnya Ainnur mengalah.
"Aip Aip kapten!" sahut Syakir sambil membuat tabik hormat.
"Tapi kita nak ke mana?" soal Syakir sambil mula berjalan beriringan dengan Ainnur.
"Penjara Ahdhor" jawapan ringkas Ainnur membuatkan langkah Syakir terhenti.
"Kenapa?" soal Ainnur pelik.
"Penjara Ahdhor? Ada apa kak Ain nak ke sana? Kak Ain tahu penjara tu kat mane?" soal Syakir bertubi-tubi sambil memegang kedua-dua bahu Ainnur dan menggoncang-goncang tubuh kecil itu.
Ainnur terkebil-kebil diperlakukan sedemikian rupa. Dengan perlahan-lahan dia menggeleng.
Syakir membuntangkan matanya, "Kak Ain tak tahu?!" cengkaman pada bahu Ainnur semakin kuat.
Dengan kasar Ainnur menepis tangan Syakir dan merenungnya tajam, " Sakitlah! Boleh tak kita cepat? Kalau Syakir tak nak ikut. Tak pe, kak Ain cari sendiri!" marah Ainnur.
Syakir tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal mengakui silapnya.
"Tapi..penjara Ahdhor terletak di dalam hutan Zamrud. Tak semua orang tahu di mana terletaknya ia. Malah pengawal pun tak semua yang tahu. Hanya mereka yang berada lama di istana je yang tahu." beritahu Syakir.
Kali ni Ainnur pula yang membuntangkan mata. Hutan Zamrud? Hutan itu merupakan hutan yang paling tebal yang berada di dalam Bayu Nailufar.
Macam mana ni..dia resah sendiri dan berjalan mundar mandir.
"Kak Ain.. kenapa kak Ain nak ke sana?"
Ainnur berhenti dan menghulurkan nota yang dia dapat tadi.
Syakir lagi sekali terbeliak dan dia terus menarik tangan Ainnur.
"Eh, nak Kemana ni?!" jerit Ainnur sambil berlari mengikut langkah Syakr.
"Selamatkan Raja Farhanlah! Kenapa kak Ain tak kabo awal-awal?"
"Syakir tahu ke kat mane?"
"Tahu!"
"Macam mana Syakir tahu?"
Syakir diam tidak membalas dan tetap teruskan larian. Jika raja dalam bahaya dia harus cepat. Bukankah tugas seorang pengawal itu memastikan keselamatan tuannya?
****
Syakir dan Ainnur merenung tembok yng tinggi yang sudah usang itu. Malah daun-daun pun tumbuh meliar pada tembok itu menutupi bangunan itu.
Syakir membuka pintu pagar yang sudahpun berkarat dan bengkang-bengkok itu.
Angin meniup sepoi-sepoi bahasa ke wajah mereka saat pintu pagar terbuka membuatkan bulu tengkuk masing-masing berdiri tegak.
"Kak Ain pasti Raja Farhan ada kat dalam?" soal Syakir ragu-ragu. Dia menggosok tengkuknya dan mata meliar memerhatikan seluruh kawasan penjara lama yang sudahpun 20 tahun tidak digunakan itu.
"Kak Ain tak pasti. Jom!" dan Ain terus melangkah masuk ke dalam bangunan usang 2 tingkat itu. Ainnur seorang gadis yang berani jadi dia tidak ada perasaan takut pun saat melihat bangunan usang itu, di fikirannya hanyalah untuk menyelamatkan suaminya.
"Eh?!" Syakir mengejar Ainnur.
"Tak de lampu ke?" soal Ainnur sambil meraba-raba dinding cuba mencari suis. Bagaimana mahu berjalan dengan lorong yang gelap dan menakutkan ini?
Tiba-tiba Syakir datang membawa bersama 2 biji obor dengan senyuman.
"Ni penjara lamalah, mana pakai lampu. Nah!" sambil menghulurkan satu biji obor ke arah Ainnur. Kemudian dia menyalakan setiap yang berada di lorong itu. Tapi dia merasa sedikit hairan kerana sepertinya obor-obor itu baru dipadamkan apinya.
"Syakir cari di bahagian sana dan kak Ain di sana" arah Ainnur dan mereka mula berpecah.
"Abang!!"
"Tuanku!!"
Mereka mencari di dalam setiap sel sambil menjerit-jerit memanggil Farhan.
Syakir termenung seketika di hadapan sebuah sel. Dia menilik kunci mangganya. Masih baru! Mangga itu berlainan dengan mangga-mangga yang lain yang sudahpun rosak dan berkarat.
Dia melangkah masuk ke dalam sel itu. Ada bau! Dia cuba hayati bau itu sambil mata terpejam.
Matanya terbuka luas. Bau perempuan! Sepertinya sesiapa pun ia, tapi ianya baru keluar dari sel ini.
Kalau Raja Farhan pernah duduk di dalam sel ini, tapi kenapa baunya seperti bau perempuan? Adakah Raja Farhan ditangkap bersama perempuan?
Pelbagai persoalan timbul di benak Syakir. Tiba-tiba dia perasankan sesuatu berada di sudut sel itu.
Dia mengambil 'benda' itu.
Selendang sutera berwarna pink. Bersulamkan emas! Cantiknya.. dia menilik selendang itu. Dia berkerut..sutera..
Hatinya tiba-tiba terasa tidak enak. Dia menyimpan selendang itu di dalam beg sandang tepi yang dibawanya kemudian terus keluar mendapatkan Ainnur.
Dia berkerut saat melihat Ainnur terduduk dangan tangan kiri memegang perut dan tangan kanan memaut pagar sel.
"Kak Ain kenapa ni?" soalnya cemas.
Ainnur memandang Syakir, dan tersenyum hambar. Bibirnya pucat.
Syakir terus merasa perut Ainnur dan tersentak.
"Kak Ain mengandung?" Ainnur terkejut. Memang dia belum memberitahu sesiapa perihal kandungannya. Yang hanya tahu ialah nenda, bonda dan Zura.
"Macam mana Syakir tahu?"
"Tu tak penting, sekarang yang penting kita kena balik . Hari nak masuk senja. Takkanlah kita nak redah hutan bila dah gelap dengan keadaan kak Ain yang macam ni?" ujar Syakir sambil membantu Ainnur berdiri.
"Tapi..abang Far.."
"Esok pagi saya akan datang sini semula sekarang ni kita balik" pintas Syakir.
Ainnur akhirnya hanya menurut.
****
Ainnur turun dari mini coopernya, dia berkerut. Pandangan dialihkan ke arah Syakir yang baru sahaja turun dari tempat pemandu. Dan dia kembali memandang limosin itu.
Ainnur terus menilik limosin yang berada di perkarangan istana itu. Dia melihat belakang kereta untuk melihat no platnya.
Sah! Ini kereta abang Farhan guna ke Kerajaan Laiyyinah!
Dan dia terus meluru masuk. Dia mahu tahu apa yang telah terjadi sebenarnya. Adakah sesuatu yang buruk telah menimpa suaminya?
Syakir yang terkejut dengan tindakan Ainnur turut meluru masuk.
****
Ainnur terus berlari saat melihat Farhan yang sedang duduk di atas singgahsana.
"Nur ke mana?" tegang, dingin..
Serta merta lariannya terhenti apabila mendengar suara Farhan yang tegang itu.
Baru dia perasan. Semua menteri, pengawal dan juga dayang berada di situ!
Syakir yang baru masuk melangkah perlahan-lahan mendekati Ainnur sambil memandang pelik, mengapa mereka berkumpul?
"Kalian berdua ke mana?!!" tengkingan Farhan cukup menyentakkan hati semua yang berada di situ terutama sekali Ainnur dan Syakir.
"Ampun tuanku, boleh patik tahu apa yang telah terjadi?" soal Syakir lembut sambil duduk bertinggung dan mengangkat ke dua-dua tangannya.
"Beta tanya kalian ke mana!" marah Farhan lagi sambil menggenggam penumbuk dan menumbuk 'tangan' kerusi.
Syakir memandang Ainnur tapi Ainnur hanya membeku.
Akhirnya dia terpaksa menjawab bagi pihak Ainnur kerana nampaknya seperti kakak susuannya itu tidak mampu berkata-kata.
"Kami ke hutan Zamrud tuanku" jawab Syakir tenang dalam debaran.
Farhan terus berdiri dan,
"Pengkhianat! Pemusnah negara! Pemecah belah! Ada apa kalian ke sana?!"
Ainnur dan Syakir terpana. Tidak pernah sesiapapun pernah melihat Farhan marah hingga sebegitu rupa.
Baru sahaja Syakir hendak bersuara tetapi Ainnur terlebih dahulu telah bersuara.
"Ohh..siapa yang masuk ke dalam hutan Zamrud di gelar pengkhianat ye.."
Sinis...
"Apa yang kalian buat di sana?!"
"Jadi pencari kayu api tu di gelar pengkhianat ya?"
Bergenang...
"Apa yang kalian buat di sana?!!"
"Pencari herba digelar pemusnah negara ya?"
Tahan...
"Nur!!"
"Jadi jika ada anak yang sesat di dalam hutan pula pemecah belah ya?"
"Ainnur bnti Mohd Ali!!!!!" jerit Farhan, tubuhnya menggigil.
Mengalir...
"Tuaku apa yang sebenarnya terjadi?" soal Syakir inginkan kepastian.
"Kau diam!! Kau bersengkongkol dengan dia pun kau buat-buat tak tahu. Eh, syaitan bertopengkan manusia! Aku dah tahu ni semua kau punya angkara. Orng yang kau paksa buat kerja kotor tu dah mengaku" tengking Farhan kasar sambil menunjuk ke arah dua orang pengawal.
Syakir dan Ainnur memandang ke arah dua pengawal yang dimaksudkan Farhan. Dua orang pengawal itu hanya tunduk menekur lantai. Syakir dapat merasakan ada sesuatu ynag tak kena telah terjadi. Tapi apakah dia?
Ainnur tersenyum sinis,
"Ohh..patik lupa pulak patik ada buat kerja 'kotor' ya.. tapi patik lakukan seorang diri.. Syakir langsung tiada kena mengena dengan hal ini... pengawal bawa saya ke tempat hukuman sekarang.." ujar Ainnur dengan nada tertahan-tahan.
Dia menyerahkan tangannya kepada setiap pengawal bertujuan menyuruh mereka menggari tangannya. Tapi tiada seorang pun yang sanggup menggari tangan itu. Tangan yang sudah banyak berjasa.
Mereka lebih-lebih lagi tidak sanggup apabila melihat air mata membasahi wajah itu.
Syakir berusaha menghalang perbuatan Ainnur yang baginya tidak patut. Tapi Ainnur tidak mengendahkan halangan Syakir malah dia terus memaksa pengawal menggari tangannya.
Farhan hanya diam. Jiwanya kacau.
Akhirnya dengan hati yang berat Luthfi menggari tangan itu dan membawanya keluar.
Para dayang mula menagis dan berpelukan sesama sendiri malah ada yang terduduk. Mereka tahu hukuman bagi seorang pengkhianat di negeri itu adalah hukuman yang paling berat. Hukuman bertambah berat apabila si pengkhianat itu merupakan seorang permaisuri.
Syakir mula mengamuk.
"Apa tuanku dah buat ni?! Apa salah permaisuri Ainnur? Apa salah dia!???!!" jerit Syakir. Dia meronta di dalam genggaman 2 orang pengawal.
"Bawa dia ke penjara bawah tanah" titah Raja Farhan.
"Tuanku kejam!! Tuanku zalim!!" jerit Syakir lagi sambil diseret keluar istana.
****
Ainnur diikat di sebatang kayu di atas bukit Teratai dikala malam sudah pun melabuhkan tirai.
Gong diketuk membangunkan orang ramai. Masing-masing keluar daripada rumah dengan mata terpisat-pisat.
Orang ramai mula kehairanan.
Mengapa permaisuri di ikat di atas bukit teratai?
Bukankah itu itu tempat hukuman bagi seorang pengkhianat?
Permaisuri pengkhianat??
Hakim Aiman berdiri di atas bukit Teratai berhampiran dengan Ainnur. Dia mengeluarkan segulung kertas. Dia memandang Ainnur dan membuat isyarat meminta izin untuk membacakannya.
Ainnur hanya mengangguk perlahan memberi keizinan.
Hakim Aiman membuka gulungan kertas itu dan dengan lafaz Bismillah dia mengumumkan.
' Bismillahhirrahmannirrahim
Dengan ini Permaisuri Ainnur, permaisuri Kerajaan Bayu Nailufar akan di hukum sebat 3 kali sehari di hadapan orang ramai dan akan dihukum mati dengan 7 peluru serentak setelah cukup 40 sebatan. Beliau di hukum kerana kesalahan beliau yang dianggap pengkhianat dan pemecah belah. Beliau telah memerintahkan seluruh gadis2 Laiyyinah di culik dan mereka telah dikurung selama 3 minggu. Perkara ini terjadi adalah semata-mata hanaya kerana sifat cemburu yang timbul di hati.
Disebabkan tindakan beliau itu, hampir tercetusnya peperangan diantara Kerajaan Bayu Nailufar dan Kerajaan Laiyyinah.
Dengan ini hukuman bermula jam 8 pagi pada keesokan harinya dan akan berakhir pada Jam 8 pagi selepas 2 minggu..
Titah tuanku dijunjung..'
Hakim Aiman melepas nafas berat setelah selesai mmbacakan watikah itu.
Ramai yang terduduk saat mendengar pengumuman itu, tidak kurang juga ada yang menangis. Mereka seperti tidak dapat menerima hukuman yang dijatuhkan terhadap permaisuri mereka.
Ainnur tertunduk memendam rasa. Tanpa mengetahui apa-apa tentang kesalahannya, dia dihukum. Kalau ini adalh ujian untuk dirinya. Dia redho.
Farhan hanya mendengar dan memerhatikan dari jauh. Di sisinya ada bersama Tengku Fahim dan Sakinah. Miqdam juga turut bersama.
"Tulah kanda, sudah dinda nasihat dari awal yang Ainnur itu tidak baik. Tapi kanda tidak mahu mendengarnya, lihat sekarang siapa yang merana?" ujar Sakinah.
Farhan hanya diam dan terus berlalu pergi bersama Miqdam. Malas dia mahu melayan kata-kata Sakinah. Bukannya membantu malah menambahkan lagi kekusutan.
Sakinah merengus kasar. Dia memandang ayahnya.
Tengku Fahim hanya mengangkat bahu dan turut berlalu pergi.
"Ayah!" jerit Sakinah. Tapi sia-sia.
Hish! Mata memandang Ainnur.
Padan muka! Lidah dijelir dan turut berlalu pulang.
****
"Woi! Bukalah pintu ni!!! Aku nak jumpa tuan Luthfi!! Korang faham tak?!! Permaisuri Ainnur tak bersalah! Woi korang dengar tak?!" jerit Syakir sambil menggoyang-goyangkan pintu sel itu. Sudah banyak kali dia menjerit tapi tetap tidak dihiraukan oleh mereka berdua yang menjaganya.
"Woi Asim! Bukalah pintu ni! Kau tak ingat ke jasa permaisuri kat kau. Kalau bukan kerana dia mak kau dah lama mati!!" jerit Syakir lagi.
Asim hanya mengetap bibir. Apakan daya? dia tak mampu dan takut untuk mengkhianati Raja mereka.
"Akol!! Kau pun dah lupa ke jasa permaisuri kat kau? Kalau bukan kerana dia kau tak dapat kerja kat sini!" sudah bertan-tan air liur dia keluar. Tapi mereka tetap dengan pendirian mereka.
Luthfi masuk dan membuat isyarat kepada dua orang pengawal itu supaya keluar. Mereka hanya menurut.
Luthfi menghampiri sel yang diduduki Syakir. Syakir sudah pun tertunduk sambil menunduk dengan tangan masih memaut tiang sel itu. Seperti orang pasrah lagaknya..
"Syakir.."
"Tuan Luthfi!" Syakir terus berdiri tegak menghadap Luthfi.
"Permaisuri tak bersalah! Permaisuri tak bersalah tuan! Dia diperangkap." ucap Syakir bersungguh-sungguh.
Luthfi hanya menganguk-angguk.
"Saya tahu. Tapi kita takde bukti. Sebab itu saya jumpa untuk tahu apa yang terjadi sebenarnya."
Syakir terus kalut mengeluarkan sesuatu dari koceknya dan terus menyerahkan nota kecil itu kepada Luthfi.
Luthfi berkerut saat membaca nota itu.
"Baiklah.Saya simpan nota ni sebagai salah satu bukti. Tapi bukti ni masih terlalu kecil, tak cukup kukuh. Saya akan cuba cari lagi." ujarnya sambil menyimpan nota itu.
"Terima kasih tuan.terima kasih.." ucap Syakir bersungguh-sungguh.
"Tapi saya ada satu soalan. Macam mana kamu boleh tahu di mana terletaknya Penjara Ahdhor. Bukan ke kamu baru saja di dalam istana ini?" soal Luthfi hairan.
Syakir tersengih..
"Sebelum saya jadi pengawal saya dah kaji segala apa yang ada dalam Bayu Nailufar ni."
Luthfi senyum.
"Baiklah kalau macam tu. Saya pergi dulu."
"Tuan sekejap."
Dia menghulurkan selendang yang ditemuinya ketika berada di penjara Ahdhor.
"Saya tak pasti, tapi saya rasa selendang ini milik salah seorang gadis Laiyyinah dan saya rasa dia boleh membantu" Syakir memberi pendapat.
Luthfi hanya mengangguk-angguk dan mengucapkan terima kasih kemudian dia berlalu pergi.
Mulai esok pagi, tugasnya akan bertambah dan dia akan menjadi sibuk. Dia harus merehatkan diri seketika malam ini.
****
Din memegang erat tali sebatannya. Tidak sanggup rasanya mahu menyebat orang yang pernah menyelamatkan rumah tangganya.
Selepas kejadian perbalahan itu, Ainnur telah meminta Raja Farhan menukar Din ke unit Jenayah daripada unit maintainece
Perlahan..
"Din, lakukan dengan adil" ujar Ainnur tenang.
Perlahan...
"Saya tak sanggup tuanku. Kalau bukan kerana tuanku, sudah lama saya bercerai dengan isteri saya."
Menitis air mata kasarnya..
"Taatilah pemimpin. Pasti ada hikmah. Lakukan dengan adil." ujar Ainnur lagi.
Dengan mata terpejam Din menyebat dengan seperti biasanya.
Ainnur mengetap bibir menahan sakit.
Kawasan itu mula dibanjiri dengan tangisan.
****
Farhan mengamuk. Habis dibalingnya semua kertas-kertas pembentangan itu.
"Apa yang korang buat ha? Tak boleh buat elok-elok ke?!" tengking Farhan.
Semua menteri yang berada di dalam bilik itu hanya tunduk memandang meja. Tidak ada siapa mampu melawan.
Di hati masing-masing terbit rasa terkilan. Tuanku tak pernah marah-marah apa lagi menengking. Jika ada kesalahan ditegur secara baik dan dibetulkan bersama.
Miqdam hanya menggeleng. Nampaknya keadaan raja mereka semakin parah sejak permaisuri di hukum.
Luthfi yang berdiri di pintu juga kasihan melihat menteri-menteri itu semua dimarah. Sudahlah ada yang sudah tua.
Ini tidak boleh dibiarkan.Dia harus segera menyiasat hal ini. Salahnya kerana tidak menyiasat hal ini kerana sibuk dengan tugasan-tugasan yang mendatang. Masuk hari ini sudah hampir seminggu hukuman permaisuri dijalankan.
Dia harus cepat bertindak!
****
Anas melangkah masuk ke dalam bilik ketuanya itu. Ketuanya sedang duduk membelakangkannya.
"Tuan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
Luthfi terus memusingkan kerusinya apabila mendengar suara pembantunya itu.
"Boleh tolong panggilkan Suhail dan Thoriq? Saya dah lama tak nampak mereka" pinta Luthfi.
Anas kelihatan serba salah.
"Err..tapi tuan..mereka dah berhenti" ucapnya lambat-lambat.
Bang!
Luthfi berdiri sambil mengetuk meja dengan kuat.
"Bila masa diaorang berhenti? Kenapa saya tak tahu?!"
Anas menelan liur melihat ketuanya marah.
"Maa..af..tu..tuan..Mereka berhenti selepas Permaisuri di tangkap.Mereka kata berasa serba salah selepas peristiwa tu. Sa..ya minta maaf, tuan terlalu sibuk. Jadi saya rasa benda ni tak penting.."..
ha kan dah gagap..
Suhail dan Thoriq adalah pengawal yang menjaga penjara Ahdhor. Lutfi inginkan kepastian dari mereka.
"Tak penting?!!l" terjegil matanya...
"Ma..af tu..tu.an.." Anas tertunduk.
Luthfi tersedar, dia terlebih mengamuk. Haish kena tempias Raja Farhan jugak ke aku ni?
Dia menarik nafas panjang dan duduk kembali menenangkan diri. Kesian pulak kat Anas ni.
"Takpelah. Saya minta maaf. Tapi saya nak minta tolong awak maklumkan kepada semua pengawal cari mereka sampai dapat sebelum hari terakhir hukuman permaisuri. Harap bertidak dengan segera.." suaranya dah agak lembut dari tadi.
"Baik ketua! Arahan diterima." sahut Anas sambil membuat tabik hormat dan bergegas meninggalkan bilik itu. Mereka harus dicari dengan segera. Dia terlebih dahulu memberitahu semua pengawal tentang arahan ketua mereka itu.
'Aku harus segera ke Kerajaan Laiyyinah.'
Monolognya sambil mengemas sedikit meja yang agak bersepah itu. Laci meja di buka dan dia mengambil selendang yang diberi Syakir padanya tempoh hari. Harap ini akan memudahkannya untuk mencari petunjuk.
****
Luthfi melilau-lilau di sepanjang perjalanannya di Kerajaan Laiyyinah. Tidak tahu ke mana harus dituju.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanyakn sesiapa mengenai selendang itu. Mungkin betul kata Syakir pemilik selendang itu boleh membantu.
Dia menuju ke arah sebuah kedai yang dijaga 2 orang gadis.
"Maaf, boleh saya bertanya?"
Gadis-gadis itu berpandangan.
"Encik dari mana?" soal salah seorang dari mereka dengan lembut.
"Bayu Nailufar"
Saat mendengar nama negeri itu, mereka berdua terus berpelukan seperti untuk melindungi sesama mereka.
"Apa yang encik mahu dari kami?" soalnya bertukar kasar.
"Maaf saya tak berniat untuk menakutkan. Saya mahu hanya tahu siapakah pemilik selendang ini?" ujarnya seraya menunjukkan selendang sutera itu.
Sebaik sahaja mereka melihat selendang itu mereka terus melepaskan pelukan dan mengambil selendang itu dari tangan Luthfi.
"Kak, ini selendang kak Wardah kan?" soal gadis yang agak muda itu.
"Haah. Hanya Wardah saja yang memiliki selendang seperti ini."jawab yang lagi seorang.
"Encik boleh mencarinya di jalan Beruntung." beritahu mereka.
"Terima kasih" ucapnya dan terus keluar dari kedai itu. Di hatinya agak hairan sedikit. Mereka tak syak apa2 ke aku cari perempuan ni.
Ah..lantaklah..
"Pak cik boleh saya tahu di mana Jalan Beruntung?"
"Ada apa kau nak ke sana?"
"Saya mencari pemilik selendang ini."
"Ohh..ini miliknya Wardah! Ha..kau jalan menyusuri pasar ni, lepastu nanti kau akan nampak signboardnya.."
"Err..Terima kasih pak cik.."
Sekali lagi dia hairan. Bila ditunjukkan selendang itu pasti orang akan terus menunjukkan jalannya.
Dia mengaru-garu kepalanya saat sudah berada di Jalan Beruntung. Jalan ni besar..macam mana nak cari?
Dia menuju ke arah sekumpulan anak muda yang sedang duduk melepak.
"Assalamualaikum"
"Waalaikummussalm" jawab mereka serentak.
"Boleh saya tahu macam mana nak cari pemilik selendang ini?"
"Pergh!! Itu selendang Wardah kan? Macam mana kau boleh ada?"
"Haahlah, Wardah punya lah!"sokong yang lain.
Di dalam hati Luthfi tertanya-tanya. Agaknya bagaimanalah rupa si gadis ini. Nampaknya dia sangat dikenali semua.
"Kau kalau nak cari dia, pergilah rumah dia" ujar salah seorang dari mereka.
"Macam mana saya nak cari rumah dia?"
"Bro, meh sini teman guide ye. Mula-mula bro jalan terus je..jumpa simpang, masuk kanan..jumpa simpang, masuk kiri..jumpa hutan, bro masuk..tadaa dah jumpa.." ucap lelaki itu semangat dengan gaya lagi.
Luthfi mengerutkan dahi menerima maklumat itu. Dia memandang yang lain mengharap ada maklumat yang lebih tepat. Tapi nampaknya mereka semua mengiyakan penunjuk jalan itu.
Dengan berat hati dia mengucapkan terima kasih kepada mereka dan berlalu pergi.
****
"Tuanku.." lirih suaranya..
Pilu hatinya... Jiwanya terasa bagai dirobek-robek saat melihat keadaan permaisurinya itu. Terasa diri sangat tidak berguna kerana tidak ada apa-apa yang dilakukannya untuk membela permaisuri itu.
Ainnur tersenyum manis walaupun sakit.
Zura datang bersama air mata yang meleleh. Tangannya membetulkan sedikt tudung yang sudah pun senget benget itu.
Dia memegang pipi itu..cengkung..tak bermaya... Air mata tumpah lagi.
"Kak Zura ni cengenglah. Dah tua- tua pun nak nangis!" Ainnur cuba bergurau.
"Biarlah kak Zura cengeng pun. Diri kak Zura kan? Suka hatilah" jawab Zura sambil mengesat air mata yang bertambah laju menggunakan hujung lengan baju kurungnya.
Ainnur tertawa kecil mendengar balasan Zura itu. Kak zura.. kak Zura.
"Tuanku..tuanku makan nasi ni ea.. kak Zura masak spesel untuk tuanku.." ujarnya sambil menunjukkan satu bekas makanan yang di dalamnya ada nasi dan lauk kegemaran Ainnur.
Wajah Ainnur berubah.
"Ni kak Zura suapkan ye?" sambil tangan mula membuka bekas makanan itu. Niat di hati ingin menyuap Ainnur, sebab macam mana Ainnur nak makan dengan tangan terikat kan?
"Saya takkan makan!" tegas.
Kak Zura tersentak.
"Tu..anku??"
"Saya bukan lagi tuanku kak Zura...saya ni pengkhianat! sudahlah, kak Zura pulanglah.. saya tak mahu kak Zura terlibat sama."
Air mata yang baru shaja kering mengalir kembali. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kak Zura takkan pulang selagi tuanku tak makan nasi ni." ucapnya dalam sendu. Gelaran tuanku tetap digunakannya.
"Saya takkan makan! Saya takkan melanggar hukuman ini. Cukuplah makanan yang diberi pada saya selama ini." putus ainnur.
"Tuanku..mana cukup hanya dengan sekeping roti kering setiap hari untuk orang mengandung macam tuanku. Sudah seminnggu tuanku tidak menjamah nasi kan? Kalau tuanku tak nak makan, tuanku fikirkanlah anak tuanku..." pujuk Zura lagi.
Ainnur tetap menggeleng.
"Saya yakin dengan rezeki Allah! Saya yakin anak saya kuat.."
"Tuanku!!" dia terduduk dan menangis semahunya. Apa lagi harus dia buat untu menyuruh permaisurinya makan..apa lagi? Apa lagi?!
"Sudahlah kak Zura..hari dah lewat malam..pulanglah ke istana. Berkhidmatlah seikhlas hati. Jangan fikirkan saya.. fikirkan anak-anak kak Zura yang masih belajar.." nasihat Ainnur lembut.
Zura menggeleng-gelengkan kepalanya..badannya terhinggut-hingut menahan tangis yang makin menjadi.. kedua-dua tangannya melekap pada mukanya..luhurnya hati mu wahai permaisuri!!!
"Kalau kak Zura tak pulang juga saya anggap kak Zura tak sayangkan saya." ucapan Ainnur membuatkan kepala Zura terus tegak.
Dia berdiri..matanya merah, pipinya basah, hidungnya agak berhingus..hee selekeh pulak kak Zura ni :)
"Sa..m..pai hati tu.anku ca..kap mac..am tu.." suaranya serak dan terketar-ketar.
"Kak Zura tak sayangkan saya"
Beku..
"Tuanku.."
"Semua orang dah tak sayangkan saya"
Suaranya masih beku..
"Tuanku ,apa tuanku merepek ni?"
"Saya harap Allah masih sayangkan saya" nadanya berubah sayu.
"Tuanku sudahlah hentikan. Kak Zura sayang tuanku, semua orang sayang tuanku. Kalau tuanku nak juga kak Zura balik, kak Zura balik. Ampunkan kak Zura tuanku"
Zura terus berlari pulang. Tidak tahan..takut dia tak mampu pulang. Jika ini akn membahagiakn hati permaisurinya, dia akur.
Ainnur melihat Zura berlalu dengan pandangan sayu. Air matanya sudah tidak mampu lagi untuk tumpah.Pandangannya dijatuhkan pula pada perutnya.
Sempatkah anaknya itu menumbuh besar? Usia kandungannya baru hendak masuk 3 bulan.. Sangat berisiko untuk gugur..Ya Allah peliharalah anakku..
*****
Dia termenung di hadapan pondok buruk itu. Gadis itu duduk di sini kah?
Dengan perlahan dia mengetuk pintu itu.
Tidak lama kemudian muncul seorang perempuan tua bersama sebatang tongkat dengan senyuman.
"Cucu ni mencari Wardah ye?"
Luthfi tergamam. Bagaimana nenek ini boleh tahu.
"Mari ikut Nek Ju"
Nek ju menutup pintu rumahnya dan berjalan masuk ke dalam hutan. Luthfi hanya membontoti.
Orang-orang kat sini memang pelik!
"Pasti cu sudah bertanya pada semua orang perihal selendang itu dan pasti cu berasa hairan bagaimana semua orang boleh mengenali pemiliknya bukan?" soalan Nek Ju betul-betul memeranjatkannya.
"Wardah seorang pahlawan walaupun dia seorang gadis yang lembut. Dia pernah menyelamatkan raja saat lanun menyerang negeri ini. Akibat dari kemalangn itu dia menjadi buta. Apabila raja memberi tawaran hendak memberi apa sahaja kepada Wardah, dia menolak. Dia hanya minta diberikan selendang itu. Selendang itu milik arwah permaisuri kami. Walaupun raja berat hendak memberikannya kerana itu salah satu selendang kesayangan permaisuri tapi raja tetap memberikan kepadanya sebagai tanda hadiah penghargaan. Sejak itu, Wardah sentiasa memakai selendang itu ke mana-mana dia pergi." cerita Nek Ju panjang lebar tanpa diminta.
Luthfi hanya setia mendengar. Terbit rasa kagum dalam dirinya pada gadis itu.
"Kamu tak mahu tanya macam mana nek boleh tahu kamu mencari Wardah?"
"Ha?"
Luthfi agak tesentak. Tulah mengelamun lagi...
"Wardah ada bagi tahu nek, bahawa satu hari nanti pasti akan ada orang mencarinya. Dan nek yakin kamulah orang tu" ujar Nek Ju lagi.
Luthfi memandang belakang Nek Ju dengan perasaan yang bercampur baur. Pelik lah nenek ni.. semua yang terlintas kat fikiran aku semuanya dia jawab..
Nek Ju berhenti mengejut. Hampir sahaja Luthfi melanggar belakang nenek itu tapi mujur dia juga sempat brek..
"Tu Wardahnya. Kamu pergilah jumpa dia. Nek ada kerja. Nek tinggalkan kamu ye.."
Dan Nek Ju terus tinggalkannya sendiri terpinga-pinga.
Luthfi memandang gadis yang sedang duduk di atas buaian membelakangkan dirinya.
Dengan perlahan dia melangkah menghampiri.
"Encik duduklah di atas batu besar di sisi Encik itu."
Luthfi tersentak dan langkahnya terhenti. Aik, belum cakap apa-apa dah tahu kehadiran aku? Dia memandang ke sisinya. Eh, memang ada batu besarlah!
Dengan perlahan dia duduk di atas batu besar itu. Wardah masih membelakanginya.
"Apa yang boleh saya bantu?" soal Wardah lembut.
Luthfi menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.
"Kamu salah satu gadis yang ditahan?"
Angguk.
"Kamu pasti permaisuri Ainnur yang menahan kalian?"
"Saya tidak pasti encik. Tapi sepanjang kami di tahan ada seorang gadis yang sering datang menemui kami. Dia berkata dia sedang mencari kayu api di dalam hutan tiba-tiba dia ternampak kami saat kami dibawa masuk ke dalam penjara. Sejak hari itu, dia datang setiap hari dan berjanji akan mencari siapakah dalang semua ini. Sebelum Raja Farhan menemui kami, dia datang bertemu dan memberitahu kami bahawa Raja Farhan akan datang membebaskan kami tak lama lagi. Pada saat itu jugalah dia berkata Permaisuri Ainnur dalangnya."
Lutfi berfikir sejenak, ada yang meragukan.
"Macam mana dia masuk? Bukan kah ada pengawal?"
"Dia kata dia masuk ikut pintu belakang"
Hairan... Penjara Ahdhor tiada pintu belakang!
"Tapi encik ada sesuatu yang saya sentiasa ragu tentangnya."
"Apa dia" soal Luthfi tidak sabar.
"Dia kata dia gadis miskin. Sering ke hutan untuk mencari kayu api. Tapi harumannya sangat harum. Tidak seperti kebanyakan orang susah. Bau wangiannya sperti wangian yang mahal" beritahu Wardah lagi.
"Kuat sungguh deria bau kamu. Saya rasa ini pasti kerja orang dalam jugak. Saya harus pulang ke Bayu Nailufar dan mencari dalangnya sebelum permaisuri Ainnur dihukum bunuh."
Luthfi bangkit dan ingin berlalu pergi.
"Encik! Tunggu jap!" Wardah sudahpun berdiri dan menahan.
Luthfi tidak jadi melangkah dia kembali berpusing dan terpempan melihat kejelitaan Wardah. Gadis itu memiliki wajah yang kemerah-merahan, mata yang bundar, hidung yang tidaklah berapa mancung dan tidaklah terlalu peset, bibirnya merah bak delima..
Astaghfirullahalazim...Lutfi tersedar di atas kelalaiannya.
"Permaisuri Ainnur akan dihukum bunuh?" nada gadis itu agak terkejut.
"Err...ye..tiga hari dari sekarang." jawab Luthfi teragak-afak.
"Mengapa encik tidak datang mencari saya lebih awal? Saya nak ikut encik pulang ke Bayu Nailufar." permintaan gadis itu cukup memeranjatkan Luthfi.
"Ha? Tapi..."
"Saya boleh bantu encik mencari gadis itu. Saya masih boleh cam suaranya dan baunya." dia mula membuka tongkat besinya.
"Tapi.." Luthfi berat..
"Demi keselamatan Permaisuri encik." umpan Wardah lagi.
Akhirnya dia mengalah. Biarlah gadis ini ikut. Mungkin betul dia boleh membantu Bayu Nailufar.
****
"Tuanku..." seru Miqdam.
Farhan mengangkat muka memandang Miqdam. Kening diangkat menanda isyarat 'nak apa?'
"Ampun tuanku..patik membawa berita sedih.." ujarnya perlahan. Wajhnya tertunduk.
"Berita apa?"
Miqdam berkira-kira bagaimana hendak bagitahu. Tak bagitahu salah, nak bagitahu serba salah. Haish, susah bebenor!
"Apa dia? Cakaplah cepat!" Farhan mula naik anign. Mudah benar naik angin sejak kebelakangan ni.
"Err...Raja Hasyim..Tengku Fateha..Nenda Tengku Farah..me..reka..." ayatnya terberhenti.
"Mereka apa?!"
"Mereka kemalangan kapal terbang!" jawab Miqdam laju, terkejut dengan sergahan Farhan.
Farhan terpaku. Terlepas pen yang berada di tangannya itu.
Ya Allah ujian apakah ini?!!
"Tu..tuan..ku..o..o..k?" soal Miqdam takut-takut.
"Saya nak bersendirian" ucapnya lemah.
Miqdam akur, dia berlalu meninggalkan rajanya menenangkan diri..
Kepala tersandar pada kerusi, air mata mula jatuh setitik demi setitik.
Kekuatannya telah pergi..
Penasihatnya telah pergi..
Kepada siapa harus dia luahkan segala yang terbuku..?
Dia tersedar, Allahlah tempat dia bergantung segala-galanya..
Dia melangkah lemah masuk ke dalam bilik air, niat di hati ingin mengambil wudhu' dan melakukan solat sunat untuk menenangkan diri.
****
Sakinah menghampiri Ainnur dengan senyuman sinis sambil menepuk tangan dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
Ainnur yang tertunduk menegakkan kepalanya perlahan-lahan untuk melihat gerangan siapakah yang hadir.
Sakinah....
"Kesian..aku tengok kau. Tulah perasan bagus sangat kan? Kan dah kena.." sindirnya..
"Apa maksud kau?" lemah suaranya.
"Alolo, tuanku permaisuri takde daya nak cakap dah ke..haha" dia gelak macam syaitan.
"Tulah lain kali jangan masuk campur. Kalau kau tak masuk campur kau takdelah kena seteruk ni."
"Apa kau cakap ni?"
'Ktik'
"Well..kalau kau nak tahu aku dan ayahlah yang rancang semua ni. Tahu siapa aku? Aku Puteri Sakinah, kau tahu siapa ayah aku, TENGKU FAHiM!" ucap Sakinah selamba sambil tangannya mengambil sebatang ranting yang agak panjang yang berada berdekatan situ.
"Ap..a semua ni?" dia keliru. Sungguh dia keliru!
"Ayah rancang semua ni untuk jatuhkan Farhan. Farhan tak layak jadi raja! Patutnya ayah yang jadi! Kami rancang agar terjadinya peperangan antara Bayu Nailufar dan Laiyyinah, kerana kami tahu Bayu Nailufar pasti kalah jika berperang dengan Laiyyinah! Laiyyinah merupakan antara kerajaan yang kuat dan mempunyai ramai pahlawan. Tiba-tiba kau. Datang! Kau rosakkan segala rancangan!"
Sakinah bercerita dengan penuh emosi sambil tangannya kasar menguis tanah di situ menggunakan ranting tadi.
Ainnur terkedu mendengar penyataan itu.
"Tapi bila difikir balik bagus juga kau buat macam tu. Dari situ kami mula mengubah perancangan. Kami akan hapuskan Farhan secara perlahan-lahan. Kami akan buat semua orang kesayangannya mati! Supaya dia lemah! Kau nak tahu lagi? Ayah dah bunuh Pak long, mak long dan nenda!! Dan esok kau pula akan mati! Kahkahkah! " dia gelak mengalahkan syaitan, ranting ditangannya patah.
'Ktik'
"K..ka..u..me..mang..t..ak..gun..na!" Dengan nada tertahan-tahan.
Air matanya mengalir, dia berpaling dan terus pergi..
****
Matanya merah, hakikatnya dia tak sanggup untuk menyaksikan hukuman terakhir itu. Tapi apakan daya dia tak mampu untuk mengelak.
Saat ini dia rasakan alangkah bagusnya jika dia tidak menjadi raja. Tapi... siapakah dia untuk menolak qodho' dan qadar-Nya? Dia juga hamba kepada Tuhannya itu. Hakikatnya dia bukanlah raja segala raja. Raja yang sebenar adalah Allah. Dia hanya manusia yang diberi tanggungjawab untuk memimpin dan dia harus terima tugas itu dengan nama Allah.
Dia harus adil!
Sedari tadi Farhan hanya menunduk, tidak sanggup rasanya hendak mengangkat wajah, kerana dia takut dia tak mampu jika terpandangkan wajah Ainnur. Wajah yang sering menenangkan jiwanya suatu ketika dahulu..
"Nani nak jumpa raja! Nani nak jumpa raja!" jerit seorang budak.
Budak perempuan itu ditahan pengawal. Budak itu meronta minta dilepaskan. Ibunya cuba memujuk agar kembali. Tapi dia masih berdegil.
Miqdam datng menghampiri.
"Kenapa ni?"
"Nani nak jumpa raja!" jawab Nani pantas. Tidak sempat pengawal berkat-kata.
Miqdam mengerut dahi, dia memandang ke arah raja Farhan yang masih lagi tertunduk. Dispress betul raja muda itu.
"Lep.."
Belum sempat Miqdam menghabiskan kata-katanya Nani terus menolak dua orang pengawal itu dan berlari ke arah Farhan.
"Tuan..ku.." serunya sebak.
Perlahan dia menyentuh tangan kasar itu.
Farhan tersentak, dia mengangkat wajahnya, seorang kanak-kanak perempuan bersama matanya yang berkaca berdiri di hadapannya.
"Na..ni tahu..tu..anku sedih.. Nani tahu tuanku sedih nak bunuh permaisuri"
Kata-kata Nani seperti belati menusuk tajam ke dalam hatinya..
"Nani tahu permaisuri baik..tapi Nani tak tahu kalau permaisuri betul atau salah.. ibu kata..orang baik pun boleh buat silap.." petah kanak-kanak berusia 6 tahun itu berkata-kata.
Farhan hanya diam sedari tadi.
Nani mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna biru laut dan dia mengelap air mata yang sudah pun turun dari kolam mata Farhan, yang Farhan sendiri tidak sedar saat bila gugurnya air mata itu.
"Waktu Nani nangis.." kata-katanya terhenti, menahan tangis. Dia menarik nafas dan menyambung kembali,
"Permaisuri datang lap air mata Nani dengan sapu tangan ni.. dia kata orang kuat tak boleh nangis.. dia boleh nangis untuk Allah je.." dan Nani terus meninggalkan kain itu di riba Farhan dan berlari mendapatkan ibunya.
Ibunya menyambut Nani masuk ke dalam pelukannya. Nani menangis semahunya di dalam dakapan itu. Ibunya turut mengalirkan air mata. Dia mendukung anaknya dan berlalu pergi ke tempat orang lain sedang menunggu.
Sakinah yang berdiri tidak jauh dari Farhan hanya menyaksikan segala adegan itu.
Sumpah! Dia tak pernah nampak Farhan mengalirkan airmata.
****
Hakim Aiman menghampiri Ainnur, ditangannya terdapt microphone.
"Tuanku ada kata-kata terakhir sebelum hukuman dijalnkan?" soal hakim itu lembut.
Ainnur mengangguk lemah.
Hakim Aiman membantu mendekatkan microphone pada mulut Ainnur.
Kawasan itu sunyi sepi..semua menunggu apakah kata-kata terakhir yang ingin disampaikan?
"Pertama..saya minta maaf pada semua..atas salah silap saya" suaranya lemah,tubuhnya lemah!
Hakikatnya dia sudah tidak mampu untuk bersuara tapi digagahi juga dirinya.
Air mata mula membanjiri kawsan itu. Tapi mereka cuba menahannya sehabis baik. Mereka tahu permaisuri tidak suka orang sedihkan dirinya.
"Abang...N..u.._r..minta maaf..halalkan..se..mua..yang abang..pe..rnah..bagi" ucapnya tersekat-sekat.
Farhan menekup mukanya dengan sapu tangan yang diberi Nani sebentar tadi sambil menundukkan wajahnya.
Bahunya terhinggut-hingut menahan tangis dan menahan sendu daripada didengari.
Ainnur menunjukkan isyarat dia sudah bersedia kepada hakim Aiman. Hakim Aiman mengangguk.
Dengat hati yang sangat berat hakim Aiman memberi isyarat kepada penembak-penembak yang sudah bersedia.
Ainnur memandang semua yang berada di situ dengan pandangan yang tenang. Dia sudah bersedia..dia sudah lama bersedia..tubuhnya sudah tidak larat lagi untuk terus bernyawa lagi.
Biarlah dia pergi..walaupun hatinya tetap sayu pabila mengenangkan anak di dalam kandungannya yang tidak sempat membesar mahupun membentuk! Biarlah dia pergi bersama anaknya.. biarlah tiada siapa yang tahu tentang anaknya.
Tangan Asim menggigil saat memegang pistol itu. Akhirnya tangannya terjatuh, dia tak sanggup, dia tak sanggup!
"Asim.." tegur yang lain..saat mereka sudah menarik picu masing-masing tiba-tiba Asim menjatuhkan tangannya. Mereka harus menembak dengan serentak.
"Perlukah kita lakukan semua ni?" soal Asim kepada rakan-rakannya.
"Ini tugas kita Asim. Kita kena jalankan amanah yang diberi" nasihat salah seorang dari mereka.
"Aku tak sanggup.."rintihnya..
"Kau lebih suka tengok permaisuri menderita? Kan lebih baik dia pergi, moga rohnya ditempatkan ditempat yang selamat" nasihat yang lain pula.
"Ta..pi..bukan aku salah seorang yang menyebabkan dia pergi.." Asim masih berat.
'Well..kalau kau nak tahu aku dan ayahlah yang rancang semua ni. Tahu siapa aku? Aku Puteri Sakinah, kau tahu siapa ayah aku, TENGKU FAHiM!'
Tiba-tiba suara itu bergema mengejutkan semua orang.
Pengawal-pengawal itu berpandangan.
'Ayah rancang semua ni untuk jatuhkan Farhan. Farhan tak layak jadi raja! Patutnya ayah yang jadi! Kami rancang agar terjadinya peperangan antara Bayu Nailufar dan Laiyyinah, kerana kami tahu Bayu Nailufar pasti kalah jika berperang dengan Laiyyinah! Laiyyinah merupakan antara kerajaan yang kuat dan mempunyai ramai pahlawan. Tiba-tiba kau Datang! Kau rosakkan segala rancangan!'
Bergema lagi..
Farhan terkejut. Ya Allah apa semua ni!
'Tapi bila difikir balik bagus juga kau buat macam tu. Dari situ kami mula mengubah perancangan. Kami akan hapuskan Farhan secara perlahan-lahan. Kami akan buat semua orang kesayangannya mati! Supaya dia lemah! Kau nak tahu lagi? Ayah dah bunuh Pak long, mak long dan nenda!! Dan esok kau pula akan mati! Kahkahkah!'
Bergema lagi dengan suara tawa yang amat menyakitkan hati semua orang.
Ainnur terkesima.
"Sakinah!", Tengku Fahim terus menarik kasar tangan anak gadisnya itu yang sedang meletakkan microphone pada alat perakam.
"Sudahlah ayah, Sakinah tak sanggup dah.." rintihnya.
"Kau gila ke? Kau ingat kau buat macam ni kau boleh selamt?! Kau tahu tak kita dalam bahaya? Jom kita lari sekarang." marah Tengku Fahim dan mahu mengajaknya lari.
"Sakinah dah penatlah dengan semua ni!" bentaknya dan menarik tangannya dari pegangan itu.
Memang dia sudah penat dan letih dengan semua kejahatan ini. Memang pada mulanya dia menyokong dan setuju dengan segala perancangan ayahnya, kerana dia memang bencikan Ainnur. Tapi dia tidak menyangka yang ayahnya turut akan membunuh pak long, mak long dan nenda! Dia sayangkan ketiga-tiga insan itu!
Hatinya juga, turut tidak senang saat melihat Bayu Nailufar dirundung kesedihan. Setiap hari pasti ada sahaja rakyat yang datang merayu minta permaisuri dibebaskan dari hukuman. Dari situ dia tahu rakyat sayangkan Ainnur, terlalu sayang.
Jadi dia takut jika dia penyebab Ainnur mati. Dia tahu kejahatannya lambat laun pasti akan terbongkar walau sekemas mana pun ia disimpan. Dan jika sampai saat itu dia pasti dibenci rakyat buat selama-lamanya.
Jadi dia mengambil keputusan untuk membuka pekung di dada. Dia sengaja datang berjumpa dengan Ainnur pada malam itu, dia sengaja melemparkan kata-kata itu dan dia merakam sendiri segala perbualan itu.
Dia tahu namanya dan ayahnya akan menjadi sejarah hitam di dalam Bayu Nailufar. Biarlah dia menjadi watak jahat di dalam sejarah nanti, kerana dia tahu dia memang jahat dan inilah balasan untuknya. Itu lebih baik daripada membiarkan Ainnur dihukum mati di atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Lutfi naik ke atas bukit teratai bersama Wardah dan dua orang pengawal yang terlibat itu. Tangan mereka berdua di gari.
"Permaisuri Ainnur tidak bersalah! Di sini saya membawa buktinya lagi. Cepat mengaku apa yang korang dah buat!" umum Luthfi lantang dan menggesa 2 orang pengawal itu mengaku.
Mereku terduduk.
"Ampunkan kami tuanku...ampunkan kami..permaisuri tak salah..iini semua arahan Tengku Fahim dan Puteri Sakinah.." Jujur Suhail.
Terbongkar segala rahsia..
"Kami diberi upah seratus keping emas..ampunkan kami kerana pentingkan diri ampunkan kami" tambah Toriq pula..Mereka tersujud dan memohon maaf berulang kali.
Sehati-hati opah mengangkat air mendaki bukit, akhirnya tetap tumpah ke tanah. (hee kene ke?)
"Sepanjang saya berada di penjara Ahdhor tidak pernah walau sekali pun permaisuri Ainnur datang, yang sering melawat kami ialah Puteri Sakinah. Dia jugalah yang telah meracuni kami bahawa ini semua arahan permaisuri Ainnur." tambah Wardah pula.
Pengawal mula mengepung Tengku Fahim dan Puteri Sakinah.
Tengku Fahim berusaha untuk melarikan diri, tapi pengawal-pengawal itu lebih cekap darinya.
"Lepaskan aku!" jerit Tengku Fahim yang sudah berada dalam pegangan beberapa orang pengawal. Dia meronta-ronta.
Sakinah hanya membiarkan dirinya digari tanpa membantah. Air matanya mengalir melihatkan ayahnya.
Gembirakah aku dengan keputusan ini? Atau kecewakah aku? Maafkan Sakinah ayah..
Orang ramai mula bising dan marah.
"Tangkap mereka!"
"Seksa mereka!"
"Tak guna!!"
"Pergi matilah!"
Farhan terpaku.. Salahkah aku? Aku salah! Ya! Aku yang salah! Dia terus berlari mendapatkan Ainnur.
"Nur.." serunya dengan suara serak, air mata menitis saat melihat wajah itu secara dekat.
Wajah yang sentiasa ceria dan berseri dulu kini menjadi suram dan tak bermaya..
Berdosanya aku!
Tubuh yang sentiasa lincah dan aktif kini menjadi seperti rangka manusia..
Kejamnya aku!
Ainnur hanya memandang kosong suaminya itu. Air mata sudah tidak mampu untuk dialirkan lagi.
Dengan perlahan Farhan membuka ikatan tali yang mengikat tangan itu.
Tangan itu...seperti tulang kini..
Kesan merah berbirat di kedua-dua pergelangan tangan..
Zalimnya aku!!
Ainnur terus jatuh ke dalam pelukan Farhan. Kakinya sudah tidak mampu menjejak tanah. Dia mampu berdiri selama ini kerana ditahan oleh sebatang kayu tempat di mana dia diikat selama 2 minggu ini.
Farhan mendakap kemas tubuh Ainnur.. Rindunya pada Ainnur Tuhan sajalah yang tahu..
Ainnur tidak mampu untuk menolak dakapan itu. Kudratnya tiada. Tiba-tiba dirasakan sesuatu mengalir di celah pahanya..Panas..
"Ya Allah permaisuri!!" jerit orang ramai.
Dan...dia terus tidak sedarkan diri.
****
"Encik.."
Wardah dipandangnya.
"Bagaimana keadaan permaisuri?"
Dia melepaskan nafas berat kemudian tersenyum.
"Dia masih tak sedarkan diri. Kandungannya... alhamdulillah.... dia seorang yang kuat. Anaknya juga kuat bertahan seperti ibunya. Doktr kata kalau mengikut laporan normal keadaan diri permaisuri itu memang anaknya akan gugur.. Tapi kuasa Allah tak siapa yang tahu kan?" jelas Lutfi panjang lebar.
Wardah mengangguk dengan senyuman. Alhamdulillah..
"Cik Wardah tak nak berjumpa dengan permaisuri dulu?" pelawa Luthfi.
Dia menggeleng,
"Tidak apalah. Saya harus pulang segera. Kesian Nek Ju, dah lama saya tinggalkannya. Tapi saya ada satu permintaan. Boleh tolong beri ini kepada permaisuri Ainnur?" dia menanggalkan selendang sutera pink bersulamkan emas itu dan menyerahkannya kepada Luthfi.
"Ta..pi..inikan kesayangan cik" dia teragak-agak mahu mengambilnya.
"Ia memang kesayangan saya, tapi ia bukan milik saya, sudah tiba masanya ia kembali kepada tuannya" jelasnya sambil tersenyum.
Luthfi bingung.
"Kak wardah!" panggil seseorang.
Serentak itu wardah dan Luthfi berpaling. Ada tiga orang gadis sedang menuju ke arah mereka sambil melambai tangan kepada Wardah. Haishlah..macam si Wardah tu nampak!
"Saya pergi dulu En. Luthfi." ujarnya saat ketiga-tiga gdis itu berada di sisinya. Luthfi hanya terpaku.
Dua orang dari mereka memimpin Wardah dan mereka pun memulakan langkah.
Luhfi tersedar.
" Cik Wardah!"
Wardah yang sudah sepuluh langkah ke hadapan terhenti saaat namanya dipanggil.. Dia berpaling.
" Terima kasih kerana membantu Bayu Nailufar." ucapnya ikhlas.
Wardah tersenyum dan mengangguk, kemudian mereka memulakan langkah kembali.
Luthfi hanya memerhati hinga mereka hilang dari pandangan.
*****
Farhan duduk di sisi katil..tangan memegang kejap tangan Ainnur..seperti tidak mahu dilepaskan. Zura setia berdiri di belakang rajanya itu.
"Kak Zura tahu?" soalnya lemah..
"Kak Zura minta maaf.."
"Kenapa kak Zura tak beritahu saya?"
"Kak Zura minta maaf.."
"Adakah itu permintaan Nur?"
"Kak Zura minta maaf."
Farhan melepaskan nafass berat.
Maaf maaf maaf! Itu sahaja yang keluar sedari tadi! Dia mahukan jawapan bukannya permintaan maaf!
"Tuanku" Miqdam masuk menghadap.
"Ada apa?" soal Farhan tanpa memandang ke arah Miqdam. Matanya masih tertumpu ke arah Ainnur.
Seandainya dia tahu Ainnur mengandungkn bakal pewaris Bayu Nailufar...seandainya dia tahu...dia mengeluh lagi.
"Ada urusan yang perlu tuanku uruskan." bicara Miqdam berhati-hati.
Farhan menarik nafas panjang. Dia sedar tugas dia. Dia harus bertanggungjawab jika ada apa-apa yang terjadi. Dia tidak boleh masukkan masalah peribadi dengan masalah negara.
Walaupun berat dia tetap bangun. Dikemaskan sedikit kemeja lengan panjang yang sudah dilipat paras bawah siku itu. Dia meraup mukanya, menenangkan diri. Dia harus tenang!
"Kak Zura tolong jagakan Nur untuk saya" dan dia berlalu pergi bersama Miqdam.
"Baik Tuanku" jawab Zura sebaik Farhan hilang di balik pintu.
****
Ainnur membuka matanya perlahan-lahan. Berat! Itu yang dirasakannya saat ini. Kepalanya berat!
"Kak Ain dah sedar?"
Ainnur menoleh ke sisi katil, kelihatan Syakir sedang tersengih di sisi katil itu.
Kak Zura yang sedang sibuk mengemas meja solek di dalam bilik itu terus menghampiri mereka saat mendengar kata-kata Syakir.
Dia berusaha untuk bangun.
"Eh, nak pergi mana? Kak Ain tak sihat lagilah. Rehat. Jaga kandungan tu." bebel Syakir.
Ainnur menggeleng, dia memegang tangan Syakir dan merenung tepat ke arah anak mata hitam pekat itu.
"Kak Ain?" Syakir tahu Ainnur ingin lakukan sesuatu yang pasti tidak disetujui ramai. Kerana dia sudah kenal dengan pandangan itu.
"Kak Ain nak keluar dari istana ni. Kak Ain nak keluar dari Bayu Nailufar."
Kata-katanya mengejutkan kak Zura dan Syakir.
"Kak Zura tolong kemaskan pakaian saya."
"Tu..tuanku.."
"Saya merayu..", kak Zura tidak snggup mendengar perkataan itu.
"Kak Ain pasti dengan keputusan ini? Kak Ain perlu rehat" Syakir kurang setuju dengan keputusan itu.
"Ya, kak ain perlu rehat, tapi bukan di Bayu Nailufar. Kak Ain ingin berehat dari semua ini. Kak Ain nak besarkan anak Kak Ain dengan aman. Kak Ain harap Syakir faham dan tolong kak Ain." ujarnya lemah sambil mengusap perutnya. Terima kasih Ya Allah kau telah selamatkan anak aku..
Syakir melepas nafas berat,
"Baiklah, tapi kak Ain kena izinkan Syakir ikut bersama. Kak Zura lekas kemaskan barang kak Ain sebelum Raja Farhan pulang." Syakir membuat keputusan dan mengarah. Zura menganguk memahami. Jika ini akan membuatkan kehidupan permaisurinya bertambah baik, dia akur.
Ainnur tersenyum. Ya Allah permudahkanlah..
****
Farhan masuk bersama Miqdam dan Luthfi.
Syakir yang sedang memapah Ainnur terhenti langkahnya. Mereka tidak sempat keluar.
"Kau nak bawa permaisuri ke mana?" Farhan bengang. Dia ingin mengambil Ainnur dari papahan Syakir. Tapi Ainnur melarangnya... dia terhenti.
"Tuanku...tolong lepaskan saya.."pintanya lemah.
Farhan terpempan. Tiada lagi panggilan 'abang', tiada lagi gelaran 'Nur'. Rasa ingin tercabut nyawanya ssat mendengar permintaan Ainnur.
"Nur..."
"Saya sudah letih dengan semua ini...saya merayu..tolong lepaskan saya.." pintanya lagi.
Farhan kaku.
"Saya merayu... biarkan saya pergi... saya ingin rehat dari semua ini...lepaskan saya...dan jangan pernah cari saya... tolong.. lepaskan saya..." merayu dan merayu lagi.
Farhan menarik nafas panjang. Ya Allah kuatkan hamba mu ini...
"Baiklah kalau itu kemahuan Nur. Abang janji takkan mencari Nur. Tapi...Nur kembalilah jika Nur sudah tenang.."
Perit...sangat perit untuk mengeluarkan kata-kata itu.
"Tuanku.." kak Zura mula menangis dan memeluk erat permaisuri tercintanya itu.
"Kak Zura kan saya dah kata jangan nangis.. kak Zura kena kuat.. jaga tuanku baik-baik" bisik Ainnur.
Bertambah menjadi tangisan kak Zura. Dia mengangguk mendengar permintaan Ainnur itu. Dia melepaskan pelukan itu perlahan-lahan sambil mengesat air matanya yang tidak mahu berhenti itu.Dia tahu permaisuri masihh sayangkan rajanya...tapi..cuma dia tidak mampu berhadapan dengannya...
Syakir memapah kembali Ainnur. Luthfi membantu membawakan bagasi permaisurinya itu.
Saat sudah hampir di pintu, Ainnur berpaling.
"Saya ada satu lagi permintaan."
Farhan yang hanya menunduk sedari tadi menegakkan kepalanya memandang Ainnur.
"Saya harap tuanku meringankan hukuman Sakinah. Kerana dialah yang telah membongkarkan segalanya" pintanya dan tanpa menunggu sepatah kata dia menyambung kembali langkahnya.
Dia tahu Sakinah yang telah merakam segalanya pada malam itu. Dia tahu Sakinah yang telah membongkarkan segalanya. Kerana dia tahu hati budi sebenar gadis itu.
Farhan mengangguk mendengar permintaan itu.
Dia tersenyum...manis..
Dia tersenyum...pahit..
Dia terduduk....menangis...
Dia sudah tidak mampu untuk membendung tangisannya lagi.. dia menangis semahu-mahunya..
Kini semua telah meninggalkannya..orang-orang kesayangannya telah meninggalkannya..
Ayahanda.....
Bonda....
Nenda...
Dan...
Nur...
Mampukah dia untuk kuat? Mampukah?
Ya Allah kuatkanlah aku menghadapi ujian Mu ini!!!!
Zura dan Miqdam berpandangan. Simpati pada rajanyanya tumpah, tapi apakan daya mereka tidak mampu berbuat apa-apa.
Miqdam membuat isyarat mengajak Zura keluar. Zura mengangguk memahami.
Pintu bilik ditutup perlahan-lahan memberi ruang rajanya melepaskan segalanya. Bilik yang pernah menjadi saksi cinta antara Raja Farhan dan Permaisuri Ainnur....
****
Sakinah merenung ke luar jendela kecil yang disediakan di dalam sel itu.
"Terima kasih kanda..."
Air matanya mengalir..dia tahu Ainnurlah yang telah menyuruh agar hukumannya diringankan.
Kini dia mengerti mengapa kekanda iparnya itu dikasihi dan disayangi semua...
****
"Kak Ain, kita nak ke mana?"
"Jauh dari Bayu Nailufar.." ucapnya sambil tersandar, tangan memegang erat selendang sutera pink bersulamkan emas itu yang diberi Luthfi sebentar tadi.
"Wardah..." nama itu meniti perlahan di bibirnya.
Syakir mengangguk memahami dan mini cooper itu meluncur laju membelah jalan raya meninggalkan Bayu Nailufar....
****
Hati sang Ratu yang keras..
Tapi di dalamnya lembut bak sutera..
Hati sang Ratu yang beku..
Tapi di dalamnya penuh kasih sayang..
Hati sang Ratu yang kental..
Penuh ketegasan..
Pabila sang Ratu membuat keputusan,
Tiada siapa mampu membantah,
Tiada apa mampu menghalang...
********
Sekilas Laiyyinah...
Wardah meraba-raba pokok epal itu. Pokok yang mempunyai banyak kenangan. Tanpa disedari air matanya jatuh setitik demi setitik.
Dia duduk bersandar pada batang pokok itu. Kenangan 10 tahun yang lalu terlayang kembali ke kotak ingatannya. Dimana ketika itu dia berusia 15 tahun, saat dia digelar pahlawan.
"Kak Nunu!" dia berhenti seketika, menghilangkan mengah.
"Lambatlah Wardah ni! Cepatlah" Nunu berpaling seketika dan menyambung kembali pelariannya.
Tanpa pilihan apa-apa Wardah terpaksa melajukan langkah menyaingi Nunu.
Nunu tersenyum memandang pokok epal itu, dibetulkan sedikit pedang yang sentiasa tersisip di pinggangnya dan tanpa berfikir panjang pokkok itu terus dipanjatnya.
"Kak Nunu!" jerit Wardah. Dia terpusing-pusing mencari Nunu.
"Wardah!" dan sebiji epal tepat dilempar ke arahnya. Mujur Wardah tangkas menyambutnya.
Dia memandang ke arah Nunu yang sedang duduk di atas ranting itu. Kaki kanan dinaikkan, lutut dirapatkan ke dada dan dipeluknya sambil mulut mula mengunyah sebiji epal. Manakala kaki kiri dibiarkan terjuntai santai. Matanya terarah sesuatu.
Wardah duduk menyimpuh dan bersandar pada batang pokok epal itu dan turut mengigit epal itu. Rangupnya!
"Cantik betul istana tu kan?" soal Nunu, matanya masih tidak dialihkan.
"Hmm.." balasnya acuh tak acuh, epal dinikmatinya dengan penuh nikmat.
"Wardah!"
"Alaa kak Nunu ni, kacau jelah! Ya..istana tu cantik.. kak Nunu setiap kali datang sini mesti tak lain tak bukan nak tengok istana tu pastu soal benda yang sama je.."
Nunu tersengih mendengar kenyataan itu. Memang betulpun! Hanya di atas pokok epal tu sajelah dia dapat melihat istana Laiyyinah dengan jelas wlaupun jauh.
"Bestnya kalau kak Nunu dapat jadi permaisuri. Nnati boleh duduk dalam istana. Dan kalau kak Nunu jadi permaisuri setiap hari kak Nunu nak jumpa rakyat. Kak Nunu nak jadi permaisuri baik hati macam Permaisuri Solehah tu" dia memasang angan ingin mencontohi sikap permaisuri Laiyyinah yang terkenal dengan baik hatinya itu.
"Yelah..kalau macam tu pegilah kahwin dengan Raja Zikri tu..jadi madu Permaisuri Solehah"
"Hishh..taknaklah dengan Raja Zikri tu. Dah tua! Walaupun baik. Lagipun nanti kesian permaisuri Solehah, dalah dia tengah tak sihat." balas Nunu sambil memuncungkan mulutnya, ntah pape ntah wardah ni!
Wardah tergelak kecil. Lucu rasanya dengan sikap Nunu yang selalu berangan jadi permaisuri. Tapi bila disuruh kahwin dengan raja taknak. Macam mane nak jadi permaisuri kalau tak kahwin dengan raja?
"Tapikan..kalau tak dapat jadi permaisuri pun tak pelah..kak Nunu nak selendang permaisuri je.."
"Kak Nunu ni peliklah. Macam mana nak dapat selendang tu. Tukan selendang kesayangan permaisuri.." dia menggeleng-gelengkan kepalanya, suka minta yang bukan-bukan.
"Alaaa..doalh dapat..nak jadi permaisuri susah sangat dapat selendang permaisuri pun jadilah.." rengek Nunu.
Tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu. Dia terus berdiri dan melompat turun dan mendarat tepat di hadapan wardah membuatkan gadis itu terkejut.
Dia melemparkan sehelai napkin ke arah Wardah, manakala sehelai lagi dia jadikan sebagai penutup muka.
"Wardah, jom cepat!" dan dia terus berlari menuju ke arah istana.
Wardah terpinga-pinga. Tapi dia tetap menyaingi langkah Nunu yang laju itu. Dia juga turut memakai napkin itu menutup mukanya.
"Kak Nunu kenapa ni? Nak Kemana? Ni ke istana kan?" soalnya cemas dalam pelarian.
"Istana diserang lanun! Kita kena cepat!" dia melajukan langkah.
"Ha? Habistu kita nak buat apa?" soal Wardah cemas. Saat itu mereka sudah berada di hadapan istana.
"Kita lawanlah lanun-lanun tu" balas Nunu selamba dan mula memanjat tali yang mungkin digunakan untuk lanunu-lanun itu memasuki istana.
Dia bertindak begitu kerana dia tahu saat ini adalah waktu rehat Laiyyinah. Jadi pasti ramai lagi yang tidak sedar apa yang berlaku. Dia harus melakukan sesuatu sebelum apa-apa yang lebih buruk terjadi.
"Kak Nunu pasti ke?" soal Wardah kurang yakin, tapi dia tetap melakukan apa yang dilakukan Nunu.
Nunu mengangguk yakin. Wardah mengeluh. Kalau kak. Nunu buat keputusan memang tak de sape boleh mengubahnya.
"Hiyarghh!!!" tanpa berfikir panjang Nunu terus menghunus pedang menumpaskan lanun-lanun itu. Saat itu keadaan di dalam istana sedang gawat dengan suara jeritan dayang-dayang.
Wardah terkesima seketika melihat ketangkasan Nunu. Nunu memang hebat dalam bermain pedang dan ilmu pertahanan diri kerana ayahnya merupakan guru silat di Laiyyinah ini.
Namun begitu Nunu tidak dikenali ramai, kerana dia jarang keluar rumah kerana menjaga ibunya yang sakit. Nunu juga tidak pernah mendedahkan identitinya kepada sesiapa, jika di khalayak ramai dia pasti akan menggunakan Napkin sebagai penutup mukanya.
Hanya Wardah sahaja tahu siapa Nunu sebenarnya. Dan Nunu merupakan idolanya wlaupun kadang-kadang Nunu ni suka buat dan fikir benda-benda yang dirasakan tidak masuk akal.
Wardah membantu dayang-dayang melepaskan diri dari istana itu sementara Nunu masih berlawan dengan lanun-lanun itu. Pengawal-pengawal pula sudah ramai yang tumpas.
Rakyat mula memasuki istana itu dengan senjata masing-masing. Terpancar wajah marah disetiap mereka.
Istana bertambah bingit dengan bunyi pertarungan. Pertarungan berakhir hingga petang.. Ramai lanun telah ditawan oleh rakyat Laiyyinah. Mereka bersorak gembira.
Raja Zikri dan permaisuri Solehah keluar berkumpul bersama rakyat. Dia menuju ke arah Wardah sambil tersenyum.
Permaisuri Solehah mengangkat tangan kanan Wardah, dan Raja Zikri melaungkan, "inilah dia pahlawan Laiyyinah!"
Wardah tersentak. Tak! Bukan dia! Dia berpusing-pusing mencari Nunu.
"Pahlawan!" laung rakyat.
Kak Nunu! Dia cemas. Bukan dia! Kebetulan mereka memakai baju sama hari ini dan mereka telah salah faham.
"Pahlawan!"
Tak! Kak Nunu! Dia tersepit diantara rakyat yang ramai.
Nunu menyisipkan kembali pedangnya di sisi pinggang. Dia tersenyum melihat dari jauh.
Cing,cing,cing.
Telefon bimbitnya berdering. Dia mengangkatnya,
"Cik nunu! Puan sedang nazak!" beritahu si pemanggil.
Nunu tersentak, terus dimatikan telefonya dan berlari menuju ke rumah.
Ibu!!!!
Biarlah Wardah menggantikan tempatnya.
Tanpa disedari semua, ada seorang lanun yang masih belum ditahan. Dia memasang target dan anak panah meluncur laju ke arah mangsanya.
"Arghhh!!!" semua terpanar saat melihat keadaan Wardah. Anak panah tepat menyucuk mata kanannya.
"Cepat bawa dia ke hospital!" laung Raja Zikri panik.
"Tangkap lanun tu!" suasana kembali gawat hanya dengan seorang lanun yang masih terlepas.
Selepas perlawanan itu Nunu terus hilang jejak. Akhirnya setelah 5 tahun baru dia tahu dimana keberadaan Nunu.
Dia tahu Nunu di mana saat Nunu ditabalkan menjadi permaisuri Bayu Nailufar. Ya, Nunu nama sebenarnya Ainnur. Hanya dia yang tahu nama sebenar Nunu selain ayah dan ibu Nunu.
Dia yakin Ainnur itu adalah Nunu hasil dari cerita orang, nama Permaisuri Ainnur memang dikenali serata Negeri kerana dia terkenal dengan permaisuri yang penyayang dan berjiwa rakyat.
Dia tersenyum bila dikenangkan kembali. Tak sangka cita-cita Ainnur yang dirasakan tidak masuk akal itu akhirnya tercapai. Dan dia menunaikan segala apa yang pernah dia perkatakan.
Apa yang membuatkan dia sedih apabila dia tahu keadaan Ainnur yang dihukum teruk. Dia yakin Ainnur tidak bersalah kerana dia kenal dengan wanita itu.
Kini segala-galanya telah berakhir walaupun sehingga kini dia tidak tahu mengapa Ainnur menghilangkan jejak dahulu. Dia bangun dari duduknya dan mengibas sedikit punggungnya yang berhabuk.tongkat dibuka dan dengan langkah perlahan dia meninggalkan pokok itu.
Biarlah sejarah tetap menjadi sejarah. Ainnur merupakan pahlawan Laiyyinah dan juga pahlawan Bayu Nailufar. Dia juga merupakan pahlawan di hati Wardah.....
-TAMAT-
#adikbiskutmarie:Qairah's
![]() |
imaging penulis ketika permaisuri bersendirian..hehe |
huu..hu..sedihnya story dia..baca berapa kalipun tetap mata masuk habuk,part time Ainnur kena hukum,part2 tu jugak lah ada yg baik hati pasang nasyid kenangan ku bersamamu by hakim music..sedih woo..habis masin kulit karipap kena air mata ni haa..by da wey penulisan syu makin bagus lah..imaginasi pun dah makin matang dan berkembang dengan baik,minum apa sampai sel-sel otak berhubung dengan baik haa?...bagus,kipidap don gibab k..-ceah-
ReplyDeleteHaha syukran kceah..minum air ape ek? Air zamzam la kot! Heheh -syu mereply-
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteMenarik sgt.. Tapi hrp ada sambungan.. Peaceš
ReplyDeleteBest sangat.nk sambungan lagi boleh
ReplyDeleteBest sangat cerita nie... saya tk pernah tahu ada yg menulis kat blog, saya tahu nie pun dari kawan. Dia yg beria² nk saya baca. Best cerita akak... saya tak pernah baca cerita macam nie sebelum nie. Moga akak akan terus buat karya lagiš¤²
ReplyDelete